Check it out!

Sunday, August 18, 2013

Baju Raya Edisi Jimat

Assalamualaikum..
Yuhoo... anybody home?? home?? home??
Fuhh!! siap bergema lagi.. dah macam gua tinggal dah blog ni..hihi..

Ampunkan kami penunggu gua..
Ampunkan kami penunggu gua..(sila baca dengan penuh perasaan macam si Badan dan Nyawa dalam filem Nujum Pak Belalang ye)
Lama sungguh saya tak update blog ni
Sebulan berpuasa.. sebulan jugaklah blog ni tak beroperasi
Dah macam setan lak kena ikat masa bulan puasa..hahaha..

Dah masuk bulan Syawal dah ni.. maka ikatan dah terlepas la.
11 Syawal dah hari ni. Lebih lewat dari setan gamaknya..hehehe..
Apa-apapun, memandangkan masih dalam mood raya..
Di kesempatan ini saya selaku tuan tanah mewakili diri saya dan watak-watak yang sentiasa menatari blog ni iaitu encik asben, Rayyan, Rania dan Razin ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tahun ni kami semua sedondon purple. Kenapa purple? Kerana encik asben dapat baju melayu free berwarna purple semasa mewakili jabatan ke perhimpunan sempena Maal Hijrah yang lalu..hehe. Memandangkan encik asben seorang yang tak suka membeli baju melayu baru untuk hari raya dan tak kisah pon nak berdondon-dondon bagai.. maka lebih baiklah kami follow warna baju melayu yang beliau ada. Baju raya edisi jimat yang pertama done!

Saya ada gak beli kain pasang warna purple untuk buat baju kurung sempena hari raya. Tapi tak sempat nak jahit..huhuhu. Adalah membazir untuk membeli lagi yang dah siap pulak. Maka pada hari raya pertama itu saya mengenakan dress labuh satin warna purple yang merupakan baju kahwin saya 6 tahun lepas. Tak sangka masih muat lagi! Dress tersebut sepatutnya dikenakan dengan jaket dari kain lace, tapi takla saya pakai untuk hari raya ni, kang nampak sangat macam pengantin..hehe. Baju kahwin ni baru sekali je saya pakai iaitu semasa majlis perkahwinan kami di sebelah encik asben. Gigih saya cari dalam kotak dalam bilik stor untuk dapatkan baju kahwin ni. Nasib baik jumpa dan Alhamdulillah baju tersebut dalam keadaan baik. Baju raya edisi jimat yang kedua done! Saya beli tudung baru je. Pashmina purple kotak-kotak dengan harga RM15 satu. Kedai ke-6 baru jumpa..hehehe..

Baju raya untuk Rania saya jahit sendiri. Tahun ke-2 Rania pakai baju kurung hasil kerja tangan mummy dia. Mak mentua still jadi mentor. Ye la setahun sekali jahit baju kurung.. mana la ingat sangat. Kang ada pulak baju kurung ada lengan tapi tak boleh masuk tangan..hahaha. Kain untuk buat baju raya Rania ni pun saya jumpa. Semasa misi menjejak baju kahwin saya, saya terjumpa kain cotton warna purple dalam anggaran 2 meter terlipat kemas dalam salah satu kotak dalam almari. Wow! rezeki. Saya tak ingat bila saya beli kain tersebut. Mungkin masa saya belajar jahit separuh jalan semasa di Muar dulu iaitu 6 tahun lalu. Baju raya edisi jimat yang ketiga done! 

Sebenarnya masa nak pakaikan Rania baju kurung ni, dia tak nak tau. Dia tak nak pakai kain. Dia nak seluar..huhuhu. Nilah akibatnya anak perempuan diapit oleh anak lelaki..hehe. Puas saya pujuk untuk dia pakai kain tersebut. Akhirnya dia akur juga. Memandangkan dia tak biasa pakai kain, encik asben kata dua tiga kali jugak la dia terjatuh akibat kain tersebut..hehe.

Baju raya untuk Rayyan dan Razin tak dapat nak dijimatkan. Kalau tahun lepas baju melayu mereka berdua berharga RM9.90 satu, offer dari pakcik Mydin. Tahun ni saya tak jumpa pulak baju semurah tu. Maka baju mereka berharga RM40 satu sebab pakcik Mydin tak bagi offer kali ni..hehehe.. Nasib baik saya tak pandai jahit baju melayu lelaki, kalau tak..rugi pakcik Mydin! hahaha..

Kesimpulannya, walaupun kami memakai baju raya edisi jimat, raya kami tetap sama macam orang lain..hehe.