Thursday, May 20, 2010

Penyusuan Susu Ibu : Baik Untuk Ibu?

Penyusuan susu ibu (breastfeeding) bukan saja baik untuk baby..tetapi untuk ibu juga..bagaimana ye?

- Breastfeeding membantu badan kita kembali ke bentuk asal seperti sebelum mengandung dengan lebih cepat. Ramai wanita mendapati mereka kehilangan berat badan ketika breastfeeding. Yup! Saya salah seorang drp mereka ni..hehe..kalau tgk cara saya makan..kalau tak breasffeed saya rasa badan saya bulat mcm doraemon kot..Tapi sebab breastfeed ni berat badan maintain 50kg..sama mcm berat badan sebelum kawin..terima kasih la wat anak-anak yang menggemari susu mummy dia ni.. :-)

- Wanita yang tidak breastfed baby mereka meningkatkan risiko mereka terhadap breast & ovaries cancer, heart disease dan juga osteoporosis.

" Menurut kajian yang dilaporkan dalam edisi 20 Julai dari The Lancet (Vol. 360: 187-195), didapati wanita yang menyusui anak-anak mereka berbanding dengan wanita yang tidak pernah menyusui, risiko barah payudara akan menurun lebih daripada 4 peratus untuk setiap tahun selama ia menyusukan anak-anaknya. "

-Breastfeeding boleh melewatkan kedatangan haid (period) bagi kebanyakan wanita. So, bleh jimat duit..tak payah beli tuala wanita dan baik juga untuk alam sekitar kerana kurangnya pencemaran drp tuala wanita..Tapi saya tidak tergolong dalam wanita ini..hehe..walaupun breastfeeding..lepas abis pantang..saya still dikunjungi oleh 'rakan karib' ni hehe..member pun mengalami situasi yang sama..dan bila dia tanya doktor..doktor cakap..tahap kesuburan tinggi..oppss!

- Breastfeeding bleh dijadikan sebagai pencegah kehamilan sebab dia bleh melewatkan kedatangan kembali kesuburan wanita..bg yg exclusively breastfeed baby mereka. Tapi ini berkesan untuk tempoh under 6 bulan dan kitaran haid belum start lagi. Pencegahan kehamilan cara ini dipanggil Lactational Amenorrhea Method..dan kejayaannya lebih kurang 98%. Tapi kalau exclusively breastfeed tapi dah start period atau dah lebih 6 bln..lupakanlah..carilah kaedah lain untuk prevent! hehe..

- Breastfeeding ni mudah dan selesa..di bawa kemana-mana sahaja..gerenti tak tertinggal punya..hehe..kira ready-to-serve food la ni. Tak payah nak bawa extra bag nak masukkan susu, botol, air dan sebagainya. Baby start bunyi ek..ek..belum nangis lagi..dah bleh singkap..dan bg terus kat baby..hehe..baby pun senyap..tak banyak ragam. Kalau susu formula kan susah..nak tuang air panas..campur air sejuk plak..nak kena focus berapa scoop dah masuk dlm botol..takut terlebih..alamatnya keras plak bahan kumuhan baby tu..goncang2 lg..pastu letak kat belakang tangan lg..takut terpanas plak bg kat baby..by the time susu siap..baby dah meraung-raung dah..(pengalaman persekitaran). Sekarang ni pun banyak baju yang direka khas untuk memudahkan ibu menyusukan baby..terutamanya kalau nak jalan2 la..design pun menarik..so bleh la ibu2 menyusukan baby kat public area..secara under cover! Paling best, tak payah nak bangun malam wat susu..baby start merengek je..singkap! pastu sumbat! diam la baby tu..dua2 tertido balik..

- Paling istimewa, breastfeeding membantu mencipta satu hubungan dan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Percaya tak..kalau dulu..takde pun ibu2 dalam dilema..nak bg susu ibu ke nak bg susu formula kat anak mereka. Ibu2 akan terus bg susu ibu yg segar kpd baby mereka. Mungkin dulu takde la mcm skrg..berlambak susu formula di pasaran..macam2 jenama..macam2 promosi. Kos pun mungkin tinggi. Tanpa banyak fikir..ibu2 susah ke senang ke..tetap breastfeed baby mereka. Sebab tu kita lihat dulu..anak2 dengar cakap ibu bapa. Anak-anak ingat kat ibu dia walau di mana dia berada..sebab sejak dilahirkan..ibunya telah mengikat satu ikatan kasih sayang..loving bond! Tapi sekarang..sedihnya..ramai anak2 yang tak hormat ibu bapa. Tak pedulikan ibu mereka. Teringat saya kata2 seorang ustaz..apa yang kita bagi anak2 kita makan itulah yg mempengaruhi akhlaknya. Kalau kita bg susu lembu..so perangai pun macam lembu la..aduih! dengar macam agak kasar kan? tapi itulah hakikatnya.. So, kalau mengharapkan anak yang soleh atau solehah..mulakan pemakanan mereka sebagaimana dianjurkan Islam..lengkap penyusuan 2 thn. Kalau kita imbas kembali sejarah Nabi Muhammad yang lahir pada zaman Arab Jahiliyah..orang Arab ni mengutamakan penyusuan susu ibu. Walaupun tidak disusukan oleh ibu sendiri..tetapi Nabi Muhammad dicarikan ibu susuan untuk menyusukannya.. Menjadi ibu susuan merupakan antara mata pencarian pada waktu itu. Moral of the story, insan semulia Nabi Muhammad membesar dengan susu ibu sehingga berumur 2 thn..bukan susu unta, lembu dan sebagainya.. itu zaman Arab Jahiliyah tu.. patutla kita dengar semangat kesukuan atau kabilah mereka begitu kuat..mungkin ini adalah faktornya..mungkin la..

- Breastfeeding membantu rahim kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat selepas melahirkan anak. Dalam bahasa mudahnya..rahim cepat kecut! ye la..dulu kan dia kembang sebab ada baby kat dalam. Melalui pengamatan saya..masa breastfeeding anak dalam pantang..masa baby sucking..rahim kita berdenyut2 gak..so mungkin proses pengecutan sdg berlaku kot..hehe..

- Breastfeeding terutama masa dalam pantang memberi ibu peluang untuk duduk dan berehat sepanjang masa ketika menyusukan anak. Tak payah la nak ke dapur wat susu anak tiap kali anak nak susu ye tak?

- Breastfeeding juga tidak memerlukan kos yang mahal! Banyak jimatnya! ehm..harga susu formula bukannya murah..lagi terkenal jenama tu..lagi mahal harga dia. Duit yang sepatutnya diperuntukkan untuk beli susu tu boleh la cover kat tempat lain. Takde la ada pasangan yang tak gumbira bila dapat baby baru..sebab memikirkan kos yang perlu ditanggung bila bertambahnya tanggungan. Bila Allah jadikan sesuatu tu..Allah dah sediakan rezeki untuknya terlebih dahulu..macam Allah jadikan Nabi Adam selepas Allah jadikan alam ini. Maksudnya..Allah sediakan dulu rezeki untuk Nabi Adam sebelum dia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ni. So, sebelum baby lahir lagi sebenarnya..breast kita dah bekerja..kilang susu pun dah beroperasi. Bila baby lahir..dia pun tahu sendiri macamana nak dapatkan susu tu! Ajaib kan? Susu ibu ni pun salah satu rezeki untuk baby. Jangan nafikan hak baby untuk menerima yang terbaik untuknya..

- Susu ibu sentiasa segar dari ladang, bersih dan selamat. Kandungan nutriennya terjamin. So, Breastfeeding memberikan ketenangan jiwa kepada ibu2 kerana telah memberi baby permulaan pemakanan yang terbaik. Kita bleh pantau dan pastikan sendiri apa yang nak kita makan untuk pastikan baby menerima susu yang berkualiti. Ingat lagi tak kisah satu ketika dulu yang ramai baby kat negara China mati sebab minum susu yang mengandungi melamin yang tinggi sehingga memudaratkan kesihatan mereka dan membawa kepada kematian. Pastikah kita dengan kandungan susu formula ni? kita tawakal je kan.. Kita pun tak pasti samada anak kita dapat semua nutrien yang dijanjikan oleh pengeluar susu formula tu. Ada gak ibu2 yg mengurangkan scoop susu anak mereka daripada scoop yang dicadangkan oleh pengeluar sebab untuk mengelakkan daripada bahan kumuhan baby menjadi keras. Hasilnya, susu baby cair..dan tak pasti kandungan nutrien susu tu cukup ke tak.. Biasanya susu formula lebih pekat sebab banyak formula yang digunakan untuk menghasilkannya. So, susah skit usus baby nak hadamkannya terutama baby yang baru lahir..yang belum matang lagi organ perkumuhannya ni. Akibatnya, najis baby agak keras. Ini berbeza dengan susu ibu yang lebih cair tetapi mengandungi nutrien lengkap. Ini memudahkan penghadaman terutama bagi baby yang belum matang ususnya. Biasanya najis baby yang breastfeed ni cair je..

Sekian..

2 comments: