Check it out!

Friday, September 30, 2011

Kapsul Jiwa : Hati seorang wanita bernama Fatimah

Salam Jumaat sidang hadirin sekalian.

Hari ni saya tak nak post sesuatu yang sia-sia. Izinkan saya berkongsi satu kisah benar yang dicatat oleh seorang blogger tentang seorang wanita yang bernama Fatimah. Wanita cekal yang serba kekurangan tapi tidak menggunakan kekurangannya untuk meraih simpati tetapi memanfaatkan kudrat yang dia ada untuk membantu insan lain yang lebih memerlukan..

Original site : Klik sini

insan bernama Fatimah..

ini adalah secebis kisah yang aku ingin berkongsi kepada semua. semua yang ingin aku sampaikan berlaku semalam, ketika aku melakukan kerja diluar pejabat di sekitar kuala lumpur. ini adalah pengalaman pertama bekerja tanpa kehadiran pegawai kerana mereka ada tugas lain. dan ini juga pertama kali aku membuat lawat periksa harta menaiki motosikal bersama rakan sekerja. mudah dan cepat bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain memandangkan kuala lumpur memang terkenal dengan kesesakan jalanrayanya.

lokasi pertama, wisma perkim dan yang kedua wisma hamzah kwong hing sebelum rehat untuk makan tengahari. tugas kali ini memang meletihkan kerana harta yang nak di periksa terletak di puncak bangunan semuanya. cerita yang nak aku sampaikan bermula semasa kami rehat untuk makan tengahari disalah sebuah kedai makan berdekatan dengan stesen putra masjid jamek.

semasa makan, mata aku tertumpu pada o.k.u. berkerusi roda. pada mulanya aku menyangka yang dia memerlukan bantuan untuk menaiki tren kerana dia berhenti ditangga untuk naik ke stesen putra. setelah diperhatikan agak lama dia berlegar-legar, dia berhenti disatu sudut dan terdiam disitu. dan terlintas pula di otak aku yang dia ni jual tisu rasanya.

jangkaan aku silap sekali lagi kerana tiada tisu yang dipegang. yang dapat aku perhatikan dari jauh hanyalah pen dan kertas dan sesekali ada insan yang prihatin berhenti dan menegurnya dan menghulurkan derma. dan apa yang aku perhatikan hanya golongan yang kita panggil apek dan maniam sahaja yang menghulurkan bantuan. mana perginya ahmad dan aminah yang tinggi dengan budi pekertinya?. apa yang menarik perhatian aku, dia tidak menadah tangan atau bekas tetapi hanya melemparkan senyuman tanpa desakan untuk meminta-minta. lensa kamera aku terus fokus kepada apa yang tertulis di kerusi rodanya...



tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah, dia telah menghulurkan duit kepada seorang yang sedang mengutip makanan dari tong sampah yang berada disitu. memang rasa terpukul melihat seorang o.k.u. yang jelas memerlukan bantuan kita yang sihat membantu insan lain yang dirasakan lebih memerlukan bantuan. selesai makan tengahari, kami terus menuju ke arah wanita ini kerana ingin mengetahui tentang kembara yang ditulis.



insan yang aku maksudkan adalah Fatimah Palaney bt Abdullah. seorang yang sangat ramah. berbual dengan beliau seperti macam dah lama kenal. banyak benda yang diceritakannya tetapi sikit je yang aku ingat. beliau masuk Islam semasa umurnya belasan tahun dan mendapat bantuan dari pusat zakat untuk belajar agama di kelantan. beliau belajar setahun di kelantan. belia sempat menunjukkan keratan akhbar tentang kutipan derma yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM 10,000.00 dan telah diserahkan bagi menanggung seorang kanak-kanak yang menghidapi leukemia. beliau mengatakan ada beberapa pihak yang hendak membantu menjayakan kembaranya tetapi apabila kutipan derma yang akan diterima tidak akan seratus peratus kepada pihak yang sepatutnya, beliau telah menolak dan lebih baik melakukan sendirian dimana wang sumbangan yang bakal diterima dapat disumbangkan terus kepada yang memerlukan tanpa masuk kemana-mana akaun yang tidak sepatutnya.

kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menyumbang terus ke akaun:
MAYBANK : 164258497905 atas nama Fatimah Palaney bt Abdullah



kepada yang ingin membantu, bantulah dengan ikhlas tanpa prasangka buruk dan janganlah memikirkan perkara-perkara yang negatif tentang seseorang yang kita tidak kenal dan yang hanya kita kenal melalui cerita orang. aku rasa terpanggil untuk membantu dengan cara aku ber 'blog'. kalau kita menderma sedikit untuk insan ini, tak akan jatuh miskinnya akan kita yang serba ada ini. fikirlah akan kesihatan, kesenangan hidup dan kesempurnaan yang telah tuhan kurniakan kepada kita dan anak-anak kita selama ini. aku berharap semua dapat berkongsi untuk menyebarkan kebaikan. kepada sesiapa yang berkehendakan nombor telefon fatimah, boleh utarakan komentar anda.

Thursday, September 29, 2011

Penawar batuk untuk bayi


Siksa sungguh la kalau dapat batuk ni. Rasa macam nak pecah kepala bila batuk. Nasib baik la bukan tengah pregnen. Kalau tak, mahu terbabas air dari empangan..hehehe. Nasib baik la seminggu je saya dapat penyakit ni. Tu pun dah rasa dah azabnya. Ketika itu, baru la rasa, alangkah nikmatnya sihat itu!

Dalam gembira saya dah sembuh daripada batuk ni, si kecik Razin pulak dapat batuk. Nampaknya susu mummy belum sempat membuat antibodi melawan batuk untuk Razin. Kesian sungguh Razin. Terpaksa bertarung dengan batuk dalam usia sekecil itu.

Tak tahu nak bagi Razin ubat apa. Memang kalau boleh saya tak nak bagi Razin ubat batuk dari klinik. Risau pulak tak bagus untuk dia. Sudahnya, saya hanya menyapu vicks vaporub untuk baby kat dada, belakang dan lehernya.



Saya telefon mak saya semalam untuk bertanyakan petua untuk mengubati batuk untuk baby. Mak saya cakap, sapukan madu lebah pada leher dan dadanya. Yang ni saya belum buat lagi. Macam meragui keberkesanannya pulak..hehehe.. Kalau makan saya percaya, madu memang boleh mengubati batuk. Macam yang saya buat untuk diri saya dan juga Rayyan dan Rania. Baby bawah umur setahun tak boleh bagi madu..sebab madu tu ada mengandungi bakteria apa ntah..

Hasil 'google'an saya, saya jumpa petua untuk mengubati batuk kat sini. Rasa-rasanya sesuai tak untuk ubati batuk baby?

1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Selain tu, saya jumpa jugak satu petua untuk hilangkan batuk baby kat sini.

Bahan-bahan:

1. Bunga belimbing buluh
2. Gula batu
3. Air

Masukkan bunga belimbing, gula batu dan sedikit air ke dalam bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas ini di dalam periuk nasi yang telah ditanak. Biarkan seketika. Berikan bayi anda minum air tadi. Insyallah lega batuknya.

Ehm..manalah saya nak cari bunga belimbing buluh ni? Kepada kawan-kawan yang ada petua lain untuk mengubati batuk baby..meh la kongsi dengan saya.

Friday, September 23, 2011

Razin @ 3 month


Hero mummy ni genap 3 bulan pada 1.9.2011 yang lepas. Lambat dapat update perkembangan Razin pada usia 3 bulan ni sebab tak sempat. Lak tu bersusun-susun cerita dalam kepala nak post kat blog ni tapi tak berkesempatan je..

Razin mendapat suntikan imunisasi 3 bulan pada 6.9.2011 yang lepas. Saje mummy request appointment lepas raya. Kan cuti panjang balik kampung beraya. Alhamdulillah, Razin tak demam kena suntikan ini. Cuma dedar-dedar je sikit (Kamus Dewan : Dedar - berasa panas-panas badan (seperti hendak demam) ; orang johor panggil dedor). Berat badan Razin pada tarikh ni ialah 6.2 kg dengan panjang 64 cm.

Masa Razin dapat suntikan imunisasi 2 bulan dulu mummy minum air sirap selasih supaya susu mummy mengandungi khasiat biji selasih - menyejukkan badan. So tak jadi la Razin demam. Kali ni pulak mummy minum air cincau supaya susu mummy mengandungi khasiat cincau - menyejukkan badan. Sebenarnya mummy tak tahu la adakah faktor mummy minum minuman yang menyejukkan badan ni mempengaruhi tubuh badan Razin supaya tak demam..hehehe.. mummy hentam aje. Yang mummy tahu susu mummy memang berkhasiat untuk Razin..kan? (Mummy memang suka pun minuman berkenaan). Kalau sape yang try petua mamiraysha yang tak berapa tua ni tapi tak berjaya..jangan marah saya ye.. saya try and error je ni.

Eh eh macam terdengar orang tanya bila Razin botak ni? Hehehe.. Razin dibotakkan pada 1 Syawal yang lalu (30.8.2011) oleh daddy. Memandangkan daddy buat tak kemas, maka kerja2 pengemasan telah dilakukan oleh oni (MIL). Mummy rasa Razin lebih hensem bila botak..hehe..

Sedikit perkembangan Razin pada usia 3 bulan:

1) Dah pandai meniarap genap usia 3 bulan pada 1.9.2011 yang lalu. Razin bagi hadiah kebolehan dia ni pada daddy yang menyambut birthday pada tarikh berkenaan. (Mummy je tak bagi hadiah..huhuhu.. Nak bagi hadiah meniarap jugak macam Razin tak patut pulak..hahaha)

2) Menunjukkan minat untuk bercakap-cakap dengan orang yang bercakap dengannya walaupun hanya dengan gerakan mulut dan bunyi suara..

3) Menghisap ibu jari. Kalau sebelum ni satu penumbuk tangan dia masuk dalam mulut. Saje dia nak bagitahu mummy yang dia dah lapar la tuh..

4) Sangat suka tersenyum dan membalas senyuman. Kalau abang Rayyan nampak Razin senyum, mesti dia cakap " Mummy, adik suka.. "

5) Suka tengok tv cerita kartun. Ni bakal mengikuti jejak langkah abang Rayyan dia la ni, 24 jam Disney Junior channel 613.

6) Alhamdulillah, masih sepenuhnya minum susu mummy.

7) Sangat pandai membawa diri..walaupun tak pandai berjalan lagi..hehehe. Maklumla dah anak ke-3 ye tak. Mana la sempat mummy nak berkepit 24 jam dengan dia. So, memang mummy dah ajar sejak di awal kelahirannya yang dia asyik kena tinggal-tinggalkan aje untuk bagi perhatian kat abang dan kakaknya pulak. Jadinya, Razin jadi good boy bila kena tinggal.

8) Sangat jarang menangis. Tapi kalau dah start menangis, mesti ada yang tak kena la tu. Kadang-kadang tu saje mummy biar dia nangis lama-lama sikit sebab comel suara dia menangis..hehe..

Itu je la kot pekembangan Razin yang mummy terlintas nak tulis. Nanti mummy tulis lagi perkembangan Razin 4 bulan pulak ek..


Note:

Kawan-kawan, sebenarnya baby ni cepat sangat tumbesarannya. Kadang2 tu kita tak perasan pun dia dah besar. Masa begitu pantas berlalu. Sekarang baby yang baru je rasanya saya lahirkan dah pandai meniarap. Kemudian dia akan belajar menyusur, merangkak, duduk, berjalan dan berlari.. Tup-tup dah besar panjang.. bersekolah rendah, bersekolah menengah, belajar di universiti, bekerja, berkahwin.. dan keluarlah dia dari rumah kita dan membina keluarganya sendiri.. Saat itu..mungkin kita akan rindukan zaman baby mereka..

Oleh itu kawan-kawan.. marilah kita sama-sama lalui zaman membesarkan anak-anak ini dengan hati yang lapang. Mari kita ikuti perkembangan anak-anak kita seiring usia mereka. Luangkanlah banyak masa untuk mereka..kerana..masa yang berlalu tidak akan berputar kembali..

Thursday, September 22, 2011

Anak siapa nih?


Ishk! Ishk! anak sape la ni..

Dah la rambut kiting2..
Berbaju pun tidak..
Selipar pakai sebelah aje..
Siap gantung bekal air lak tu..

Sekali tengok macam anak 'original people'
Tapi bila tengok banyak kali..
Rania rupanya..
huhuhu..anak saya..

Tak perasan la cenggini rupanya anak mummy bila mummy tak beri perhatian sepenuhnya..
hehehe..
Takpe la nak.. enjoy your alam kanak-kanak..

Note : Yang sorang lagi sepesen Rania tu..sepupunya.. Najla Yusra.

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Raya 1 : Baju Raya di Hari Raya

Misi melunaskan hutang entry raya! hehehe.. sebagaimana yang dijanjikan.. hari ni saya nak kongsikan sikit cebisan kisah raya kami sekeluarga.

Tahun ni first time kami beraya berlima sekeluarga. MamiRaysha, en Ramadan, Rayyan, Rania dan new member of the house, Razin. Tahun lepas first time kami beraya berempat! Tahun ni dah berlima pulak.. hehehe...

Gambar raya pada hari raya pertama di kampung en asben, Kuantan, Pahang. Cukup jumlah members of the family. Tahun ni ada 2 orang ahli baru dalam keluarga ni. Muhammad Adam Zahdan bin Abdillah yang lahir pada 9.4.2011 dan juga Uzair Razin bin Mohd Sharoramadan yang lahir pada 1.6.2011.

Inilah satu-satunya gambar raya kami sekeluarga. Frust kan? Tu la, saya dah cakap kat en asben jom la ambik gambar family kita pulak selepas sesi bergambar family penuh ni. Tapi dia kata nanti petang. Sekali masing-masing dah penat, takde mood bergambar bagai.. takde la gambar family kecil kami..huhuhu..

Perasan tak yang Rayyan dan Rania tak pakai baju melayu dan baju kurung? Hehehe.. tak jumpa la baju melayu dan baju kurung yang murah-murah. Mahal-mahal belaka. Paling murah pun dah cecah RM40 sepasang. En asben cakap tak payah la beli, pakai sekali je.. jimat! hehehe.. Makanya.. begitulah pakaian mereka dikala rakan-rakan sebaya mereka berbaju melayu dan berbaju kurung sedondon dengan ibu bapa masing-masing. Sob..sob..sedih! Tahun depan saya berazam untuk mensedondonkan (baca pelan-pelan ye perkataan ni) kami sekeluarga. Kalau en asben enggan juga beli baju melayu tahun depan, biar kami beli kain yang sama warna dengan baju melayu yang dia ada..hehehe..

Saya dan en asben pun sebenarnya tak beli baju raya. En asben ni tak tahu la apa punya prinsip memang tak mahu beli baju raya untuk diri sendiri dan juga enggan dibelikan baju raya. Mungkin saya akan buat cabutan bertuah untuk dia tahun depan dengan semua kertas tertulis baju raya..hahahaha.. Konon2 dia telah memenangi hadiah sepasang baju raya..boleh?

Walaupun beliau enggan beli baju raya sendiri tapi beliau suruh saya pilih baju raya untuk diri saya. Tapi kan..mana syok kita sorang melawa kan? Pulak tu.. baju kurung yang dah siap tak jumpa pulak yang murah-murah. Paling murah saya jumpa RM69.90. Hehehe..tak biasa la saya pakai baju mahal-mahal ni. Biasanya beli kain RM30-RM40 sepasang mak tolong jahitkan secara percuma. Tu la hidup dah biasa dengan subsidi! hik3..

Baju raya saya? Belek punya belek baju-baju kurung dalam almari untuk dibawa balik ke kampung sebagai baju raya tetiba terjumpa pulak sepasang baju yang belum pernah dipakai tapi telah siap mak jahitkan suatu ketika dahulu. Kain hadiah semasa perkahwinan pada tahun 2007 yang lalu! Fuhh! 4 tahun sudah usia kain ni..hehehe. Tak pernah pakai sebab tak ade tudung yang sedondon.. pulak tu boleh terlupa pulak kewujudan baju ni..hehehe..

Dalam tak beli baju raya tu..rupa-rupanya saya ada satu lagi baju raya. Masa balik kampung 2 minggu sebelum raya tu, mak telah menyerahkan sepasang baju kurung ungu (bukan biru ye macam baju kurung khairil Johari Johar) yang telahpun siap dijahitnya. Bila masa pulak la ada beli kain ni? Rupa-rupanya kain tu adalah pemberian ex-pengasuh Rayyan dan Rania yang kat Selayang tu pada saya tahun lepas. Kain anak dia dapat percuma sebab beli kain banyak2..hehehe.. So, dengan ini jadi la baju raya saya tahun ni ada 2 pasang. Walaupun baju2 ni tidak cantik pada pandangan mata.. (bukan pilihan hati ye tak?) Alhamdulillah.. dapat juga saya berbaju baru tanpa mengeluarkan wang ringgit. Alhamdulillah.. dapat juga saya menahan diri daripada melakukan pembaziran dengan membeli baju baru lagi..

Nak tahu tak berapa bajet baju raya kami sekeluarga tahun ni? Hehehe..kalau cakap tak nak tahu pun saya akan tetap bagitahu jugak. Tak sampai pun RM200. Baju raya Razin 3 pasang RM33, baju raya Rania 5 pasang RM80 dan baju raya Rayyan 2 pasang RM80. Baju raya Rayyan mahal sebab harga jeans yang mahal! anak bujang saya ni dah pandai pilih seluar nak pakai.

Kesimpulannya, walaupun kami tidak berbaju raya cantik.. bajet baju raya pun ciput je.. kami tetap berhari raya jugak..hehehe.. Budak2 yang tak pakai baju melayu dan berbaju kurung pada pagi raya pertama ni jugak tetap menerima duit raya bila bersalaman dengan sanak saudara..hehehe..

Monday, September 19, 2011

Gloomy Sunday

Maaf. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan lagu misteri Gloomy Sunday ye. Entry hari ni nak cerita pasal kemuraman hari ahad kami..huhuhu..

Sepatutnya hari Sabtu malam kami dah berada di Putrajaya. En asben akan lepak2 di rumah pada pagi Ahad sambil jaga 3 orang anak manakala isterinya ini akan ke kelas menuntut ilmu.

Tapi apakan daya.. antibodi dalam badan tak berupaya melawan serangan anasir luar yang menyebabkan kami tak mampu untuk cergas. Sabtu (malam) dan Ahad tempohari kami mengalami simptom2 berikut:

Simptom en asben : Pening kepala, cirit birit
Simptom saya : Pening kepala, perut rasa pusing2, muntah, sakit tekak, suara rock (Wah! nampaknya saya lagi sakit kuat berbanding en asben sebab saya banyak simptom..hehehe.. Memandangkan simptom saya yang cenggini, en asben saspek saya pregnen..huhuhu..siap suruh cek lagi. Adeh! takkanla seawal ini.)

Analisis sebelum kejadian

Kami tak tahu secara spesifik apakah punca kejadian ini. Sempena cuti hari jumaat hari tu kami decide last minit balik kampung saya di tangkak. Sebelum tu memang cadang nak balik sebab sepupu kahwin pada hari sabtu keesokan harinya di muar. Tapi cancel sebab Rayyan tak sihat, cirit-birit dan muntah2 dua tiga hari sebelum hari jumaat. Tapi bila pagi jumaat tu tanya Rayyan sihat ke dia? dia cakap dia dah sihat. Nak balik kampung tak? Dia cakap nak.. so.. berkemas la saya pagi tu untuk pulang ke kampung.

Kami tak terus balik tangkak tapi teruskan perjalanan ke batu pahat untuk menghadiri open house member (member ni bersalin selang 2 hari je dari tarikh saya bersalin. So anaknya merupakan baby yang lahir pada tarikh anniversary saya dan en asben. Teringin nak tengok baby anniversary ni. Kebetulan nama baby ni pun sama dengan nama anak sulung saya, Rayyan). Saya makan Soto, mee bandung, jambu batu dan air sarsi di sini manakala en asben makan speggeti dan minum air sarsi.

Balik dari Batu Pahat, kami singgah di rumah sepupu yang majlis perkahwinannya keesokan hari kat Parit Pinang 1000, Muar. Sampai dalam pukul 6.30 petang. Saya makan nasi dengan kari ayam je kat sini untuk santapan makan malam. En asben pun makan nasi jugak tapi tak perasan berlaukkan apa..ikan kot..(hehehe..nampak sangat tak serve makan suami ek. Tapi en asben saya rockk!! dia tak mengharapkan isterinya serve untuk dia makan). Takdela saya buat keje berat kat sini. Setakat tolong buatkan air teh 2 jug dan potongkan sebuku roti jala kepada 8 bahagian. Lebih la 10 buku dipotong untuk santapan sempena marhaban malam tu. Kami tak tunggu pun majlis selesai, lebih kurang pukul 8.30 malam kami bertolak balik ke tangkak.

Pagi Sabtu, selepas bersarapan bihun goreng buatan mak, kami bertolak ke muar dalam pukul 9 pagi. Masa kami sampai dekat pukul 10 pg tu, masih tak ramai orang lagi, maklumla masih pagi lagi. Majlis akad nikah pukul 10.30 pagi dan bersanding pukul 2 petang. Cuaca agak panas terik gak la ari ni. Apa kami makan kat sini? Minum pagi kami makan roti canai cicah sambal. Juga sedikit ayam golek berserta sosnya. Minum air teh dan sirap. Makan tengah hari pulak saya makan nasi putih dengan ayam golek. En asben makan nasi minyak dengan ayam golek gak kot (tak pasti sebab tak makan bersama). Minuman rasmi, air tebu memang dia minum. Saya minum sikit je..tak berani minum banyak.

Pukul 4.45 petang kot baru kami minta diri untuk pulang ke tangkak. Sampai rumah dah pukul 6 lebih (selepas singgah tepi jalan beli kupang dan singgah The Store beli pampers anak). Masa ni la masing2 dah tak larat. Pening kepala macam nak demam. Hajat nak balik malam tu tak kesampaian sebab driver pun tak larat sama. Selera makan pun hilang terus.

Malam tu saya telan gak la panadol sebijik atas arahan en asben (saya tak suka makan ubat). Pukul 5 pagi bangun muntah tapi yang keluar hanya air yang sangat pahit perisa panadol. Sungguh tidak best. Lega sikit bila dah dapat muntah ni.

Pagi Ahad, mak buat sarapan nasi goreng..langsung kami tak selera nak makan. Nampak ayam golek yang makcik saya bekalkan pun rasa nak muntah. Masa banyak dihabiskan dengan tidur je la. Terpaksa la ponteng kelas walaupun rasa rugi sebab tak datang kelas pertama ni. Nak buat macam mana.. dah tak larat.

Kesimpulan

1. Mungkin perubahan angin secara mendadak dari Putrajaya, Batu Pahat, Muar dan Tangkak dalam satu hari mempengaruhi ketidaksihatan ini. Tak cukup rehat la ni kot.

2. Mungkin faktor memakan ayam golek menyebabkan kami pening kepala. Ye la ayam itu dimasak dengan cara menggolek2kannya di atas api dengan entah berapa puluh kali pusingan sampai masak. Adeh! ayam tu pening, orang yang makan pun pening sama..

3. Hah ini kesimpulan en asben - Tak payah la balik kampung kalau ada majlis perkahwinan macam ni selagi anak masih kecik2 lagi. Huh! kejam betul kesimpulannya..hehe..

Wednesday, September 14, 2011

Tandem Nursing - Ambil hak adik?

Alhamdulillah.. Allah telah memberi saya satu lagi pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Pengalaman ber'tandem nursing' la pulak. Sebelum ni, saya hanya mendengar dan membaca coretan-coretan daripada otai breastfeeder pasal tandem nursing ni. Sekarang ni saya dah rasa pahit manis ber'tandem nursing' dan tiba turn saya pulak nak cerita pasal pengalaman tandem nursing versi saya..hhehehe..

Apa itu tandem nursing?

Bagi mereka yang first time dengar, tandem nursing merupakan satu istilah yang digunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Atau dalam lain perkataan, ibu menyusukan anak yang lebih tua bersekali dengan anak yang baru. Kakak / abang kongsi nenen dengan adik la senang cakap.

Macamana saya boleh terlibat dengan tandem nursing?

Setiap kali anak saya lahir, setiap kali itulah saya melahirkan azam untuk menyusukan mereka dengan susu ibu sepenuhnya sehingga mereka berumur 2 tahun. Kenapa? Sebab kita semua tahu kan khasiat dan kelebihan susu ibu ni. Tapi apakan daya, kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Anak yang sulung, Rayyan hanya dapat menikmati kelazatan susu ibu sepenuhnya sehingga umur 7 bulan 2 minggu. Selepas itu, Rayyan terpaksa menikmati susu formula apabila berada di rumah pengasuh dan masih juga menikmati susu ibu bila bersama saya sehingga berumur 10 bulan. Sejak umurnya 10 bulan sehingga sekarang, Rayyan seorang peminum susu formula tegar! Kenapa misi penyusuan 2 tahun saya terbengkalai? Sebab i'm getting pregnant! Hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga saya tidak mampu lagi untuk mengekstrak susu buat bekalan Rayyan. Sewaktu berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, doktor nasihatkan saya supaya stop breastfeeding slowly. Memandangkan pada ketika itu saya tidak tahu bahawa penyusuan semasa hamil adalah selamat, maka saya decide untuk stop terus breastfeed Rayyan. Bila Rania lahir, saya bercadang untuk sambung penyusuan Rayyan yang pada ketika itu berusia 1 tahun 4 bulan..namun kelazatan susu formula dan kelupaan terhadap nenen menyebabkan Rayyan enggan menerima susu ibu yang berkhasiat.

Saya belajar satu perkara dari sini. Bila anak dah dipisahkan dengan nenen, dia susah untuk terima nenen itu semula. Oleh yang demikian, bila misi fully breastfeed anak kedua, Rania sehingga 2 tahun tergendala akibat mengandung juga, saya nekad untuk terus menyusukannya ketika saya mengandung dan seterusnya menyambung misi penyusuan selepas kelahiran adiknya sehingga dia berumur 2 tahun. Rania hanya sempat saya fully breastfeedkan selama 1 tahun 2 minggu sebelum hormon kehamilan mengambil alih tempat hormon susu mendominasi sistem tubuh badan saya ni. Kali ni, bila jumpa doktor, saya tak beritahu pun saya masih breastfeed anak saya. Takut dia pun macam doktor yang sebelum ni suruh saya berhenti breastfeed slowly. Melalui pembacaan saya tahu bahawa menyusu ketika hamil adalah selamat kalau saya bukan ibu mengandung yang berisiko. Cuma, saya kena tahan keperitan nipple bila Rania sedang nenen (ketika mengandung nipple menjadi lebih kering). Takpe la saya tahankan aje asalkan Rania tak lupa nenen bila susu kembali lumayan bila adiknya lahir nanti.

Demi melengkapkan misi penyusuan Rania sehingga 2 tahun, maka sejak kelahiran cahaya mata ke-3, Razin pada 1.6.2011 saya melaksanakan tandem nursing, menyusukan Rania dan Razin bersama. Insya-Allah, 11.10.2011 ni genap usia Rania 2 tahun. Ada lebih kurang sebulan je lagi tempoh penyusuan Rania untuk disempurnakan walaupun tak sempurna mana pun penyusuannya..(telah terganggu dengan pengambilan susu formula). Nak buat macammana..ini je yang termampu mummy Rania usahakan.

Apa kata orang tentang tandem nursing?

Masa di kampung cuti hari raya tempoh hari, ramai sedara-mara saya terkejut saya masih menyusukan Rania walaupun dah ada Razin. Soalan paling glamor yang diajukan kepada saya ketika mereka ternampak saya menyusukan Rania ialah " Cukup ke susu tu nanti untuk adik dia minum? " Dengan confident saya menjawab, " Cukup.. Lagi banyak pulak susu bila menyusukan dua orang ni. Lepas susukan si kakak, susu masih lagi terpancut keluar masa turn si adik nenen. "

Sebenarnya saya pun berfikiran seperti mereka juga sebelum melibatkan diri dengan tandem nursing ni. Cukup ke susu nak menyusukan dua anak nanti? Kesian pulak si adik tak cukup susu bila kakak dia minum sama. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran! Sampai saya pernah berharap agar biarlah adik Rania ni nanti seorang perempuan supaya cukup susu untuk mereka kongsi. Anak perempuankan minum susu tak sebanyak anak lelaki..hehehe. Tapikan sebenarnya..konsep penyusuan susu ibu ni menakjubkan! Lagi banyak susu yang keluar, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak la penawaran.
Sebenarnya ada hikmahnya Allah kurniakan saya anak lelaki. Peruntukan susu anak lelaki kan banyak. Baru saya teringat yang bahagian anak lelaki kan lebih berbanding anak perempuan. Contohnya, pembahagian pusaka dalam Islam, Faraid, anak lelaki dapat lebih berbanding anak perempuan. Begitu juga akikah, akikah anak lelaki lebih berbanding anak perempuan dimana akikah anak lelaki 2 ekor kambing manakala akikah anak perempuan seekor kambing. Jadi, tentunya bahagian susu untuk mereka juga lebih berbanding anak perempuan kan?

Selain itu, ada satu lagi kenyataan yang dilontarkan kepada saya pasal tandem nursing ni. " Orang tua kata tak baik la menyusukan anak yang tua ni. Kiranya dia ambik hak adik dia. "

Ambik hak adik? Saya tak fikir pun perbuatan menyusukan kakak merupakan satu pengambilan hak daripada seorang adik. Mungkin perkataan yang sesuai digunakan adalah perkongsian hak. Partnership! hehehe.. Ye la, macamana mereka berkongsi seorang mummy dan daddy yang sama. Tentunya kelahiran seorang adik itu bukan pengambilan hak kasih sayang abang dan kakaknya kan? Mereka berkongsi kasih sayang mummy dan daddy. Macam tu jugak la kakak berkongsi nenen dengan adiknya. Bila mereka berkongsi susu yang sihat, mereka akan sama-sama sihat dan mummy juga dapat tempiasnya.. lebih tenang menguruskan rumahtangga dan anak-anak ye tak?

Cabaran tandem nursing

Setiap apa yang kita lakukan, tentunya ada cabarannya yang tersendiri kan? Kita nak ngurat en asben pun dulu banyak gak cabaran yang kena kita hadapi kan? eh eh silap lak..en asben nak mengurat kita..hehehe..

Cabaran paling besar yang saya kena hadapi ialah perebutan nenen! huhuhu.. maklumla mereka berdua hanya menggemari nenen yang sebelah kanan. Tak mahu langsung nenen sebelah kiri. Memang adik-beradik sungguh! Oleh yang demikian, terpaksalah saya menggunakan sistem giliran kepada mereka. Sorang-sorang ambik turn. Sudahnya..banyakla kerja yang tergendala akibat masa yang lebih lama perlu diperuntukkan. Paling haru kalau dua-dua berkehendakkan nenen serentak! Masing-masing nangis nak nenen. Ini saya pun rasa nak nangis. Dilema nak dahulukan yang mana. Kadang-kadang saya gunakan kaedah siapa nangis paling kuat. Ini biasanya Rania la yang menang. Nangis kuat sangat. Sumbat nenen kat mulut dia baru dia diam. Yang Razin pulak saya akan tepuk-tepuk dulu..cakap-cakap dengan dia untuk tenangkannya. Ini kalau hanya kami saja di rumah. Tapi kalau ada en asben atau my SIL, biasanya mereka akan ambik seorang untuk ditenangkan..hehehe...

Rania ni kadang-kadang dia ok. Dia boleh sabar tunggu giliran dia sementara Razin mengenyangkan perutnya. Tapi kalau time dia dah tak tahan sangat..Razin tengah nenen pun dia boleh rampas dan masukkan nenen dalam mulut dia. Bila dia dah dapat mengalas perutnya dan Razin menangis sampai high volume, dia mengalah juga..serahkan nenen kepada tuan rumah..hehehe...Rania kan penumpang aje.

Bila dah menyusukan sampai dua orang ni, tentunya saya ni lebih letih daripada biasa..hehehe. Baring je gerenti hanyut punyala..dibawa arus mimpi..hehehe. Bab ni yang paling bengang ialah en asben. Nak mengurut dia pun tak sempat..dah tertidur.. Harap-harap en asben redha dengan wifenya ini.

Kelebihan tandem nursing

1. Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila dinenen oleh dua orang. Konsep demand and supply - lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran. (Memandangkan mereka berdua menyusu hanya disebelah, saya terpaksa memerah yang disebelah lagi. Perahan yang disebelah ni la yang saya buat stok memenuhkan deep freezer dan freezer)

2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk nenen. Ni yang biasanya nenen mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut.

3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu saya akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi kali ni, memandangkan saya punya seorang baby tua yang mempunyai daya hisapan yang kuat lagi terer.. maka, hari ke-3 tu dah banyak dah (hari ke-2 baru keluar wad).

4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. Biasanya bila saya balik daripada kelas, nenen akan membengkak akibat lama susu tidak diekstrak keluar (tak sempat nak perah). Time ni orang first saya cari ialah Rania. Minta tolong dia minum banyak2 dan mengurangkan kebengkakkan tersebut. Kalau bagi Razin, mahu tersedak dia dengan susu berkelajuan tinggi tu..hehehe.. Lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit. So, Rania dapat susu cair, Razin dapat susu pekat!

Memori Indah



Tidur kekenyangan selepas nenen. Gaya tidur pun sama. Adakah faktor minum susu ibu yang sama mempengaruhi gaya tidur mereka? Hahaha..mengarut!

Hah! Kecik-kecik ni anak-anak mummy boleh berkongsi nenen, hopefully dah besar nanti pun boleh berkongsi apa-apa aje ye. Kalau tak mau kongsi, mummy ketuk kepala!

Ketahui taktik jayakan Tandem Nursing di sini.

Note : Akhirnya siap juga la karangan saya ni. Entry ni start dikarang pada 9/9/11 dan ditaip sikit-sikit sampai siap pada 14/9/11..hehehe.. Leganya bila dah siap. Selagi tak siap rasa macam berhutang sesuatu. Sebenarnya kalau tengok kat senarai catatan saya.. dah banyak kali la percubaan nak menulis entry ni..tapi asyik terbengkalai je.. :-)

Thursday, September 8, 2011

Dilema seorang pemerah tegar

Hari ni dah masuk hari ke-3 saya kembali ke alam pekerjaan. Meninggalkan alam percutian hehehe.. Bermakna dah 3 hari juga penenen Razin telah berpisah dengan nenennya. Oleh yang demikian, terpaksalah EBM menjadi bekal buat Razin sepeninggalan mummy di taska.

Alhamdulillah.. rezeki Razin murah. Allah limpahkan rezeki melalui susu mummy yang banyak sekarang ni. Sejak kembali menjadi seorang pemerah susu tegar bermula 3.6.2011yang lalu, berketul-ketul stok EBM dah berjaya dikumpulkan. Tambahan lagi saya cuti bersalin 3 bulan. Stok sentiasa masuk freezer tapi keluarnya tidak. Hitungan terakhir sebelum balik bercuti raya adalah sebanyak 331 ketul dengan kandungan seketul minimum 5oz. Sepanjang bercuti di kampung, tiada stok yang dibawa pulang memandangkan deep freezer dan freezer dah penuh. Kesian mereka terpaksa ditinggalkan di kampung.

Deep freezer yang dah sarat dengan EBM bulan Jun dan Julai. Maklumla kapasiti deep freezer ni 100 liter je.

Freezer yang dah tak muat. Dipenuhi stok bulan Ogos.

Memang pada mulanya happy dengan koleksi sebanyak ni. Sungguh bermotivasi untuk saya terus menjadi seorang pemerah susu berjaya dan pengumpul stok EBM. Rasa macam cerah je masa depan untuk melengkapkan penyusuan Razin sehingga umur 2 tahun. Puas rasanya tengok hasil perahan yang hanya gunakan tangan ni. Tapi bila dah banyak-banyak stok EBM ni, pening kepala jugak memikirkan macam mana nak uruskannya. Seriously, saya memang takde pengalaman menyimpan stok dalam plastik sebelum ni. Saya hanya guna botol sebagai storage. Berdasarkan pengalaman lepas, memandangkan saya ni bukanlah seorang yang rajin lagi berdisiplin makanya saya memilih plastik sebagai storage memandangkan ianya tak perlu dicuci terlebih dahulu sebelum memerah susu. Kalau dulu, sanggup tak perah susu bila takde botol yang bersih untuk storage EBM. Pemalas la katakan..uhuk uhuk tersedak pulak..macam ada orang mengata pulak..ehehehe..

Memandangkan saya dah bersenang-senang dahulu dengan menggunakan plastik sebagai storage makanya sekarang ni saya rasa terpaksa bersusah-susah la pulak. Katanya tak boleh panaskan susu dalam plastik. Kena masukkan dalam botol dulu baru boleh panaskan. Ye ke? Memandangkan was-was dan tak sempat nak berbuat demikian, makanya belum ada 1 pun stok EBM dalam plastik yang telah saya keluarkan. Sedangkan pada awal2 bersalin dulu, plastikla yang saya gunakan sebagai storage memandangkan belum sempat nak cuci semua botol2 yang ada..saya dah terberanak! hehehe.. (padahal beranak on time tu)

Dah 3 hari berlalu..saya masih kurang yakin untuk membekalkan Razin dengan stok EBM bulan jun yang lalu. Elok lagi ke? Kesian pulak si kecik tu kena minum susu tak fresh. Adeh! dilema.. dilema..

Sudahnya..dah 3 hari ni saya bekalkan Razin dengan stok EBM beku dalam botol yang saya sempat capai kat dalam freezer dan juga 1 botol susu fresh. Takde ikut prinsip FIFO (first in first out) dah. Ini dah ikut prinsip FIFA (nama saya ni..hihihi..ikut dan je la). Tak sempat lagi nak uruskan EBM dalam deep freezer tu. Pening makcik! Deep freezer saya tu pun saya tak pasti berapa suhu dia. Boleh ke susu tahan sampai 6 bulan?

Tu la kan.. kita ni sentiasa diuji. Sebelum ni Allah uji dengan kekurangan susu. Sekarang Allah uji dengan susu yang banyak pulak. Apa pun ujiannya.. semoga saya menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..

Wednesday, September 7, 2011

Kembali!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat tetamu-tetamu sekalian. Dah lama dah tuan rumah tak jengah blog ni, apa lagi nak update. Terlalu sibuk gamaknya kan.. Hari ni baru la sempat sikit nak buangkan sawang-sawang kat rumah ni..hehe..

Terlebih dulu, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang sedang menziarahi teratak saya sekarang ni. Maaf zahir dan batin ye. Mana la tahu ada yang terkecik ati sebab tak respon komen ke, ada yang terguris perasaan sebab kata-kata yang tak menyenangkan ke, ada yang bengang sebab jarang update blog ke.. hehe.. tapi percayalah..bukan niat dihati nak mengecikkan hati, mengguriskan perasaan dan membengangkan korang..

Jengah kat mana-mana blog pun sekarang ni tengah hangat cerita pasal pengalaman hari raya kan. Upload gambar raya. Upload duit raya. Mood raya masih membara la katakan. Saya pun teringin gak nak bercerita pasal hari raya. Tapi bukan hari ni la. Masih lagi belum punya waktu lapang untuk buat karangan panjang2. Maklumla baru masuk hari ke-2 saya kembali bertugas hari ni setelah bercuti terlalu panjang. Cuti bersalin 3 bulan + cuti umum perayaan dan hari kebangsaan + cuti rehat untuk beraya..hehehe.. Cuti bersalin ngam-ngam berakhir pada 29.8.11, sehari sebelum raya. Nasib baik keesokannya hari raya, boleh la sambung cuti lagi. Pastu apply cuti rehat hari jumaat dan isnin. Walaupun dah bercuti lama.. letih tak hilang lagi ni. Maklumla ditambah dengan majlis perkahwinan adik pulak hari ahad lepas. Letih! Rasa nak bercuti je lagi. Nasib baik la sedar diri yang dah lama meninggalkan kerja ni. Ehm.. mood kerja belum kembali! Mood cuti masih menghantui..huhuhu.. Ni yang payahnya dah cuti lama ni.. enjin dah sejuk..tak panas lagi!

Bila saya dah kembali bertugas, makanya trio saya, Rayyan, Rania dan Razin pun turut kembali ke taska! Lama sangat bertemankan teacher mummy kat rumah.. apa lagi.. menangis-nangis la si Rayyan dan Rania ditinggalkan dengan teacher2 di taska semalam dan juga tadi. Razin sorang je yang tersenyum-senyum, ketawa2 ditinggalkan kat sana. Razin sorang je yang rockkk!! hehehe..

Okeh la. Cadangnya tak nak buat karangan panjang2 tadi. Dah terlajak pulak ni. Tuan rumah patut undur diri dulu. Jumpa lagi dilain waktu! Sebelum tu.. jemputla makan kuih raya dulu! :-)

Kuih raya ehsan dari jiran tetangga.