Tuesday, May 25, 2010

Kapsul Jiwa : Rezeki yang tidak disangka-sangka..

Salam. Semalam, on the way balik rumah dalam kete..macam biasa..borak la dengan husband..(ni antara hikmah berulang jauh setiap ari..masa dlm kete..adalah masa nak borak2..hehe..) Husband saya cite..dia dapat 1 email..email ni menceritakan 1 kisah seorang pekerja yang sedang mengikuti kursus motivasi kot.. Wanita ni memang tak penah meluahkan perasaan tak puas hati ke apa ke..dia buat je keje..berkhidmat untuk negara.. So, memandangkan yang dia dah nak pencen..pada kursus tu..dia meluahkan perasaan tidak puas hatinya..dia cerita cara dia bekerja..memang excellent..tapi dia tak penah dapat anugerah..atau seumpama dengannya. Walaupun tidak meraih sebarang anugerah..tugas tetap tugas yang perlu dia laksanakan dengan sempurna..tanggungjawab tetap tanggungjawab yang perlu dia pikul dengan sepenuh hati. Namun begitu..terdetik la juga hatinya..kenapa dia bertungkus lumus buat kerja..tapi still tak dapat markah tinggi dan anugerah khidmat cemerlang..

Menurut kata husband saya lagi..pada waktu rehat..penceramah kursus tersebut..merapati wanita tadi yg merupakan salah seorang peserta kursusnya dan bertanyakan perihal anak-anak wanita tersebut. Anak-anak wanita itu kebanyakannya berjaya..kebanyakan mereka penuntut universiti.. Mendengar itu..penceramah tadi berkata bahawa itulah anugerah yang dia dapat..dengan kerja excellent yang dia buat. Rezeki yang tidak disangka-sangka.. Allah beri ganjaran dalam bentuk yang lain. Penceramah tu tanya lagi..kalau diberi pilihan..antara anugerah yang dikecapi sendiri dengan anugerah yang diterima anak-anak..yang mana wanita itu akan pilih? wanita tu menjawab..sudah pastilah anugerah yang diterima anak-anak..

Moral of the story..rezeki Allah itu tidak semestinya kita terima dalam bentuk material..wang ringgit. Tapi pelbagai bentuk yang kita tak sangka-sangka..dianugerahkan anak-anak yang cemerlang juga adalah rezeki. Anak yang dibesarkan dengan rezeki yang halal..pendapatan yang berkat..insyaallah pasti berjaya. Wanita tadi dianugerahkan anak-anak yang berjaya saya rasa antara sebabnya adalah anak-anaknya telah dibesarkan..diberi makan..dengan rezeki yang halal..pendapatan yang berkat..hasil kerjanya yang bersungguh-sungguh menjalankan tugas..ikhlas bekerja..

Akhir kata, marilah kita sama-sama check diri kita..sempurnakah kerja kita? berkatkah gaji kita? akan berjayakah anak-anak kita nanti menjadi anak yang cemerlang? Tepuk dada..tanya iman..

2 comments:

  1. yes..i agreed 100% with this! ble wat keje..money is not the 1st thing we're looking for (eventhough money is important nowadays)..the main things is how you satisfy 'bout it..then after all money or rezeki will come to you more than u expected..Maha Besar Allah..

    ReplyDelete
  2. Betul tu madem! (panjang sangat la namanya ni..hehe..)

    ReplyDelete