Sunday, August 20, 2017

Gambar Kenangan Raya 2017

Saje nak tepek gambar raya kat sini setelah sekian lama tak tepek gambar di blog ini. Biarpun dah nak masuk raya aidil adha dah ni....memori raya aidil fitri tetap ada lagi..hihi. 

Raya tahun ni...kami sekeluarga bertemakan kaler hitam+ kelabu. Tak berseri langsung kaler ni kan? Hehe...kenapa jadi pilihan? Sebenarnya tak plan langsung.. 2 minggu sebelum raya baru terhegeh-hegeh ke shopping complex cari baju raya. Kaler ni nampaknya lengkap anak-anak lelaki dan dedinya sedondon. Nak lengkapkan lagi dondonnya itu...mami dan rania kena juga cari baju kelabu hitam jugak...haha. Sampai ke sudah mami tak jumpa untuk mami..akhirnya mami tak beli baju raya...pakai je blouse hitam yg ada...dan tudung kelabu yang ada. Jimat belanja! Tapi tak dapat la sunnah berbaju baru..




Gambar kenangan pada pagi raya pertama, sebelum anak-anak kena tinggal petang tu dengan atoks di kampung selama 10 hari. Mami dedi nak pergi beraya jauh di perantauan...haha


Thursday, August 3, 2017

Bila anak dah pandai baca blog..

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Selamat bertemu kembali 😊


Lama sungguh blog ini terabai. Selain kekangan masa, masalah teknikal juga penyebab utama. Tak tahulah kenapa tak boleh nak sign in blog kat laptop di rumah. Puas saya godek-godek tapi tak berjaya..huhu... Ok takpe, perkara yang lepas tak usah dikenang. Mari kita move on..

Buat yang mengikuti blog ini pasti perasan yang prestasi saya mengemas kini blog sangat merudum. Rasa bersalah juga terhadap 202 pengikut blog ini..hehe..




Kalau tengok screen shot di atas, dapat dilihat betapa merudumnya pengeposan entry di blog ni. Tahun pertama buat blog, 126 entries uolls..haha... semangat berblog katanya... Tahun kedua dah merudum sikit...93 entries. Tahun ketiga....merudum lagi...38 entries je terhasil. Tahun keempat jatuh lagi 6 anak mata. Tahun kelima merudum hampir separuh berbanding tahun sebelumnya..tinggal 18 entries. Tahun keenam...merudum lebih separuh....berjaya menghasilkan 6 entries je. Tahun ketujuh pulak konsisten dengan tahun sebelumnya....6 entries jugak berjaya dihasilkan. Dan....tahun kelapan sekarang... baru 1 je entry...hahaha... bukan main lagi post entry "I'm back!" pastu hilang balik.............hahhaha....ampun!

Hujung minggu lepas...saya belek2 blog ini bersama anak-anak..boleh belek tapi tak boleh nak post entry. Tak jumpa butang sign in blog...haha. Seronok mereka membaca kisah-kisah mereka ketika kecik-kecik dulu. Sambil ketawa-ketawa...tengok2 gambar yang mami pernah post dalam blog ni.

Rayyan lahir tahun 2008. Rania lahir tahun 2009. Dan Razin lahir tahun 2011. Sekarang mereka dah berumur 9 tahun, 8 tahun dan 6 tahun. Lama saya tak post entry di sini...bermakna banyak memori-memori bersama mereka yang tertinggal tak sempat diabadikan di sini. Tak boleh nak flash back balik cerita...

Bila anak dah pandai baca blog ni.....baru mami rasa menyesal tak tulis cerita mereka banyak-banyak di sini......huhu...

Saya dapat semangat baru...harap berkesempatan untuk menulis lagi...

Sekian.

Friday, March 17, 2017

I'm back!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..


Wah....terlalu lama tak update blog...
Bulan bertukar bulan...
Tahun dah bertukar tahun...

Tak berhajat nak menulis panjang..
sekadar nak maklumkan..
tuan tanah masih wujud di alam fana ini..
Di alam maya je...kejap ada kejap tak ada...

In shaa Allah... ada masa sambung menulis lagi..
Terlalu rindu nak menulis..
Terlalu banyak nak tulis...

Ok bai..