Monday, May 24, 2010

Ekonomi Rumah Tangga : Tanggungjawab siapa?

Salam. Terlintas nak share perkara ni kat blog selepas menerima luahan perasaan daripada rakan sekerja yang lebih tua daripada saya..tetapi masih belum berumahtangga. Dia cakap..dia takut nak kawin..dia takut bila kawin nanti..dia yang kena kuar duit tanggung perbelanjaan rumah tangga. Sekarang ni dia masih tanggung mak yang telah tua di kampung. Nanti pening plak bila semua terletak kat bahu dia. Sekarang ni dia pegi pasar, dia buat itu..buat ini sendiri..dia takut nanti kalau kawin..dia kena gak pi pasar..baik tak payah kawin katanya! Bila kawin ni..tanggungjawab siapa ek kuar belanja? dia tanya..

Saya ni bukanla terer sangat bab rumahtangga ni..baru 3 tahun kawin. Tapi saya kena la jawab umpama seorang kaunselor rumah tangga..hehe..mana tahu terbuka hati nak kawin..hehe.. Saya jawab ikut apa yang saya tahu je la.. Dengan nada seorang kaunselor..cewah! saya pun jawab..

" Kak, kalau ikut Islam, nafkah isteri dan anak-anak ni adalah tanggungjawab suami. Suami wajib bagi nafkah makan, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak. Tapi bergantung kepada kemampuan dia la..tahap mana dia perlu bagi makan, pakaian dan tempat tinggal tu. Tak bleh la suami mampu sediakan rumah flat tapi kita demand banglo! Tak bleh la kita cakap dia tak bagi nafkah sbb tak ikut kemahuan kita.."

Selanjutnya..saya bagi contoh kepada hujah saya tadi.. "Saya ada sorang kawan seofis lelaki..dia dan wifenya bekerja. Nafkah keluarga memang dia tanggung..makan, pakaian dan tempat tinggal. Dapat gaji..dia akan beli barang dapur..lauk pauk dan sebagainya. Tapi dia beli ikut kemampuan dia..misalnya dia mampu beli ikan kembung je..tapi kalau wife dia nak makan ikan bawal dan sebagainya..wife dia akan beli dengan gaji sendiri. Macam tu gak dengan pakaian..misalnya dia mampu beli baju harga RM50 je kat wife dia..tapi wife dia ingin yg mahal..wife dia akan tambah la baki tu dengan duit sendiri.. macam tu la kak..hidup rumah tangga ni..kena banyak tolak ansur..

Bagi saya kak..perkahwinan ni satu perkongsian. Saya jenis tak berkira dengan husband saya..gaji kitorang..kitorang guna sama-sama.. Senang sama senang..susah pun sama susah.. Takde la husband kena tanggung semua.. Kita dapat gaji ni pun sebab dengan keizinan dia bagi kita untuk bekerja. Niat kita bekerja pun nak bantu suami kan.. So, kenalah realisasikan niat tu.. Takde la harta mu harta ku juga..harta ku harta ku jua.. Husband saya settle sebahagian..dan sebahagian lagi saya settle..

Hah, bab kena pi pasar plak..biasanya kak orang dah kawin ni..pegi pasar sama-sama kak..baru la seronok..ada geng..bleh tanya pendapat..takde la pi sorang2..kalau bujang..kena pi sorang2..

Memang tak dinafikan..ada gak kes suami yang lepas tangan..semua isteri yang kena tanggung.. ni nama dia laki tak bertanggungjawab..sebab tu la sebelum kawin..penting kita berdoa pada Allah supaya kita ditemukan jodoh dengan suami yang baik, bertanggungjawab, beriman, boleh terima kita seadanya..kekurangan dan kelebihan kita..dan sebagainya.. Doa kan senjata orang mukmin.. Kan Allah dah janji..'Berdoalah kepadaku..nescaya aku perkenankan..'

Janganlah akak takut duit akak abis kalau kawin.. kawin ni kan benda baik..membina masjid..ada rezekinya..bila kita wat benda baik ni.. Macam saya..belum kawin..gaji cukup..dah kawin..gaji cukup gak..anak satu..pun gaji cukup..anak dua..pun still cukup.. rezekikan Allah yang bagi.. rezeki ni bukan semestinya dalam bentuk wang ringgit..kesihatan yang baik pun rezeki gak..dikurniakan anak yg sihat pun rezeki..kereta tak meragam pun rezeki gak..ilmu yang bermanfaat pun rezeki gak..orang belanja makan pun rezeki..orang bagi hadiah pun rezeki..so urusan rezeki serahlah kepada yang Maha Pemberi Rezeki..yang Maha Pemurah.."

Kesimpulannya..saya tak tahu la apa yang bermain difikiran akak ni..tapi apa yang terluah dibibirnya..ooo..macam tu ka? ooo..macam tu ka? hehe..

So kesimpulannya lagi..(berapa banyak kesimpulan daa..) kebanyakan wanita yang tak berkahwin..bukan sebab dia tak nak kawin..bukan sebab takde naluri kewanitaan..tapi sebab tanggungjawab sedia ada (contoh kakak ni..tanggung mak di kampung)..takut dapat suami yang teruk..akibat banyak sangat kes suami isteri bermasalah dilaporkan... Bak kata pepatah (ye ke pepatah? blasahlah!) perkahwinan ni satu perjudian..maksudnya di sini bukanlah perkahwinan tu haram sebagaimana haramnya perjudian tapi..nak menggambarkan tiada jaminan bahawa kebahagiaan menanti anda di alam perkahwinan tu.. Tahniah wat mereka yang berani decide nak kahwin! (mcm saya..hehe) Bagi saya orang yang decide nak berumahtangga ni..mempunyai fikiran yang positif..bersangka baik dengan orang..terutama pasangan..kalau tak bersangka baik..mesti tak berani punyai ambik risiko hidup bersama..kan?

Menempuh alam rumahtangga..mental..emotional..kena kuat..kena sentiasa berlapang dada..terima kekurangan dan kelebihan pasangan seadanya..keikhlasan hati paling penting..disamping jangan putus2 berdoa agar rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.. Hidup ini indah..jika segalanya kerana Allah..

Sekian..

No comments:

Post a Comment