Check it out!

Sunday, November 25, 2012

Cemburu seorang perempuan


Disebabkan 'Cemburu Seorang Perempuan' seorang perempuan lain telah tidak cukup tidur!
Apa la orang perempuan ni.. suka sangat ikutkan perasaan! hihi..
Jangan marah ye orang perempuan di luar sana..
Kalau marah.. anda telah buktikan yang orang perempuan suka ikut perasaan..hehe..


Gara-gara novel ni, pukul 5 pagi saya baru tidur semalam. Start baca pukul 9.30 malam kot kalau tak silap. 4.40 pagi baru  selesai. Gigih kan menghabiskan sebuah novel? Lama dah saya tak buat kerja giler ni. Kalau zaman bujang-bujangan dulu, membaca novel dan membuat koleksi novel adalah satu hobi. Tetapi setelah berumah tangga, ia bukan keutamaan lagi. Sebab saya sedar diri bahawa membaca novel akan membuatkan saya lupa diri..hihi.. Saya pernah tak tidur malam sebab nak habiskan sebuah novel. Huh! rasa nak tumbang je keesokan hari. Masa bujang boleh la berkeadaan begini. 

Macam mana saya boleh terjebak lagi membaca novel ni? Ni semua gara-gara si Razin la malam tadi. Mummy tengah landing menyusukan Rania, dia hulur pulak novel ni. Biasanya bila sedang menyusukan anak, memang mummy akan mengisi masa dengan membaca, tapi biasanya mummy suka baca mastika daripada koleksi lama-lama ataupun buku-buku bacaan ringan lain. Bila Razin hulurkan bahan bacaan ni, mummy baca je la, konon nak baca sekejap je bagi mengisi masa. Tapi.. ambik! sayang pulak nak letak. Penulis sangat pandai bermain kata-kata. Nak gak baca sampai ending. Maklumla.. kali pertama dan terakhir saya baca novel ni ialah pada 23 September 2003 iaitu pada tarikh novel ini dibeli. Mana nak ingat lagi!


Best jugak kalau novel ni difilemkan atau didramakan. Sekarang ni dah macam jadi trend sebuah naskah novel diadaptasi menjadi sebuah filem atau drama. Contohnya macam Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan, Adam & Hawa, Gemersik Kalbu, Tangisan Bulan Madu dan sebagainya.

Nak tahu ceritanya sila dapatkan novel ni di pasaran, kalau ada lagi. Saya tak pandai nak tulis sinopsis cerita. Kalau zaman sekolah menengah dulu, paling tak suka ialah tulis rumusan..hihi.  Apa-apapun moral of the story is cemburu itu memang naluri seorang perempuan. Yang penting kena bijak mengawal cemburu.. sebab kalau cemburu itu tidak terkawal, kita tidak mampu mengawal diri dan akhirnya... jadi gila!! Bersangka baik dan berfikiran positif itu mampu mengawal cemburu. Bahagia itu letaknya di hati. Kalau hati tenang, tidak hasad dengki, bersangka baik, ikhlas, sabar dan redha.. tentu bahagia itu mampu kita kecapi!

Sebelum menutup cerita ini, saya nak kongsikan antara ayat kesukaan saya dalam novel ni:

" Gagal atau lulus seorang perempuan menjadi isteri ialah ketaatannya kepada suami, keupayaannya melindungi maruah suami. Bukan pada bilangan anak yang dia lahirkan! "



Sunday, November 11, 2012

Melangkah masuk opis ke-8

1 November lalu..
Saya selamat melaporkan diri bertugas "Berkhidmat Untuk Negara" di Bangi.
Masih di jabatan yang sama cuma cawangan yang berlainan.
Sebagaimana yang dinyatakan di atas, pejabat ini merupakan pejabat saya yang ke-8 dalam tempoh 9 tahun berkhidmat dengan jabatan. Sentiasa menjadi orang baru di tempat baru. Nasib badan!

Walaupun perpindahan ini bukan saya pinta, alhamdulillah, lebih dekat dengan rumah.
Kalau dulu berulang ke Shah Alam lebih kurang 45 km sehala dengan tol RM3.90 sehala.. kini ke opis baru cuma 8 km sehala tanpa sebarang bayaran tol dan parking.

Dulu, setiap pagi tertekan berkejar dengan masa yang sangat pantas. Takut lewat nak kejar punch card..haha. Masuk pukul 7.30 pagi, 6.40 pagi atau paling lewat pun 6.45 pagi dah kena gerak dari rumah untuk ke opis. Bulan pertama di Shah Alam ok lagi 2 kali je punch card merah. Bulan lepas.. 6 kali lewat! huhu.. banyak sangat cabaran. Nasib baik la dah kena pindah, kalau tidak dah bertukar warna la punch card i..hehe..

Kalau pagi tertekan kejar masa.. balik opis pulak tertekan dengan jalan jem. Nama je masuk pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang.. tapi takde la nak dapat balik on time. Tuntutan tugas. Pernah 2 kali dalam seminggu saya sampai rumah lebih pukul 8.30 malam sebab jalan jem. Sampai dah naik lenguh kaki membawa kereta manual mengharungi jalan raya lebih 2 jam. Kepala siap pening2 lagi sampai rasa nak muntah. Macam ni la agaknya en asben rasa bila kena drive dalam jem hampir 12 jam masa balik dari Kuantan masa Raya Haji tempoh hari. Ntah2 lebih teruk lagi. Bini dia sedap tido je..hehe. Tido pun, sakit-sakit gak la badan.

Banyak juga la penjimatan dah pindah opis yang lebih dekat. Baru la berkira-kira nak order MPV memandangkan anak-anak dah mula membesar. Dah pandai bergaduh, masing-masing nak baring sambil minum susu. Mana la nak muat. Tetiba pulak dapat surat daripada JPA suruh bayar hutang! huhu.. Efisyen sungguh mereka. Dah 6 bulan rupanya saya tamat belajar..hehe. Buat-buat tak ingat pulak.
Rupanya hikmah Allah takdirkan dapat opis dekat, supaya duit yang lebih tu buat bayar hutang.. bukan tambah hutang..hehehe.. Nampaknya dua tahun lagi la dapat order MPV ye daddy!

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Walaupun rasa sedih meninggalkan opis lama yang tak berapa nak lama tu (2 bulan, ala-ala praktikal la pulak), saya kena jugak cepat sesuaikan diri dengan tempat baru. Semoga saya lebih bahagia di sini.