Sunday, May 1, 2016

Untung Jadi Pekerja Jujur!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!



Sebuah cerita inspirasi untuk dikongsi.

Ada seorang CEO ni dah nak bersara. Namun sebelum bersara, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari pengganti beliau sebagai CEO. Beliau berhasrat menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik.

Untuk itu, beliau memanggil kesemua eksekutifnya, memberikan masing-masing biji benih kepada setiap seorang dan berkata:

" Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini...."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif yang bernama Ahmad (bukan nama sebenar..hihihi) juga mendapat benih tersebut. Beliau membawa benih itu pulang ke rumah lalu menanamnya. Setiap hari, benih itu disiram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yang tumbuh dari benih yang diberikan kepada mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati. 

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO dengan membawa hasil yang tumbuh dari benih tersebut.

Semasa di rumah, Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yang kosong. Namun isterinya mendorong untuk Ahmad tetap membawa pasu kosong tersebut untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa je bang.. Walaupun abang gagal untuk menumbuhkan benih tu, setidak-tidaknya abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha sedaya-upaya untuk menumbuhkan benih tersebut sesuai dengan permintaan bos abang..."  demikian kata isteri Ahmad.

" Baiklah sayang..." jawab Ahmad dengan hati yang berat lantaran kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan CEO beliau.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandang kepadanya penuh kasihan.

Ketika CEO masuk, beliau memandang keindahan seluruh tanaman yang katanya terhasil daripada benih-benih yang diberikannya 3 bulan lalu, hingga akhirnya pandangan mata beliau berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu.

CEO tersebut memanggil Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.

Selesai sahaja Ahmad bercerita, CEO berkata,

" Berikan tepukan untuk Ahmad, CEO kita yang baru...!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata, 

" Semua benih yang saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yang paling layak menyandang jawatan tertinggi ini....!"

(sumber : WhatsApp)

# Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk jadi TERBAIK!

SELAMAT HARI PEKERJA!

" Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi "
(Tema Hari Pekerja 2016)