Disebabkan 'Cemburu Seorang Perempuan' seorang perempuan lain telah tidak cukup tidur!
Apa la orang perempuan ni.. suka sangat ikutkan perasaan! hihi..
Jangan marah ye orang perempuan di luar sana..
Kalau marah.. anda telah buktikan yang orang perempuan suka ikut perasaan..hehe..
Gara-gara novel ni, pukul 5 pagi saya baru tidur semalam. Start baca pukul 9.30 malam kot kalau tak silap. 4.40 pagi baru selesai. Gigih kan menghabiskan sebuah novel? Lama dah saya tak buat kerja giler ni. Kalau zaman bujang-bujangan dulu, membaca novel dan membuat koleksi novel adalah satu hobi. Tetapi setelah berumah tangga, ia bukan keutamaan lagi. Sebab saya sedar diri bahawa membaca novel akan membuatkan saya lupa diri..hihi.. Saya pernah tak tidur malam sebab nak habiskan sebuah novel. Huh! rasa nak tumbang je keesokan hari. Masa bujang boleh la berkeadaan begini.
Macam mana saya boleh terjebak lagi membaca novel ni? Ni semua gara-gara si Razin la malam tadi. Mummy tengah landing menyusukan Rania, dia hulur pulak novel ni. Biasanya bila sedang menyusukan anak, memang mummy akan mengisi masa dengan membaca, tapi biasanya mummy suka baca mastika daripada koleksi lama-lama ataupun buku-buku bacaan ringan lain. Bila Razin hulurkan bahan bacaan ni, mummy baca je la, konon nak baca sekejap je bagi mengisi masa. Tapi.. ambik! sayang pulak nak letak. Penulis sangat pandai bermain kata-kata. Nak gak baca sampai ending. Maklumla.. kali pertama dan terakhir saya baca novel ni ialah pada 23 September 2003 iaitu pada tarikh novel ini dibeli. Mana nak ingat lagi!
Best jugak kalau novel ni difilemkan atau didramakan. Sekarang ni dah macam jadi trend sebuah naskah novel diadaptasi menjadi sebuah filem atau drama. Contohnya macam Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan, Adam & Hawa, Gemersik Kalbu, Tangisan Bulan Madu dan sebagainya.
Nak tahu ceritanya sila dapatkan novel ni di pasaran, kalau ada lagi. Saya tak pandai nak tulis sinopsis cerita. Kalau zaman sekolah menengah dulu, paling tak suka ialah tulis rumusan..hihi. Apa-apapun moral of the story is cemburu itu memang naluri seorang perempuan. Yang penting kena bijak mengawal cemburu.. sebab kalau cemburu itu tidak terkawal, kita tidak mampu mengawal diri dan akhirnya... jadi gila!! Bersangka baik dan berfikiran positif itu mampu mengawal cemburu. Bahagia itu letaknya di hati. Kalau hati tenang, tidak hasad dengki, bersangka baik, ikhlas, sabar dan redha.. tentu bahagia itu mampu kita kecapi!
Sebelum menutup cerita ini, saya nak kongsikan antara ayat kesukaan saya dalam novel ni:
" Gagal atau lulus seorang perempuan menjadi isteri ialah ketaatannya kepada suami, keupayaannya melindungi maruah suami. Bukan pada bilangan anak yang dia lahirkan! "