Check it out!

Monday, May 13, 2013

Belum 2 tahun gigi dah rosak


Si kecik Razin ni akan berumur  2 tahun 01.06.2012 nanti.
Tapi belum pun umur dia 2 tahun gigi sudah rosak..
Adeh!
Ni dia yang malas gosok gigi ke mummy dia yang malas nak gosokkan gigi?

Jawabnya.. mummy dia malas nak bergaduh dengannya
sebab dia taknak gosok gigi!
Tambahan lagi Razin sangat suka makan gula-gula dan mummy tak menghalang kehendaknya itu asalkan dia tak menangis!
Menyesal pulak mummy tak gunakan paksaan untuk menggosok gigi beliau dulu.
Maafkan mummy nak!
Dah tak ensem dah Razin untuk tempoh 5 tahun ni..huhu..
Mahu 5 tahun lagi baru tumbuh gigi kekal tu.

Sekarang ni, mummy sangat sakit ketika Razin sedang nenen.
Gigi beliau sangat tajam.
Geselan tunggul yang tajam itu sungguh menyakitkan!
Ye.. balasan untuk mummy yang tak tolong jagakan gigi Razin.
Cepatlah Razin umur 2 tahun
Boleh mummy stop nenen tu..huhu..

Antara Rayyan, Rania dan Razin,
Hanya gigi Rania yang masih elok lagi.
Mungkin sebab Rania tumbuh gigi lambat.
Umur setahun baru tumbuh gigi!
So, umur 3 tahun 6 bulan pun gigi elok lagi walaupun tak berapa nak rajin menggosok gigi.

Azam mummy untuk anak selepas ni..
Mummy akan lebih prihatin ke atas gigi mereka.
Paksaan akan digunakan sehingga menjadi kerelaan.



Sunday, May 12, 2013

Hadiah yang tidak ternilai bagi seorang Ibu

Secebis kertas ucapan Rayyan untuk mummy

Hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Ibu.
Hari meraikan dan mengenang jasa ibu..
Walau hakikatnya bukanlah hanya pada hari tersebut ibu sewajarnya diraikan dan dikenang jasanya.

Selamat hari ibu buat semua kaum ibu yang terbaca coretan ini.
Tak kiralah apa jua panggilan yang digunakan, mak, ummi, mummy, mama, bonda, ibu dan sebagainya.

Tahun ni tahun ke-5 saya bergelar mummy.
Tak pernah terlintas masa kecik-kecik dulu untuk menjadi seorang ibu.
Ye la.. kalau kecik-kecik dah terlintas.. matured sangat dah tu..

Saya tak pernah diraikan sempena hari ibu ni.
Dan tak minta pun untuk diraikan.
Tapi tiap-tiap tahun sejak tahun 2011
Rayyan dan Rania tak pernah miss bagi kad ucapan.
Walaupun tahu.. bukanlah diorang buat sendiri..
Teacher kat taska yang buatkan
Tapi mummy tetap touching.

Tahun ni, Rayyan bagi cebisan kertas  sambil cakap "hepi mami".
Bolehla bagi half mark walau tak dapat full mark pun..hehe..
tertinggal lak day kat belakang.
Apapun mummy tetap happy.
Terima kasih anak mummy!

Rania pulak cakap sambil tunjuk kertas A4 tertera tulisan "mother I luv U"
"Mami, teacher cakap selamat hari ibu"
Ooo.. teacher yang cakap.. Rania tak cakap la..
Terima kasih jugak la kat Rania sebab tolong sampaikan.
Cantik kertas ucapan Rania walaupun comot..hehe..


Sekeping kertas A4 ucapan Rania untuk mummy

Buah hati mummy yang selalu buat mummy jadi mummy-monster

Bukan susah jadi seorang ibu
Tapi amat payah menjadi ibu yang baik!
Dalam pada nak jadi yang baik itu..
Entah berapa kali mummy berubah jadi monster..
Kurang kesabaran menangani karenah kalian!

Walau bagaimanapun, mummy bahagia jadi mummy kamu semua.
Marah, sayang, geram, rindu, kasihan, sedih, risau, tension
Semua perasaan ini selalu bertamu
Namun begitu mummy tetap sayang kamu!

Mummy tak mampu jadi mummy yang sempurna
Namun, kehadiran kamu menyempurnakan hidup mummy..

Membesarkan anak-anak yang hebat
Tentu dugaannya juga hebat ye tak?


Saturday, May 11, 2013

First timer pergi mengundi



Macam biasa.. agak sukar nak lihat siaran langsung ke udara di blog ini..
Siaran tertunda ini ditaja oleh Beras Cap Rama-rama..kehkehkeh...

Tertunda pun tertundalah..
Nak juga abadikan cerita jarang-jarang berlaku ini. Apatah lagi.. first time nih!

Kenapa first time? Baru cukup umur kah?
Ye.. saya baru berusia 22 tahun..
Hehehe.. itu pun 10 tahun yang lalu la..

Sepatutnya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya saya yang ke-3
Yang tak berapa nak patutnya.. ini pilihan raya pertama saya..
Nanti dulu.. jangan marah dulu..
Jangan kata saya tak bertanggungjawab dulu..
sabar.. sabar..
bagi saya perjelaskan.. yang arif..

Pada pilihan raya ke-11 iaitu pada 21 Mac 2004 dulu
saya bertugas sebagai kerani pengundian di Batu Pahat.
Jadi, tak dapatlah saya balik mengundi di kampung halaman saya di Tangkak.
Undi pos? Ntah.. tak sampai pon di rumah sewa saya..

Pada Pilihan Raya ke-12 iaitu pada 8 Mac 2008 pula
Saya bukan solo lagi. Sepupu encik asben kahwin pada tarikh yang sama di Kuantan!
Tak dapat la saya balik ke Tangkak untuk mengundi.
Jadilah saya pengundi hantu..
Iaitu pengundi yang boleh mengundi tetapi hantu betul tak pergi mengundi..hehe..
(sesuka hati memberi definisi sendiri)

Maka.. pilihan raya kali ini saya begitu excited untuk menunaikan tanggungjawab mengundi!
Bukan saya sahaja.. bahkan encik asben juga.
Beliau juga first timer macam saya..
Dia pun baru cukup umur jugak ke?
Tak juga.. dia lagi veteren dari saya..
Dia baru je mendapat kesedaran mendaftar sebagai pemilih pada tahun 2009!
Sila marah dia..

Kami balik mengundi di 2 buah negeri.
Saya di Tangkak, Johor dan encik asben di Kuantan, Pahang.
Sabtu, 4 Mei tu pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke Tangkak.
Ahad keesokannya, 8 pagi saya dah berada di pusat pengundian. Sebenarnya pada pukul 7.45 pagi lagi saya tengok dah ramai dah orang beratur di luar pintu gate pusat pengundian tersebut. Mungkin ada antara mereka yang perlu mengundi di dua negeri macam saya kot.
Tapi kebanyakan pengundi awal ni golongan tua.

Gate pusat pengundian hanya dibuka pada pukul 8 pagi.
Sedang elok saya sampai, gate pun baru je dibuka.
Ada 3 saluran di tempat mengundi ni yang dibezakan mengikut peringkat umur.
Saluran untuk golongan muda adalah di saluran paling last iaitu saluran 3.
Ehm.. nasib baik saya masih dalam golongan muda..hehehe..
Mungkin 5 tahun lagi dah up saluran kot.. masuk saluran 2 pulak..huhuhu..

Saya dah siap-siap check kat laman web Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum datang mengundi, di mana pusat pengundian dan saluran saya. So datang-datang je boleh terus beratur di saluran yang berkenaan. Saya pemilih yang ke-5 dari hadapan dalam barisan beratur yang makin lama makin panjang. 8.15 pagi baru pintu bilik saluran 3 itu dibuka untuk pemilih pertama masuk membuat pilihan!

Masuk je bilik mengundi saluran 3 itu, saya tunjuk kad pengenalan.
Nama saya disemak pada senarai dan dipotong.
Kemudian, penyemak itu menyebut nama saya dengan kuat berserta nombor pendaftaran saya agar wakil parti politik yang bertanding yang turut berada di dalam tu mendengar dan turut memotong nama saya sebagai bukti saya telah mengundi.

Kemudian, jari telunjuk kiri saya ditanda dengan dakwat kekal oleh seorang yang lain. Then, seorang lagi kerani menyerahkan 2 keping kertas untuk dipangkah di kotak mengundi yang disediakan. Saya terpaksa menjaga jari saya yang berdakwat itu dengan berhati-hati agar ianya tidak mengenai kertas undi saya yang boleh menyebabkan ianya diistilahkan sebagai undi rosak. Susahnya nak membuka kertas undi yang telah dilipat itu dengan hanya sebelah tangan..huhu.. Menyusahkan betullah dakwat ni! Kat meja kotak ruang mengundi itu turut terdapat dakwat yang mungkin tidak sengaja terkena di situ ketika pengundi-pengundi sebelum saya mengundi.
Mungkinkah ini sebabnya kertas undi rosak di Tangkak ni keseluruhannya ialah sebanyak 1,515 kertas undi. Entahlah!

Sepanjang 1 hari saya di kampung saya lihat semangat golongan tua untuk pergi mengundi adalah sangat tinggi. Kesimpulan saya ini adalah berdasarkan 3 situasi ini:

Situasi 1:
Masa saya sampai di kampung hari sabtu tu, atok saya minta di hantar ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata katanya. Matanya dah tak nampak, kabur. Dia risau tak nampak untuk memangkah calon ketika mengundi keesokan harinya. Saya menghantar atok ke pusat optikal. Malangnya, hajat atok nak memiliki cermin mata agar penglihatannya cerah tidak kesampaian. Doktor optik tidak mahu membuat cermin mata untuk atok kerana punca mata atok kabur ialah katarak. Atok perlu ke hospital untuk membuat pembedahan membuang katarak tersebut. Atok agak kecewa, dipujuknya doktor itu untuk membuat cermin mata untuknya. Doktor itu tetap enggan kerana ia akan membuatkan atok kerugian sedangkan atok perlu membuang katarak tersebut. Kata beliau lagi, jika memikirkan soal bisnes, dia boleh je buat cermin mata untuk atok, tapi memikirkan etika kedoktoran, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada atok. Akhirnya atok akur..

Situasi 2:
Masa saya berbual dengan atok sebelah abah saya pulak (tadi atok sebelah mak. mak dengan abah saya sekampung), dia agak terkejut adik saya yang berada di penang tak balik mengundi. "Boleh ke?" katanya ketika saya menjawab soalannya yang adik saya tak balik. Ehm.. mungkin dalam mind set atok saya ni.. mengundi adalah wajib! Adalah satu kesalahan besar kalau tak mengundi!

Situasi 3:
Semasa dalam perjalanan hendak pergi mengundi, saya ternampak ada seorang nenek terbongkok-bongkok membimbit tas tangan untuk pergi mengundi. Bersemangat sungguh nenek yang dah bongkok tiga ini melangkah seawal pagi untuk pergi mengundi.

Saya kagum dengan warga emas negara ini. Semangat mereka sangat kental untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin untuk meneraju negara ini. Mungkin mereka sudah merasai bagaimana sengsaranya negara dipimpin penjajah. Mungkin mereka sudah serik untuk berada dalam negara yang tidak merdeka. Semangat patriotik mereka masih utuh. Sedangkan golongan muda negara kita.. ada yang langsung tak mendaftar untuk menjadi pemilih! Menidakkan hak sendiri.
Kudrat masih kuat.. berjalan masih gagah.. mata masih terang-benderang..
Tapi mereka memilih untuk hanya menonton TV di rumah tanpa ada rasa bersalah!
~ insafnya saya ~


Wednesday, May 1, 2013

Edisi Sempena Hari Pekerja: Daripada Minah Kilang kepada seorang Penilai Harta Tanah


Fuhh!!! Sebulan baru nak renew entry. Ke manakah manifesto nak post 12 entry sebulan tu?? Huhuhu.. maafkan saya pengundi-pengundi sekalian. Tolong beri saya peluang untuk baiki keadaan ini. Saya janji akan berkhidmat dengan seikhlas hati di sini. Undilah saya..hehe..

Sebagai tanda saya menghargai anda yang sudi menjenguk saya di sini, saya sajikan sebuah cerita eksklusif yang saya tak pernah cerita kat blog ni..mahupun mana-mana majalah atau surat khabar yang ada kat Malaysia mahupun di seluruh dunia. Eksklusif untuk uolls je tau.. (bajet ade orang kesah..haha)

Sempena Hari Pekerja hari ni, cerita eksklusif ini tentunya berkaitan dengan kisah saya sebagai seorang pekerja tuan-tuan dan puan-puan sekalian (sila baca dengan intonasi seorang pemidato ala-ala achey bintang mencari bintang)

Saya mula memegang status pekerja ini sejak alam persekolahan lagi. Seingat saya, sejak saya sekolah rendah lagi. Sejak kecil lagi, dengan kudrat yang tidak seberapa, saya membanting tulang empat kerat membuat kerja-kerja sekolah yang cikgu bagi. Bekerja tanpa gaji. Saya tidak faham ketika itu kenapa cikgu sanggup memberi saya pekerjaan itu sedangkan saya bukanlah besar sangat dan tidak berpengalaman untuk membuat kerja-kerja tersebut.

Pekerjaan ini berterusan sehingga saya bersekolah di sekolah menengah. Makin lama saya makin faham, bekerja tanpa gaji ini sebenarnya baik untuk saya. Terima kasih cikgu sebab suruh saya buat semua kerja-kerja tersebut walaupun saya musykil ketika itu kenapa cikgu suka tanya sedangkan cikgu sendiri tahu jawapannya. Walau bagaimanapun, saya bangga jadi pekerja cikgu! Hehe..

Setelah 11 tahun bekerja tanpa gaji, saya memulakan kerjaya dengan bergaji penuh sebagai seorang pekerja industri atau istilah lainnya pekerja kilang. Seingat saya, saya mulakan kerjaya ini pada Februari 1999, ketika menunggu result SPM. Gaji saya sehari ialah RM11 campur RM2 elaun makan. Sebulan dapatlah lebih kurang RM300++ dan kadang-kadang mencecah RM400++ kalau ada banyak overtime. Di kilang pakaian ini, saya menjawat jawatan Trimmer & Quality Controller. Kerjanya memotong benang yang terlebih di pakaian sambil memastikan semua jahitan adalah sempurna. Siapa kata kerja kilang senang? Saya sangat stress bekerja di sini. Saya perlu mencapai target yang telah ditetapkan oleh supervisor setiap hari dan pastikan tiada pakaian reject yang terlepas. Huhh!! Adalah sangat susah membuat pekerjaan dengan cepat dalam masa yang sama perlu teliti. Saya berada tidak lama dalam industry perkilangan ini. Lebih kurang 4 bulan aje sebab saya perlu melanjutkan pelajaran selepas itu. Alhamdulillah! Dapat sambung belajar.. tak perlu saya nak mengadap supervisor yang suka menjerit itu lagi..huhu..

Selepas tamat belajar di university dan memperoleh sekeping diploma (diploma ini tidak digulung), saya ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu kedai makan pakcik saya di kampong. Gaji sehari ialah RM8 dengan makan adalah percuma. Kerja dari pukul 7.30 pagi sampai 1 petang. Dengan gaji ini, RM1 akan saya gunakan untuk membeli surat khabar The Star konon nak improve penguasaan bahasa inggeris saya..hehe.. Pakcik saya sangat bangga sebab tukang cuci pinggan dia ada diploma. Konon kedai makannya sangat standard sehinggakan nak jadi tukang cuci pinggan kena ada diploma. Siapa kata kerja tukang cuci pinggan tak stress? Stress jugak woo bila pelanggan ramai dan saya perlu mencuci pinggan mangkuk dengan laju sambil mengangkat pinggan dan mengelap meja makan. Ada la lebih kurang 2 bulan saya menjawat jawatan tukang cuci pinggan ni. Sempat la tangan saya ni terasa lembut dan halus bergelumang dengan sabun pencuci pinggan selama 2 bulan..hehe..

Bukan saya saje je lepaskan jawatan tukang cuci pinggan tu. Tapi saya ditawarkan pekerjaan yang lebih baik iaitu pelatih Skim Sangkutan dan Latihan untuk graduan menganggur di Majlis Daerah Tangkak. Elaun sebulan RM400. Bolehlah daripada gaji seorang pecuci pinggan, selain dapat pengalaman bekerja di sektor awam. Memandangkan saya ada Diploma Pengurusan Hartanah, saya ditempatkan di Unit Penilaian di Majlis Daerah ini. Kerja tak la susah mana, paling banyak kerja ialah semasa nak keluarkan notis taksiran untuk cukai pintu / kadaran. Sepatutnya saya perlu menjalani latihan ini selama 6 bulan. Tapi saya sempat 4 bulan aje sebab saya telah buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

Tidak sempat menamatkan pengajian ijazah saya, saya melangkah kaki keluar university untuk bergelar seorang pekerja. Yup! Keputusan yang sangat sukar dibuat. Belajar atau berkerja? Akhirnya saya memilih berkerja memandangkan sangat sukar mendapat pekerjaan berbanding memperoleh peluang belajar. Maka bermula 14.08.2003 saya bergelar penjawat awam sehingga sekarang. Stress?? Of course, kerja cuci pinggan pun stress inikan pulak kerja menilai harta orang. Lagi pulak semua orang nak cepat. Tiada siapa yang nak lambat. Sehingga kan saya harap agar masa lambat bergerak agar sempat menyelesaikan semua kerja yang ada. Hampir 10 tahun berkhidmat dengan jabatan, ofis sekarang ialah ofis ke 8 saya. Stress jugak sebab sentiasa jadi orang baru di tempat baru. Walau bagaimanapun, saya perlu berfikiran positif dan sekarang saya dah nampak hikmah setiap pertukaran saya. Cukup 10 kali bertukar.. saya layak bergelar Ben 10! Ye.. super hero pujaan..hehe..

Kesimpulannya, setiap pekerjaan ada cabarannya sendiri. Setiap pekerjaan, ada tekanan. Bukan kita sorang aje yang tertekan dengan kerja kita. Jangan tambah tekanan orang lain dengan tekanan kita. Kita tidak mampu menghindari tekanan, tetapi kita mampu mengubah sudut pandangan kita terhadap tekanan tersebut. Jika kita pandang tekanan itu negative maka kita akan bertambah tertekan. Namun jika kita pandang tekanan itu sebagai positif, insya allah kita akan hadapi tekanan itu dengan hati terbuka dan mampu menyerap apa jua bentuk tekanan yang mendatang. (ayat memujuk hati sendiri. Saya sedang gigih mencari sudut positif ni..mana..mana..aduih..stress)

Selamat Hari Pekerja! Syukur kita tidak tergolong dalam statistic 3.3% orang yang menganggur. Sayangi kerja kita sebab tempat kerja yang kita isi, ada orang yang kecewa tidak dapat mengisinya. Jom kita tingkatkan produktiviti, kerja seikhlas hati. Pekerja pemangkin transformasi Negara!