Salam. Selamat Hari Isnin! Hari yang kebanyakan orang mempunyai mood bekerja yang rendah..hehe.. Tahniah kalau anda bukan daripada golongan ini. Hari ni saya nak share cerita pasal ruam lampin. Malam tadi Rania menangis sakan sebab mengalami masalah ruam lampin ni. Menangis mungkin sebab pedih bila tempat ruam tu kena air semasa mummy dia cuci najisnya.. Kesian tengok dia malam tadi..sedih rasa bila dia nangis kuat macam tu. Rania jarang nangis kuat kalau tak sakit.. Nak bagi nenen pun dia tak nak..dia nangis dan menonggeng-nonggeng..benamkan muka kat tilam..nampak sangat yang dia tak selesa.. At last dia tido gak..dalam keadaan tak pakai pampers..tak nak terukkan lagi ruamnya.. Apalagi..akibatnya..anda pun tahu..apa jadi bila baby tido tak pakai pampers..huhuhu..
Sebelum ni Rania tak penah plak kena ruam lampin ni..dalam pantang pun tak pernah. Masa dalam pantang dulu guna bedak cina tak ingat plak namanya tapi diimport oleh hai-O dalam bekas bulat warna hijau..murah je..harga dia dalam RM2.90 kot 1. Memang berkesan. Member yang kenalkan dulu.. masa Rayyan kena ruam lampin masa dalam pantang. Memandangkan keberkesanannya..so apply gak kat Rania. So bila Rania tak kena ruam lampin..mummy dia tak la beli lagi bila dah abis.. Mummy dia ni ingatkan kulit Rania kebal..hehe.. Lagi pun bedak ni dijual kat kedai ubat cina je..kat pasaraya takde..susah la nak jumpa.. Dulu beli pun masa dlm pantang kat Tangkak..
Baru-baru ni je Rania kena ruam lampin. Habis merah bahagian kemaluan dan sekitar duburnya..akibat pembuangan najis yang agak cair. Kerap plak tu.. macam cirit-birit je.. mummy dia salah makan ke? Tu la..mummy dia ni main belasah je makan! ikut selera..tak teringat pun kat anak yang breastfeed..hehe..sorry ye Rania. Mungkin ruam ni terjadi sebab najis ni tak diserap oleh pampers. Memandangkan ianya cair..ia merebak la kebahagian depan..dan menyebabkan kerengsaan kulit di bahagian depan. Diburukkan lagi bila mummy dan daddy dia tak perasan bila masa Rania membuang lagi..padahal baru je tukar pampers.. Ehm.. kena tukar pampers jenama lain ke? Elok ke guna wipes masa membersihkan najisnye? Kena tukar ke bedak berubat pureen yang sedang digunakan? Jom baca apa yang saya jumpa pasal ruam lampin ni..
Apakah itu Ruam Lampin?
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelengkang dan peha. Kulit baby adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah baby jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.
Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?
1) Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit baby yang sensitif menyentuh air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
2) Najis baby terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan baby, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
3) Alahan pada bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun atau pelembut yang digunakan untuk mencuci lampin kain.
4) Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit baby selepas mandi.
5) Alahan atau kerengsaan apabila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.
6) Pertukaran dalam makanan baby yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit akibat meningkatnya kandungan asid.
7) Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.
Tanda-tanda Ruam Lampin
Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.
Komplikasi Ruam Lampin
1) Ruam dijangkiti bakteria atau kulat
2) Jangkitan salur kencing
3) Ekzema atau ruam kulit alergik
Cara Rawatan
1. Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.
2. Gunakan air suam untuk mencuci punggung baby setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
3. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakkan pengudaraan dan mengeringkan kulit baby.
4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru baby dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Pencegahan Ruam Lampin
Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin baby anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.
• Periksa lampin baby anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.
• Berhati-hati membersihkan bahagian punggung baby anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.
• Biarkan kulit baby anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.
• Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit baby anda.
• Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.
• Elakkan penggunaan sapuan lampin / wipes (tisu basah) yang mengandungi alkohol.
• Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.
Sebenarnya ruam lampin ni ada banyak jenis. Jenis yang ringan..yang kulit baby kemerahan biasa..dipanggil contact dermatitis. Cara rawatan di atas sesuai digunakan untuk merawat ruam jenis ni. Penting untuk kita memastikan jenis ruam lampin baby bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Selain contact dermatitis ni, terdapat juga ruam lampin jenis candida dan juga Seborrheic dermatitis.
Ruam lampin candida
- Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.
- Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.
- Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.
- Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.
- Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.
Rawatan:
• Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
• Keringkan kawasan yang dijangkiti.
• Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.
Berjumpa doktor sekiranya:
• Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
• Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
• Baby anda demam.
• Baby anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
• Wujudnya benjolan atau bintil-bintil.
• Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
• Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.
Seborrheic dermatitis
Tanda-tanda dan simptom
• Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
• Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
• Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar
sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
• Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
• Jangkitan kuman boleh terjadi.
• Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.
Rawatan
• Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
• Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
• Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.
Selain contact dermatitis, candida dan juga Seborrheic dermatitis, penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:
• Atopic dermatitis
• Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus
Kesimpulannya..semoga lepas ni mummies lebih berhati-hati dalam mengendalikan lampin baby. Prevention is better than cure! kesian baby kalau dah kena ruam lampin ni. Jangan ingat baby tak pernah kena ruam lampin..dia kekal tidak kena..so, renung-renungkan..dan selamat beramal..hehe..
hi.. baru 2 minggu lepas my baby kena ruam lampin dan selalunya masa umur dia 3-6bulan saya cuma bubuh krim lampin jer, terus elok. sekarang umur baby saya dah msk setahun, dan kesannya selepas seminggu pakai krim ruam yg sama, ruamnya makin teruk dan asyik nangis je sepanjang mlm. saya cuma bogelkan dia sebab dia sakit bila pakai lampin ketika ni. keesokan harinya saya pergi kat farmasi dan belikan dia krim lampin (cancadort nama krim tu) atas nasihat pharmacist..balik tu, terus pakaikan. meraung dia lepas 5 minit pakai.. check je punggung, makin merah, macam luka pulak.. adoi..kesiannya.. n then terus basuh punggung dia dari kesan krim tu.
ReplyDeletesaya belikan pula sabun pencuci LACTACYD 3.5 (boleh dapat kat farmasi). setiap kali basuh berak,kencing,mandi (bubuh dlm besen) dia, guna sabun tu. n then keringkan punggung, dan pakaikan pampers mamy poko..dlm 2 hari boleh nampak perubahan..ruam pun dah hilang, jgn letak apa2 krim pun masa ruam tu teruk sb sabun lactacyd tu pun sudah cukup sbg ubat.
SAYA ADA MENJUAL PRODUK UNTUK MENJAGA DAN MERAWAT KULIT KHUSUSNYA PADA BAYI DAN KANAK2..PRODUK KELUARAN TROPIKA.......MEMANG BERKESAN UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA 0138895363 OR PACEBOOK PENGEDAR PRODUK TROPIKA SABAH
ReplyDeleteank sy pun ada ruam lampin. skrg dah ok. nyenyak je tidur.alhamdulillah. caranya, pkai kan losyen yg mengandungi aloe vera. sy pkai losyen anak ku. mmg elok. 1 hari dah nmpk prubahan. lepas sy pkai losyen sy sapukan bedak pureen berubat tu. sy biarkan berkipas skejap, lepas tu sy pkai kn pampers. bpe kali tuka pampers jgn ckp lah. 1 hari lebih 10 tukar. yg penting tiap kali tuka, basuh betul2. saki baki bedak tu basuh smpai hilang. mmg penat. tp untuk keselesaan dia, sy buat jugak.. :)
ReplyDeletekesian sungguh kalau tengok anak yang kena ruam lampin ini. Kesian diornag. asik nangis dan meragam sebab tak selesa. Krim No. 1 Rawat Ruam Yang Paling Selamat dan Tak Menipiskan Kulit Bayi
ReplyDelete
ReplyDeleteInfo yang sangat berguna untuk merawat ruam lampin. Selain itu, bagi mengelak masalah ruam lampin daripada melarat atau berulang, kita juga harus berhati-hati dengan susu formula yang diberikan kepada anak kerana silap produk boleh menyebabkan risiko alahan kulit.