Thursday, February 27, 2014

Khasiat buah strawberi

 
 
Ini hasil kerja tangan mummy untuk latihan dalam kelas hari ni.
Mummy sedang menuntut ilmu mekap-mekap guna photoshop uolls..hehe..
" Kursus Asas Fotografi dan Adobe Photoshop "
Last day dah hari ni. 2 hari belajar asas fotografi. 2 hari belajar adobe photoshop.
 
So, amacam?
Berbakat tak I? hehehe..
 
Sekarang I dah tahu dah.. advertiser trick.
Kalau tengok gambar sebelum dan selepas guna produk kecantikan tu.. boleh la wujud keraguan di hati.
Muka berkedut pun sekelip mata kedutan boleh hilang bila guna PS ni.
Muka penuh jerawat pun boleh touch up kasi hilang jerawat..hehe..
 

Sunday, February 16, 2014

Make over ke mak yang over?

Mummy masih segar-bugar pada dinihari ini.
Baru lepas kemas rumah dan mop lantai.
Beginilah rutin hampir setiap malam atau awal pagi sejak daddy out-station.
Lama sungguh la 3 minggu nak berakhir.
Geng 3R berkerjasama adik-beradik menyepahkan rumah, menumpahkan air dan memberi makan lantai. Setiap hari!
Kalau daddy ada, sorang jadi pemantau, dan sorang lagi boleh buat kerja lain.

Hari ni je, sebungkus biskut tiger seberat 175g boleh habis.
Bukan masuk perut, tapi ke lantai, atas sofa, dalam poket baju, bawah sofa, atas karpet, bawah gelongsor dan dalam khemah pun ada.
Sebotol minyak gamat juga turut lingkup.
Dahlah tu, itu satu-satunya stok minyak gamat yang ada.
Nampaknya kena mintak daddy bawa pegi Langkawi nih!

Mummy ni bukanlah rajin sangat pun. Apatah lagi kemas-mengemas rumah ni.
Tapi ari ni, tetiba lak rasa nak buat make over sikit kat rumah.
Serius, sejak berumah tangga ni, mummy tak pernah menyusun atur perabot atau mendekorasi rumah. Semuanya daddy yang buat ikut suka dia. 
Mummy jenis tak cerewet. Tak kisah pun macam mana rupa rumah.
Janji boleh tinggal di dalamnya..hehe.. 

So, daddy tak ada 3 minggu ni.. Ini rumah saya yang punya! hehe.. takdelah..
Sebenarnya saje nak ubah pemandangan. Lagi satu kesian kat Geng 3R tu.. terperuk dalam rumah. Mummy dia malas nak bawak pegi taman permainan kat luar.
Takde la make over sangat pun. Mummy je yang over. Itu pun nak cerita..hehe..
Bukan apa.. first time! kena ada rekod..hehe.. bahan bukti!

Mummy cuma wujudkan taman permainan dalam rumah aje.
Tu pun kat ruang tamu. Nak khaskan satu bilik sebagai taman permainan mereka, bilik agak sempit. Sah-sah mereka akan main di luar jugak sebab boleh tengok tv.


Rumah kecik, ruang pun limited. Kena pandai manfaatkan ruang.
Playhouse tu, dah lama sebenarnya. 5 tahun usianya tahun ni. Hadiah birthday untuk Rayyan pada umur 1 tahun. Tak rugi beli untuk anak sulung.. manfaat untuk adik-adik sekali. Tu pun beli time offer. 

Sebelum ni, playhouse ni diletak bersebelahan dengan sofa yang menghadap tv.
Kemas gak susunatur yang daddy buat.
Tapi, daddy selalu terganggu dengan Geng 3R yang dok main-main kat situ sehingga menghalang tontonan tv. 

Maka, mummy alihkan tumpuan mereka bermain ke belakang sofa supaya mereka taklah menyepahkan mainan depan tv. Bolehlah mereka main playhouse tu tanpa halangan.
Mummy tambah lagi khemah untuk mereka bermain dalam tu.
Khemah ni pun dah lama. Lebih kurang 3 tahun jugak la usianya. Tapi tak pernah pasang dalam rumah. Biasanya pasang masa pegi picnic je.

Geng 3R sangat seronok dengan make over ini!
Mereka kata rumah baru! hehe..
Siap tanya lagi.."mummy siapa nak datang?"
" Ada orang nak datang ke mummy? "

Alah diorang ni.. kecik ati mummy..
nampak sangat yang mummy ni kemas rumah bila ada orang nak datang je..hehe,, 

Bila dah start mengemas macam ni.. tetiba lak mummy rasa nak pegi Ikea la pulak!
Juga nak pegi Nilai.. cari carpet or tikar baru..
Ni yang malas nak buat make over ni..
Mesti mummy akan over.. hehe..

Moral of the story:

1)  Anak-anak teruja dengan perubahan yang kita buat kat rumah walaupun tak besar mana. Mereka rasa mereka ada rumah baru.
2)  Kita memang tak boleh halang atau elak anak-anak dari bermain atau menyepahkan rumah. Oleh itu, kitalah yang kena disiplinkan mereka kat mana mereka boleh bermain dan sediakan mereka tempat bermain yang sesuai.

Friday, February 14, 2014

Vacation : Cameron Highlands Day 3

Sambung balik entry bersiri bercuti di Cameron Highlands.
Episod 3! ye.. episod akhir ni kawan-kawan.
Lama bebenor la nak settle cerita ni.
Ibarat kata.. kalau masa turun Cameron ari tu bawak balik buah strawberi dan tak makan strawberi tu, mahu dah tumbuh pokok dah..hahaha..

Hari ke-3 kami dimulakan dengan sarapan dan packing barang-barang. Siap-siap untuk balik dah. Kami check-out lebih kurang pukul 11.30 pagi.
Datang ikut Simpang Pulai, balik pun kami ikut jalan yang sama.
Fuh! tak jauh je kereta gerak, jalan dah mula sesak.
Apsal la semua orang keluar serentak ni..huhuhu.

Rupanya kesesakan adalah disebabkan ramai orang berhenti singgah kat kedai-kedai borong di situ. Kami turut singgah juga. Saje menyumbang lagi kesesakan yang ada..hehe..
Boleh tahan juga murah.. tapi sayang.. saya tak sempat shopping strawberi di sini.
Akibat khusyuk sangat memilih baju, saya ditinggalkan keseorangan.
Paling bijak, boleh pulak saya tak bawak handphone. Dalam beg yang ditinggalkan bawah jagaan encik asben yang menjaga anak-anak di kedai makan.
Bila sampai semula di tempat berkumpul, geng-geng shopping tak balik lagi.
Tapi saya tak tahu mereka pergi mana.
Tahu-tahu masing-masing bawak balik beg plastik..huhu..
Tayang pulak strawberi murah. Adeh! terkilan pulak mula menjelma..

Takpe.. ada satu lagi destinasi.
Agak lama juga kami di kedai-kedai borong tu. 
Destinasi seterusnya, kami ke Lavender Garden. 
First time saya ke sini.
Bayaran tiket masuk ialah RM5 satu kepala untuk dewasa ye.
Saya tak pasti pulak adakah tak perlu bayar kalau kita datang tak bawak kepala..haha
Kanak-kanak 5 - 12 tahun RM3.

Matlamat ke sini ialah nak petik buah strawberi sendiri!
Saje nak bagi anak-anak happy.
Tapi nampak lagi happy atok anak-anak ni..hehe..
Penuh sebakul stawberi dipetiknya!

Anak-anak ni maknya bagi catuan.
Lagi banyak petik..lagi baaanyak pulak kena bayar..hehe..
Minimum 200 gram RM10.00 harganya.

Harganya agak mahal berbanding beli kat pasar malam.
Tapi pengalaman petik buah strawberi memang tak boleh beli kat pasar malam kan?
Tu yang kena catu tu..hehe..

Secara keseluruhannya.. best jugak la tempat ni.
Selain strawberi, landskapnya juga cantik-cantik..
Siapa suka posing-posing tu, anda pasti puas hati di sini!
Berbaloi la bayar RM5 tu..


Ada la sejam dua kami habiskan masa di Taman Lavender ni.. sebelum bergerak pulang.
Singgah jap makan besar kat Ipoh sebelum kami berpisah dengan adik yang akan pulang ke penang.

Tak sempat nak ambil gambar lauk-pauk..hehe.. sempat snap sikit je.. lapar weh..

Kami sampai di rumah lebih kurang pukul 11 malam. Destinasi saya dah sampai tapi tidak bagi ahli rombongan yang lain. Hanya saya dan anak-anak yang diturunkan sementara encik asben dan yang lain-lain meneruskan perjalanan ke Tangkak. Tido la kami 4 beranak di rumah sementara daddy tido di kampung. Tak larat dah nak drive balik.

Sekian sahaja. Habis juga cerita ni akhirnya. Seronok dapat habiskan masa dengan keluarga bercuti-cuti Malaysia. Next destination? Tunggu tahun depan update ye.. in sha Allah.

Tak sabar rasanya nak abadikan gambar-gambar percutian ni dalam photo book special edition! Tapi ntah bila la siap agaknya.. tak sempat lagi nak pilih dan edit gambar-gambar menarik di sana!

Thursday, February 13, 2014

Ariana Rose vs The Wedding Breaker

Tamat sudah cerita Ariana Rose kat TV3 tadi.
Mesti ramai yang tersenyum happy melihat cerita yang happy ending ni kan?
Rasanya ramai yang rancang balik awal dari pejabat sebab nak tengok episod akhir ari ni.

Secara overall, lain sikit olahan cerita tv berbanding novel asal cerita ni, The Wedding Breaker. Pandai penulis skrip bagi kelainan tanpa mengubah jalan cerita. 


Ariana Rose vs The Wedding Breaker


Kalau tanya saya, Ariana rose versi tv compare versi novel mana best?
Bagi saya dua-dua versi ada kekuatan masing-masing (jawapan selamat nampak..hhehe).
The Wedding Breaker tak banyak sangat elemen suspen. Syok aje baca..hehe.. takde rasa sakit jantung dan sakit hati sangat. Penulis memang sangat pandai bermain kata-kata. Kata-kata yang kadang-kadang kita tak terfikir nak cakap..hehe. 
Berbanding di tv, cerita dalam novel sangat detail. 
Kita boleh tahu apa perasaan seseorang watak tu..sebab ada tulis kat situ.
Berbanding tv, kita boleh teka je tengok memek muka.
Nasib baik juga pelakon-pelakonnya pandai berlakon. 
Detailnya novel ni.. cerita bahagia mereka lama jugak diceritakan.
Tujuh tahun lamanya... siap dapat anak 3 uolls.
Kalau kebanyakan novel lain, cerita bahagia biasanya kat ending dua tiga muka surat terakhir..haha.. 

Versi tv pulak kekuatan dia kat para pelakon dan elemen saspen yang ditunjukkan.
Kalau dalam novel, watak Liyana, Ramzul dan Harith tak berapa nak menonjol sangat.
Tapi kat tv, watak mereka sangat menyerlah. Terutama sekali si Liyana tu. Menyampah! Kira menjadilah lakonan Nabila Huda. Silap-silap boleh tukar tajuk cerita dari Ariana Rose kepada Liyana Kekwa @ Liyana Melati @ Liyana Tahi Ayam..hehe

Saya rasa lengkap cerita versi tv ni. Tahu apa ending watak Liyana si jahat tu dan abangnya Ramzul. Menjawab persoalan yang masih timbul setelah habis baca novel.
Pandai penulis skrip dan pengarah buat kelainan sikit berbanding novel sehingga mewujudkan elemen saspen dan sakit hati serta tak sabar nak tahu apa akan jadi.
Kesimpulannya, sangat puas hati!


Moral of The Story

Sebenarnya banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni. Antaranya:

1) Jauhi sikap dengki. Last-last rugi. 
2) Buat jahat dibalas jahat. So, jangan nak berangan nak jadi jahat.
3)  Jangan malukan orang. Apatah lagi merosakkan majlis orang.
4) Didik anak dengan pendidikan agama sejak kecil.
5) Jangan buat fitnah.
6) Jadilah orang yang baik, ramai orang sayang.
7) Setiap yang berlaku ada hikmahnya
8) Jangan kedekut bersedekah. Sedekah biar ikhlas
9) Berdoalah dengan sungguh-sungguh.
10) Dah! Jangan berangan nak kawin dengan Tengku Adam!

Sunday, February 9, 2014

Vacation : Cameron Highlands Day 2

Lama sungguh nak tunggu dapat tulis day 2 di Cameron Highlands ek.
Semangat sedang di upload ni agar dapat juga membuat catatan di sini. Cerita macam dah basi je. Takpe la ye, anggap la saya baru pergi semalam..ehehe..
Kali ke-3 ke sini, inilah pertama kali saya berjaya kuatkan semangat mengabadikan cerita di Cameron Highlands di blog ini.

Kalau hari pertama kami ke Taman Rama-rama dan pasar malam, hari kedua pula kami ke ladang teh dan Mardi. 

Hari kedua kami mulakan pada pukul 10.45 pagi. Agak lewat, maklumla.. kontigen ramai sangat. Lagi la nak uruskan 8 orang anak kecik dan 5 orang bujang. Sarapan siap-siap kat rumah. Prepare sendiri untuk save bajet..hehe. Sarapan nasi goreng sardin, nugget dan teh o. Takde la rumit sangat penyediaannya. Masak ramai-ramai..seronok! 

Lawatan pertama pada hari ke dua ini ialah ke ladang teh, Bharat Plantation. Tarikan kat sini adalah ladang teh itu sendiri. Boleh la berkenal-kenalan dengan daun teh secara dekat. Boleh la tahu asal-usul air teh yang kita minum tu. Takde la pandai minum aje. Pemandangan sangat cantik. Melihat kehijauan daun-daun teh yang menyuburi tanah berbukit-bukit menyajikan pemandangan indah saujana mata memandang. Sesuai untuk menenangkan fikiran sambil merenung keindahan alam.  

Terdapat cafe dan kedai cenderahati di sini. Boleh la minum-minum dan makan-makan sambil menikmati keindahan alam. Harga macam biasa la..mahal sikit (bagi orang kebanyakan macam saya la). Harga seteko air teh untuk 6 cawan berharga RM49. Fresh dari ladang la kot..sebab tu harganya mahal. Donut coklat pula berharga RM4.50 satu. Lebih mahal dari donut Big Apple dan Dunkin Donut. Tapi kalau anda beli donut big apple dan dunkin takde la dapat tengok pemandangan cantik..ehehe. Orang pergi bercuti biasanya tak kisah berhabis duit asalkan puas hati ye tak? Bukan selalu... (ayat sedapkan hati..hihi..)


Opss lupa nak cerita. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke ladang teh ni kecuali untuk masuk ke tandas dan juga menikmati makanan dan minuman di cafe. Juga barang-barang di kedai cenderamata ye.




Selesai lawatan sambil belajar ke ladang teh, rombongan Cik Kintan menuju ke Taman Agroteknologi Mardi. Terletak di Tanah Rata, Cameron Highlands. Bayaran masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 kot untuk kanak-kanak. First time saya sampai ke sini. Boleh dirumuskan sebagai best la tempat ni. Ada bunga-bunga yang cantik, pokok epal, pokok pir, kilang teh, landskap menarik, pokok strawberi, strawberi coklat serta kedai cenderamata. Ada la sejam dua kami habiskan masa kat sini sebelum bergerak pulang ke rumah penginapan pada jam lebih kurang 2.30 petang. 

Landskap dan bunga-bunga yang cantik. Kalau anda peminat fotografi, anda tak akan kecewa ke sini!

Tiada dalam gambar : Encik asben, Rayyan dan Tukang ambik gambar ni yang merangkap penulis cerita ni
Rombongan Cik Kintan. Inilah keluarga besar saya!
Menikmati strawberi coklat di sini. Lupa lak nak ambil tahu berapa harga dia. Saya tahu makan aje..hehe..
Bunga-bunga yang segar dan cantik!
Strawberi lazat yang mengiurkan!

Dua tempat je kami kunjungi pada hari kedua ini. Bercuti bersama anak-anak kecik ni aktiviti tak boleh nak pack sangat. Kalau lama-lama sangat, mood mereka ke laut. Mula la buat perangai yang boleh meningkatkan hormon kemarahan. Ni pun dah start buat perangai dah..

Kami makan tengah hari di rumah. Masak nasi sendiri tapi lauk-pauk beli kat kedai. Lebih selesa makan di rumah berbanding di kedai bila ramai anak kecik ni. Selain tu, dapat feel macam berada di rumah sendiri!

Lepas makan.. semua tumbang! Keletihan...
Malam baru start balik aktiviti shopping mopping di pasar malam. Dekat je dengan rumah. Jalan kaki je..

Malam kedua ni kesejukannya agak kurang sikit berbanding hari pertama. Tapi still sejuk la. Masih tak boleh pijak lantai tanpa stoking dan selipar. Mencuci pinggan di sinki macam mencurah air sejuk dari peti ais..huhu..

Sekian laporan untuk hari kedua. Ada hutang lagi satu entry untuk hari ketiga lak! Tunggu...

Saturday, February 8, 2014

Maraton Drama Dalam Setiap Sujud

Saya bermaraton ari ni.
Bukan atas padang. Tapi depan PC.
Menghabiskan masa menonton cerita Dalam Setiap Sujud.
Tu pun setelah mengulangkaji cerita Ariana Rose untuk episod-episod yang terlepas.

Saya rasa saya baru je tengok cerita ni kat TV3.
Rasanya baru episod 1 saya tengok. Tu pun takde la lama sangat. Baru je seminggu dua lepas.
Macam best aje cerita bila tengok barisan pelakonnya. I like!
Ada Mr. Arrogant, Ada Ariana Rose dan juga Tengku Adam Kamil!
Tapi sejak kali pertama tengok, asyik termis aje.

Tup-tup tengok ari ni dalam internet dah ada episod akhir.
Biar betul. Takkan kejap sangat.
Ehm.. rupanya cerita ni dah pernah main kat TV9.
I ketinggalan rupanya.
Apalagi.. bermaraton la i ari ni..hehe..

Sangat touching. Menitis gak air mata wanita i ni..hehe.. Terfeeling lebih plak.
Apa-apa pun, cerita ni memang best! 
Ok la.. nak teruskan maraton ni.
Baru sampai kilometer ke-11 ni.
Ada 3 kilometer je lagi nak tamat.
Gagah dan gigih sungguh saya membuang masa hari ni!