Check it out!

Friday, October 28, 2011

Misteri susu tak beku

Pelik! pelik! Pelik!
Tak tahu la kenapa EBM saya bertarikh 25.10.2011 masih tidak beku lagi hari ni sedangkan dah 3 hari berlalu.

Pelik! pelik! pelik!
Kenapa rakan seangkatannya membeku sedangkan dia satu-satunya EBM yang tak beku dalam freezer tu.

Pelik! pelik! pelik!
Apa dah jadi dengan freezer saya? Freezer rosakkah atau EBM itu yang rosak? Tapi tak mungkin la penglihatan saya yang rosak pulak. Saya masih tahu bezakan susu cair dan susu beku ye..hehe..

Pelik! pelik! pelik!
Sebenarnya bukan ini kejadian kali pertama. Minggu lepas pun ada satu jugak EBM yang tak membeku dalam freezer sedangkan dah 3 hari dok dalam tu. Sebelum minggu lepas tu memang tak pernah berlaku. Kalau berlaku pun EBM yang duduk kat tingkat bawah peti ais 2 pintu tu..hehehe..4 hari letak pun tak beku..

Mungkinkah sebab freezer tu dah terlampau padat dengan stok EBM sampai tak boleh udara sejuknya menyamaratakan suhu dalam tu? So macam mana keadaan stok2 EBM dalam tu? Boleh bertahan sampai 3 bulankah? Macam mana nak tahu suhu freezer saya tu? Adehh!! Siapa terer jawab angkat tangan!!!!

Wednesday, October 19, 2011

Nak dibuang sayang.. Nak disimpan space kurang..

Eh eh mamiraysha berblogging malam-malam la! ngigau ke hape ni? Biasanya time ni dah lama belayar ke alam lain dah ni. Tapi apsal malam ni rajin plak ni?

Saje nak release tension di kala ini. Menghilangkan kebas2 tangan yang kesejukan. Baru balik London! hehehe.. Baru selongkar freezer dan deep freezer!

Risau plak dah nak masuk bulan 11 ni. Dalam freezer stok EBM bulan 8 belum terusik langsung. Dah nak 3 bulan dah usia EBM dalam freezer tu. Haruslah dipindahkan ke dalam deep freezer segera untuk memanjangkan tempoh hayatnya.

Tapi macam mana? deep freezer penuh lagi. Stok bulan 6 pun ada lagi. Dah lama dah saya dok berkira-kira.. nak buang ke tak stok EBM yang lama2 tu untuk bagi laluan kat stok baru masuk pulak. Sayangnya!!! Sedih rasanya nak buang perahan berharga tu. Rasa macam membuang rezeki pulak. Tapi kalau saya tak buang, hasil perahan baru takde pulak tempat nak simpan. Nak beli deep freezer baru? Adeh! tak mampu la pulak saya.

Lama dok fikir nak buang ke tak nak.. nak buang ke tak nak.. masa makin lama makin berlalu. Hari ni saya nekad! Sesuatu harus dilakukan untuk menyelamat susu fresh yang dah 2 hari tersadai kat ruang bawah freezer.

Bungkusan ke-2 terpaksa dibuang. Stok EBM 10.6.11 hingga 14.6.11 sebanyak lebih kurang 20 ketul. Sabtu hari tu saya nekad buang stok 3.6.11 hingga 9.6.11. Ntah berapa ketul ntah saya tak perasan pulak. Yang ni lagi sedih. Ada antara stok tersebut yang kekuningan mengandungi kolostrum. Macamanala saya bleh terlepas pandang stok tu.

Lepas buang 1 bungkusan ni, legalah sikit deep freezer tu. Saya transfer sikit stok bulan 8 masuk dalam deep freezer. Tapi tak semua sebab ruang masih tak mencukupi. Nampaknya perlu ada pengorbanan lagi.



Setelah aktiviti penghijrahan dilakukan, ada la ruang sikit kat dalam freezer ni. Tapi tak kemas langsung! Gara-gara stok EBM dalam plastik yang telah lari diriannya. So ada di antaranya yang tak bleh nak berdiri tegak. Nasihat ikhlas kepada kawan2 yang nak buat stok EBM, buatlah stok dalam botol kalau berkemampuan. Saya guna plastik sebab tak berapa mampu nak beli botol banyak2..hehehe. Mampu untuk mempunyai 130 botol je setakat ni. Kalau ada rezeki terlebih nanti memang nak beli botol je. Sejuk sikit mata memandang bila kemas tersusun kan?

Seriously, motivasi saya sekarang sangat rendah untuk membuat stok EBM akibat lambakan stok dan ketiadaan ruang penyimpanan. Dah tak terurus dah stok2 ni. Prinsip FIFO - first in first out tu ntah ke mana dah. Mana sempat la saya capai. Jenuh nak kena korek ke dalam deep freezer tu. Dah namanya pun deep kan..hehehe..

Bukan salah susu yang banyak! Tapi salah saya yang malas mengurus!
Perlukah saya kurangkan lagi stok EBM yang ada ini agar mudah diuruskan?

Tepuk amai-amai

Situasi : Dalam kereta, on the way ke tempat kerja mummy dan taska.

Mummy nyanyikan Razin lagu tradisi turun-temurun nenek moyang;

Tepuk amai-amai
belalang kupu-kupu
Tepuk Razin pandai
mummy upah susu

Susu lemak manis
santan kelapa muda
Razin jangan nangis
Mummy pergi kerja

Rasanya mummy tak pernah nyanyikan Razin lagu ni. Tetiba pulak ari ni teringat nak nyanyikan lagu ni sambil pegang kedua-dua tangan Razin dan tepukkan untuknya. Razin seronok! Bukan Razin je seronok, Abang Rayyan turut teruja sama! Hehehe.. maklumla lagu baru padanya.

Dalam keterujaan tu (tak tahu la teruja sebab suara mummy sedap atau memang melodi lagu ni sedap..hihihi), Rayyan suruh mummy nyanyikan untuknya pulak. Mummy pun nyanyilah untuk Rayyan pulak sambil tepukkan tangan Rayyan. Lirik ditukar daripada nama Razin kepada nama Rayyan dan lain2 lirik kekal seadanya.

Lepas habis nyanyikan lagu untuk dia, dia suruh pulak nyanyikan untuk Rania. Adeh! Dia buat dah.. cenggini la Rayyan kalau dia dah suka. Sebelum ni mummy dah terkena bila nyanyi lagu Old Mc Donald had a farm eaeao tu. Macam2 disebutnya. Kadang2 sampai susah pulak nak nyanyi. Ye la, kan lagu tu kena keluarkan bunyi. Kalau setakat ayam, kambing, kucing dan lain2 binatang tu boleh la mummy nyanyikan bunyinya. Ni disuruhnya kereta la, bantal la, Rania la, baju la dan apa jua benda yang terlintas dalam fikirannya. Tak nak terima lak tu bila mummy kata benda-benda tu mana ada bunyi. Kena la mummy be creative buat bunyi tah apa-apa janji ada bunyi sudah! hehehe..

Ok, cite balik pasal lagu tepuk amai-amai ni. Lepas abis lagu untuk Rania, dia suruh untuk daddy pulak! hahaha..daddy kata ntah apa-apa bila mummy nyanyi 'tepuk daddy pandai mummy upah susu' dengan 'daddy jangan nangis mummy pegi keje'..hehehe..

Lepas tu..Rayyan sebut lagi sorang-sorang nama orang-orang yang dia kenal suruh mummy nyanyi..

Cik Su
Cik Sa
Cik Li
Cik Ju
Pak Cik
Atok
Teacher
Shahira
Suhaila
Raisha
Malik
Haris
Khaira
dinding (hah! dah sampai mengarutnya!)

Huh! macam mana korang boring baca nama tu satu-satu..macam tu la boringnya mummy nak kena nyanyi tepuk amai-amai untuk setiap satu nama yang tersebut. Ingatkan nak senang, mummy nyanyi short cut ambik 2 baris yang akhir. Tapi Rayyan kata salah! kena nyanyi penuh! huhuhuhu... Masa ni mummy rasa lambatnya nak sampai opis! hehehhe..

Bila dah sampai kena nyanyi tepuk amai-amai untuk dinding ni, mummy cakap la kat Rayyan dinding mana boleh minum susu. Tak boleh nyanyi tepuk amai-amai kat dinding. Pastu tetiba kat Radio keluar lagu best, aisyiteru tu. Hah! mummy cakap mummy nak dengar lagu best dulu, nanti sambung. Hehehe..mummy nak mengelat! Nasib baik Rayyan memahami. Pastu dia dah lupa nak suruh mummy nyanyi balik. Dia pulak yang nyanyi! tapi lirik tonggang langgang. Belalang kupu-kupu.. Razin jangan nangis.. mummy nak pegi keje... Walaupun tonggang langgang..mummy tetap bagi pujian kat Rayyan. Pandai Rayyan nyanyi! hehehe.. (nasib baik tak suruh mummy nyanyi lagi!)

Thursday, October 13, 2011

Cara tarik pelanggan ke restoran

Alkisahnya..

Ahad lepas, en asben bawa kami anak-beranak ke Tesco Nilai untuk shopping keperluan dapur yang dah habis dan juga yang hampir habis. First time datang sini. Saje tukar angin. Kalau tak, Alamanda, Alamanda dan Alamanda..hehehe..

Jarak dari rumah lebih kurang 27km dengan memakan masa setengah jam memandu secara berhemah..hehehe.. Kena berhemah sebab bawa anak kecik. Lak tu ada anak kecik yang tengah belajar dari apa yang berada di sekelilingnya. " Daddy, merah belenti! " kata Rayyan bila nampak lampu isyarat kaler merah. Pastu dah hijau, " Daddy, hijau jalan!" Kekadang tu daddy terpaksa beri penjelasan bila jalan jugak waktu lampu merah sebab kat putrajaya ni banyak signboard kat lampu isyarat tertulis " Belok kiri jika tiada kenderaan. "

Lepas shopping2 apa yang patut, masa untuk mengisi perut!
Of course pilihan daddy kedai makan yang tak serabut!


Kami pilih untuk makan di Legenda Cafe.Com yang ada kat dalam bangunan Tesco ni. Cafe ni lengang giler! masa kami masuk, cuma ada sepasang je pelanggan dia. Tak pasti pulak kenapa orang tak ke sini.

Nak tahu kenapa kami masuk kat cafe yang lengang ni? Sebabnya..


Ada disediakan tempat untuk anak-anak mengisi masa mereka dengan bermain. So, mummy dan daddy dapat la makan dan minum dengan aman dan tenteram tanpa gangguan. Sekali sekala je mereka datang untuk disuapkan makan dan minum.


Rayyan dan Rania enjoy main masak-masak kat sini. Sementara diorang masak, mummy dan daddy dah kenyang dulu makan makanan yang kami order! hehehe..


Bersungguh-sungguhla si kecik Razin ni memilih makanan best untuk di order. Last2..takde satu pun masuk kat mulut dia! hehehe..sian Razin. Razin rasa melalui susu mummy je la ye..


Tak banyak sebenarnya pilihan makanan dia. Mummy order nasi lemak ayam je la. Nasi lemak yang sihat la kononnya..hehehe.. Lupa lak nak ambik gambar makanan yang daddy order, nasi minyak dengan ikan masak apa ntah!


Ni plak air pilihan kami. Mummy pilih sirap bandung selasih dan daddy pilih jus epal + limau nipis.


Kalau terer, meh la cuba air soda + strawberi + serai kat sini. Hehehe..kami tak berani nak cuba.

Kesimpulannya, cara kedai makan ni peruntukkan tempat mainan untuk anak-anak main telah menarik hati kami untuk singgah dan makan kat sini buat pertama kali. Itu jugak la yang saya cakap kat pelayan cafe ni.

Bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecik macam kami ni.. tempat yang macam ni memang jadi pilihan kami. Tak kisah la harga makanan dia mahal ke murah, sedap ke tak..janji kenyang sudah!

Daddy dan anak-anaknya yang seramai satu troli..hehehe.. Tu yang tak bleh makan kat tempat2 serabut tu..

Tuesday, October 11, 2011

Happy Birthday.. Rania!


Eh Eh ari tu birthday. Ari ni birthday lagi? Hehehe..ari tu birthday mummy. Ari ni birthday Rania pulak. Rania genap 2 tahun hari ni. Dua tahun lepas.. mummy ingatkan Rania nak keluar melihat dunia pada tarikh lahir mummy. Tapi ternyata Rania nak jugak tarikh lahir sendiri 11.10.09 tanpa kongsi-kongsi dengan mummy. Rania lahir genap pada tarikh jangkaan bersalin! Bayi yang menepati masa kan?



Genap sudah misi mummy menyusukan Rania sehingga 2 tahun hari ni. Walaupun bukan sepenuhnya 2 tahun Rania minum susu mummy, tapi sepanjang 2 tahun ini Rania tetap dapat menikmati khasiat susu mummy. 1 tahun fully breastfeed yang menenangkan. 1 tahun lagi breast-mula feed (breastfeed + formula..hehehe) yang mengenyangkan. Itu pun sudah cukup membanggakan mummy. Ada penenen tegar macam Rania! Kita sama-sama sempurnakan misi ini. Walau ketika baby Razin dalam rahim mummy. Walau ketika baby Razin ada di sisi. Walau misi ini sudah berakhir.. nenen la seberapa lama pun yang Rania nak!



Selamat hari lahir sayang!

Semoga Rania panjang umur dan dimurahkan rezeki
Membesar dengan sihat dan hidup diberkati
Dikurniakan akal yang cerdas dan diterangkan hati
Dimantapkan iman agar menjadi mukminah sejati
Menjadi anak solehah permata hati mummy dan daddy
Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat yang abadi..


Note:

Sempena birthday Rania ari ni, daddy buat entry istimewa untuk Rania kat blognya. Masa birthday mummy ari tu takde pun tau. Jeleskah mummy? Hahaha.. takde pon, kecik ati je..hehehe.. siapa la mummy di hati daddy.. huahuahua..

Monday, October 10, 2011

Bajet 2012 : Bajet yang mensejahterakan diri ini

Bukan menjadi rahsia lagi. Satu Malaysia dah tahu kan kandungan bajet 2012 yang telah disampaikan oleh PM pada Jumaat lepas sempena birthday saya..hehehe.. takde kena-mengena la nak sempena-sempena plak ek..

Alhamdulillah.. tercapai wish saya yang ke-8 daripada wish list yang saya buat sempena birthday aritu. Bukan saya je gembira..semua kakitangan awam pun gembira gak kan? Daripada takde.. biarlah ada walaupun sikit. Setidak-tidaknya boleh buat bayar hutang anak-anak hehehe.. Sebelum ni saya konfiden cakap kat en asben ada bonus setengah bulan lagi hujung tahun nanti. Tak tahu apsal saya konfiden sangat. Hujah saya pada en asben, biasanya kerajaan akan bagi something untuk raya dan naik sekolah. Ari tu kerajaan bagi bonus setengah bulan gaji tak cakap pulak bayar 2 kali sebelum raya dan sebelum naik sekolah. Mesti ada lagi untuk naik sekolah pulak. Hehehe.. nasib baik sangkaan betul..kalau tak maluuu.. penuh konfiden cakap tu! (moral of the story : jangan nak konfiden benda yang belum pasti)

Selain bonus setengah bulan gaji lagi yang bakal diterima pada gaji Disember ini, kakitangan kerajaan dapat juga ini:

•Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

•Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.

Read more: Intipati Bajet 2012 | Isu Belanjawan 2012



Syukur kepada Allah yang menitipkan rezeki melalui ini semua. Saya pandang bajet ni sebagai rezeki buat anak-anak saya, terutamanya baby baru, Razin. Betullah janji Allah, setiap makhluk yang diciptakannya akan dititipkan rezeki buat mereka. Inilah yang saya pegang masa dapat tahu pregnenkan baby Razin dulu. Berpegangkan inilah, saya terima kehadiran orang baru dengan hati yang terbuka.

Selepas lahirkan Razin pada Jun lalu, Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2010 dengan insentif RM1000 pada Julai lepas. Julai juga saya dapat kenaikan gaji tahunan RM66.55. Lepas tu dapat bonus setengah bulan gaji, RM1000 pada Ogos lepas. Disember nanti dapat lagi bonus setengah bulan gaji. Tahun depan, dapat lagi kenaikan gaji. Baby Razin sendiri punya pendapatan pun dah lebih RM700. (Siap boleh bagi pinjam kat mummy lagi. Nnti bonus mummy bayar balik eh..)

Bukan tujuan saya bercerita untuk menunjuk-nunjuk rezeki yang saya terima. Nauzubillahhimin zalik. Saya bercerita untuk tujuan menunjukkan bukti betapa Allah itu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengetahui. Saya nak kongsikan cerita ini kepada ibu-ibu yang enggan mengandung lagi dengan alasan tak mampu menanggung kos hidup anak. Saya nak kongsikan juga kepada ibu-ibu yang sedang mengandung tetapi nak serahkan anak yang dikandungkannya itu kepada orang lain untuk dibesarkan atas alasan tak mampu menanggung kos hidup anak.

Percayalah, Allah itu yang memberi rezeki setiap makhluk yang diciptakannya. Lapangkan dada menerima segala ketentuannya. Anak-anak adalah rezeki Allah kepada kita. Harta yang tak ternilai oleh kita mahupun seorang Jurunilai samada Penilai Swasta mahupun kerajaan (macam saya). Inilah aset kita dan harapan kita sebagai pendoa kita semasa di alam barzakh nanti..insya-Allah.

Peringatan buat diri ini:

Tambahan rezeki ini untuk kesejahteraan anak-anak ye juga untuk dipotong oleh LHDN sejumlah wang bagi melunaskan hutang PTPTN..hehe.. So, kenaikan itu tak memewahkan kami pun. Masih kena hidup dengan seadanya..

Friday, October 7, 2011

Big 30


Aci tak nak ucap kat diri sendiri hepi birthday? hehehe..

I'm turned to 30 ari ni. Dah masuk group 30-an dah saya. Melangkah ke fasa matang (sepatutnya). Kat opis dulu dulu kita panggil orang akak akak.. la ni orang panggil kita akak la pulak.. maknanya? Dah kurang la kemudaannya itu..hehehe..

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara di muka bumi ini sehingga 30 tahun. Semoga Allah mengizinkan lagi saya untuk menghirup udaranya.. dengan kesihatan yang baik.. dengan rezeki yang murah.. di samping suami dan anak-anak dan semua yang saya sayang..

Meningkatnya umur ni, bermakna kurangla usia saya di muka bumi ni. Maknanya lebih dekatla dengan kematian..kan? Walaupun tahu mati itu pasti.. tapi takut pulak memikirkannya. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam ketaatan kepada-Nya dan mengizinkan saya membesar dan mendidik anak-anak saya dengan sempurna.

Alhamdulillah.. pada usia 30 tahun ni, Allah mengizinkan saya mencapai semua ini:

1. Melayari bahtera rumahtangga bersama nakhoda bernama Mohd Sharoramadan yang sangat memahami dan melengkapi kekurangan diri ini.
2. Merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan permata hati Umar Rayyan, Aisya Rania dan Uzair Razin.
3. Mempunyai kerjaya tetap dan stabil sebagai sumber rezeki (insya-Allah).
4. Masih mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua untuk ditaburkan bakti walaupun tak mungkin dapat membalas segala bakti yang mereka telah taburkan.
5. Mempunyai kereta untuk dinaiki walaupun dah 7 tahun usianya (setia kan saya?). Biarpun tak secanggih mana..tapi banyak berjasa.
6. Mempunyai sebuah rumah walaupun hanya setengah unit apartment low-medium cost (setengah unit lagi nama en asben :-) walaupun ansuran dia sorang yang bayar).
7. Mempunyai 8 tahun pengalaman kerja dengan 6 pejabat yang telah diteroka pengalamannya.
8. Menjadi mak long kepada Nur Najla Yusra, Nur Iman Yusra dan Muhammad Adam Zahdan.
9. Mempunyai buku akaun Tabung Haji, Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam, CIMB bank dan ASB walaupun dalamnya ada beberapa ringgit aje..hehehe..
10. Mempunyai blog bernama www.mamiraysha.blogspot.com sebagai wadah untuk perkongsian ilmu dan cerita dan akaun facebook bernama Iffah Afifah yang begitu jarang dibuka..hehehe..
11. Anugerah paling berharga : Kesihatan yang baik, akal yang waras, nikmat iman dan Islam, hati yang tenang.

Impian yang belum dicapai dan harap-harap dapat dicapai pada usia ini:

1. Memiliki segulung ijazah yang dah 4 tahun setengah dok gulung sikit-sikit..belum tergulung habis lagi..hehehe.. (hopefully dapat grad awal tahun depan. Tinggal 3 paper je lagi ni..)
2. Memiliki sebuah mesin jahit untuk menjahit baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Opps sebelum tu nak kena pandai membuat baju dulu..hehehe..
3. Memiliki sebuah oven elektrik untuk membakar kek dan biskut untuk santapan suami dan anak-anak. Dah ada..baru semangat nak belajar buat kek ye tak? hehehe.. (en asben cakap..kena pandai dan rajin dulu baru beli. Kalau setakat nak buat kek setahun sekali baik tak payah beli oven)
4. Memiliki kerajinan dan kekuatan untuk menguruskan rumah tangga..hehehe.. kantoi! macam tak berapa rajin la pulak ayat tersiratnya ye!
5. Menang peraduan apa-apa aje yang menawarkan hadiah lumayan! hahahaha..kayo makcik! boleh beli perkara 2 dan 3 di atas! dan juga melangsaikan hutang piutang.. Boleh jugak buat GA kat blog ni. Korang juga yang bertuah nanti! hehehe.. baik korang doakan impian makcik ni! ekekeke...
6. Tidak mengandung lagi pada umur ni.. kalau tak..punah lagi impian 2 tahun fully breastfeed Razin..hehehe..
7. Memiliki seutas jam tangan yang cantik supaya lebih menepati masa dan dapat melakukan tugas dan kerja rumah dengan pantas ..hehehe.. bunyi macam nak bagi hint kat seseorang je kan? ekekekeke..
8. Dapat sesuatu yang menggembirakan semasa PM bentangkan bajet 2012 nanti..hehehe..

Itu je kot wish list sempena birthday saya hari ni.

Sebelum mengundur diri.. terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah wish birthday kat saya hari ni setakat waktu ini:

1. En asben (wish pukul 5.30 pagi - saya cakap lambat! dia kata, biar lambat bukan tak wish langsung macam orang tu! huhuhu..nampaknya sampai tahun depan la dia ungkit yang saya tak wish birthday dia!)
2. Pn Ujie - adik ke-2 saya (wish pukul 6.47 pagi)
3. Pn Julie - BFF saya (wish pukul 9.40 pagi)
4. Pn Bidah - adik ke-5 saya (wish pukul 10.39 pagi)
5. En Abah - abah saya la (wish pukul 12.03 tengah hari - abah memang sentiasa ingat semua birthday kesembilan-sembilan anaknya)
6. Kak Ros - satu-satunya ofis mate saya; kami berdua je satu opis (wish pukul 12.15 tengah hari setelah saya cite yang abah saya telefon wish birthday - dia lupa yang ari ni birthday saya padahal saya dah war-warkan sejak minggu lepas..ekekeke..)
7. Semua kawan-kawan yang wish kat FB saya.. Fuhh! jenuh nak tulis satu-satu..

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Moga doa yang baik kembali kepada orang yang mendoakan jua..