Check it out!

Tuesday, June 28, 2011

Pesta Bedak

Cabaran di hari kedua tanpa helper di rumah. Letih la mummy beranak tiga ni melayan anak-anak sorang2. Rasa macam orang bukan dalam pantang dah ni. Baru hari ke-27 ari ni. Bengkung ntah ke mana. Tungku jauh sekali. Stoking pun kejap pakai kejap tak..pakai selipar je sempat wat alas kaki..adeh! dugaan..

Letih sungguh la jadi suri rumah sepenuh masa ni. Lagi la dengan anak2 kecik yang banyak sangat aktiviti perkembangan minda yang dia buat. Hari ni aktiviti anak2 yang menduduki carta tertinggi sehingga berjaya menipiskan kesabaran mummy adalah aktiviti ini:

Rayyan dan Rania secara usahasama manganjurkan pesta bedak kat ruang tamu. Ambik kesempatan di atas ketidaksempatan mummy nak buat pemantauan aktiviti mereka di luar bilik tatkala sedang busy menenenkan baby Razin dalam bilik. Habis sebotol bedak 200g dan 3/4 botol (200ml) baby bath milik Razin yang belum pun sempat tuan punya rasmikan. Daddy baru je bawa balik hamper tu semalam.. hadiah untuk Razin daripada kawan2 opis daddy. Ishk! Ishk!

Akibat daripada kerajinan mereka.. mummy turut kena rajinkan juga diri menyental karpet untuk menghilangkan segala bahan bukti yang kelihatan. Aduiyai..saje je la nak bagi mummy eksesais lebih..huhuhu...

Hah, sebelum mummy eksesais body, mummy bagi eksesais vokal dulu. Ape lagi..harusla double R dua orang ni kena marah!

Lepas kena marah.. masing2 menangis dan menyorok belakang langsir..

Hah! ni dia budak yang suka sangat main bedak. Ni aktiviti Rania sorang2 sebelum ni..Rayyan tak joint. Dah macam nenek dah..rambut memutih dipenuhi uban. Dia perasan cantik la tu letak bedak kat rambut.. Rania..Rania..

Friday, June 17, 2011

Bayi kurang buang air besar : Normalkah?

Berbeza dengan abang dan kakaknya, baby Razin sekarang ni kurang buang air besar. Tak macam baru2 lahir dulu. 3 hari sekali baru dia buang air besar la ni. Kesian gak tengok dia meneran-neran sampai muka merah.. Teringat plak memori mummy masa menerankan dia dulu..hihi..macam sama plak..

Mummy pelik jugak.. Razin memang fully breastfeeding. Tak mungkinla dia sembelit. Kalau minum susu formula mungkin la jugak. Mummy salah makan ke? Rasanya menu mummy hari2 memang ada sayur sawi rebus. Tak cukup sawi, buah epal pun mummy makan. Air memang mummy minum banyak2 walaupun atok Razin tak bagi minum air banyak..takut kembang katanya. Oh! takut mummy kalau sembelit akibat kurang minum air..kembang pun kembangla..(harap2 tak la)

Walaupun 3 hari sekali Razin buang air besar.. najis Razin mummy tengok cair je. Takde la keras mana pun. Apsal la susah plak dia nak kuar kan? ishk..risau gak mummy. Ada masalah penghadamankah Razin? Buang air kecil ok..banyak..ye la kuat menyusu. Terkentut-kentut je banyak kali..buang air besarnya jarang sekali.

Kebetulan nurse datang rumah tadi. Lawatan ke rumah untuk kali ke-3. Mummy tanyala pada nurse tadi pasal masalah Razin ni. Dia kata..normal kalau 4,5 hari tak buang air besar. Tapi kalau risau gak..nampak baby tak selesa ke..meragam ke..bawa la jumpa doktor katanya.

Lega sikit perasaan mummy. Terbang sudah gundah gulana :-) Check punya check rupanya mummy penah postkan satu entry pasal apa yang normal dan tidak normal berkenaan najis bayi ni setahun yang lalu. Bleh check kat sini. Mummy petik la sikit petikan yang menambah kelegaan mummy. Nak baca penuh bleh klik kat link yang diberi tadi ye.

" Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal."


Muka baru lepas qada' hajat.. cubaan nak teran sekali lagi.. macam tak puas hati je dengan performance tadi..hihi..

Yeah! usaha tangga kejayaan..

Tapi..tak berjaya gak kuar. Tak tahu la ni tangisan kecewa ataupun geli..najis dah memenuhi diaper..hihi.. Tahniah oso! tugasan selesai!

Wednesday, June 8, 2011

Baby dah diberi nama


Ari ni umur saya 7 hari. Secara sahnya saya pemilik nama UZAIR RAZIN BIN MOHD SHARORAMADAN hari ni. Daddy baru je daftar nama saya kat Jabatan Pendaftaran Negara tadi. Sejak saya lahir lagi saya dah dengar daddy panggil saya dengan nama ni..

Mummy kata..nama Uzair tu diambil sempena nama nabi. Macam abang dan kakak saya..nama pertama mereka diambil sempena nama orang hebat seperti Khalifah Umar dan isteri nabi, Aisyah. Razin pula maknanya berakhlak. Besar sungguh harapan mummy dan daddy pada saya. Terima kasih mummy..terima kasih daddy sebab bagi saya nama yang baik ni..

Masa isi borang pendaftaran, lepas tulis nama saya.. saya dengar mummy baca doa (walaupun penglihatan saya tak berapa jelas lagi..tapi pendengaran saya tajam tau).

" Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmu-Mu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serta sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-Nabi-Mu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahan-Mu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani." (Doa ketika memberi nama anak)

Mamiraysha : Sori yek kepada sesiapa yang terbaca entry pelik sebelum ni. Ni entry setelah diedit balik. Hihihi.. setahu saya, saya simpan entry sebelum ni dalam draf. Ni mesti keje anak2 saya yang rajin sangat tolong postkan entry yang separuh siap..hihi..

Monday, June 6, 2011

Pengalaman Bersalin : Episod 3

Sebagaimana dijanjikan.. ari ni saya nak share story bersalin saya :-) Terima kasih kerana sabar menanti..hihi..kalau ada yang ternanti-nantila kan..

Kepada mereka yang pertama kali menatap blog ini, pengalaman bersalin episod 3 ni maknanya pengalaman saya bersalin buat kali ke-3. Bukan bermakna entry ni ada 3 episod ye..hihi..

Kisah bermula pada 1 Jun 2011 yang lalu. Genap 40 minggu usia kandungan pada hari tu. Malam sebelum tu berlalu tanpa apa-apa berlaku. Ye la..masa Rania dulu malam tu dah start sakit pinggang dah. Pagi esoknya genap 40 minggu (due date) dia kuar. Tapi kali ni..steady je.. So pagi tu, pegi keje macam biasa. Menghabiskan baki tugasan yang ada. Siap jugak la minit mesyuarat yang terbengkalai tak siap2..padahal dah lama dah mesyuarat tamat..hihihi..

Pukul 3 petang hari yang sama ada appointment check up antenatal kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Pukul 2.45 petang saya thumb print keluar opis. Sepanjang masa di opis, takde apa-apa tanda yang menunjukkan saya akan bersalin pada hari tu. Cuma kerap sangat pi buang air kat toilet. Mungkin baby dah dekat sangat dengan pintu kuar sehingga menghimpit pundi kencing..hihi..

Kat klinik, saya lalui prosedur macam biasa. Memandangkan due date ari ni tapi tak bersalin lagi..saya perlu refer doktor untuk dapatkan surat hitam putih tarikh menyerah diri ke hospital sekiranya masih tak bersalin lagi. Masa jumpa doktor, doktor buat ultrasound. Check punya check, dia dapati air ketuban saya kurang. So, doktor arahkan saya untuk terus ke hospital putrajaya.

Dipendekkan cerita, en asben pun hantar la saya ke hospital. Hampir pukul 6 jugak la sampai kat hospital. Tertera kat kaunter dewan bersalin tu satu notis tertulis lebih kurang begini, " Terima kasih kerana memilih hospital putrajaya. Wad penuh. Pemeriksaan akan dibuat tetapi anda akan dirujuk ke Hospital Kajang." Alamak! musim orang bersalin ke? En. asben dah gabra dah..tak tahu jalan ke hospital kajang..hihihi..

Lepas daftar, nurse bertugas ambil tekanan darah saya, berat badan, test urine dan juga buat CTG. Apa benda CTG ni? nama penuh dia cardiotocography. Sejenis alat yang dipasang kat perut ibu mengandung untuk mengesan kadar denyutan jantung baby dan juga kontraksi. Hasil ujian CTG ni ditunjukkan dalam bentuk graf. 20 minit jugak la dia buat CTG ni kat saya.

Lepas buat CTG ni, saya kena pindah katil plak untuk doktor buat ultrasound. Chek punya chek doktor kata.. air ketuban cukup.. tak kurang pun sebagaimana yang didakwa oleh klinik kesihatan. Dia kata dah 2 kes klinik refer pasal air ketuban kurang tapi tak kurang..

Melalui result CTG ni, doktor kesan saya ada sikit kontraksi. Memang pun saya ada rasa kontraksi sikit tapi tak la kuat sangat. Doktor check bukaan serviks.. dia kata terbuka 1cm. Ini pun sebab kelahiran2 yang lepas katanya. Saya dibenarkan balik.

Sampai rumah dah pukul 7.15 malam. Masuk je rumah..bukan main seronok lagi Rania. Rindu sangat dia kat mummy. Ye la..last jumpa pagi sebelum mummy pi keje. Sempat lagi mummy bagi upah nenen kat Rania.

Masa kat rumah ni dah rasa dah sakit pinggang. Contraction is coming! Masa tengah solat maghrib..ada rasa something kuar. Lepas solat..check, opps! ada lendir campur darah. Darah tak la kaler pekat..tapi cukup la nak kenal itu darah. Banyak gak la lendir yang kuar. Mungkin sebab dah kena kacau dengan doktor kot petang tadi.. Masa ni, saya check contraction dah 3 minit sekali..konsisten!

En asben terus ajak pi hospital. Saya kata lepas isyak la. Nak solat isyak dulu. Sempat gak bagi Rania nenen dulu sementara tunggu isyak. Tapi tak lama..Rania pun tak sanggup nak nenen lelama bila tengok muka mummy asyik menyeringai menahan sakit contraction 3 minit sekali..hihi..baik hati anak mummy ni..

Sebelum pi hospital..en asben sempat lagi tukar beg yang saya dah siapkan awal2 kepada 2 beg yang lebih kecil. Malu katanya nak bawak beg ala2 AF yang besar tu. Petang td dia nampak orang pi hospital bawa beg kecik2 je..hihi.. tu la..saya dah cakap awal2..malu nak bawak beg AF tu..tapi en asben kata..senang nak tarik ada roda.. last2 saya mengalah la..dengar cakap dia..biarla..dia yang bawak..kalau malu pun..dia..hihihi..

Sampai hospital dah pukul 9.30 malam. Gelabah gak la en asben nak drive pi hospital bila tengok saya menahan sakit..macam nak terberanak..hihi.. Masa daftar kat dewan bersalin ni, nurse cakap..kalau bukaan serviks besar..boleh bersalin kat sini tapi kalau bukaan kecik..diorang akan hantar ke hospital kajang.

Prosedur biasa..kena wat urine test, blood preasure dan juga CTG sekali lagi. Sungguh tidak selesanya menahan sakit contraction. Result daripada CTG menunjukkan graf kadar denyutan jantung baby tak cantik kata nurse kepada doktor. Doktor check bukaan serviks dah 6 cm. Terus doktor pecahkan air ketuban.

Bila air ketuban dah pecah, doktor cakap air ketuban dah tukar kaler..baby dah berak kat dalam. Ya Allah! takutnya.. doktor cakap saya kena bersalin dalam tempoh sejam. Bila dengar baby dah berak kat dalam ni..saya dah terbayangkan nak kena bedah je.. adeh!

Terus saya dihantar ke labour room. Tengok jam masa ni pukul 10.05 malam. Kelam kabut gak nurse2 bertugas pasang itu pasang ini. Dalam kelam kabut tu..sempat gak saya ingatkan mereka yang suami saya ada kat luar. Sabar ye puan, kita buat satu-satu..kata nurse..hihi..sorry nurse.. saya takut en asben terlepas lagi peluang tengok anak dia lahir. Masa bersalinkan Rania dulu..en asben tak sempat masuk. Nurse sibuk uruskan saya sampai lupa nak panggil en asben masuk..

Masuk je dalam labour room ni..saya menggigil kesejukan. sejuk giler.. lagi la plak pakai baju tak complete..hihi..tak tahan..sampai saya pegang2 baju doktor. Masa ni en asben belum masuk lagi. Kat labour room ni jugak nurse masukkan ubat untuk buang air besar. Nak cepatkan lagi proses bersalin katanya. Terus rasa nak buang air besar. Tapi nurse tak bagi saya pegi toilet. Dia suruh saya buang kat atas katil aje. Mungkin sebab takut saya terberanak kat dalam toilet kot. Adui la..malunya.. saya cakap saya tak selesa la nak buang atas katil. Takpe.. nurse kata..buang aje, dah biasa dah. Sempat lagi saya mintak mahap..sebab terpaksa buang atas katil..hihihi..sopan sungguh!

Habis je meneran buang air besar..terus je meneran anak kuar. Tak ingatla berapa kali saya teran baby kuar. Tapi yang pasti tak lebih daripada 5 kali tak kurang daripada 3 kali. Teka la sendiri..hihi.. Lega rasanya bila dengar bunyi suara baby nangis. Hah! dah selamat meneran la tu! en asben yang sedari tadi dok bagi kata2 semangat..membisikkan..dah selamat..sama macam Rayyan katanya. Oh! betulla doktor cakap masa scan 32 minggu tu. Hilang rasa sakit bila en asben kiss dan ucap terima kasih! terharu! huhuhu... Baru je cakap dlm hati sebelum tu tobat tak nak bersalin lagi..nampaknya..cancel la niat tadi..hihihi..

Alhamdulillah! baby boy seberat 3.38 kg selamat dilahirkan pada pukul 10.17 malam secara normal. Nasib baik tak kena bedah! (saya hanya tahu berat baby ni keesokan harinya. Terkejut gak! beratnya.. ingatkan tak sampai 3kg pun sebab masa 38 minggu doktor scan cakap berat baby 2.54 kg je)

Opps.. tak abis lagi cite.. lepas baby kuar.. ada lagi proses yg perlu saya lalui. Blum bleh lega sepenuhnya lagi. Lepas baby kuar.. kena godek2 lagi untuk kuarkan uri pulak. Pastu godek2 lagi..nak kuarkan darah beku plak.. adeh! tahankan aje la.. Pastu.. macam 2 kelahiran sebelum ni, kali ni jugak saya kena jahit kat bawah! Adeh! tak sanggupnye.. padah akibat angkat punggung! Tu la..mana nak perasan..yang penting nak kasi baby kuar je. Walaupun dibius tapi still juga rasa sakit bila jahitan yang terakhir. Dalam proses bersalin ni..rasanya part yang paling sakit ialah part kena jahit ni..selain sakit contraction. Moral of the story, kalau tak nak kena jahit..jangan angkat punggung! hihihi..

40 minit selepas melahirkannya..baru baby saya siap dibersihkan dan diserahkan kepada saya untuk disusukan. Memula tu baby tak pandai pun nak nenen. Siap kena bukakkan mulut dan masukkan nipple kat mulut dia baru dia nak start nenen. Pandai pun! Ye..perjalanan penyusuan susu ibu telah bermula..

Malam tu..kami tido kat dalam labour room aje.. memandangkan wad bersalin semua penuh! Takpela..asalkan ada tempat nak tido sudah! Tak kena halau balik..hihihi.. Keesokan harinya pukul 12.45 tengah hari baru kami berpindah masuk ke wad bersalin.

Alhamdulillah selesai sudah episod kehamilan dan pelahiran baby ke-3 ini. Segala puji bagi Allah yang telah memberi kekuatan untuk saya melalui saat-saat mengandung dan melahirkan. Moga kesakitan yang dirasai merupakan kafarah kepada segala dosa-dosa saya. Moga Allah terus bagi kekuatan dan kesabaran untuk saya besarkan ketiga-tiga amanah yang diberikan ini..

Selamat bersalin kepada kawan2 yang bakal bersalin! Saya dah.. (hihihi..ala2 scha Al-Yahya dalam iklan)

Friday, June 3, 2011

Introducing Our 3rd Bundle of Joy


Alhamdulillah! Yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Tadaa!!! Diperkenalkan.. ahli keluarga baru kami.. Hadiah sempena Anniversary Mummy dan daddy yang ke-4 hari ni.

Saya dah selamat bersalin pada 1 Jun 2011 yang lalu pada pukul 10.17 malam di Hospital Putrajaya. Baby boy dengan berat 3.38 kg. Ramai yang salah teka..ingat baby girl...hihi..cuba lagi ye!

Sebagaimana Rania.. baby kali ini juga baby yang punctual! Lahir ngam2 tarikh jangkaan bersalinnya..

Nantikan catatan pengalaman bersalinkan baby ke-3 ini dalam entry yang akan datang..tunggu..

Wednesday, June 1, 2011

Tanda-tanda bersalin

Genap 40 minggu usia kandungan saya ari ni. Baby masih belum tunjukkan tanda-tanda nak kuar lagi :-) Seronok dia dok kat dalam perut mummy yang empuk ni agaknya. Sekejap lagi pukul 3 petang ada appointment pemeriksaan antenatal kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Ari ni banyak sangat dapat panggilan telefon bertanyakan dah bersalin ke belum..wah..ramainya ternanti2 i deliver my baby..hihihi..

Sekarang ni dah rasa tak selesa dah. Member2 cakap..perut saya dah turun dah..tak tinggi lagi. Dah dekat nak bersalin la tu katanya. Memandangkan baby dah turun ke bawah..so memang pengunjung setia toilet la sekarang ni. Sejak pagi tadi sampai saat ni..dah lebih 5 kali i mengunjunginya. Lagi la plak sedang diserang batuk..kena la sentiasa mengosongkan pundi kencing ini..takut terkucil..hihi..maklumla..grip dah loose.

Sementara nak menunggu baby ketuk pintu servik mummy ni..biarla mummynya ini buat ulang kaji sikit. Jom kita imbas kembali tanda-tanda nak bersalin.. (ceh! macam dah lama tak bersalin plak nak ulangkaji2..padahal hampir tiap2 tahun bersalin..hihi..)

Bahan ulangkaji ini didapati dari portal alam hamil.

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

1) Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2) Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3) Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4) Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5) Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Mamiraysha : Masa nak bersalinkan Rayyan dulu, tanda-tandanya..sakit belakang (pinggang), kontraksi rahim dan juga bloody show. Rania pulak hanya kontraksi rahim berserta sakit pinggang, tanpa bloody show. Kedua-duanya air ketuban dipecahkan oleh doktor.. Baby kali ni? Tunggu next entry..hihi..