Tuesday, June 1, 2010

Cerita Anak Mummy

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan jun dah. Tanpa sedar dah setengah tahun berlalu.. Rasa macam baru je bersalinkan Rania..la ni si kecik tu dah nak masuk 8 bulan dah..lagi 10 hari. Alhamdulillah..Rania masih gemar dengan nenen mummy..maklumla tak penah rasa jenama lain. Harap-harap tercapaila impian mummy utk terus nenenkan Rania sampai umur 2 thn. Sekejap je Rania membesar.. Anak mummy sekarang ni makin lasak..tak bleh nak dok diam. Tak bleh lg duduk kat dlm car seat tanpa diikat..nak meniarap je kejenye. kalau mummy bagi nenen..mummy yang tertido..sedar-sedar Rania dah hilang. Merayap je kejenye.. Bleh jadi perenang hebat besar nanti ni! Memang tak bleh tido atas katil! cukup la sekali Rania jatuh katil masa kat kampung Daddy (30 April kalau tak silap mummy). Padahal mummy dah kepung dengan bantal dah.. bleh lepas gak.. sori ye sayang.. Masa Rania nangis..mummy pun rasa nak nangis sama..

Rania dah pandai nak memanjat dah sekarang ni.. Dah bleh panjat dan berdiri kat katil baby..tp tak lama..lepas tu jatuh balik! hehe..tak kuat lg tp berlagak..nak gak buat. Merangkak tak terer lagi. Bleh wat dua tiga step pastu tertiarap balik. Pastu nak cuba gak duduk..bleh la duduk senget. Tu pun mummy kena jaga2 sbb takut terlentang plak..hehe..semua dia nak buat dlm satu masa.

Rania dah pandai beremosi. Pantang barang yang dia tgh main orang ambik..menangis je la dia. Rayyan la selalu ambik mainan Rania. Pantang Rania pegang apa2..tu la yang dia nak. Menangis la si adik tu.. Letih la mummy nak layan. Tapi walaupun letih..masing2 ada perangai masing2..yang kadang kala menguji kesabaran..mummy rasa terhibur gak. Paling best bila tengok aksi Rayyan mengagah Rania. Rayyan cuma panggil "ania.." Rania dah ketawa sakan. Setiap kali Rayyan panggil..setiap kali tu la Rania ketawa.. suka mummy tengok Rayyan ada teman.. Rania pun ada teman.. Inilah yang mummy harapkan bila Rayyan ada adik..bleh jadi kawan. Tak la Rayyan bosan sorang2 kat rumah. Main mainan sama-sama.. tapi mummy kena pantau..sebab takut Rayyan ketuk Rania..hehe..kesian Rania kena buli..kadang2 la..

Rania suka makan. Pantang disuap..menganga aje. Semua yang dia main, dimasukkan dalam mulut. Bahaya sungguh! memang mummy tak bg Rania main mainan yg kecik2 takut tertelan. Rayyan plak memilih makan! kuat minum susu aje.. tapi kalau kat kampung..kurang minta susu..nak main je kejenye. Makanan kegemaran Rayyan sup ayam dan kentang putar.. makanan lain..sesuap dua je Rayyan makan..tp kalau makanan ni..Rayyan makan banyak.

Rayyan suka bercakap. Tapi cakap ikut suka dia la..hehe..sampai mummy pun kadang-kadang tak paham Rayyan cakap apa. Pantang nampak logo Petronas..Rayyan akan tunjuk2 dan sebut "Ona..ona..". Signboard petronas pun Rayyan kenal. Mummy pun tak perasan signboard tu dia plak bleh perasan. Bukan tu aje..lori petronas pun dia kenal..dan panggil "ona..ona". Semalam kat tv ada iklan petronas pun dia tunjuk2 kat mummy sambil gelak "ona..ona". Bila lalu sebelah stesyen minyak petronas..mummy selalu suruh Rayyan babai petronas tu (untuk elak Rayyan minta singgah..hehe) Rayyan pun enjoy membabai petronas tu.."baba..ona.." hehe.. mummy sambung lagi..lain kali singgah lagi.. Rayyan pun ikut.."agi" sebut yang belakang aje..

Sekarang ni memang seronok melayan Rayyan cakap. Rayyan akan ikut apa aje yang mummy cakap. kadang-kadang tu..apa yang mummy soal..Rayyan soal balik kat mummy..ehm..sabo je la. Perkataan yang Rayyan suka cakap.."bok je.." (sibuk aje). Rayyan akan cakap kalau ada yang mengganggu dia..hehe..ari tu kat kampung..atuk Rayyan pun kena "bok je.." hehe..sori atuk..

Time ni memang Rayyan seorang "copycat".. tiru apa yang org cakap..buat..atau ajar..sampaikan dia sebut "pepak kang.." (sepak kang) sambil wat aksi menendang..pastu diikuti dengan "pubok kang.." (tumbuk kang) sambil keluarkan penumbuknya.. aduih! sape la yang mengajar ni.. ni keje pakcik dgn daddynye la ni..banyak kali mummy pesan..no..no..no..Rayyan wat donno je..wat gak..

Rayyan suka menyanyi. kadang2 tu ntah apa2 la yg Rayyan nyanyikan..sampai mummy tak cam pun butir kata yg dinyanyikan..hehe..pengaruh radio la ni akibat selalu bukak radio dalam kete. Cuma 3 lagu je yang mummy cam Rayyan nyanyi.. "tayang..tamu..oo" (sayang..kamu..oo.. - lagu black), "ibu..engkau la...atiku..biya..ku..ka..engkau..bu ka..lu.."-ulang sampai penat (lagu ibu..iklan fernleaf..yang tak tahan tu siap wat gaya tangan lagi tu..tiru iklan ni..) dengan lagu.. "geng..geng..ba..kola.." (lagu geng bas sekolah..pantang nampak bas sekolah..mesti Rayyan nyanyi punya la..hehe.. lagi satu..pantang gak dengar perkataan geng disebut..Rayyan akan nyanyi gak..sampai daddy selalu bengang.. ye la..bila daddy cakap dengan Rania.."jangan geng dgn Rayyan"..Rayyan pun nyanyi.."geng..geng..ba..kola.."

Macam budak kecik yang lain gak..Rayyan suka tengok cite katun. Kuat betul ingatan Rayyan..sampai kenal mereka semua ni. Rayyan Paling suka katun upin ipin. Rayyan panggil "pepen". Doraemon pun Rayyan suka. Rayyan panggil memo, nobita = bibita, sizuka = kukuka. spongebob squarepant..rayyan panggil "panbob kekek". Ben 10 Rayyan panggil "be..ten". Conan = "onen". Hagemaru = "alu". Besar sungguh pengaruh televisyen terhadap kanak2 mcm Rayyan.. tapi nak wat camne..tv la yg bleh wat Rayyan duduk diam..dan mummy bleh wat keje dgn aman..

Selain katun..Rayyan minat gak cite Geng Bas Sekolah, Tom Tom Bak (Rayyan minat sangat sampai bila jummpa buku atau kertas yg bertulisan Rayyan akan membaca.."tom tom bak..&*^%$#@$ (tak dpt dikenalpasti sebutannya)..tom tom bak $%^&*#@..tom tom bak %^&*%$# tom tom bak.. berapa banyak tom tom bak da..) dan juga macam-macam aznil (siap buat gaya lambaian aznil sambil sebut "anil..")

Rayyan suka main bola. Pantang nampak bola..nak aje. Sekarang ni Rayyan dah mula tunjuk minat main badminton. Ari tu kat kampung sakan Rayyan main. Pakcik Rayyan gantung shuttle pakai tali..pastu Rayyan pukul..bila berjaya pukul Rayyan sebut.."huiyoo.." hahaha..kelakarnya..macam bagus sangat plak pukulan dia. Bukan setakat shuttle tu Rayyan pukul..dinding ngan lantai pun jd mangsa. Kat kampung je la Rayyan dpt main badminton. Kat rumah kita ni mummy tak sanggup nak korbankan raket mummy bagi Rayyan main..daddy pun tak sanggup tv dia pecah kena ketuk dgn Rayyan guna raket..hehe.. Maybe bila Rayyan dah bleh berfikir dgn baik baru mummy galakkan..hehe.. bleh ganti Lin Dan..

Seronok mummy tengok anak-anak mummy sihat dan cergas. Memang kecergasan Rayyan bleh membuatkan mummy dan daddy hilang sabar..sampai daddy cakap..kalau nak pi majlis perkahwinan tak bleh bawa anak-anak.. kalau member daddy kawin..biar daddy sorang je yang pegi..kalau member mummy plak..biar mummy je yang pegi. Gulp! terkejut mummy dengar..tapi mummy diam je..sambil senyum. Aduih! tu la Rayyan..wat daddy bengang lagi.. siapa suruh Rayyan berlari satu dewan ari tu..siap sibuk lagi nak joint pengantin nak ambik gambar. Tak nak dok diam sekejap pun. sudahnya..sian daddy tak sempat nak makan sebab jaga dan pantau Rayyan..dan tangkap bila perlu. Sedih skit mummy bila daddy cakap macam tu..ehm..mungkin daddy cakap masa dia tgh geram kot..harap2 daddy ubah fikiran nanti. Daddy memang sayang kat anak-anak. Daddy lebih rela Rayyan nangis sbb protes daripada Rayyan nangis sebab cedera. Daddy lebih rela tak makan untuk jaga Rayyan. So, pegi rumah orang kawin..jaga anak je lebih..hehe.. Bagi mummy..ini dugaan..ye la..anak-anak ni kan ujian untuk seorang ibu dan ayah. Budak-budak..itula perangainya..nak main je.. bagi mummy itu perkembangan yang sihat.. Kadang-kadang Allah uji ibu bapa dengan anak-anak yang sihat..kadang-kadang Allah uji dengan anak-anak yang sakit..hidup ni memang tak bleh lepas dari ujian Allah. Bagi mummy..biarla Allah uji dengan anak-anak yang sihat. Janganlah Allah uji mummy dengan anak-anak yang sakit.. Tapi mummy tahu..Allah menguji seseorang itu sesuai dengan kemampuannya.. Doa mummy agar anak-anak mummy dikurniakan kesihatan yang baik dan dijauhkan daripada penyakit2 yang bahaya..

No comments:

Post a Comment