Monday, May 10, 2010

Cara Mengendalikan Susu Ibu

Salam. Sebagaimana yang telah dijanjikan..saya ingin kongsi cara menyimpan perahan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerja agar baby yang ditinggalkan dengan baby sitter still mendapat khasiat susu ibu..versi saya la..

Dengan ini..walaupun berjauhan..baby still rasa close dgn mummy melalui bekalan berkhasiat ini. So, lepas ni..bekerja bukan satu alasan untuk baby tidak mendapat susu mummy ye..ramai yang telah berjaya melakukannya..nak or tak nak je. Biasalah, sudah lumrah alam..nak sesuatu yang terbaik..bukan senang..perlu usaha lebih skit. Macam tu la masa husband kita ngurat kita dulu..hehe..susah gak nak dapat kan..ye la..barang baik..hahaha..usaha ambik ati tu kena lebih skit.. Macam tu la juga nak bagi baby dengan susu terbaik ni. Usaha kena lebih sikit. Hanya Mummy yang berjiwa kental sahaja mampu mengharungi dugaan bagi memastikan baby membesar hanya dengan susu semulajadi daripada mummynya sendiri. Mummy yang kurang kental semangatnya macam saya dulu..hehe.. (kekentalan hanya bertahan 7.5 bulan)..akan memilih susu formula..senang, pick and pay aje.. So, antara usaha-usaha paling utama yang perlu dilakukan oleh mummy yang berjiwa kental ni of coz la memerah susu dan menyimpan susu dengan baik..tapi macamana ye?

Macamana Nak perah susu ibu?

Kat pasaran sekarang ni macam-macam jenis pam dijual untuk memudahkan ibu-ibu mengepam susu ibu..dari pam manual sehinggalah pam elektrik..hah lg senang ada gak pam yang handsfree..tak yah nak pegang2..bleh wat keje lain sambil pam susu.. Berikut saya paparkan beberapa jenis pam yang ada dipasaran..



Ni pam Spectra 3 namanya. Pam elektrik. Harga pasaran RM388 untuk pam sebelah sahaja (single pumping) tp ada jual aksesori tambahan untuk sebelah lagi (double pumping)kalau tak silap RM70. Ramai ibu-ibu bekerja memilih pam ini untuk memerah susu. Berat dia lebih kurang 1.4 kg.


Ni pulak Ameda Lactaline. Pam elektrik juga. Harga pasaran RM888. tersedia untuk double pumping. Berat lebih kurang 500g aje. Bunyi pun agak senyap. ada 2-phase expession (mcm cara baby hisap..dia sedut pendek2 laju2 pastu dia telan dgn dalam..)


Ni pun pam elektrik juga. Pam ni namanya Medela freestyle. Pam idaman ibu-ibu yang rutin hariannya mengepam susu. Saya pun mengidam gak pam ni..tapi nak wat camne..hubby blum bg green light lg. Bestnya pam ni sebab dia handsfree..tak payah nak pegang2..sambil pam pun kita bleh wat keje lain..(berdasarkan testimoni yg sy penah baca la). Harganya pun boleh tahan mahalnya. Harga pasaran RM2299 satu set bersekali dgn cooler bag dan 4 botol susu. Fuhh!! terbeliak gak la biji mata nampak harga ni..menggigil gak la tangan nak kuar duit banyak ni kan? tapi kalau dikira2 balik..cuba kira kalau baby kita minum susu formula..bukan murah. Katakan la belanja susu formula sebulan RM200 darab lak dengan 2 thn..RM4,800 dah tu.. lagi mahal kan? cuma duit kuar sikit2 tu yg tak perasan tu.. pam ni tahan lama..utk anak yg seterusnya pun bleh guna lagi. So memang berbaloi-baloi..hehe.. Berdasarkan survey yg dibuat, (minat punya pasal)paling murah dijual (drp ejen yg dipercayai)RM1699. So, jgn terpedaya kalau ada yg jual RM1200 ke RM1300 ke..sbb ada yg kena tipu tau..Pam ni gak ada 2-phase expression..sebijik mcm baby hisap. Saya penah gak try kat susuibu.com kat bangi..(kena bayar RM20 tu sbg deposit..nanti beli pam dia deduct drp harga pam..kalu tak beli..burn la :-() Best! lembut je breastshield dia..kita bleh laraskan tahap kekuatan sedutan dia dr 1-9 kalau tak silap. Pastu kita bleh setkan kat monitor dia..level yang kita serasi. Dia ada rechargable batteri yg bleh thn 3 jam sesi pengepaman. Ringan pun ringan..tak sampai sekilo pun..so easy to carry la org jawa ckp..

Pam elektrik sesuai buat ibu-ibu yang bekerja..yang mengepam adalah rutin hariannya..tak lah lenguh sangat. Bagi ibu-ibu yang perah sekali sekala bleh la pakai pam manual aje..yang bekerja bleh gak pakai yg manual..tepuk poket tanya bajet! hehe..ni ada beberapa jenis pam manual yg ada di pasaran..



Pam ni namanya Philips Avent. Berdasarkan survey, harganya RM219.90. Tak penah try, so tak tau nak cite. Ada org kata ok..



Ni pulak pam medela harmony. Harga pasaran RM269. Dia ada 2-phase expression..iaitu menyerupai cara hisapan baby..



Pam ni namanya Medela Manual. Harga pasaran RM149.



Hah, lastly, nampak tak Rania masukkan apa dlm mulut dia tu? hah, tu la pam semulajadi yang takde kos diperlukan..hehe..perah pakai tangan! Saya mengamalkannya! Start dari Rayyan dulu sampaila Rania sekarang.. senang..tak akan terlupa punya nak bawa pi keje..hahaha..pun..tak sakit juga..rosak pun tidak..hehe..cuma kekurangannya..lenguh tangan dgn leher ler..



Inilah hasil perahan dengan tangan suatu ketika dulu..tapi sekarang stok ni dah berkurangan..dan penah gak baru-baru ni tinggal 1 botol je stok..huhuhu..tapi la ni baru je meningkat balik jadi 8 botol dan usaha sedang dijalankan untuk meningkatkannya lagi..mudah2an Allah mengizinkannya..

Cara Penyimpanan Susu Ibu

k, dah pilih cara nak perah..pastu nak perah dalam apa plak? Macam saya..saya perah dalam botol susu BPA free yang safe for baby! macam-macam jenama ada dijual di pasaran..ada mom's little ones (harga pasaran 6 botol (5 oz) : RM39), bumble bee (harga pasaran 8 botol (4 oz) : RM38.90), safety plus (harga pasaran 2 botol (4 oz) : RM8.90)..la ni anakku pun dah kuarkan botol susu bebas BPA ni..penah gak beli 1 RM8.90 harganya..for 4 oz..comel! beli kat carefour alamanda. Dulu masa Rayyan..saya perah dalam botol susu biasa yang 4 oz / 5 oz tu..ala yg byk jual kat pasaraya tu..masa tu tak cukup ilmu lagi..la ni dah baca artikel yang botol susu biasa tu mengandungi BPA yang bertoksik yang boleh membahayakan kesihatan baby..so bertukarla kepada yg lebih selamat..tak mau la mempertaruhkan kesihatan baby..nak bg sihat dgn susu ibu..jd tak sihat plak dgn pencemaran botol susu! Nak tau botol BPA free ni..biasanya kat bawah botol tu dia tulis PP5..kalau botol biasa dia tulis PC3 kalau tak silap. Bagi saya, perah dalam botol susu ni senang..kita bleh terus warmkan dia dgn botol ni dan masukkan je puting dah sedia untuk baby minum. Kos dia tinggi sikit la sbb botol susu ni mahal skit tp tahan lama..kita bleh basuh balik dan guna semula.. Sebelum perah, kena pastikan botol susu ni kering dulu. Kalau tak kering takut susu rosak. Adalah lebih baik bg botol susu kering dgn sendiri berbanding kita lap. Tapi saya kalau tak sempat sy lap pakai tisu kasi kering..hehe.. Hah 1 lg..jgn penuhkan botol susu..kena tinggalkan ruang udara..sebab kalau masuk freezer..susu ni akan mengembang ke atas. Perah susu untuk sekali penyusuan aje..tak yah banyak2..baby biasanya hisap dlm 2oz hingga 4oz..so perah dlm kuantiti ini sahaja. Sayang kalau perah banyak2 dlm 1 botol..tak abis..kena buang..sebb once baby dah hisap, maksudnya susu dah kena air liurnya..susu perlu dihabiskan dlm masa 1 jam..kalau tak, susu dah tercemar akibat tindak balas air liur dgn susu.. Jangan lupa pastikan botol susu bersih sebelum kita guna. Saya biasanya guna pencuci khas utk botol baby..yg takde chemical jenama pureen (harga pasaran 1 botol dlm RM17.50 hingga RM22.90)..pastu sterill guna sterilizer. Masa Rayyan dulu rendam pakai air panas je..hehe..tp sekarang ni kesuntukan masa..beli sterilizer..senang..masukkan 6 botol susu tekan suis..6 minit siap! Sterilizer yg saya guna..jenama Little bean..sbb murah skit berbanding jenama lain :-) siap ada percuma warmer lagi. Harga pasaran RM199 tp saya beli time offer dgn harga RM169.

Selain botol susu ni, ada gak yang perah susu dalam bekas dadih. Saya penah buat masa dlm pantang dulu..memandangkan tak prepare awal2 beli botol susu siap2. Ni pun member yg belikan dan kirim kat husband. So, dinasihatkan kpd ibu2 yg tgh sarat mengandung dan telah bertekad ingin fully breastfeed baby..belila awal2..senang! Bekas dadih ni saya guna untuk sekali simpan je. Pastu saya buang. Sebelum guna, bekas dadih ni pun kena cuci skit..nak pastikan kebersihannya.. Tapi kekurangannya, bekas dadih ni makan space besar skit sebab dia melebar ke atas. Kalau sape2 yg banyak stok tu..bleh tak muat la freezer.



Satu lagi pilihan..bleh gak simpan susu dlm liner yg ada dijual di pasaran. Liner ni plastik yg bleh simpan susu. Digunakan untuk sekali guna je pastu kena buang. Ramai gak yg pakai ni tp yang lecehnya tak bleh panaskan terus plastik ni..


Ni contoh liner yg saya maksudkan. Ni jenama You Have A Baby Breast Milk Storage Bag. Harga pasaran RM29.90 utk 100 pcs 8oz. Saya tak penah guna..rasanya dia bleh trus guna..tak yah nak cuci2 dulu..

Satu lg, jangan lupa untuk tanda/ tulis nama baby, tarikh diperah dan masa kat botol / bekas dadih / liner tu. Kalau botol, sy biasanya lekat pakai masking tape..dan tulis atas masking tape tu. Masking tape gam dia x kuat sangat..senang je nak tanggalkan tanpa kesan. Kalau bekas dadih..saya tulis atas penutup bekas dadih pakai permenant marker. Liner plak tak penah guna..maybe bleh pakai permenant marker gak kot. Ini penting..supaya kita sedar usia susu tu..hehe. First in, first out!. Mana masuk dulu..kena guna dulu la.

Berapa Lama Susu Ibu Yang Diperah ni Tahan?

Berdasarkan pembacaan saya, kalau biarkan di suhu bilik..susu ni bleh tahan 4-8 jam. Tapi berdasarkan suhu kat Malaysia ni..4 jam je tahan. Kalau masuk dlm peti sejuk bahagian bawah, dia tahan 3-5 hari (tp saya biasanya sy anggap 3 ari je). Kena letak di bahagian belakang sekali. jangan letak di bhgian dpn atau kat poket tepi peti sejuk tu sbb kat kawasan tu suhu berubah2 akibat pembukaan dan penutupan pintu peti sejuk..lagi plak kalau ada anak kecik yg kejenye buka dn tutup peti sejuk..(hehe..mcm Rayyan..tp skrg tidak lg sbb daddy dah soletep pakai masking tape..hahaha!). Kalau dibiarkan kat sini..didapati susu tu nnti akan ada 2 layer..ada warna putih yg timbul dan bawahnya air..ni bukan tanda susu rosak. Jangan plak buang bhgn putih yg timbul tu dan bg kat anak air je. Bhgian putih yg timbul tu adalah kandungan lemak dlm susu..tu yg timbul tu. So, bila nak bg anak susu..ibu2 kena gelek2kan botol tu mcm penari dangdut buat..sampaila..2 kandungan yg terpisah td bercampur semula. Bila dah puas hati..dah rupa susu balik..bleh la panaskan dan sedia utk baby minum.

Letak susu kat bahagian bawah peti sejuk ni utk penggunaan dlm masa singkat..2-3 ari sbb susu kat sini lebih fresh berbanding yg dibekukan. Senang pun senang nak panaskan. Tapi kalau nak wat stok..jangka panjang..bleh simpan dlm freezer (tempat pembeku). Kalau peti sejuk 2 pintu, susu yg disimpan dlm freezer ni tahan 3 bulan. Tapi kalau peti sejuk 1 pintu, tahan 2 minggu aje. Kalau susu disimpan dlm deep feezer..tahan 6 bln hingga 1 thn.

Macamana Nak Panaskan Susu Yang Dikeluarkan Dari Peti Sejuk?

Jangan panaskan susu tu directly atas api..sbb nanti kandungan nutriennya bleh rosak dgn kepanasan tersebut. Juga tak bleh rendam dengan air panas atas alasan yang sama. Rendam dengan air suam di bawah suhu 50 darjah celcius. Nak kena beli ke termometer nak check suhu ni? hehe..terpulang kemampuan anda! bg saya..agak2 je dgn jari..jgn panas sangat. Bila dah rendam botol yg sejuk ni..air suam ni akan jd sejuk..so kena gantikan balik dgn air suam semula..ulang langkah yg sama..sehingga susu td jd suam.

Masa Rayyan dulu memang saya guna kaedah manual ni. Sekarang ni..Rania, saya guna warmer utk panaskannya. Laraskan suhu 40 darjah celcius..masukkan air skit dlm warmer ni..kemudian masukkan botol susu..tekan suis..tinggal je..senang! Kalau botol br kuar freezer lambat skit susu nak cair. Biasanya pukul 5.15 pg saya kuarkan susu dr freezer..masukkan dlm warmer ni..nak pegi keje dlm pukul 6.15 pg br saya tutup suis. Memang dah suam dah susu masa ni.


Ni la rupa warmer saya tu. memang banyak membantu! 1 botol je bleh masuk. bleh set 3 suhu. 40 drjah utk panaskan susu..70 utk panaskn mknn..mcm bubur (bekas disertakan) dan 100 darjah utk sterill.

Susu yg dikeluarkan dr peti sejuk or freezer akan tahan selama 4 jam dlm suhu bilik. Manakala susu yg kuar dr freezer dan kemudiannya diletakkan kat dalam peti sejuk kena abiskan dlm tempoh 24 jam.
Sebenarnya lebih senang utk handle susu yang cair berbanding susu beku. Susu beku yg telah cair atau dicairkan tidak boleh dibekukan semula tetapi susu yg memang asalnya cair bleh dibekukan. Susu yg telah dipanaskan tak bleh disimpan semula. Kena abiskan dlm tempoh 4 jam dr wktu dia dikluarkan tp once dah kena air liur baby..kena abiskan dlm tempoh 1 jam! So, kalu baby jenis x menyusu byk, better asingkan susu yg tlh dipanaskan..masukkan dlm botol lain kuantiti susu yg baby perlukan..so baki susu bleh guna utk tmpoh slbm 4 jam lg.

Macamana Nak Bawa Susu Yang Diperah Di Opis Ke Rumah?

Untuk memastikan susu perahan berkekalan kesegarannya, lepas perah saya masukkan dlm peti sejuk kat opis. Pastu bila nak balik, ambil dan masukkan dlm cooler bag berserta ais dan bawa balik ke rumah. Susu ni bleh rosak kalau suhu berubah2..so kena keep cool kan dia.

Ini cooler bag yg saya guna. Jenama momslittleones. Harga pasaran RM125 (bag+3 pack ice pack+6 bottle 5oz). Kalau ketiga2 ais pack ni digunakan sekali..susu maintain sejuk selama 12 jam (jaminan oleh pengeluar) tp sblm guna, ice pack ni kena bekukan selama at lease 8 jam. Kadang2 tak sampai pun 8 jam pun sy bekukan..hehe..ye la utk pjlnn 1 jam 2 jam bleh maintain sejuk lg. Tu pun sampai rmh x cair lg ice pack tu. Masa Rayyan dulu saya guna cooler box aje..beli kat giant..rasanya. RM40 lebih kurang..cap ape tak ingat..tp kalau cap coleman mahal.. Masa dulu pi opis bw kete parking luar opis je..tak la malu sgt dok usung benda tu..hehe. Masa Rania pulak.. dah kena pindah putrajaya..pi keje naik bas (tak lama 4 bln pastu kena pindah bangi plak..x bleh naik bas lg..). Malu plak nak usung cooler box tu naik bas..tu yg beli cooler bag tu..nampak bergaya skit..hahaha..org pun tak tertanya2 kita bawa apa.

Sekian saja cite saya. Fuh! siap juga akhirnya. Hari ni ari ke 5 post ni sy edit. Tiap2 ari tulis sikit demi sikit..hehe.

12 comments:

  1. info yang lengkap..terima kasih..i follow...

    ReplyDelete
  2. salam.. saja2 blog hopping cari maklumat pasal susu ibu nih.. sbb x lama lagi akan kerja kan.. nak tanya sket2 bleh ke? apa pentingnya ada cooler bag tu sbnrnya eh? just utk simpan susu yg kita perah dekat tmpt kerja ke? kalo saya nak travel by plane, perlu cooler bag jugak ke? mana tau takde tmpt private sy nk bagi direct bf kat baby.. (saya ni pemalu sket) huhu.. harap leh reply yer.. saya mama baru belajar.. just had a little baby girl 15 days ago :) mekasih..

    ReplyDelete
  3. Azrah : Tahniah dah jadi mama! Tahniah jugak kerana berazam nak bagi susu yang terbaik untuk baby! Sebenarnya cooler bag tu tujuan dia nak mendinginkan susu agar tahan lama. Fungsi macam peti ais bergerak la. Kena masukkan ice pack ke dalam cooler bag tu. Biasanya kalau ice pack yang telah dibekukan selama 8 jam boleh bertahan selama 12 - 14 jam bergantung kepada jaminan pengeluar ice pack tersebut (ada byk jenis kat pasaran) kalau digunakan 3 pek sekali. Biasanya orang bawa cooler bag ni ke opis untuk menyimpan hasil perahan kalau peti ais tak disediakan di opis. Boleh juga bawa cooler bag ni untuk simpan stok susu kalau nak travel untuk mengekalkan suhu stok susu tersebut. Kalau biar kat suhu biasa, susu boleh tahan 4 jam, so kalau maintainkan sejuknya..bolehla tahan 3 hari. Tapi kalau baru kuar dari freezer bleh tahan 24 jam. Bagi saya kan, kalau berada di samping baby, saya lebih suka bf je..sbb sayang stok susu :-). Memula memang malu..lama2 dah tak malu dah..hehehe.. kat pasaran sekarang ni pun banyak jual poncho / nursing cover untuk cover masa kita bf baby. Harap menjawab soalan azrah ye..

    ReplyDelete
  4. salam..info yg sgt2 berguna utk sy..sungguh kagum dgn akak sbb pam guna tgn je...ade rahsia ke?hehehe...sy br mula nk buat stok.hr ni msk 2 hari..jenuh jugak la nk dptkan 40z..sy nk ty akak, misalnya sy pam dlm kol 7pg.pastu sy biar je susu tu kat suhu bilik then sy perah lg dlm kol 9..pastu susu tu sy campur..boleh ke mcm tu..harap dipermudahkan segala urusan utk BF

    ReplyDelete
  5. Mama Damia,

    Rahsianya.. i perah guna pam elektrik susu tak mau kuar..tu yang terpaksa guna tangan..hihi..

    Pada pandangan akak, elok jangan campurkan terus sebab suhu susu pukul 7 dengan suhu susu pukul 9 belum tentu sama. Kalau suhu tak sama..takut susu mudah rosak. Kalau nak campur.. masukkan kedua-dua2 hasil perahan tu dalam peti sejuk dulu. Biarkan sejam dua.. bila kedua-duanya dah sama suhu..barula campurkan. Good luck! insyaallah niat yang baik Allah akan permudahkan...

    ReplyDelete
  6. sumber rujukan yg bagus..berguna utk saya..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih untuk perkongsian ilmu yang bermanfaat. sya ni baru first time nk blajar simpan susu. banyak perkara yang musykil. bleh ke campur susu kiri dan kanan dalam satu bekas? mna lebih elok, asingkn kiri kanan @ campur?

    ReplyDelete
  8. terimakasih infonya. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
  9. To saudari muslimah, saya tlg jwbkan ye.. Bleh je campur susu sblah kiri atau kanan.. Kedua2nya sama je :-)

    ReplyDelete
  10. Entry yg sngat2 detail dan tersusun.apalagi berdasarkan pengalaman sndiri.trima kasih sudi berkongsi.saya bru nk bermula walaupun anak dh 4!

    ReplyDelete