Tuesday, December 25, 2012

Nak rambut panjang!


Hari ni aje dah beberapa kali Rania tukar baju.
Adeih! Dah la mummy ni paling malas nak lipat baju..
Boleh pulak dia menambah-nambahkan lagi bilangan baju yang bakal mummy kena lipat!

Mana la tak bertukar baju.. habis baju basah.
Gara-gara asyik masuk bilik air dan membasahkan rambutnya.
"Rania nak rambut panjang! "  katanya.
" Rania suka rambut panjang.." tambahnya lagi.  
Hahaha.. nak tergelak mummy.
Rambut awan nano mana la boleh panjang..
Panjang aje dia bergulung.. panjang aje dia bergulung.
Ia akan nampak panjang bila mandi je.
Tu yang Rania asyik membasahkan rambutnya supaya kelihatan panjang..hihihi.. 

Lagi 5 tahun.. panjang la rambut Rania tu..
Sabar je la ye..

Selangkah ke alam persekolahan

Siapa yang nak melangkah ke alam persekolahan ni?
Tentunya bukan mummy. Tapi Rayyan. Rayyan bakal berumur 5 tahun pada tahun 2013 ni.
Memasuki alam tadika. Memulakan pembelajaran secara formal. 

Kalau nak ikutkan mummy tak nak hantar tadika lagi.. biar masuk darjah 1 terus tanpa ke tadika macam mummy dan daddy. Mummy tak nak Rayyan jemu sebab lama sangat kena pergi sekolah. Tapi mummy perlu akur yang zaman dah berubah sekarang. Darjah 1 sekarang dah tak ajar mengenal huruf dan membaca. Semua silibus itu diajar di tadika. Nak tak nak Rayyan kena ke tadika juga. Tambahan pula, taska hanya sampai umur 4 tahun sahaja. Budak 5 tahun kena keluar..huhu. Mummy rasa kalau taska benarkan sampai 5 tahun.. mahu mummy tak hantar Rayyan ke tadika lagi..hehe.. Senang hantar ketiga-tiga anak di satu tempat aje.

Mummy kena keluar dari zon selesa. Masalah pertama yang perlu diselesaikan bila anak nak masuk tadika ini ialah nak hantar anak ke tadika mana? Pening juga mummy pada mulanya. Cuak pun ada sebab sehingga 17 Disember, Rayyan belum didaftarkan di mana-mana tadika yang ada di bumi Malaysia ini. Maka pada tarikh berkenaan, mummy dan daddy ambil cuti rehat untuk mencari tadika untuk Rayyan dengan harapan masih ada tempat untuk Rayyan memandangkan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi penggal persekolahan akan bermula.

Mummy dan daddy tidak menetapkan kriteria yang tinggi untuk tadika pilihan kami.
Apa yang penting, dekat dengan rumah dan juga bayaran dikenakan mampu kami bayar.
Survey awal, kami agak terkejut juga bila mendapati yuran tadika terutamanya yang swasta agak mahal. Ada yang RM400 sebulan, RM500 sebulan dan lebih daripada itu pun ada. Ohh! alangkah tidak mampunya kami untuk memberi komitmen kewangan yang sebanyak itu.

Mummy cuba survey tadika kemas di internet, nampaknya tarikh tutup pendaftaran pelajar tahun 2013 telahpun ditutup pada 30 November 2012. Oh, ketinggalankah mummy?

Langkah pertama pencarian tadika pada 17 Disember 2012 yang lepas kami mulakan dengan Tabika KEMAS di INFRA (Institut Kemajuan Luar Bandar) yang terletak di kawasan institusi-institusi Bangi. Menjadi pilihan pertama kerana ianya tidak jauh daripada taska Rania dan Razin di INSPEN. So, urusan penghantaran anak-anak adalah senang. Walaupun tahu bahawa pendaftaran tabika KEMAS telahpun ditutup, kami saje mencuba nasib kot-kot boleh daftar lagi. Walau bagaimanapun, dukacita kami dimaklumkan bahawa tabika untuk kanak-kanak berumur 5 tahun telahpun penuh. Hanya ada kekosongan untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Tawar-menawar agar Rayyan ditempatkan di tempat kanak-kanak berumur 6 tahun memandangkan Rayyan dah kenal huruf dan boleh menulis juga tidak diterima.

Atas saranan tadika tersebut, kami mencuba nasib di tabika KEMAS yang terletak di Taman Air Hitam Permai. Tidak berapa jauh dari Kampung Dato' Abu bakar Baginda. Alhamdulillah, masih ada 5 lagi kekosongan untuk pelajar berumur 5 tahun. Masih tidak jauh dari rumah. Dalam radius kesanggupan kami menghantar. Yuran yang dikenakan sangat berbaloi iaitu RM25 sebulan. Yuran pendaftaran pula lebih kurang RM153 kalau tak silap. Walau bagaimanapun, sesi persekolahan bermula dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari. Menurut kata guru di sini, mereka boleh menerima pelajar seawal pukul 8 pagi dan ibu bapa boleh mengambil pelajar sebelum pukul 2 petang. Nampaknya Rayyan perlu dihantar ke taska lain untuk transit sehingga mummy dan daddy balik dari pejabat. Bayaran transit adalah RM150 sebulan. Bajet yang agak berbaloi! Kalau sebelum ini mummy dimaklumkan bahawa pihak tadika KEMAS akan tengok slip gaji ibu bapa dahulu dan kalau pendapatan RM3000 ke atas tidak layak adalah tidak benar. Sesiapa boleh memohon tertakluk kepada kekosongan.

Dengan penemuan tadika untuk Rayyan maka pencarian tadika dihentikan setakat itu sahaja. Dalam list ada 3 tadika lagi yang hendak disurvey iaitu taski abim yang terletak di Sungai Merab, CIC yang terletak di Presint 15 Putrajaya dan Tadika Vonad yang terletak di Presint 15 Putrajaya juga. So, mummy tak tahu berapa yuran bulanan dan yuran pendaftaran untuk ketiga-tiga tadika tersebut. Yang mummy yakin dan pasti, yurannya tentunya lebih mahal berbanding tabika KEMAS.

Setakat entry ini ditulis, kelengkapan persekolahan masih belum lengkap. Mummy baru sediakan set alat tulis yang merangkumi pencil case, pensil 2 batang, sharpener, eraser, ruler dan gam. Opps satu lagi tertinggal, sticker nama Rayyan..hehe. 



Pada hari Ahad lepas semasa bershopping di Carrefour, Alamanda, mummy telah mengesyorkan kepada Rayyan sebuah beg Ben 10 yang berharga RM39.02 setelah ditolak diskaun 15%.

Mummy : " Rayyan nak tak beg ni?" sambil menunjukkan beg berkenaan kepada Rayyan.
Rayyan : " Mummy, Rayyan kan dah ada beg. Cukuplah.."



Aduh! baik sungguh la hati Rayyan ni. Mummy dah offer pun tak nak. Tak sampai hati pulak la mummy tengok Rayyan bawa beg buruk yang diusung ke taska untuk dibawa ke tadika pulak.
Tapi nak buat macam mana, daddy pun tak restu mummy untuk beli. Kata daddy, " Anak tak nak, tak payah beli. Dia minta baru beli."

Nampaknya mummy sorang je yang teruja anak nak pergi sekolah.
Hilang terus mood mummy nak melengkapkan kelengkapan sekolah Rayyan.
Ehm.. nampaknya Rayyan akan ke sekolah baru dengan apa yang ada..
Mummy dah merajuk!

Friday, December 21, 2012

Razin's Style bukan Gangnam Style

Razin dah 1 tahun 6 bulan ++ dah sekarang.
Penglipurlara dalam rumah sekarang ni.
Ada aje buat benda-benda yang menggelikan hati..hihi.. 
(belum cerita lagi mummy dah geli hati)

Habit Razin ialah menyangkutkan beg kecil di tangannya.
Tak kirala apa aje termasukla pencil case atau beg syiling atau handphone case..
asalkan ada ruang untuk dimasukkan tangannya.
Kemudian ke hulu dan ke hilir dengan beg tersebut seolah-olah handbag..hehe..

Awas! jangan cuba nak keluarkan beg tersebut dari tangannya..
kerana dia akan menangis jika ada sesiapa berbuat demikian.
Tengah tidur pun dia akan terjaga dan menangis bila terasa begnya ditarik.

Langkah terbaik.. biasanya mummy dan daddy akan menyorokkan beg2 kecil tersebut supaya terhindar dari penglihatan Razin. Sebab bila Razin dah nampak.. dia akan sangkut di tangannya sampai bila-bila sehingga dia tido dan terlupa akan beg kecilnya bila bangun tido. Makanya dia akan membawa beg kecil tersebut ke mana saja dia pergi termasuk ke shopping complex, taska, jalan-jalan dan sebagainya.

Bukan setakat beg aje yang Razin akan sangkut kat tangannya..
Apa aje yang boleh disangkut kat tubuh badannya.. dia akan sangkutkan..
termasuklah medal yang dimenanginya semasa hari sukan di taskanya.
Macam Din Beramboi dalam majalah Ujang dah mummy tengok..haha..




Razin : Demam tukar susu?

Kesian budak kecik ni.
Mummy ambil kat taska petang semalam, teacher beritahu Razin demam.
Biasanya kalau nampak muka mummy terus Razin lari-lari dapatkan mummy sambil tersenyum keriangan..
Tapi semalam.. hilang senyuman Razin..
Fahamla mummy.. Razin tak larat menanggung demam..

Teacher cakap..Razin demam mungkin sebab tukar susu kot?
Terus demam bila tak dapat minum susu mummy kat taska..
Entahlah.. kalau betul sebab susu.. mummy rasa bersalah pulak..

Mummy rasa mungkin Razin demam sebab kesan dari kena injection minggu lepas. 
Ye.. minggu lepas, 12.12.12 Razin telah mendapatkan suntikan imunisasi yang terakhir untuk usia 1 tahun 6 bulan. Seminggu kemudian baru badan dia bagi respon terhadap imunisasi ini agaknya.

Pendek kata, walau apapun sebabnya, sakit ini datangnya daripada Allah.
Allah nak bagi sel-sel dalam badan Razin bekerja. Buat antibodi lawan penyakit. Supaya Razin bertambah sihat. Allah memberi sakit, Allah jugalah yang berkuasa menyembuhkannya. Semoga Razin cepat sembuh dan demam ini tidak memudaratkan..


Senang sungguh kali ini mummy nak tangkap gambar Razin. Biasanya susah, tak nak duduk diam.

Wednesday, December 19, 2012

Pengisytiharan : Misi gagal

Dengan rasa berat hati.. mummy terpaksa isytiharkan hari ini..
Mummy gagal melaksanakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun penuh untuk Razin..
Huaaaaa.. maafkan mummy sayang!

Mummy hanya mampu bertahan selama 1 tahun 6 bulan dan 18 hari menyusukan Razin hanya dengan susu ibu. Hari ini mummy terpaksa bekalkan Razin dengan Susu Dutch Lady 123 di taska sepanjang peninggalan mummy untuk berkerja. Maafkan mummy atas kegagalan ini. Mummy tak mampu menyediakan stok EBM yang mencukupi untuk Razin.

Ini harga yang mummy perlu bayar! Allah kurniakan mummy rezeki dengan kenaikan pangkat yang lebih tinggi. Allah tarik balik nikmat susu ibu yang meriah. Namun begitu, mummy yakin yang perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan.

Sejak menjawat jawatan baru lebih 3 bulan lalu.. mummy sangat sibuk dengan kerja di pejabat. Jawatan lebih tinggi, tentunya tanggungjawab dan tugas lebih berat. Masalah lebih rumit. Mummy tak sempat nak memerah susu dengan konsisten di pejabat. Tambahan lagi dengan tekanan kerja, susu pun seolah-olah tak jumpa jalan keluar. Stok EBM yang keluar dari peti ais lebih banyak daripada stok yang masuk. Hasil yang mummy bawa pulang dari pejabat hanyalah sebotol dua. Itu pun kadang-kadang tak bawa pulang langsung dek ketiadaan masa memerah susu. Lama-kelamaan, stok EBM yang memenuhi ruang peti ais semakin surut.. merudum.. dan akhirnya.. habis! Sedangkan bukit pun kalau ditarah setiap hari akan rata.. inikan pulak stok susu yang tak seberapa nak tinggi macam bukit.

Sedih dan kecewa!
Itu yang mummy rasakan saat ini..
Mummy gagal buat kali yang ketiga.
Kalau sebelum ini.. faktor kegagalan mummy adalah disebabkan oleh hormon kehamilan..
Tapi kali ini.. mummy tak pasti hormon mana yang bertindak balas.
Yang pasti bukanlah hormon kehamilan!

Walau sedih dan kecewa..
Mummy perlu redha..
Tiada rezeki untuk Razin menikmati sepenuhnya susu mummy tanpa campuran..
Hanya setakat ini yang Allah izinkan.

Walau bagaimanapun, selagi ada.. mummy akan terus menyusukan Razin dengan susu anugerah Allah ini. Dengan izin Allah.. mummy akan pastikan yang Razin hanya menikmati susu lain selain susu mummy hanya di taska. Mummy mahu Razin menikmati susu mummy lebih banyak berbanding susu lain. Mummy akan tetap bekalkan juga susu mummy walaupun hanya sebotol dua..

Walaupun terkandas.. mummy akan tetap teruskan penyusuan Razin sehingga 2 tahun yang berbaki hampir 6 bulan lagi. Walaupun bukan status eksklusif lagi.. mummy akan tetap lengkapkan tempoh penyusuan ini..insya-Allah. Moga Allah pinjamkan mummy kekuatan untuk menjayakannya!

Walaupun tidak mencapai matlamat..
mummy tetap bersyukur.. Allah izinkan mummy menyusukan Razin sejauh ini.
Pencapaian kali ketiga ini lebih baik berbanding sebelum ini.
Versi Rayyan - 7 bulan fully breastfeed
Versi Rania - 1 tahun fully breastfeed

" Jangan dipandang orang yang di atas kamu..
Pandanglah orang yang di bawah kamu..
Kelak engkau akan mensyukuri nikmat Allah yang diberikan kepadamu.." (ayat mujarab pemujuk hati)

Nampaknya.. selagi misi menyusukan fully 2 tahun belum tercapai..
mummy kena beranak lagi dan lagi.. hehe..


Razin dan Teacher Niya yang banyak membantu menjayakan penyusuan susu ibu Razin di taska.

Monday, December 17, 2012

Sticker nama


Setelah berjaya mendapatkan tadika untuk Rayyan pagi tadi, mummy dan daddy berdating di Alamanda, Putrajaya. Saja menghabiskan masa disamping dua tujuan utama ke sini. Pertama, nak guna voucher RM10 pemberian Parkson semalam sebelum luput pada 23 hb ni. Kompem! nak claim RM10 punya pasal, terpaksa belanja lebih kat sini..hehe. Takpe la.. janji untung RM10.

 Kedua, nak bayar bil telefon maxis yang telah disekat. Huhu.. seksa sungguh tak dapat buat panggilan di saat memerlukan. Lain kali jangan abaikan sms yang maxis hantar ingatkan suruh bayar bil ye..

Paling best jalan-jalan hari ni.. mummy jumpa sticker nama!
Dah perasan dah semalam masa bawa anak-anak jalan-jalan kat sini.. cuma takde masa je nak menyinggah. Hari ni, mummy ajak daddy singgah. Teruja!!!

Mummy buatkan sticker nama untuk Rayyan dan Rania. Maaf, tiada untuk Razin. Daddy kata tak payah sebab Razin tak pandai baca lagi..hehe. Ada macam-macam watak kartun ada kat sini untuk dipilih. Harga sticker yang mummy buat ni RM15 untuk 60 keping sebab saiz dia besar sikit, 1.8 cm x 4.6 cm. Ada juga RM15 untuk 90 keping, 100 keping dan 150 keping pun ada. Bergantung kepada saiz. Ada juga yang kosong tanpa watak kartun. Kalau tak silap, RM7 untuk 100 keping. Apa yang penting, sticker ni siap dicetak dalam masa 2 minit!

Dah on the way balik, mummy rasa menyesal pulak tak buat untuk mummy..
Teringat-ingat dah ni..hehe..
Takpe la.. lain kali mummy buat untuk mummy pulak!
Nak pilih Conan ke Shin Chan ke Angry bird ek? hahaha.. 

Teringat pulak masa zaman sekolah-sekolah dulu..
Ada member2 ambil tempahan untuk cetak kad nama kita sendiri.
Kalau tak silap RM3 harga dia. Boleh pilih design mana nak. Masa zaman ni.. RM3 pun tak mampu nak tempah..walaupun dalam hati berminat sangat-sangat..hehe..


Mummy pilih karakter Dora untuk Rania.

Mummy pilih karakter Ben 10 untuk Rayyan sebab Rayyan sangat obses dengan watak ni.

Okeh! mummy nak mulakan misi menepek sticker kat barang-barang sekolah Rayyan dan Rania..