Check it out!

Wednesday, June 30, 2010

Wanita Lebih Stres Berbanding Lelaki?

Betul ke pernyataan ni? Anda setuju? Kat sini saya nak share pasal artikel yang saya tetiba jumpa plak. Padahal majalah Keluarga Harmoni ni keluaran 15-31 Disember 2009 lagi. Ari ni plak baru tertarik nak baca artikel ni bebetul. Sebelum ni malas nak baca..macam tak menarik je topik ni. Ari ni perasaan berbeza plak. Mungkin baru lepas mengalami stres kot..hehe..

Menurut artikel ni, wanita lebih senang diserang stres. Ini dirumuskan hasil daripada penelitian terbaru yang mendapati tingkat stres yang dialami wanita lebih tinggi berbanding lelaki sebab wanita dan lelaki ni melalui pengalaman yang berbeza. Gejala stres yang dialami oleh orang lelaki ni lebih cenderung kepada amarah, mudah emosi dan mudah berasa kecil hati. Manakala wanita plak lebih mudah untuk mengalami rasa putus asa atau tidak bersemangat dalam hidup. Lelaki dikatakan tidak mengalami suasana hati yang tertekan kerana mereka enggan mengakui kelemahan diri. Mereka lebih suka mencabar diri mereka dan berusaha memulihkan perasaan mereka berbanding membuatnya menjadi semakin hancur.

Ini berbeza dengan wanita yang dikatakan bukan saja tidak mampu menghilangkan perasaan stres tapi mereka juga tak mampu untuk mengendalikan stres yang dialami dengan baik. Wanita ni lebih cenderung untuk membuatkan diri mereka semakin terjerumus dengan masalah dan stres. Malah dikatakan juga bahawa kecenderungan wanita untuk membunuh diri akibat stres mencapai 4 kali ganda berbanding lelaki. (Hah, ni mesti kes wanita yang tak kuat iman..longgar pegangan agama la ni..nauzubillahiminzalik!)

Apakah punca wanita lebih stres berbanding lelaki?

1) Hormon adalah puncanya! Hormon estrogen yang terdapat dalam tubuh wanita menjadikan wanita cepat marah dan mengalami pertukaran mood serta emosi. Selain estrogen ni..hormon melatonin yang menyerang wanita 3 kali ganda berbanding lelaki juga boleh mengakibatkan stres pada wanita.

2) Kedatangan haid pada setiap bulan juga merubah emosi dan hormon dalam badan sehingga menjadikan wanita stres. Begitu juga bagi wanita yang baru melahirkan anak, keguguran dan monopaus.

3) Sikap wanita yang lebih mudah berasa khuatir dan bimbang berbanding lelaki membuatkan wanita ni lebih senang dilanda stres. Kebimbangan dan kekhuatiran yang sering dialami wanita dikaitkan dengan gangguan depresi.

4) Cara pemikiran wanita yang kognitif membuatkan mereka melihat kehidupan atau sesuatu peristiwa dengan terperinci. Sikap ini menjadikan mereka cenderung untuk tertekan sekiranya apa yang diharapkan atau diidamkan tidak menjadi kenyataan.

Oh..inilah puncanya ye! Walau bagaimanapun tekanan perlu di atasi. Jika tidak, ia akan merebak menjadi kemurungan, marah tak tentu pasal,putus asa dan paling teruk bleh sampai kepada jenayah seperti mendera anak, simbah asid, bunuh diri dan sebagainya.. Nauzubillahiminzalik.. ini tidak mustahil selagi syaitan itu wujud.. Dendamnya kepada anak cucu Adam takkan terpadam sehingga hari kiamat.. Jika iman tak kuat..dia akan mengisi kekosongan itu dengan hasutan dan godaannya sehingga kita tersesat dari jalan kebenaran..

Cara Atasi Stres

1) Antara yang disarankan oleh pakar motivasi untuk mengurangkan tekanan ini ialah dengan cara meluahkan apa yang terbuku dalam hati kepada orang lain. Tentunya orang yang boleh dipercayai..bukan orang yang akan memburukkan lagi keadaan. Setelah meluahkan perasaan ini..percayalah kita akan rasa lebih tenang..rasa macam hilang kalau tak semua pun, lebih daripada separuh tekanan yang kita hadapi.. Janganlah sayang bil telefon meningkat..atau prepaid habis..sanggup pendam perasaan..Meluahkan emosi terpendam dengan berbual, ketawa, menangis atau marah merupakan sebahagian daripada proses normal penyembuhan emosi.

2) Kalau masih tak boleh juga nak luahkan pada seseorang..luahkanlah dengan menulis apa yang terbuku di dada pada diari, buku catatan dan sebagainya..pada blog pun boleh.. Penelitian menunjukkan bahawa mengekspresikan perasaan ke dalam bentuk tulisan boleh menjadi teknik efektif dalam mengurangkan stres.

3) Melakukan aktiviti atau hobi yang menyenangkan juga sangat efektif untuk menenangkan diri dan fikiran kita. Lakukanla sesuatu yang bleh membuatkan kita leka dan seronok, yang mana secara tak langsung membantu kita melupakan segala stres yang melanda.

4) Melakukan olah raga secara teratur juga dikatakan mampu mengusir stres. Tak perlu la melakukan senaman berat..cukup sekadar berjogging, berjalan, berbasikal, aerobik, berenang dan sebagainya..

5) Tidur yang cukup dan teratur juga berguna untuk menghapuskan stres. So, jangan ragu-ragu untuk tidur. Kita akan rasa lebih tenang bila bangun tidur nanti..

6) Dan akhirnya, antara yang paling mujarab adalah..luahkanlah kepada yang menjadikan kita. Sesungguhnya Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.. Kadang-kadang Allah sengaja menguji kita dengan tekanan ini agar kita kembali kepadanya.. Memohon kepadanya.. Mohonlah kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi setiap ujianNya.. Ingatlah..hanya dengan mengingati Allah..hati akan menjadi tenang..

Tuesday, June 29, 2010

Akhirnya si dia datang juga!

Ehm..suspen betul la bulan ni..tunggu punya tunggu..hari ke-28..tiada!..hari ke-29 juga tiada..hari ke-30..pun tiada..ehm? ok takpe..tunggu sampai hari ke-32..bulan lepas si dia mari pada hari ke-32..sabar..tunggu lagi..aik? takde juga..ini sudah menimbulkan kesangsian ni..alamak! terlekat ke? Hari ke-33..dah start pening kepala..simtomkah ini? Ehm..perasaan sudah bercampur baur..sedikit tekanan dapat dirasakan akibat peperangan fikiran dan perasaan..hahaha..antara redha dan pasrah..
Fikiran sibuk menganalisa..kat mana yang silap ek..refresh balik..hehe..faktor keturunan agaknya..hahaha.. perasaan plak..bercampur baur..akan drop kah milk production lepas ni..bleh ke impian utk breastfeed Rania sehingga 2 thn terlaksana?

Hari ke-34..perasaan sudah kembali tenang..jiwa sedikit aman..akibat peperangan semalam..bisikan baik menang! hahaha..apa jua yang Allah takdirkan..ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin ini yang terbaik.. Kita merancang..Allah jua merancang..tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.. Fikiran telah merangka-rangka untuk teruskan tandem nursing untuk Rania. Strategi untuk maintainkan milk production jua berlegar-legar di kotak fikiran.. Moga Allah permudahkan segala urusan.. Keyakinan ditetapkan..Setiap yang Allah jadikan..ada rezeki yang diiringkan.. Allah Maha Pemberi Rezeki!

Tapi rupanya Allah saja nak uji..ikhlaskah hambanya menerima takdirnya? Berlapang dadakah hambanya menerima ketentuannya.. Sesungguhnya Allah takkan membebankan hambanya itu kecuali hambanya mampu memikul bebanan yang diberikan. Akhirnya..si dia yang ditunggu..datang juga pada waktu zohor hari ke-34. Ehm..tak pernah selewat ni..walaupun sejak zaman anak dara dulu..baru ingat nak pegi farmasi petang nanti. Nak kompemkan bebetul..kalau kompem..bleh la jaga elok-elok.. hehe..nampak gayanya..tak jadi la pegi farmasi..jimat RM10! hehe..

Telefon bimbit diangkat sejurus selepas si dia menampakkan diri..nama A Lovely Hubby ditekan untuk menghubungi yang tersayang..berkongsi perasaan..hehe.. "La..baru nak berlumba dengan member! Awal tahun depan dia bakal dapat anak no-3!" itulah jawapan yang diterima..ehm..ada gak jenis perlumbaan yang macam ni ye? Sabo je la..

Semalamnya, bila cakap mungkin bakal dapat another baby..coz dah lewat ni..tambah plak..kepala pening..dia jawab.." Nampaknya..kita kena ambik pembantu rumah ni! Nanti pilih yang cun-cun tau.." Peh! bleh plak wat permintaan cam tu! Ehm..tak tenteramla jiwa camni..hehe..nak suruh bibik jaga anak-anak..kita plak nak kena jaga bibik tu plak supaya tak kaco husband kita..oh tidak! hahaha..tahu pun jeles! Mana taknya..bleh menggugat kedudukan tu! Maklumla..tak cun mana..

Lepas ni kena lebih careful ni..kena protect lebih! kalau tak..kena ambik pembantu rumah cun! Alamak..siapa tak sayang suami oii...hahaha! ade ke orang yang tak sayang suami? Jarang berlaku ni..tapi kalau siapa yang tak sayang tu..kena la sayang..syurga isteri kan di bawah tapak kaki suami.. Sebest mana pun suami orang lain atau lelaki lain..best lagi suami sendiri..hahaha..peribahasa baru!

Saturday, June 26, 2010

Katil Bayi - Adakah satu keperluan?

Salam. Teringat plak nak tulis post ni bila teringatkan adik yang nak bersalin bulan depan. Dia ada cakap yang dia nak beli katil baby / baby coat ni. Tapi perlu ke?

Ehm..memang geram kalau pi pasaraya tengok katil baby ni kat bahagian barangan baby. Comel-comel belaka! yang mahal ada..yang murah pun ada.. Murah pun tak murah la..beratus-ratus gak la harganya. Besar gak la bajet untuk beli katil ni. Kalau yang banyak duit tu..dan tak tahu duit nak beli apa..bleh la beli..hehe..

Masa anak sulung dulu, Rayyan..tak beli pun katil baby ni. Mula-mula memang rasa nak beli..maklumla..excited nak dpt first baby..kalau bleh semua nak beli..hehe.. Tangguh punya tangguh..last2 tak beli pun. Bila dah ada baby..rasa macam tak perlu plak. Rayyan tido sekatil ngan mummy dan daddy..senang nak breastfeeding.

Masa nak bersalinkan second baby, Rania..rasa macam perlu beli plak katil baby memandangkan si abang tengah lasak..1 thn 4 bulan umur Rayyan masa Rania lahir. Bila ada katil baby, harap Rania dapat dielak daripada tindakan ganas si abang..

Kami tak beli katil baby yang baru..tapi kami beli kat cash converter..yang second hand punya. Masih elok lagi dan kelihatan baru..ye la..biasanya katil baby ni orang guna tak lama.. Harganya RM150 je..tapi kalau yang baru punya..hampir RM400 la.. Banyak bezanya tu..lagi pun bukan nak guna lama pun..memang berbaloi!

Bila siap je daddy pasang katil baby tu..Rayyan terus panjat dan bedebush dia masuk dalam katil baby.. Alamak! Ingatkan beli katil baby nak selamatkan Rania daripada kena kacau dengan Rayyan..nampak gayanya..tak selamatla macam ni..ehm..sabo je la..patutnya masa beli katil baby ni daddy kena bawa Rayyan sekali. Kalau dia tak bleh panjat..baru beli..hehehe..

Katil baby ni digunakan tak lama pun..biasanya siang je. Bila malam..baby tido dgn mummy..senang nak nenen. Mummy tak muat nak masuk dalam katil baby tu..so baby tido la skali atas katil mummy..hehe.. Masa Rania tido dalam katil baby pun..kena pantau selalu..sebab takut abang dia ada kat sebelah..hehe..juara memanjat la katakan..bleh mendatangkan bahaya gak sebab dia main terjun masuk je!

Nak tau sekarang katil baby tu jadi apa? hehehe..jadi tempat simpan kain baju yang tak sempat nak lipat.. So, saya cakap kat adik yang nak bersalin bulan depan..tak payah beli katil baby..kalau nak juga..datang rumah ambik katil baby ni..buat menyempitkan ruang je..hehe..

Kesimpulannya..katil baby bukanlah satu keperluan penting. Banyak masa yang tidak digunakan berbanding dengan digunakan. Kalau nak beli juga..belilah yang second hand..lagi berbaloi! Harga katil baby baru memang mahal..tapi tak menang memakai la sebab tempoh penggunaan yang singkat. Tapi kalau memang anda banyak duit yang tak penah abis digunakan..bleh la beli baru..sebagai penjana ekonomi negara..hehe..

Thursday, June 24, 2010

Mummy Pergi Kursus

Salam. Lama dah rasanya tak menulis. Tak sempat..sebab attend 1 kursus 4 hari dari 21-24 jun. Alhamdulillah..baru je abis ni.. Ini adalah kursus pertama saya untuk tahun ni. Walaupun bekerja kat pusat latihan jabatan..baru sekarang berkesempatan untuk attend kursus. Actually saya attend Bengkel Kawalan Dokumen. Sebuah Bengkel yang bagus. Best rasanya dapat timba ilmu yang baru..walaupun selalu berhadapan dengan dokumen ni..sekarang baru tahu prosedur sebenar dan sumber rujukannya..ehm..tak la senang kena kelentong (tipu) nanti..hehe..

Cabaran berkursus adalah terikat dengan waktu yang telah ditetapkan. Start kuliah pukul 8.30 pagi. Pukul 10.30 rehat setengah jam. Pastu sambung balik kuliah dan stop pukul 1.00 ptg untuk rehat dan disambung semula pada pukul 2.15 petang. Tamat kuliah pukul 4.15 ptg. Bagi mummy yang rutin hariannya extract breast milk..waktu berkursus ni bleh mengganggu gak la kalau tak prepare awal. Macam saya, Alhamdulillah memang bekerja kat pusat latihan ni..so waktu rehat pukul 10.30 pagi saya naik ke bilik saya (sanggup korbankan minum pagi dan makan kuih ni..hehe) dan wat aktiviti biasa lah..dan simpan dalam peti sejuk. Pastu lepas makan tengahari dalam pukul 1.30 ptg..wat for second time plak. Pastu untuk kali yang ke-3 saya wat masa on the way balik rumah.. nasib baik ada personal driver (hubby)..hehe..
Beginilah rutin untuk 3 hari lepas. Memang sedikit terganggu la juga bekalannya. Biasanya pukul 9.00 pagi saya dah wat dah keje2 ni. Pastu pukul 12.00 tgh dan lastly pukul 3 ptg. So bila berkursus jadual sedikit lari la..tapi tetap tak lupa untuk sediakan bekalan untuk Rania.

Kepada mummies di luar sana yang terpaksa atau rela kena attend kursus..janganlah rasa down atau rasa tertekan. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Setiap kejayaan..ada diiringi cabarannya.

Bagi mummy yang terpaksa tinggalkan baby untuk attend kursus sehingga seminggu atau lebih, pastikan anda dah wat banyak stok susu untuk baby yang nak ditinggalkan. Inilah pentingnya wat stok susu banyak2..terutamanya waktu dalam pantang..maklumla waktu dalam pantang ni..susu tengah lumayan..siap tumpah-tumpah lagi..hehe.. cuba la sekarang ni..kalau susu tertumpah skit pun rasa nak menangis..huhuhu..sedihnya.. Stok susu penting untuk menghadapi saat2 kecemasan macam ni..

Pastu kelengkapan mummy untuk pergi kursus kena cukup. Selain bawa persalinan yang nak dipakai, pastikan juga anda bawa bersama cooler bag, ice pack, botol susu atau liner secukupnya dan juga pam kalau extract guna pam la..agar operasi harian tidak terganggu dan tahap tekanan tidak meningkat. Jangan lupa juga bawa bersama masking tape dan juga guntung ataupun marker untuk menanda bekas susu dengan nama baby, tarikh dan masa extract.

Waktu nak pam ni depend la. Kalau berani kuar waktu yang anda biasa pam..kuarla..hehe..tapi saya tak galakkan la. Kena gak hormati majlis ilmu..rugi oo..banyak ilmu tertinggal nanti.. wat la time rehat..insyaallah sempat. Macam mana nak simpan? Biasanya kat pusat latihan ada pejabat yang dilengkapi dengan peti sejuk. So..minta la permision untuk tumpang simpan susu dan ice pack. Kalau malu atau takut orang tahu apa yang anda simpan..bungkusla dalam plastik yang berwarna agar orang tak nampak apa isi di dalamnya dan jangan lupa tulis nama kat bahagian luar..agar orang tahu tuan punya plastik tu..hehe..nanti tak pasal-pasal kena buang plak plastik tu. Simpan kat bahagian bawah peti sejuk bleh tahan 3-5 hari bergantung kepada suhu. Lebih senang nak bawa susu cair balik berbanding susu yang beku. Susu yang beku kena pastikan yang dia tidak mencair sewaktu proses bawa balik nanti. Kalau dah cair..alamatnya kena abiskan dalam tempoh 24 jam la. Kalau tak nak cair..kena prepare bawa air pack lebih skit.

Tadi tu cite masa tengah kursus..waktu bekerja..ofis buka lagi. Malam macamana plak? mana nak simpan susu? Kalau berkursus di pusat latihan, biasanya ada dewan makan kan. Kat dewan makan rasanya ada peti sejuk. So, masa mula2 daftar masuk..bleh la simpan ice pack kat sini. Bila lepas makan malam tu..dalam pukul 8.00 mlm ke 8.30 malam ke..ambik ice pack tu dan masukkan dalam cooler bag. 3 ice packs bleh tahan 12 jam. So start pukul 8.00 mlm insyaallah ia akan tahan sehingga pukul 8.00 pg esoknya. So anda bleh la pindahkan susu2 pada mlm tu ke dalam peti sejuk. Ice pack tadi pi letak balik kat dewan makan tadi. Pastu ulangla rutin tu sampai abis kursus. Ehm..agak leceh juga ye kerjanya..

Tapi buat mereka yang memang tak jumpa langsung peti sejuk nak simpan susu masa berkursus..takde juga member yang berulang dari rumah untuk dikirim tumpang simpan kat rumah..jangan plak biarkan breast anda engorge macam tu aje. mesti tak selesa kan. Pastikan anda perah keluar juga..maksudnya buang aje la..buat dengan kerap..sebagaimana kerapnya ada pam. Ini bagi memastikan bekalan susu sentiasa ada. Kalau tak nanti susu merajuk tak mao keluar lagi bila dah abis kursus. Sayang memang sayang..tapi nak wat camne..kalau tak perah nanti tiada stimulation pada breast dan kilang susu pun malas nak kerja.

Bila dah balik rumah kalau anda dapati susu kurang..kerap la bagi baby breastfeeding directly..supaya baby dapat stimulate balik. Kalau perlu cuti..cuti la sehari dua..untuk bagi can baby balas dendam! hehe..

Tips saya bagi ni hanya cadangan. Terpulanglah atas kreativiti masing2 macam mana nak perah, nak simpan dan bawa balik..asalkan prinsip utama macamana nak maintainkan bekalan susu dan tempoh penyimpanan susu anda patuhi. Lagi bagus kalau pasangan anda bleh cuti dan ikut anda pi kursus..tido kat hotel atau rumah sedara mara..bawa baby sekali..so anda akan berjauhan dengan baby..waktu berkursus aje. Balik kursus bleh jumpa baby semula..ni kena bincang dengan hubby masing2 dulu la..hehe..

Sunday, June 20, 2010

Mummy go to class

Salam. Ari ni ari ahad. Semalam ari sabtu..19 Jun 2010 birthday Rayyan yang ke-2 tahun. Tiada birthday party diadakan seperti thn lepas..sebab mummy ada kelas. Just celebrate bersama mummy, daddy, Rayyan dan Rania kat KFC. Mummy beli juga la sepotong blueberry cake berharga RM5.60 sempena birthday Rayyan..hehe.. Sampai ari ni..kek tu ada lg separuh dlm peti sejuk..takde sape yang gemar mkn kek..termasuk Rayyan!

Mummy dgn daddy ingatkan nak hadiahkan Rayyan basikal. Kami bawa Rayyan kat bahagian basikal kanak-kanak kat dalam pasaraya untuk Rayyan pilih. Rayyan duduk atas basikal tu..tak pandai pun kayuh..daddy plak yang jadi tukang sorong. Kejap je..pastu nak turun..nak berlari..dan main bola. Tak minat! Ehm..nampaknya kami yang berminat..Rayyan tak minat..hehe..save duit mummy!



Dah umur 2 tahun ni..apa yang Rayyan pandai buat?
1) Buat mummy dan daddy marah
2) Conteng dinding rumah..aiiyo!
3) Bila dapat pen aje.."mami nak ukish" (mami nak lukis)..bukan kat drawing block je dia lukis..termasukla dinding rumah dan kusyen sofa.
4) Tolong hulurkan mummy hanger masa mummy jemur kain baju. Pastu bleh jawab dengan betul bila mummy tanya siapa punya baju.." dedi unyer " " mami unyer " "ayen unyer" "ania unyer".
5) Perbendaharaan kata makin meningkat walaupun masih tak pandai sebut perkataan dengan betul. Main hentam je cakap ikut suka.. Perkataan yang jelas disebut : mami, dedi, baju, air, ayam, bola, nak..
6) Minta remote dan tukar channel TV ikut suka. " mami..emot "
7) Nampak bas sekolah..nyanyi..geng..geng..geng..ba..polah! (geng bas sekolah)
8) Kenal logo petronas.. "mami onash!" (dah ada pengingkatan..sebelum ni sebut ona)..walaupun logo tu hanya signboard ataupun dalam flyers atau paper. Kalau nampak
station minyak..nak singgah.
9) Pandai pilih baju dan seluar sendiri. Tak nak pakai kalau mummy pilih yang Rayyan tak berkenan. Aduih! kadang-kadang tu pampers yang mummy ambik pun tak nak pakai..nak pakai yang dia ambik sendiri. Macam la tak sama! pening kepala nak layan!
10) Pandai minta makan. "mami..nak akan!" Sekarang ni balik keje mummy kena masak sebab anak mummy ni dah pandai mintak nak makan!
11) Tak nak makan mummy suapkan. Nak makan sendiri! pastu berterabur la makanan tu..sabo je la..
12) Buat Rania gelak.."ania..cak!" Selain tu pandai gak wat Rania menangis!
13) Faham bila mummy cakap "mummy nak pegi sekolah.." Rayyan tak nangis nak ikut mummy nak pi kelas. Faham juga bila daddy cakap "daddy nak buang sampah".. Rayyan juga tak nangis nak ikut.. 2 alasan ni aje yang diterima!
14) Pandai gosok gigi
15) Kira 1 sampai 10 dlm b.m dan b.i
16) Bagi salam masa nak masuk rumah dan terus jawab sendiri.."ekom..alam.."
Bagi salam gak masa nak letak tipon lepas abis cakap ngan atuk.
17) Minta maaf bila rasa dia buat salah atau buat mummy dan daddy marah. "dedi..alam.." (daddy, salam).. Sambil nangis..dia cakap..dedi..alam..sambil hulurkan tangan nak salam. Tersentuh rasa hati ni bila budak sekecik Rayyan tengah nangis pun hulurkan tangan nak bersalam. Tak sampai ati nak marah.. aduih..kecik2 dah pandai psiko la anak mummy ni..
18) Naik tangga sendiri untuk naik ke rumah di tingkat 2. Turun masih belum dibenarkan..hehe..
19) Tiup selipar dan kadang2 bersihkan dengan tangan untuk buang pasir atau habuk yang melekat pada selipar sebelum pakai(pembersih la sangat..)
20) Jinjit tapak kaki bila lalu kat tempat yang dia rasa tak bersih..
21) Tukang ambik pampers dan baju Rania dalam bilik (ni kes mummy malas nak pi ambik..hehehe..)

Ehm..ini je la yang mummy ingat nak tulis..Semoga anak mummy jadi anak yang soleh..berjaya di dunia dan akhirat..

Ari ni plak mummy ada kelas lagi. Kalau semalam kelas mummy start pukul 2.30 ptg, ari ni plak kelas mummy start pukul 9 pagi. Sebenarnya ari ni mummy cadang nak pi kelas awal skit berbanding biasa..maklumla nak berforum ari ni. Asyik muka mummy je yang lewat masuk kelas..sekali sekala nak gak jadi student yang baik..hehe.. Pukul 4.15 pagi mummy dah bangun. Touch up apa yang patut kat skrip forum mummy. Mummy jadi moderator untuk forum bertajuk " Abandoned babies : A real need to prevention and cure ". Memandangkan mummy bukannye terer cakap omputih ni..kena la sediakan skrip yang teratur..hehe.. Kumpulan mummy sengaja pilih tajuk ni sebab sekarang ni isu buang bayi ni semakin menjadi-jadi dalam negara. So banyak la artikel yang bleh kami rujuk. Mummy tak paham la..macam mana la ada ibu yang sanggup buang bayi yang dikandung dan dilahirkan dengan susah payah. Selama sembilan bulan berkongsi darah, makan, minum, dan sebagainya..pastu pertaruhkan nyawa plak melahirkan..ishhk..

Pukul 8.20 pagi mummy dah kuar rumah. Rania dan Rayyan masih tido lagi..sian anak mummy..kalau weekday..awal pagi dah bangun nak pi rumah nenek. Weekend je la dpt tido lama skit. Bila mummy start enjin kete..alarm kete berbunyi..alamak!..try lagi..sama jugak!..ehm! ni kes bateri kete kong la ni! Macamana nak pi kelas ni..dugaan! Mummy masukla rumah semula untuk serahkan kunci kete pada daddy untuk diuruskan. Rayyan dan Rania dah bangun plak. Dapat la jumpa mummy! ehm..mungkin kete ni rosak sebab nak bagi Rayyan dan Rania tengok muka mummy dulu sebelum pi kelas kot..hehe..

Pagi tu mummy pi kelas naik cab. Nasib baik senang nak dapat cab kat sini. Tak perlu nak tunggu-tunggu cab..dah sedia menanti.. Tak pernah mummy naik cab pi kelas sejak 3 thn belajar..first time ni.. Buka je pintu kete..RM3 sudah di charge (rasanya dulu masa mummy belajar kat uitm shah alam..RM2 je) Dah naik harga rupanya. Tambang mummy RM16. Fuh! mahal juga ye..tapi tak pe asalkan mummy selamat sampai. Mummy bagi RM20 kat driver cab tu sebab baik hati..meter tulis RM16.10..dia cakap RM16.

Balik kelas plak..member mummy hantar kat stesen LRT Ampang Park. Mummy ambik train ke Gombak. Tambang RM2.00 aje. Perjalanan ambik masa lebih kurang setengah jam. Ramai juga orang..sampai mummy terpaksa berdiri sebab takde seat..tapi takde la sampai berhimpit-himpit. Lenguh juga la bahu galas laptop dan buku.. Pengangkutan awam ni..menjadi pilihan bukan saja warga tempatan..tapi warga asing juga. Bising gak la gerabak dengan perbualan mereka. Bukan main kuat bercerita.. tapi tak tahu plak mummy dia cite pasal ape..tak paham! Rayyan dan Rania belum pernah lagi menaiki LRT ni. Nanti bila Rania dah besar skit mummy dan daddy bagi pengalaman tu ye!

Sampai Stesen LRT Gombak, mummy ambik cab balik rumah. Pun sama, cukup senang nak dapatkan cab..sebab cab sedia menanti penumpang..siap beratur lagi..kenapa ye? ramai orang tak suka naik cab ke? mungkin sebab harganya yang mahal. Kalau tak kerana terpaksa, memang orang tak pilih kot. Murah lagi naik bas. Mummy pilih naik cab sebab nak cepat sampai..lagi pun mummy tak familiar laluan bas tu. Nasib baik sekala sekala. Kalau hari-hari, tak larat mummy naik cab..hehe.. Dari LRT Gombak ke rumah di Tmn. Pinggiran Batu Caves, tambang mummy RM9.30. Laju betul meter cab tu jalan. Bayangkan sementara berhenti kat traffic light bacaan meter RM6.20 pastu bila lampu bertukar ke warna hijau..bacaan meter dah RM6.90. Ehm..cab tak bergerak tapi RM0.70 telah dicharge! dahsyat juga ye.. Mummy bagi la RM10 genapkan. Malas mummy nak tunggu duit baki. Pukul 4.40 petang mummy sampai rumah.. Letih sungguh hari ni! Inilah pengalaman mummy naik kenderaan awam..RM32 juga la telah dibelanjakan untuk naik kenderaan awam ni..

Friday, June 18, 2010

Penyejuk Mata Penawar Hati

Salam. Hari ni saje je nak kongsi cerita. Ni la hero dan heroin saya. Rasa macam muda lagi..tapi bila nampak anak dah dua..rasa macam dah kurang mudanya..hehe.. Takpe..inilah bekalan masa tua nanti..insyaAllah kalau panjang umur..

Hari ni genap seminggu gambar ni diambil. Jumaat lepas terpaksa ambik cuti sebab baby sitter nak cuti untuk balik kampung..anak sedara dia kawin. Inilah antara kekurangannya hantar anak kat baby sitter compared to nursery..terpaksa ambik cuti bila baby sitter ada hal.. tapi bukan masalah besar pun..asalkan baby sitter tu jaga anak kita dengan baik. Alhamdulillah..baby sitter ni jaga bergu campuran saya ni dengan baik..tu yang sayang nak cari baby sitter lain kalau pindah rumah.. Tapi kalau hantar anak ke nursery, terpaksa gak ambik cuti kalau anak tak sihat..sebab nursery tak terima..takut berjangkit dengan baby yang lain. Lebih kurang je..

Alang-alang dah cuti..husband pun ambik cuti sama dan dia cadangkan kami ke Batu Pahat untuk ambil geran kereta kat Bank. Dah settle bayaran tahun lepas..tapi tak sempat2 nak ambik.. Ok gak..bleh ziarah member-member kat opis lama. Lama dah tak jejakkan kaki kat opis ni. Opis pertama saya berkhidmat..first posting kat sini! Paling lama saya keje kat sini la..hampir 3 thn..kat cawangan2 lain sekejap je pastu ditukarkan.. Dulu keje kat sini masih anak dara..la ni datang bawa 2 anak..hehe.. ada member tegur.." Baru 3 tahun kita lepaskan keluar..dia bawak 2 orang datang hah.." hahaha..nak wat camne kak..murah rezeki..
Balik dari Batu Pahat singgah jap kat kampung di Tangkak. Dapat tido 1 malam je..Sabtu pagi dah kena betolak ke KL semula sebab saya ada kelas petang Sabtu dan Ahad pagi..uiihh! penatnya.. (tapi driver lagi la penat..pastu kena jaga anak lagi..thank u han!)

Best ke bersalin rapat ni?Ehm..ada pro and con la.. Yang Bestnya..bila tengok diorang berkawan sama-sama.. sorang mengagah..yang sorang gelak..seronok sangat..takde la diorang boring takde kawan..tapi yang tak bestnya..mereka ni perlu dipantau..takut2 kalau si abang pukul adiknya..hehe.. biasala..kanak-kanak ni sukar dijangka..pemikirannya belum matang lagi..

Beza umur Rayyan dan Rania..lebih kurang 1 thn 4 bulan. Rayyan 19.6.2008, Rania plak 11.10.2009. Memang tiada apa-apa kaedah perancangan keluarga diambil..hanya fully breastfed Rayyan. Tapi kaedah fully breastfeeding ni hanya bertahan 6 bulan je..selepas tu sepatutnya kena ambil kaedah lain. Sengaja tak nak ambik..hanya berserah pada takdir yang menentukan..hehe..kalau Allah bagi awal..maknanya..itulah yang terbaik untuk Rayyan..kalau Allah bagi lambat..itulah juga yang terbaik baginya.. Akhirnya..Allah tentukan untuk Rayyan ada adik agak cepat.. Lagi pun husband saya nak supaya Rayyan ada kawan..tak nak macam dia..takde kawan..sebab beza dia dengan adiknya 6 thn..hehe..

Alhamdulillah..sepanjang mengandungkan Rania saya tak pernah mengalami apa-apa alahan termasuk morning sickness. Tak macam Rayyan dulu..bulan ke 5 baru ok. Orang kata..kalau mengandung rapat ni morning sickness jarang berlaku..betul ke? mungkin sebab hormonnye masih blum stabil kot..hehe.. So kehadiran Rania tak memberi apa-apa tekanan pun..sampai kadang-kadang terlupa plak tgh pregnen..hehe..maklumla..baby yang baik.. Mungkin Allah nak mudahkan saya menguruskan Rayyan yang masih kecil. Thank you Allah..

Yang tak bestnye pulak..masa tengah sakit nak bersalin dalam labour room, nurse siap pesan suruh ambik family planning lepas ni. Eee..geram sungguh masa ni..bleh plak kita tengah sakit nak bersalin..dia wat pesanan tu..mengguris perasaan sungguh! hehe.. Tak cukup dengan itu..masa dalam ward..setiap doktor yang datang check up juga turut berpesan perkara yang sama. Ada doktor tu tanya " Dah pilih dah nak guna kaedah perancangan keluarga yang mana lepas ni?" saya jawab " Belum lagi. Nanti saya bincang dengan husband." Nak tau dia jawab apa? "Hah..jangan tengah dok berbincang..termengandung sudah.." Nak gelak ke tak nak..doktor ni buat lawak ke apa..saya diam je la..tempat dia kan..hehe.. Alah doktor..apa salahnya..ada suami kan..lagi pun kalau tak bersalin..doktor takde keje nanti..hehe..ayat2 ni cakap dalam hati je..takut plak kena halau dari ward kalau dia dengar..hahaha.. Sebenarnya betul cakap doktor..at least 2 thn bg rahim rehat dan menyempurnakan penyusuan. Bila dah mengandungkan Rania..penghasilan susu drop tiba2 dah Rayyan tak cukup susu..memandangkan tiada stok..terpaksa la campur susu formula pada umurnya 7.5 bulan. So bila perkara ini terjadi.. saya realise, pentingnya stok susu ibu untuk menghadapi saat2 kecemasan mcm ni..

Mempunyai adik pada umur 1 thn 4 bulan menjadikan Rayyan seorang anak yang pandai bawa diri..(kata member saya la) Dia tak la jadi manja sangat..cuma kadang2 ada gak timenya yang dia nak bermanja macam minum susu di pangkuan..(mungkin jeles dengan adiknya yang nenen di pangkuan mummy..hehe). Yang bestnye..semua barang mainan Rayyan..Rania bleh main sekali..pastu barang2 Rayyan macam stroller, bouncer, carrier, car seat, walker..Rania bleh guna gak..baju Rayyan yang dah kecik pun Rania bleh guna..hehe..jimat belanja! Kesian Rania..banyak pakai barang second hand!

Membesarkan dua anak yang masih kecik..memang banyak menuntut kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang bleh hilang sabar gak bila tetiba dua2 wat perangai..tapi nak wat camne..dah memang budak kecik perangainye macam tu kan. Mereka ni amanah yang berupakan ujian daripada Allah kan..kenala redha.. Macam tu juga agaknya apa yang mak abah kita rasa masa membesarkan kita adik beradik dulu kan.. macam mana nakalnya anak kita..mungkin macam tu jugala nakalnya kita dulu..hhehe..kalau tak insaf juga tak tahulah.. Masa kecik je susah..bila dah besar senang! Best juga membesarkan anak dua-dua ni..penatnya sekali harung je..kalau gap lama sangat..bila dah lama selesa..takut bila dapat yang baru..rasa tertekan dan kekok plak..hehe..

So kepada mereka yang masih belum dapat zuriat..janganla sedih atau tertekan..mungkin masa ni Allah tengah train untuk jadi orang yang sabar..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..

Kepada mereka yang asyik dapat je..janganlah pula tertekan juga. Terimalah rezeki yang Allah kurniakan dengan berlapang dada. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..ehm..teringat plak nak share 1 cerita pasal ni. Masa check-up Rania kat klinik Selayang baru-baru ni berbual la dengan seorang kakak masa tunggu giliran nama dipanggil. Kakak ni bawa baby boy berusia 5 bulan. Anak ke-5 dia. Menurut katanya..anak ni anak tak dirancang..tetiba dapat plak. Mula-mula tu tertekan gak dia memandangkan kos hidup di bandar yang tinggi..suami kerja seorang plak tu. Dia pernah ambil kaedah perancang jenis pil, akibatnya periodnya tak teratur. So lama-lama dia tinggalkan kaedah tu dan guna kaedah manual je katanya. Pada suatu hari dia dapati periodnya lewat..dan ke klinik swasta minta ubat untuk pecah darah (ubat nak bagi period keluar). Doktor minta dia wat pregnency test dulu. Positif! tapi baru 3 minggu macam tu la..doktor kata baru segumpal darah. Dia minta doktor tu buang. Doktor tu kata boleh tapi dia bagitau risikonya.. Penah pesakitnya dulu minta perkara yang sama..tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Segumpal darah itu tak keluar dan membesar menjadi embrio. Akhirnya..baby itu lahir dalam keadaan cacat..tanpa tangan.. Nauzubillah! takut akak tu dengar..dia akhirnya redha dengan rezeki yang Allah bagi ni..

Kesimpulannya, kita merancang, Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan..

Wednesday, June 16, 2010

Kapsul Jiwa : Kelebihan Bulan Rejab

Salam. Pejam celik..pejam celik..dah masuk bulan Rejab kan..Dah hari keempat dah ari ni..lepas ni syaaban..pastu Ramadhan..pastu plak Syawal. Biasanya bila dah masuk bulan Rejab ni..orang-orang pompuan tak kan terlepas dari memikirkan pasal nak kena ganti puasa..hehe.. Dua bulan lagi dah nak masuk Ramadhan dah ni..sempat ke ganti? Kalau sikit..sempatla..tapi kalau yang ada hutang sampai lebih 30 hari tu..kenala bertindak segera..hehe..maklumla bersalin dalam bulan Ramadhan..ye tak? Kalau tak sempat abis hutang..kena la bayar fidiyah. Hutang saya tinggal 3 je lagi..moga2 sempatla membayarnya..hehe.. Ehm.. mukadimah je ni..bukan nak cite pasal ganti puasa dan fidiyah..tapi nak kongsi pasal kelebihan bulan Rejab ni.. Cite pasal fidiyah dan puasa nanti bulan Ramadhan plak ye..

Pengertian Rejab

Rejab ertinya mulia. Bulan Rejab bulan mulia, dinamai demikian kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini.

Peristiwa Penting di Bulan Rejab

Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Rejab adalah Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w tanggal 27 Rejab.

Setelah Khadijah dan Abu Thalib meninggal dunia maka hilanglah salah satu kekuatan dan benteng tempat Rasulullah bersandar. Abu Thalib merupakan orang yang sangat berpengaruh di Makkah dan sangat disegani oleh orang ramai. Orang-orang kafir berasa segan untuk menganiaya Nabi Muhammad selagi Abu Thalib masih melindunginya.

Manakala Khadijah pula merupakan seorang isteri yang sangat istimewa. Rasa penat dalam berdakwah akan hilang sebaik sahaja baginda bertemu Khadijah yang telah mengorbankan seluruh harta kekayaannya untuk perjuangan risalah suci. Pengaruhnya juga sangat kuat di kalangan penduduk Makkah. Justeru itu, wafatnya kedua-dua orang ini merupakan satu kehilangan besar dalam kehidupan Rasulullah, sebab kedua-dua tokoh Quraisy ini merupakan sayap perjuangan baginda. Rasulullah merasakan kesedihan yang amat sangat dengan kehilangan dua orang yang sangat dicintainya. Maka tahun pemergian keduanya dinamakan dengan tahun kesedihan.

Di saat-saat menghadapi ujian yang sangat berat dan tingkat perjuangan yang sudah sampai ke puncaknya ini, gangguan dan hinaan, aniaya dan seksaan yang dialami baginda dan pengikut-pengikutnya semakin hebat. Maka pada saat ini pulalah, iaitu pada 27 Rejab, Allah s.w.t memerintahkan supaya Rasulullah s.a.w menjalani Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj adalah merupakan perjalanan pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha terus naik ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Di situlah baginda menerima perintah langsung daripada Allah s.w.t tentang solat lima waktu.

Hikmah Allah memerintahkan Israk dan Mikraj kepada Rasulullah s.a.w dalam perjalanan satu malam itu adalah untuk lebih menambahkan lagi kekuatan iman dan keyakinan baginda sebagai Rasul yang diutus Allah ke tengah-tengah umat manusia. Dengan demikian akan bertambah kuatlah batin baginda sewaktu menerima cubaan dan musibah serta seksaan betapapun besarnya dalam memperjuangkan cita-cita murni, mengajar seluruh umat manusia kepada agama Islam.

Peristiwa Israk dan Mikraj ini di samping memberikan kekuatan batin kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam memperjuangkan dan menegakkan agama Allah, juga menjadi ujian bagi keimanan kaum muslimin. Bagi kaum kafir Quraisy, peristiwa Israk dan Mikraj ini mereka jadikan senjata untuk menuduh Nabi sebagai seorang yang tidak normal otaknya dan mereka jadikan sebagai bahan hinaan dan cacian.

Ibadah yang dianjurkan pada bulan Rejab

1) Mengerjakan Puasa Sunat Rejab

Sangat banyak hadith Nabi yang menganjurkan supaya mengerjakan puasa sunat pada bulan ini. Antaranya:

" Di dalam syurga ada sebuah sungai yang dinamai Rejab. Ertinya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin daripada salji. Orang yang berpuasa pada bulan Rejab akan diberi Allah minuman air sungai itu." (Hadith Riwayat Baihaqi)

" Di dalam syurga itu ada sebuah istana megah untuk orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab." (Hadith Riwayat Tabrani)

" Semua orang lapar pada hari kiamat, kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Meeka itu kenyang, tiada lapar dan tiada haus." (Hadith dari Aisyah)

Berkata Abu Bakar As-Shiddiq: " Selepas sepertiga malam Jumaat pertama dalam bulan Rejab, malaikat penghuni langit berhimpun dalam Kaabah. Allah berfirman kepada mereka: " Wahai para malaikat, mintalah apa sahaja yang kamu kehendaki!" Para malaikat menjawab: " Kami memohon wahai Tuhan, ampunilah dosa orang yang mengerjakan puasa pada bulan Rejab." Allah SWT berfirman: " Sesungguhnya sudah Aku ampunkan dosa mereka."

Pahala orang yang berpuasa pada bulan Rejab, dalam satu riwayat dihuraikan sebagai berikut:
- Bagi orang yang berpuasa sebanyak 20 hari : akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu
- Berpuasa 19 hari : akan dibinakan sebuah mahligai di syurga
- Berpuasa 16 hari : akan dapat melihat Allah SWT di dalam syurga
- Berpuasa 15 hari : diberi pahala seperti berpuasa seratus ribu tahun
- Berpuasa 14 hari : diberi pahala seperti berpuasa sepuluh ribu tahun
- Berpuasa 13 hari : diberi pahala seperti berpuasa tiga ribu tahun
- Berpuasa 10 hari : akan diberi dua sayap untuk terbang seperti kilat di atas Siratal Mustaqim
- Berpuasa 9 hari : tidak ditolak untuk masuk syurga
- Berpuasa 8 hari : akan dibukakan lapan pintu syurga pada hari kiamat
- Berpuasa 7 hari : akan ditutupkan tujuh pintu neraka pada hari kiamat
- Berpuasa 6 hari : akan dikeluarkan dari kubur dengan muka yang bercahaya
- Berpuasa 5 hari : akan terhindar dari seksa kubur
- Berpuasa 4 hari : akan dijauhkan dari bala bencana
- Berpuasa 3 hari : akan dibina benteng penghalang dari api neraka
- Berpuasa 2 hari : akan dilipat gandakan pahala amal ibadah
- Berpuasa 1 hari : akan diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun.
- Berpuasa 1 hari pada hari peringatan Israk dan Mikraj (27 Rejab) akan diberi pahala seperti berpuasa 60 bulan dan berpuasa seluruhnya pada bulan Rejab akan diampuni oleh Allah SWT semua dosa yang telah berlalu, dipelihara imannya dan terlepas dari dahaga pada hari kiamat.

To be continued..

Monday, June 14, 2010

Masalah Ruam Lampin

Salam. Selamat Hari Isnin! Hari yang kebanyakan orang mempunyai mood bekerja yang rendah..hehe.. Tahniah kalau anda bukan daripada golongan ini. Hari ni saya nak share cerita pasal ruam lampin. Malam tadi Rania menangis sakan sebab mengalami masalah ruam lampin ni. Menangis mungkin sebab pedih bila tempat ruam tu kena air semasa mummy dia cuci najisnya.. Kesian tengok dia malam tadi..sedih rasa bila dia nangis kuat macam tu. Rania jarang nangis kuat kalau tak sakit.. Nak bagi nenen pun dia tak nak..dia nangis dan menonggeng-nonggeng..benamkan muka kat tilam..nampak sangat yang dia tak selesa.. At last dia tido gak..dalam keadaan tak pakai pampers..tak nak terukkan lagi ruamnya.. Apalagi..akibatnya..anda pun tahu..apa jadi bila baby tido tak pakai pampers..huhuhu..

Sebelum ni Rania tak penah plak kena ruam lampin ni..dalam pantang pun tak pernah. Masa dalam pantang dulu guna bedak cina tak ingat plak namanya tapi diimport oleh hai-O dalam bekas bulat warna hijau..murah je..harga dia dalam RM2.90 kot 1. Memang berkesan. Member yang kenalkan dulu.. masa Rayyan kena ruam lampin masa dalam pantang. Memandangkan keberkesanannya..so apply gak kat Rania. So bila Rania tak kena ruam lampin..mummy dia tak la beli lagi bila dah abis.. Mummy dia ni ingatkan kulit Rania kebal..hehe.. Lagi pun bedak ni dijual kat kedai ubat cina je..kat pasaraya takde..susah la nak jumpa.. Dulu beli pun masa dlm pantang kat Tangkak..

Baru-baru ni je Rania kena ruam lampin. Habis merah bahagian kemaluan dan sekitar duburnya..akibat pembuangan najis yang agak cair. Kerap plak tu.. macam cirit-birit je.. mummy dia salah makan ke? Tu la..mummy dia ni main belasah je makan! ikut selera..tak teringat pun kat anak yang breastfeed..hehe..sorry ye Rania. Mungkin ruam ni terjadi sebab najis ni tak diserap oleh pampers. Memandangkan ianya cair..ia merebak la kebahagian depan..dan menyebabkan kerengsaan kulit di bahagian depan. Diburukkan lagi bila mummy dan daddy dia tak perasan bila masa Rania membuang lagi..padahal baru je tukar pampers.. Ehm.. kena tukar pampers jenama lain ke? Elok ke guna wipes masa membersihkan najisnye? Kena tukar ke bedak berubat pureen yang sedang digunakan? Jom baca apa yang saya jumpa pasal ruam lampin ni..

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelengkang dan peha. Kulit baby adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah baby jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.


Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

1) Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit baby yang sensitif menyentuh air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

2) Najis baby terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan baby, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

3) Alahan pada bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun atau pelembut yang digunakan untuk mencuci lampin kain.

4) Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit baby selepas mandi.

5) Alahan atau kerengsaan apabila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

6) Pertukaran dalam makanan baby yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit akibat meningkatnya kandungan asid.

7) Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.


Tanda-tanda Ruam Lampin

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Komplikasi Ruam Lampin

1) Ruam dijangkiti bakteria atau kulat
2) Jangkitan salur kencing
3) Ekzema atau ruam kulit alergik

Cara Rawatan

1. Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.

2. Gunakan air suam untuk mencuci punggung baby setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakkan pengudaraan dan mengeringkan kulit baby.

4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.

5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru baby dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.


Pencegahan Ruam Lampin

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin baby anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

• Periksa lampin baby anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.

• Berhati-hati membersihkan bahagian punggung baby anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.

• Biarkan kulit baby anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.

• Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit baby anda.

• Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.

• Elakkan penggunaan sapuan lampin / wipes (tisu basah) yang mengandungi alkohol.

• Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.

Sebenarnya ruam lampin ni ada banyak jenis. Jenis yang ringan..yang kulit baby kemerahan biasa..dipanggil contact dermatitis. Cara rawatan di atas sesuai digunakan untuk merawat ruam jenis ni. Penting untuk kita memastikan jenis ruam lampin baby bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Selain contact dermatitis ni, terdapat juga ruam lampin jenis candida dan juga Seborrheic dermatitis.

Ruam lampin candida

- Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.

- Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.

- Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.

- Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.

- Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan:

• Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
• Keringkan kawasan yang dijangkiti.
• Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.

Berjumpa doktor sekiranya:

• Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
• Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
• Baby anda demam.
• Baby anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
• Wujudnya benjolan atau bintil-bintil.
• Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
• Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

Seborrheic dermatitis

Tanda-tanda dan simptom

• Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
• Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
• Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar
sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
• Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
• Jangkitan kuman boleh terjadi.
• Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.

Rawatan

• Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
• Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
• Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.

Selain contact dermatitis, candida dan juga Seborrheic dermatitis, penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:

• Atopic dermatitis
• Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus

Kesimpulannya..semoga lepas ni mummies lebih berhati-hati dalam mengendalikan lampin baby. Prevention is better than cure! kesian baby kalau dah kena ruam lampin ni. Jangan ingat baby tak pernah kena ruam lampin..dia kekal tidak kena..so, renung-renungkan..dan selamat beramal..hehe..

Thursday, June 10, 2010

Najis Baby : Normal ke Tidak?

Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh baby yang baru lahir?

Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Apakah yang akan berlaku jika baby diberikan susu formula?

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.

Apa pula akan berlaku jika baby diberi susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.

Adakah akan menjejaskan baby jika bertukar dari susu badan kepada susu formula?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting untuk melakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit

Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat najis yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau

Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah

Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Sumber:
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/najis-bayi/

Tanda-tanda baby mendapat susu yang mencukupi

Macamana ye nak tahu yang baby kita mendapat susu yang cukup? Mungkin persoalan ni pernah bermain di fikiran mummies kan.. ye la..baby ni tak pandai cakap lagi..so dia tak bleh la nak bagitau "mummy! susu tak cukup.. boleh baby nak lagi?" hehe..so kat sini saya sediakan jawapan untuk persoalan ni..

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi.

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya.

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah:

• Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.

• Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.

• Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.

• Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.

• Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut:

• Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.

• Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.

• Bayi anda meragam atau sering letih.

• Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)

• Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.

• Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.

• Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.

• Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.

• Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda.

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila:

• bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;

• penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;

• dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan.

Sumber :
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/susu-mencukupi/

Tuesday, June 8, 2010

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Pernah tak persoalan ni bermain di fikiran anda? Pernah tak tertanya-tanya macamana ia terjadi? Kalau pernah..sama la dengan saya. Besar sungguh kuasa Allah yang menjadikan susu ibu ini ye..Subhanallah! Secara sains macamana ia terhasil ye? Cari punya cari..saya jumpa jawapannya.. Berikut adalah jawapan yang saya jumpa dan saya nak share dengan anda semua.. Semoga dengan mengetahui bagaimana susu ibu terhasil, mummies akan lebih menghargai betapa bagusnya baby kerap menyusu..dan betapa perlunya menyusu dengan kerap.

The process starts during pregnancy

If you're pregnant, you've probably noticed a metamorphosis in your bra cups. Those physical changes — tender, swollen breasts, and darkened nipples and areolas (the circle of skin surrounding your nipple) — may be one of your earliest clues that you've conceived. Experts believe the color change of the areola may also be a helpful aid to breastfeeding. It's nature's way of providing a visual guide that helps newborns nurse successfully (hey, dinner's over here!). Another pregnancy signal: the appearance of tiny bumps around your areola called the glands of Montgomery (named after the British obstetrician who first described them), which also play a role in breastfeeding. These bumps produce an oily substance that cleanses, lubricates, and protects the nipple from infection during nursing.

What's going on inside your breasts

Perhaps even more remarkable than this visible transformation is the extensive changes taking place inside your breasts. Your developing placenta stimulates the release of estrogen and progesterone, which in turn stimulate the complex biological system that makes lactation possible.



Before pregnancy, a combination of supportive tissue, milk glands, and protective fat makes up a large portion of your breasts. (The amount of fatty tissue varies among women, which is why breasts come in such a variety of sizes and shapes.) In fact, your newly tender, swollen breasts have been preparing for your pregnancy since you were a 6-week-old embryo in your own mother's womb. By the time you were born, your main milk ducts — a network of canals that transport milk through your breasts — had already formed. Your mammary glands stayed quiet until puberty, when a flood of the female hormone estrogen caused them to grow and swell. During pregnancy, those glands shift into high gear.

By the time your baby is born, glandular tissue has replaced most of the fat cells and accounts for your bigger-than-ever breasts. Each one may get as much as 1½ pounds heavier!

Nestled amid the fat cells and glandular tissue is an intricate network of channels or canals called milk ducts. Pregnancy hormones cause the milk ducts to increase in number and size; the ducts then branch off into smaller canals near the chest wall called ductules. At the end of each one is a cluster of small, grapelike sacs called alveoli. A cluster of alveoli is called a lobule; a cluster of lobules is called a lobe. Each breast contains between 15 and 20 lobes, with one milk duct for every lobe.

Milk is produced inside the alveoli, which are surrounded by tiny muscles that squeeze the glands and push milk out into the ductules. Those ductules lead to a bigger duct that widens into a milk pool or milk sinus directly beneath the areola. Milk pools act as reservoirs that hold milk until your baby suckles it through tiny openings in your nipple. (You can think of the 15 or 20 milk ducts as individual straws that all end at the tip of your nipple and deliver milk into your baby's mouth.) Your milk duct system becomes fully developed sometime during your second trimester, so you can nurse your baby even if he arrives prematurely.

Production heats up after the baby is born

Milk production and prolactin

You'll begin full-scale milk production within 72 hours of delivering your baby. Scientifically speaking, this period is called lactogenesis. Once you expel your hormone-producing placenta, the estrogen and progesterone levels in your body suddenly drop. At the same time, the level of the hormone prolactin rises. This pituitary gland hormone signals your body to make lots of milk to nourish your baby. Laboratory studies also show that prolactin may make you feel more "motherly," which is why some experts call it the mothering hormone.

As your body readies itself for lactation, it pumps extra blood into the alveoli, making your breasts firm and full. Swollen blood vessels, combined with an abundance of milk, may make your breasts temporarily painful and engorged, but nursing frequently in the first few days will help relieve any discomfort.

First comes colostrum

During the early days of breastfeeding, your baby will enjoy a creamy, high-protein, low-fat substance called colostrum. You may have leaked a few drops of this thick, yellowish substance during the final weeks of your pregnancy (some women have this happen during their second trimester). This "first milk" is produced as the cells in the center of the alveoli dissolve and flow through the milk ducts and out the nipple. The precious, easily digestible liquid is chock-full of disease-fighting antibodies called immunoglobulins that strengthen your baby's immune system.

How milk flows from you to your baby

For your baby to enjoy your milk, it must be "let down" or released from the internal alveoli. Here's how it happens: As your baby sucks your nipple, he stimulates the pituitary gland to release oxytocin — as well as prolactin — into your bloodstream. When it reaches your breast, oxytocin causes the tiny muscles around the milk-filled alveoli to contract and squeeze. The nourishing liquid is emptied into the ducts, which transport it to the milk pools just below the areola. When he suckles, your nursing infant presses the milk from the pools into his mouth.



During the first days of nursing, you may feel some cramps in your abdomen as your baby sucks. This usually mild discomfort signals the release of oxytocin, which helps shrink your uterus back to its pre-pregnancy size. (This same hormone caused your uterus to contract during labor.) Another signal: You may feel calm, satisfied, and joyful as you nurse. No wonder some people call oxytocin the hormone of love!

During the first days of nursing, you may feel some cramps in your abdomen as your baby sucks. This usually mild discomfort signals the release of oxytocin, which helps shrink your uterus back to its pre-pregnancy size. (This same hormone caused your uterus to contract during labor.) Another signal: You may feel calm, satisfied, and joyful as you nurse. No wonder some people call oxytocin the hormone of love!

As your milk flow increases, you may also feel some tingling, stinging, burning, or prickling in your breasts. Your milk may drip or even spray during letdown. Many women compare breastfeeding to learning how to ride a bike: It may be tricky at first, but once you — and your baby — get the hang of it, it becomes second nature.

source : http://www.babycenter.com.my/baby/breastfeeding/makingbreastmilk/


How much milk is needed?

Ongoing, long-term milk production depends mostly on milk removal. The more often milk is removed and the more completely it is removed, the more milk the breasts make. The opposite is also true. When milk is removed less often or an insufficient amount is removed, the breasts get the signal to slow milk production and make less. Milk removal occurs when a baby effectively breastfeeds.

Effective breastfeeding requires effective sucking by the baby so that enough milk is transferred from the breast into the baby's mouth where it is swallowed. To suck effectively, a baby must latch deeply onto the breast and use the structures in his/her mouth to create intermittent (periodic) suction and also compress the milk sinuses (enlarged area of milk ducts) lying beneath the areola - the area about 1½ to 2 inches behind the nipple tip. Proper sucking signals the mother's body to release the hormone oxytocin, which results in a greater transfer of milk with the milk-ejection reflex (MER), or milk "let down."

If a baby is not breastfeeding effectively, milk transfer also can be accomplished through milk expression techniques. When using manual expression, a mother compresses the milk sinuses by hand to remove milk. Breast pumps remove milk by creating suction, and a few also have features that compress milk sinuses to some degree. Generally, the milk-ejection reflex is triggered during milk expression sessions, especially if frequent and regular sessions occur.

Source : http://childrensnyp.org/mschony/P02866.html

Kesimpulannya

1) Susuilah baby anda dengan kerap. Lagi banyak susu keluar daripada breast, lagi banyak susu akan dihasilkan!

2) Pastikan baby hisap dengan cara yang betul. Perlekapan mulut baby yang betul di aerola akan memberi isyarat kepada badan ibu untuk merembeskan hormon oksitosin.

3) 2 hormon penting semasa breastfeeding adalah prolaktin dan juga oksitosin. (bleh rujuk artikel yang pernah saya post : Hormon-hormon semasa kehamilan di bawah label kehamilan)

"Hormon oksitosin dibebaskan sebagai tindak balas terhadap penarikan serviks atau rangsangan kepada puting buah dada. Ia mengakibatkan pengecutan uterus supaya kelahiran berlaku dengan cepat. Ia juga merangsang kelenjar-kelenjar susu untuk menghasilkan susu. Paras progesteron yang tinggi akan menghalang kesan oksitosin. Hanya apabila paras progesteron menurun disaat kelahiran, barulah kesan hormon ini dapat dirasai"

"Hormon prolaktin dihasilkan oleh buah pinggang bayi dan pengeluarannya berkurangan kira-kira satu minggu selepas kelahiran. Paras itu kekal tinggi dalam darah ibu untuk kira-kira 2 minggu selepas kelahiran. Prolaktin adalah penting untuk pengawalan metabolisme ibu semasa kehamilan dan membantu dalam rangsangan pertumbuhan sel sistem imun. Ia membantu buah dada dalam persediaan untuk penyusuan dan menggalakkan pertumbuhan bayi"

4) Dalam breast kita ni ada tisu-tisu yang lembut..so jangan la ganas sangat semasa memerah susu ye..takut tisu bleh rosak..takde spare part jual kat kedai..

Lain-lain kesimpulan..anda fikirla sendiri..penat la nak fikirkan..hehe..nanti jangan lupa beritahu saya ye..

P/s : Sori artikel dlm english..malas nak translate! Takut plak salah translate nanti..hhehe..

Monday, June 7, 2010

Punca Kenapa Gagal Hamil?

Artikel ni saya jumpa dalam Majalah Pa&Ma Edisi Februari 2009 untuk dikongsikan bersama..terutamanya kawan-kawan yang masih gagal hamil. Selain daripada belum ada rezeki lagi..mungkin ada faktor lain yang boleh menghalang kehamilan.

Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratus kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu. Antara faktor penyebabnya ialah :

1) Usia wanita tersebut

Peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

2) Usia dan tahap kesihatan pasangan

Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun.

3) Gaya hidup

Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

4) Stres yang melampau

Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak.

5) Pakaian

Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, eloklah bertukar kepada memakai boxer agar lebih longgar.

6) Masalah hormon

Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesteron yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

7) Bilangan sperma yang rendah

Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya, isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

8) Pengambilan Kafein

Sekiranya anda mengambil lebih daripada 1 atau 2 cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.

Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Suami isteri hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan di klinik sama ada swasta ataupun kerajaan. Contohnya pasangan yang sudah berkahwin lebih setahun dan masih belum hamil, boleh melakukan pemeriksaan di klinik yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau di klinik / hospital kesuburan swasta. Yang penting, anda mesti berusaha!

Sunday, June 6, 2010

Tips Banyakkan Susu Ibu

Bagi ibu-ibu yang berniat untuk breastfeed baby..tips untuk membanyakkan susu ibu memang dicari. Begitu juga saya. Ini untuk memastikan bekalan untuk anak tersayang tidak terputus..kita juga tidak tertekan...

So, kat sini saya nak share sedikit sebanyak informasi yang saya jumpa berkenaan tips untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Tetapi untuk pengetahuan, penerimaan badan seseorang tidak sama dengan seseorang yang lain. Mungkin makanan x membanyakkan susu ibu A tetapi belum tentu makanan x juga membanyakkan susu ibu yang lain. So try and error la ye..hehe..

Tips 1 : Daun Sireh

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sireh. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Tips 2 : Nasi panas, halia muda dan air asam

Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

Tips 3 : Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (bagi saya kalau nak sedap..campurkan dengan gula merah atau gula batu)

Tips 4 : Lobak Putih

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Tips 5 : Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

Tips 6 : Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari.

Tips 7 : Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Tips 8 : Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba atau jintam hitam dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan mium airnya.

Tips 9 : Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari

Tips 1-9 ini dipetik daripada majalah Pa&Ma edisi Februari 2009. Kalau rajin..cubalah! usaha tangga kejayaan! :-) Tapi kalau malas nak buat keje lebih..kini kat pasaran banyak gak produk dalam bentuk pil, softgel, teh, serbuk dan sebagainya yang dikatakan boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Antaranya..

1) Pil ASI (Air Susu Ibu).

Berbentuk pil bulat-bulat kecil warna hitam. Sejenis jamu yang dikeluarkan oleh negara jiran, Indonesia. Harga dia RM20 untuk 1 pek yang mengandungi 300 biji pil. Makan 2 kali sehari, 5 biji pil untuk sekali makan.

2) Habbatussauda

Kat pasaran banyak gak jual produk habbatussauda ni.. tapi saya beli softgel keluaran HPA. Harga pasaran RM48 untuk 60 biji softgel.

3) Roselle

Saya penah gak terjumpa artikel yang menyatakan minuman Roselle juga bleh meningkatkan susu ibu.

4)Dan banyak lagi

Dan banyak lagi produk yang dijual di pasaran..ada yang berbentuk serbuk teh, serbuk soya dan sebagainya..tinggal bancuh je. Bleh didapati di kedai-kedai yang jual barangan baby..

Insyaallah kalau saya dapat lagi informasi tentang tips yang boleh menambahkan susu ibu ni..saya akan edit dan masukkan dalam post ni nanti ye..selamat mencuba!

Saturday, June 5, 2010

Kenali Si Manja Berdasarkan Horoskop

1) Baby Capricorn (22 Disember - 19 Januari)

Karakter :

Baby Capricorn umumnya lebih dewasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Pembawaan dirinya lebih serius berbanding baby-baby lain. Tetapi, biarpun tergolong sebagai serius, dia juga mempunyai citarasa yang tinggi kelak. Dia juga anak yang didambakan setiap ibu bapa di samping keperibadiannya yang mengagumkan, adil dan bertanggungjawab. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang dermawan serta pandai menguruskan wang.

2) Baby Aquarius (20 Januari - 18 Februari)

Karakter :

Baby Aquarius sebenarnya cerdas, namun gerak-gerinya agak lambat. Dia juga mempunyai banyak idea yang mungkin tidak terfikir oleh bayi seusianya. Apabila dia berbakat dan memiliki minat pada sesuatu bidang, dia akan menjadi seorang yang kreatif dalam bidang tersebut. Tetapi mungkin perkara ini akan banyak membawa kesulitan dan merupakan ujian bagi ibu bapanya ketika dia masih kanak-kanak.

3) Baby Pisces (19 Februari - 20 Mac)

Karakter :

Kebanyakan baby pisces dianugerahkan dengan kecantikan atau ketampanan. Apabila melihat kecantikan atau ketampanan mereka, ia sungguh menakjubkan. Apatah lagi, mereka juga tidak segan untuk bergambar atau bergaya di depan kamera. Walaupun begitu, ia tidak bererti mereka senang dikerumuni orang lain. Setelah penggambaran selesai, umumnya mereka akan kembali asyik dengan dunianya sendiri. Salah satu perkara negatif baby Pisces adalah kepercayaan dirinya yang rendah. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa memberi semangat dan mendorongnya untuk terus berkembang.

4) Baby Aries (21 Mac - 19 April)

Karakter :

Hiperaktif, itulah sifat baby Aries. Kalau disuruh atau diminta melakukan sesuatu, biasanya dia tidak mahu kerana dia agak keras kepala. Namun, hatinya sebenarnya baik. Disebabkan sifatnya yang lasak, ada kemungkinan badannya akan mengalami kesan-kesan akibat terjatuh.

5) Baby Taurus (20 April - 20 Mei)

Karakter :

Seperti juga baby Aries, baby Taurus juga agak keras kepala. Namun, menguruskannya ketika kecil jauh lebih mudah. Ini kerana, dia amat tenang, senang dimanja dan dipeluk. Tubuhnya juga sihat kerana dia merupakan seorang yang kuat makan.

6) Baby Gemini (21 Mei - 21 Jun)

Karakter :

Dilahirkan sebagai baby yang cerdas dan berjenaka membuatkan baby Gemini disukai dan dikagumi orang. Manakala dalam melakukan sesuatu, dia sering kali tidak bersungguh. Apabila mula bermain sesuatu, dia sudah pindah ke permainan lain dan rumah akan berselerak jika dia baru mula bermain.

7) Baby Cancer (22 Jun - 22 Julai)

Karakter :

Dilahirkan dengan perasaan yang sensitif dan mudah terluka, baby Cancer sangat dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Dia akan mudah menangis dan sangat peka apabila ada konflik yang berlaku disekitarnya. Tetapi fizikalnya amat kuat.

8) Baby Leo (23 Julai - 22 Ogos)

Karakter :

Lahir di bawah lambang raja hutan, perilaku baby Leo suka memerintah. Dia selalu inginkan kemahuannya dituruti. Namun, memang tidak sukar untuk memenuhi keinginannya kerana sejak bayi lagi dia merupakan seorang yang menonjol dan periang. Apabila bersekolah kelak, dia bakal menjadi popular. Namun, apabila kemahuannyatidak dipenuhi, jangan sesekali mempedulikan amukannya.

9)Baby Virgo (23 Ogos - 22 September)

Karakter :

Ini dia baby kesukaan para ibu bapa. Baby virgo begitu manis dan ramah, tidak pernah lupa melemparkan senyuman setiap kali orang memandang. Dia juga begitu tenang dan sukar untuk diuruskan, terutama sekali dalam menjalankan rutin harian. Namun dalam pengurusan makanan, dia agak memilih. Dia juga agak keras kepala tetapi hatinya penuh dengan kasih sayang.

10) Baby Libra (23 September - 22 Oktober)

Karakter :

Baby Libra dikurniakan paras yang rupawan. Dia juga senang melemparkan senyuman jika didekati. Apabila sudah dapat berbual, maka dia akan berceloteh dengan lucu. Dia memang boleh menarik perhatian setiap orang disebabkan oleh kemampuan komunikasinya itu. Tetapi, berhati-hati kerana dia senang memberontak pada peraturan tertentu.

11) Baby Scorpio (23 Oktober - 21 November)

Karakter :

Agak kurang pandai dalam mengekspresikan perasaan dan fikirannya, ia adalah ciri utama baby scorpio. Dia juga termasuk dalam golongan bayi yang selalu ingin tahu tentang apa saja. Selain itu, dia boleh menjadi marah apabila anda tidak mengendahkan pertanyaannya yang bertubi-tubi. Ini kerana dia juga senang berkomunikasi dan dia akan menangis apabila dibiarkan bersendirian.

12) Baby Sagitarius (22 November - 21 Disember)

Karakter :

Sebagai bayi, Sagitarius memang senang dikerumuni orang kerana dia suka melawak. Sikapnya yang ceria dan riang, mungkin saja akan berubah menjadi sedih dan penuh air mata. Dikurniakan otak yang cukup cerdas, baby Sagitarius biasanya meminta sesuatu sebelum melakukan sesuatu hal. Prinsipnya adalah kebebasan merupakan segalanya.


Petikan daripada : Majalah Mami & Baby Edisi Januari 2010

Friday, June 4, 2010

Baby Keliru Puting

Salam. Kali ni saya nak share tentang satu masalah yang sering dialami oleh ibu-ibu yang nak mula berkerja setelah lama cuti berpantang. Ini sering berlaku bagi ibu-ibu yang breastfeeding baby sepanjang tempoh berpantang. Baby tak nak puting botol susu..nak mummy dia punya gak..hehe. Baby yang bijak! tahu membezakan yang best dgn tak best..hehe..

Saya pun mengalami masalah ni juga. Masa dalam pantang..memang saya fully breastfeed secara direct kpd baby..senang! tak payah nak cuci2 botol..nak sterill..nak bangun malam-malam buat susu. Dah ada yang ready-to-serve..sumbat je dalam mulut baby..diam la dia. Biasanya baby yang breastfeed ni tak banyak ragam. Dia baru ek..ek..je..mummy dia dah bagi nenen..tak sempat nak nangis! Salah satu keistimewaan breastfeed ni..ia boleh menenangkan baby.

Biasanya 2 minggu sebelum bekerja saya latih baby untuk menyusu guna botol susu. Senang nak tinggal dengan pengasuh. Kalau nak ikutkan..memang tak digalakkan guna botol susu sebab puting botol tu boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Ini boleh menyebabkan baby keliru puting. Perasan tak biasanya kat botol2 susu atau puting yang dijual di pasaran ada amaran yang pemberian puting ni boleh mengganggu penyusuan susu ibu. Cara terbaik kena sudukan baby tu atau bagi guna cawan. Memang agak leceh skit. So, disebabkan tak nak la menyusahkan baby sitter saya pun ajar la baby minum susu ibu guna botol susu.

Dulu masa dua minggu sebelum start kerja sewaktu bersalinkan Rania..saya siap berperang dengan Rania sebab dia tak nak puting botol. Puasla disumbat..tak mau juga. Dia rela tak minum susu daripada kena hisap puting tiruan..hehe.. Jenuhnya mencari puting yang dia berkenan. Semua jenama yang ada jual kat pasaraya saya beli. Yang kaler putih..yang kaler kuning..yang bulat..yang leper..semua saya beli. Jenama Dr. Baby..tak mao, jenama NUK..tak mao, jenama pigeon..tak mao, macam-macam jenama lain saya beli gak..tak ingat jenama apa..sebab main beli je..jenama yang ingat ni sebab memang cari..hehe. Ada member kata, baby dia terima puting NUK..saya pun cari la kat pasaraya..tak jumpa! Jenuh mencari..akhirnya jumpa kat farmasi Guardian. Mahal gak puting ni..kalau tak silap 2 pieces RM13.90. Tapi malangnya..Rania still reject! Tanya member yang lain..baby dia suka puting Dr. Baby yang kaler kuning kecoklatan tu..saya pun pegi la beli. Nasib baik puting ni senang nak jumpa. Memang banyak dijual di pasaraya. Tapi malangnya..Rania still reject! cerewet sungguhlah anak perempuanku ini..

Saya tak berputus asa..usaha selanjutnya perlu diteruskan! hehe..saya pun search internet..terus buka laman web susuibu.com..sebuah laman web yang banyak informasi tentang penyusuan susu ibu ni. Memang bukan saya saja mengalami masalah ni. Ramai juga ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah yang sama. Ada ibu yang kata anaknya terima botol susu tommy tippy. puting dia mirip puting ibu..so baby ingat dia nenen dengan ibunya la. Ada gak ibu lain yang kata baby dia terima botol susu jenama MAM. Putingnya lembut selembut puting ibu. Dua-dua botol susu ni wide neck. Saya pun pergila cari kat kedai baby..sebab saya tahu memang takde jual kat pasaraya..kalau ada tentu saya dah beli masa sesi pencarian sebelum ini..hehe.. Saya pergi kat kedai baby kat Alamanda, Putrajaya. Tak ingat plak nama kedai tu. Punyalah jauh mencari..dari Batu Caves ke Putrajaya..hehe..tapi takpe demi anak tersayang..

Kat kedai ni ada jual jenama tommy tippy tapi takde jenama MAM tu. Harap-harap Rania terima la tommy tippy ni..sebab harga dia RM29.90..hehe..kalau terima takpe beli mahal2 pun..kalau tak..rugila.. Bila test kat Rania..mula2 dia nak..pastu lama-lama tak nak pulak. Mungkin sebab putingnye keras skit berbanding nipple mummy dia. Huh! dugaan.. Setiap baby mempunyai citarasa masing-masing rupanya..hehe..

Akhirnya..botol susu jenama MAM berjaya juga dijumpai di Kuantan! Kat kedai Barangan Baby..kalau tak silap Twins Baby namanya. Masa ni balik kampung husband. Dengan penuh harapan supaya Rania menerima botol ini..saya pun belilah. Botol yang saiz kecil takde jual satu..dia jual 2 pieces dengan harga dekat RM60 gak. Tak nak la beli banyak..sebab takut Rania reject! Terpaksalah beli botol yang 9oz. Harga RM37 satu.

Alhamdulillah..Akhirnya Rania accept botol susu ni. Putingnya lembut..lebih kurang nipple mummy..so takde la Rania rasa perbezaan yang ketara sangat.. Sampai sekarang..Dah berusia hampir 8 bulan..Rania masih gemar botol susu ni. Bukan tu aje..bila dah besar ni..Rania bleh pulak terima puting botol susu abang Rayyan bila kadang2 daddy bagi! hehe.. kecik-kecik je cerewet..

Bestnya botol susu MAM ni dia senang dicuci.. Bahagian bawahnya boleh dibuka.. dan berus botol gerenti sampai. Bahagian bawahnya ada lubang kecik-kecik dan dilapik dengan getah..bagi mengelakkan udara terperangkap dalam botol susu yang bleh menyebabkan kembung perut..kalau tak silaplah..kalau silap..betulkan saya ye..

So, Alhamdulillah..puting ni tak mengganggu penyusuan susu ibu. Time tinggal dengan baby sitter Rania nenen guna puting MAM..bila kat rumah..Rania nenen guna puting Mummy! Dua-dua Rania tak reject..sebab susunya still rasa yang sama..

Ni nak kongsi tips macamana nak suruh baby terima puting lain.. jangan mummy baby yang bagi..kena suruh orang lain.. maybe minta tolong husband ke.. kalau mummy yang bagi..maybe dia akan reject! Don't underestimate your baby! hhehe..mereka ni ada deria bau dan rasa..

Thursday, June 3, 2010

Happy Anniversary!

Salam. Hari ini pada 3 tahun lepas..(3 Jun 2007), seorang pengantin pompuan berseri-seri memakai baju kurung moden rona putih..menanti penuh debar saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya. Warna putih sengaja dipilih bagi menggambarkan sucinya majlis pernikahan ini sesuci cinta yang disulam sejak lebih kurang 5 bulan lalu. Sekali..tak lepas..dua kali..pun sama..at last kali ke 5, Alhamdulillah..sahlah pengantin pompuan tadi menjadi milik si jejaka yang tampan memakai baju melayu teluk belanga yang juga berwarna putih. Rupanya si jejaka resah menunggu ahli rombongannya yang seramai 1 bas tersesat..tu yang hilang fokus tu! Alhamdulillah..nasib baik rombongan tiba tak berapa lama selepas majlis akad nikah bermula..kalau tidak...

Ehm..rasa macam baru semalam je kenangan ni berlaku..sedar tak sedar..dah ada sepasang cahaya mata dah..hehe.. Hari ni ulangtahun perkahwinan ke-3 antara saya dan hubby. Selamat ulang tahun perkahwinan juga saya ucapkan kepada mereka yang juga memilih tarikh ini untuk membuka lembaran sejarah..melangkah ke alam baru..alam rumahtangga sama macam saya! Saya rasa mesti ramai yang setarikh dengan saya..maklumlah cuti sekolah..hehe..

Inilah kali pertama saya menyambut anniversary ni tanpa perut berisi! hehe..1st anniversary..tengah mengandungkan anak sulung..masa ni dah 9 bln..menghitung hari..baby lahir 16 hari kemudian. 2nd anniversary plak..tengah mengandungkan anak yang kedua..masa ni kandungan dah berusia 5 bulan. Penah gak saya cakap kat husband, 3rd anniversary nanti tak nak perut buncit lagi! hehe..berjaya juga merealisasikan impian itu.. :-)



Kalaulah masa boleh diputar semula..saya nak repeat semula masa majlis akad nikah ni..hehe.. Saya nak ubah semula statement mak andam " akak belum pernah jumpa pengantin yang gelak masa nikah..ni la first time akak jumpa. Pengantin menangis memang selalu akak jumpa..." ehm..bila dikenang semula..malunye saya..

Peristiwa ni berlaku sejurus selepas saya sah diijabkabulkan dengan suami. Biasaya..lepas akad nikah..suami akan baca lafaz taklik yang skripnya memang telah disediakan oleh pejabat agama. Lepas suami baca lafaz taklik ni..giliran isteri pulak kena jawab lafaz taklik ni..dan skrip juga telah disediakan..tinggal baca je.. Saya tak pernah pun tengok skrip ni. So, tak pernah la praktis.. Sekali skrip dia menggunakan kata ganti nama adinda..kekanda..la plak.. saya tak tau la apa yang menggeletek hati saya ni..sehingga saya tak bleh sebut pun perkataan adinda kekanda tu..mesti saya tergelak..lama gak situasi ni berlarutan..berapa banyak kali saya tarik nafas dalam-dalam..kenapa la time ni ko nak datang wahai gelak..dah la guna mikropon! wat malu je.. wat spoil suasana.. setelah banyak kali mencuba tahan gelak..akhirnya berjaya juga..mesti pak imam bengang je dengan saya..hehe.. pejabat agama ni pun satu..kenapa la guna adinda..kekanda..guna je la ayat biasa-biasa je..ana anta pun tak pe..hehe..macam arab la pulak..

Itu satu hal..ini ada satu lagi..masa sesi fotografi. Photographer minta husband saya wat aksi nak cium dahi..dia nak ambil gambar tu. Time ni pun penyakit gelak saya sampai. Memang banyak kali tak jadi.. sebab saya asyik nak tergelak je.. bukan pun dia suruh husband saya cium pun dahi saya..cuma dekatkan je bibir kat dahi..fuh! susahnya nak wat aksi ni.. ye la..tak pernah pun kami serapat tu sebelum ni..so bila husband saya nak wat cam tu..nak tergelak la saya..mungkin gelak tu datang disebabkan gemuruhnya perasaan saya waktu tu kot..hehe..mungkin perasaan gemuruh tu telah merangsang hormon gelak dirembeskan..hehe..betul ke? agaknye la.. Menurut kata husband, photographer tu cakap..utk gambar tu je..kali ke-29 snap baru jadi..hehe.. gambar yang kat atas tu la gambar yang dimaksudkan.. Mungkin sebelum ni masa berkawan dalam tempoh setahun lebih dan bertunang selama 5 bulan..kami bukanlah pasangan yang romantik..tapi gila-gila skit..hehe..tu yang tak bleh nak wat aksi-aksi romantik ni..

Saya pasti korang semua pun pasti ada kenangan yang tak bleh dilupakan masa majlis perkahwinan kan..jom la kongsi kalau sudi..