Check it out!

Sunday, October 21, 2012

Memulakan penyusuan susu ibu : Apa yang diperlukan?

Entry ini ditujukan khas buat rakan-rakan yang telah membuat keputusan bijak untuk memberikan makanan yang terbaik untuk bayi iaitu susu ibu!

Bagi yang belum pernah mencuba, pastinya ada perasaan ragu dan bimbang di hati.
Eh, cukup ke susu aku nanti?
Kenyang ke anak minum susu ibu?
Macam mana nak bagi anak susu ibu sedangkan kena pergi kerja?
Macam mana nak perah susu?
Pastu nak simpan kat mana?
Eii.. tak basi ke susu tu?

Ye.. banyak sungguh persoalan.
Yang bersungguh nak bagi.. dia akan cari jalan..
Yang tak bersungguh nak bagi.. dia akan cari alasan..
Yang mana satu anda?
Saya pasti anda tentunya yang bersungguh nak bagi kerana anda sedang menatap entry ini.
Sedang cari jalan bagaimana nak memenuhi impian penyusuan.

Kawan-kawan,
Telah ramai ibu yang bekerja berjaya memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka. Maknanya, ia bukan sesuatu yang mustahil!
Sebenarnya setiap kejayaan seseorang itu telah dimulakan dengan langkah pertama.
Kita tidak akan tahu yang kita akan berjaya kalau kita takut nak melangkah.
Ayuh! mulakan langkah dengan Bismillah!

Persoalannya, bagaimana nak memulakan langkah penyusuan susu ibu ni?
Berikut saya kongsikan apa yang diperlukan bagi memulakan penyusuan susu ibu:

1) AZAM DAN SEMANGAT

 
Yakin boleh!

Ini sangat penting. Tiada dijual di pasaran. Kena tanam sendiri azam dan semangat dalam diri. Dah tanam, jangan lupa pulak nak bubuh baja dan siram supaya ia subur. Apa maknanya? Maknanya, kenalah sentiasa suburkan azam dengan motivasi. Kalau tak mampu nak motivate diri sendiri, apa kata baca pengalaman mereka yang berjaya supaya dapat 'up'kan motivasi diri yang mungkin tengah kendur. Dengan azam yang kuat, segala rintangan dan dugaan akan sanggup dihadapi dengan lapang hati. Ingat, semangat dan azam ye,
bukan hangat-hangat tahi ayam..hihi..


2) ILMU


Ishk! Ishk! mana ilmu ni?

Tidak kurang pentingnya, anda perlu ada ilmu. Ilmu apa? tentunya ilmu penyusuan. Cari ilmu penyusuan sebanyak mungkin. Sekarang ini sangat senang untuk menimba ilmu. segala maklumat di hujung jari. Hanya sekali klik anda akan jumpa apa yang dicari. Kenapa ilmu penyusuan ini penting? Pertama, supaya dapat menjamin kualiti susu ibu yang diberikan kepada permata hati anda. Kedua, supaya senang anda hendak berhujah dengan sesiapa jua terutama mereka yang tidak menyokong usaha anda melestarikan penyusuan susu ibu. Ketiga, supaya anda dapat meningkatkan keyakinan diri terhadap apa yang sedang anda usahakan.


3) NIAT

Mulakan langkah penyusuan anda dengan memasang niat untuk menyusui bayi kerana tuntutan syariat dan membentuk akhlak yang baik bagi anak. Niat kerana Allah, insya-Allah segala usahamu akan dikira ibadah dan segala urusan dipermudah. Dengan adanya niat ini, kita tidak akan mudah berputus asa dan sanggup menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. 


4) SOKONGAN SUAMI


Sokong macam ni ke yang?

Suami merupakan orang yang paling rapat dengan kita. Kongsi ilmu penyusuan yang telah anda perolehi dengan suami supaya suami juga dapat memahami apa yang sedang anda usahakan. Luahkan kepada suami niat anda untuk menyusukan bayi dengan susu ibu sepenuhnya dan minta sokongan suami bagi menyempurnakan impian ini. Sokongan suami ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk seperti membelikan isteri alatan penyokong penyusuan, mengurut isteri yang keletihan, membantu isteri menguruskan anak yang lain ketika isteri sedang menyusukan bayi, memberi kata-kata semangat kepada isteri yang kemeruduman motivasi, mempertahankan hujah isteri ketika isteri sedang menghadapi penentangan terhadap penyusuan susu ibu ini, menyusukan bayi hanya dengan susu ibu ketika ketiadaan isteri dan paling penting, jangan la merajuk dengan isteri kalau isteri dok peluk anak untuk menyusukan..hihi..


5) ALATAN PENYOKONG PENYUSUAN

Seterusnya...
 Azam dan semangat dah ada.. Ilmu dah ada.. Niat dah ada.. Sokongan pun dah ada..
Ibu-ibu perlu juga peralatan penyokong penyusuan susu ibu bagi memudahkan urusan penyusuan. Antaranya:

5.1 -  Bekas simpanan susu (Breastmilk storage)

Botol dan plastik untuk menyimpan susu perahan

Bekas simpanan susu ibu diperlukan untuk menyimpan susu perahan. Ada pelbagai bentuk di pasaran sama ada yang jenis botol mahupun plastik. Bagi menjamin kesihatan anak, cari bekas simpanan susu yang BPA free. Yang mana satu pilihan hati? tepuk dada tanya selera. Nak senang masa memerah, beli yang plastik sebab tak perlu cuci dulu sebelum guna sebab pre-sterill. Tapi lecehnya masa nak panaskanla sebab tak boleh panaskan guna plastik, kena masuk botol dulu. Kalau nak senang masa urusan pemanasan, beli botol sebab boleh terus masuk je dalam warmer. Kalau anak menyusu guna puting biasa, bukan yang wide neck lagi senang, masukkan je puting lepas keluarkan disc kat penutup tu. Tapi lecehnya guna botol ni, kena cuci bersih, sterill dan keringkan sebelum memasukkan susu ibu perahan ke dalamnya. Kalau tanya pendapat saya, elok ada dua-dua jenis la. Kalau tak sempat nak cuci botol, saya ada plastik. Leceh masa nak panaskan letak belakang. Janji saya dapat mengosongkan kolam susu sekarang!


5.2 - Cooler bag dan ice packs

Cooler bag dan ice packs

Dua sahabat baik ni perlu ada untuk urusan membawa balik susu ibu perahan yang diperah di pejabat ke rumah. Cooler bag dan ice packs ni boleh dianggap sebagai peti ais bergerak la untuk mengekalkan suhu sejuk susu perahan semasa dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke dalam peti sejuk di rumah. Ia juga sangat berguna bagi sesiapa yang tiada kemudahan peti sejuk di pejabat untuk menyimpan susu perahan kerana 3 ice packs ini kalau digunakan bersekali mampu bertahan sehingga 12-14 jam mengikut jaminan pengeluar. Selain cooler bag ini, cooler box juga boleh digunakan cumanya ia agak kurang menarik untuk diusung ke opis :-)


5.3 - Sterillizer

Sterillizer
Sterillizer ni bukanlah peralatan yang wajib ada bagi penyusuan anda. Cuma kalau ada, ia memudahkan sedikit urusan menyahkumankan peralatan penyusuan dan botol-botol susu anak anda hanya dengan mengisi air dan menekan suis. Kemudian ia akan berbunyi setelah urusan selesai. Sebelum ada sterillizer ni dulu, saya hanya merendam botol menggunakan air panas secara manual.


5.4 - Warmer

Warmer

Warmer atau pemanas ini juga bukanlah peralatan wajib ada bagi penyusuan anda. Cuma kalau ada, ia sangat memudahkan dalam urusan memanaskan susu ibu perahan dengan suhu yang sesuai. Susu ibu tidak sesuai dipanaskan melebihi 50 darjah celcius kerana ia boleh mematikan nutrien yang ada dalam susu tersebut. Oleh itu, warmer ini didatangkan dengan pelarasan suhu ditanda dengan 40 darjah untuk memanaskan susu ibu, 70 darjah untuk memanaskan bubur dan 100 darjah untuk sterill atau menyahkuman. Tanpa warmer, anda terpaksa menukar air suam yang digunakan untuk menyuamkan susu dengan kerap secara manual. Bagi memudahkan pengasuh menguruskan susu ibu perahan anda, elok dibekalkan satu untuk keperluannya.


5.5 - Pam susu

Pam susu juga bukanlah peralatan wajib yang perlu ada untuk memulakan misi penyusuan anda. Ia mungkin membantu bagi mereka yang tidak tahu menggunakan kaedah marmet - kaedah memerah menggunakan tangan. Ia juga membantu mengurangkan rasa lenguh ketika memerah susu selain dapat menjimatkan masa perahan di mana anda boleh melakukan perahan secara serentak di kedua-dua belah payu dara apabila menggunakan pam elektrik double pumping. Walaupun harga pam susu ini agak mahal terutamanya yang elektrik, namun ia masih berbaloi berbanding harga susu formula di pasaran yang terpaksa anda beli setiap bulan sekiranya anda memilih untuk menyusukan anak anda dengan susu formula.

Bukan semua ibu sesuai dengan pam susu ini. Saya salah seorang yang tidak berjaya mengeluarkan susu menggunakan pam walaupun pam telah dibeli dengan harga ratusan ringgit. Hanya dengan menggunakan kaedah marmet, susu mampu saya keluarkan. Alhamdulillah, walaupun hanya memerah menggunakan tangan, saya mampu menghasilkan stok EBM yang mencukupi untuk anak saya. Oleh yang demikian, disyorkan agar sebelum membeli pam susu, anda cuba dahulu pam tersebut di mana-mana kedai yang menawarkan pam-pam untuk dicuba.



Pam susu manual

Pam susu elektrik


5.6 - Peti sejuk

Peti sejuk merupakan peralatan penting yang anda perlu ada untuk menjayakan penyusuan susu ibu ini. Ini kerana peti sejuk membantu memanjangkan jangka hayat susu perahan anda. Apabila diletakkan di bahagian beku peti sejuk 1 pintu, susu ibu perahan mampu bertahan sehingga 2 minggu. Bahagian beku peti sejuk 2 pintu pula mampu memanjangkan jangka hayat kegunaan susu ibu perahan sehingga 3 bulan manakala peti sejuk beku (deep freezer) mampu memanjangkan jangka hayat sehingga 6 bulan. Oleh yang demikian, penggunaan peti sejuk ini sangat penting untuk anda mengumpul stok susu perahan (EBM) untuk kegunaan anak anda untuk jangka masa panjang yang mungkin sukar dijangka.


Peti sejuk dan peti sejuk beku

5.7 - Nursing Cover

Ini merupakan salah satu alat yang direka khas untuk menyokong penyusuan susu ibu. Nursing cover dicipta untuk keselesaan ibu menyusukan anak dikhalayak ramai bagi melindungi apa yang tidak sepatutnya ditonton. Dengan adanya nursing cover ini, anda boleh menyusukan anak di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. 

Nursing cover

~ Happy breastfeeding ~



Thursday, October 18, 2012

Skill renang Razin


Mari belajar berenang bersama budak ini!
Beliau akan menunjukkan cara-cara berenang yang tak membasahkan sangat.


Caranya mudah saja. Mula-mula, bawa mangkuk kosong bersama sudu kepada mummy. Tak payah nak susun ayat berbunga sangat. Buat muka sayu sambil tunjuk mangkuk dan sudu di samping rengekan manja sikit. Mummy tahu la nak buat apa lepas tu.

Bila mummy dah bangun dan menuju ke dapur, peluang cerah la tu. Bila mummy mula membuka ikatan plastik yang mengandungi bijirin sarapan Milo yang lazat tu.. bertambah cerahlah lagi peluang yang dah cerah tadi. Dan yang dinanti-nantikan.. mummy curahkan pulak susu sejuk ke atas bijirin tadi yang dah dimasukkan ke dalam mangkuk.

Paling penting, jangan bagi mummy suapkan. Apapun terjadi, kena fight jugak nak suap sendiri. Kamon la, kita dah bujang la! Buat-buat la nangis nak berguling. Mesti mummy tak tahan punya. Gerenti dia akan serahkan sudu dan bagi makan sendiri.

Hah! apa lagi.. makanla sampai abis Milo yang bulat-bulat tu. Kalau tak makan kang kecik pulak hati mummy. Lepas ni gerenti tak dapat makan lagi. Sedap betul Milo ni. Lambat pakai sudu, pakai tangan lagi laju. Dah abis makan, apa lagi.. curahkanla susu yang lebih tu ke lantai. Tapi kena buat dengan pantas tau. Jangan bagi mummy perasan. Nanti tak dapat la nak praktis skill saya ni.

Bila mangkuk dah terbalik, susu dah membasahi lantai, geselkan dulu mangkuk pada lantai. Buat berulang-ulang kali sebagai muzik intro. Pastu, meniarap atas tumpahan susu tadi dan berenang la sesuka hati! Tiada gaya spesifik. Ikut suka la nak buat kuak lentang ke, kuak kupu-kupu ke, kuak dada ke. Seronok tau. Bila kena marah nanti nangis je kuak-kuak.. hehe..

Saya suka buat kuak dada!
Sekian saja perkongsian saya pada hari ini. Janji tau jangan bagi tahu mummy pasal ni. Mesti dia tak nak bagi saya makan sendiri lagi lepas ni.