Check it out!

Thursday, April 28, 2011

Tips mengetahui jantina anak dalam kandungan

Soalan paling popular yang diajukan kepada ibu mengandung selepas pertanyaan bila due? ialah dah scan dah baby apa? hehe.. betul kan? Teruja sungguh orang sekeliling kita nak tahu baby yang kita kandung kan? kan? hehe.. tak kurang juga yang teruja nak meneka-neka baby apa dalam perut tu..

Baru tadi saya terserempak dengan member pompuan yang dah lama tak jumpa. Sebagaimana yang dinyatakan di atas, soalan pertama yang ditanya adalah bila due? Secondly..macam yang saya cakap gak..dah scan dah baby apa? Saya jawab.. dah scan..tapi encik asben tak kasi bagitau..surprise! hehe.. mungkin tak puas hati dengan jawapan saya..dia pun meraba la perut ni.. lagaknya macam mak bidan kampung..hehe.. pompuan katanya! Huyooo.. betul ke? kita tunggu jawapannya lebih kurang 4-5 minggu dari sekarang..hehe..

Macam mana dia bleh teka macam tu ek? Si mummy yang penah mengandungkan anak lelaki dan anak pompuan ni pun tak bleh nak teka baby apa yang dikandungkannya..hihi.. Buat ultrasound baru tahu baby apa..

Agak-agaknya petua apa yang dia ikut bagi meneka jantina dalam kandungan saya ni ye? Meh sini kita baca petua orang tua-tua dalam meneka jantina anak dalam kandungan..maklumla dulu kan takde kemudahan ultrasound ni.. Mungkin salah satu petua ni yang member saya ikut kot..

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. (Masa saya mengandungkan Rayyan dulu, ada member opis tegur.."perut ko ni akak tengok sekejap macam anak pompuan..sekejap macam anak lelaki pulak.." hehe..pandai sungguh perut ku ini mengaburi pandangan mata orang.. saje nak bagi orang pening meneka-neka)

2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe... (Nipple Rayyan..unik skit. Sebelah timbul dan yang sebelah pulak terbelah. Atok dia kompius skit nak teka..adik dia lelaki ke pompuan..hehehe.. Yang Rania pulak nipple dia terbelah. Masa umur sebulan wat check up kat klinik kesihatan..nurse yang check tu siap cakap lagi yang adik Rania ni nanti pompuan.. Hhuhu..sperm ngan ovum blum jumpa lagi dia dah tahu kromosom mana yang menang ye..)

3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.

4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.

5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu. (Masa pregnenkan Rania dulu.. saya tak la suka bersolek..sebab bukan jenis yang suka bersolek. Pakai pelembab dengan bedak je. Pun bukan jenis yang bergaya. Cuma berkenan kat kaler pink. saya beli maternity dress kaler pink. Blouse pun kaler pink. Masa pregnenkan Rayyan..takde langsung beli kaler pink. Encik asben siap cakap kat Rayyan..nampak gayanya adik Rayyan pompuan la ni..hehe..)

6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.

7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..

8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan (ni dapat kat http://aidura.blogspot.com)

9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..

Ni hanya petua orang tua-tua. Hanya ramalan mereka aje. Janganlah percaya bulat-bulat.. Tak kisah la anak lelaki ke pompuan..yang penting sihat. Apa jua jantina..itulah ikatan kasih sayang antara suami isteri..kan?

Wednesday, April 27, 2011

I'm Back! - kisah seorang mami

Salam para pengunjung dan blogger sekelian..

Huh! dah lama sesangat tak menjengah blog sendiri.. Tiada satu pon entry untuk bulan April ni. Apa sudah jadi? Biasalah..Busy!

Niat di hati memang rasa nak menulis setiap hari.. update blog dengan entry-entry yang boleh dikongsi.. tapi apakan daya, masa 24 jam sehari.. 8 jam keje tanpa henti..waktu rehat nak makan tengah hari pun rasa rugi..keje banyak tak siap lagi. Bulan ni memang bulan busy.. Balik rumah.. masa untuk anak-anak dan suami.. nak on pc pun takde hati..

Bila hari cuti.. nak mengemas, mencuci itu ini.. bawa anak-anak pi jalan-jalan lagi.. Kalau ada masa free.. baru je on laptop atau pc.. anak-anak dah mari.. mummy! nak tengok abc! Ehmmm..nak wat cam ne..dah nasib seorang mummy! Tak nak layan anak..tak sampai hati..

Ari ni..baru kurang busy.. Bleh la curi masa jengah blog menulis entry. Ni pun waktu rehat makan tengah hari. Jap lagi kena sambung wat keje lagi.. Maklumla pekerja berdedikasi..hihi.. Actually tak lama lagi kan nak cuti 90 hari.. due date 1 jun ni..so banyak la keje yang perlu diberesi.. tak nak orang lain susah bila kena tanggung kerja nanti..

Sekian saja..untuk kali ini. Moga terubat rindu di hati..kepada mereka yang ternanti-nanti..sebuah entry daripada mummy...