Check it out!

Thursday, August 3, 2017

Bila anak dah pandai baca blog..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali 😊


Lama sungguh blog ini terabai. Selain kekangan masa, masalah teknikal juga penyebab utama. Tak tahulah kenapa tak boleh nak sign in blog kat laptop di rumah. Puas saya godek-godek tapi tak berjaya..huhu... Ok takpe, perkara yang lepas tak usah dikenang. Mari kita move on..

Buat yang mengikuti blog ini pasti perasan yang prestasi saya mengemas kini blog sangat merudum. Rasa bersalah juga terhadap 202 pengikut blog ini..hehe..




Kalau tengok screen shot di atas, dapat dilihat betapa merudumnya pengeposan entry di blog ni. Tahun pertama buat blog, 126 entries uolls..haha... semangat berblog katanya... Tahun kedua dah merudum sikit...93 entries. Tahun ketiga....merudum lagi...38 entries je terhasil. Tahun keempat jatuh lagi 6 anak mata. Tahun kelima merudum hampir separuh berbanding tahun sebelumnya..tinggal 18 entries. Tahun keenam...merudum lebih separuh....berjaya menghasilkan 6 entries je. Tahun ketujuh pulak konsisten dengan tahun sebelumnya....6 entries jugak berjaya dihasilkan. Dan....tahun kelapan sekarang... baru 1 je entry...hahaha... bukan main lagi post entry "I'm back!" pastu hilang balik.............hahhaha....ampun!

Hujung minggu lepas...saya belek2 blog ini bersama anak-anak..boleh belek tapi tak boleh nak post entry. Tak jumpa butang sign in blog...haha. Seronok mereka membaca kisah-kisah mereka ketika kecik-kecik dulu. Sambil ketawa-ketawa...tengok2 gambar yang mami pernah post dalam blog ni.

Rayyan lahir tahun 2008. Rania lahir tahun 2009. Dan Razin lahir tahun 2011. Sekarang mereka dah berumur 9 tahun, 8 tahun dan 6 tahun. Lama saya tak post entry di sini...bermakna banyak memori-memori bersama mereka yang tertinggal tak sempat diabadikan di sini. Tak boleh nak flash back balik cerita...

Bila anak dah pandai baca blog ni.....baru mami rasa menyesal tak tulis cerita mereka banyak-banyak di sini......huhu...

Saya dapat semangat baru...harap berkesempatan untuk menulis lagi...

Sekian.

3 comments:

Anum said...

horeyy
semoga lepas nie menjadi blogger yg tegar menulis

Anonymous said...

Salam camana bengkak di leher razin? Ada perubahan? Camana saya nak contact sis?

Anonymous said...

Boleh sis email saya moshjs@ yahoo.com.tq