Friday, June 18, 2010

Penyejuk Mata Penawar Hati

Salam. Hari ni saje je nak kongsi cerita. Ni la hero dan heroin saya. Rasa macam muda lagi..tapi bila nampak anak dah dua..rasa macam dah kurang mudanya..hehe.. Takpe..inilah bekalan masa tua nanti..insyaAllah kalau panjang umur..

Hari ni genap seminggu gambar ni diambil. Jumaat lepas terpaksa ambik cuti sebab baby sitter nak cuti untuk balik kampung..anak sedara dia kawin. Inilah antara kekurangannya hantar anak kat baby sitter compared to nursery..terpaksa ambik cuti bila baby sitter ada hal.. tapi bukan masalah besar pun..asalkan baby sitter tu jaga anak kita dengan baik. Alhamdulillah..baby sitter ni jaga bergu campuran saya ni dengan baik..tu yang sayang nak cari baby sitter lain kalau pindah rumah.. Tapi kalau hantar anak ke nursery, terpaksa gak ambik cuti kalau anak tak sihat..sebab nursery tak terima..takut berjangkit dengan baby yang lain. Lebih kurang je..

Alang-alang dah cuti..husband pun ambik cuti sama dan dia cadangkan kami ke Batu Pahat untuk ambil geran kereta kat Bank. Dah settle bayaran tahun lepas..tapi tak sempat2 nak ambik.. Ok gak..bleh ziarah member-member kat opis lama. Lama dah tak jejakkan kaki kat opis ni. Opis pertama saya berkhidmat..first posting kat sini! Paling lama saya keje kat sini la..hampir 3 thn..kat cawangan2 lain sekejap je pastu ditukarkan.. Dulu keje kat sini masih anak dara..la ni datang bawa 2 anak..hehe.. ada member tegur.." Baru 3 tahun kita lepaskan keluar..dia bawak 2 orang datang hah.." hahaha..nak wat camne kak..murah rezeki..
Balik dari Batu Pahat singgah jap kat kampung di Tangkak. Dapat tido 1 malam je..Sabtu pagi dah kena betolak ke KL semula sebab saya ada kelas petang Sabtu dan Ahad pagi..uiihh! penatnya.. (tapi driver lagi la penat..pastu kena jaga anak lagi..thank u han!)

Best ke bersalin rapat ni?Ehm..ada pro and con la.. Yang Bestnya..bila tengok diorang berkawan sama-sama.. sorang mengagah..yang sorang gelak..seronok sangat..takde la diorang boring takde kawan..tapi yang tak bestnya..mereka ni perlu dipantau..takut2 kalau si abang pukul adiknya..hehe.. biasala..kanak-kanak ni sukar dijangka..pemikirannya belum matang lagi..

Beza umur Rayyan dan Rania..lebih kurang 1 thn 4 bulan. Rayyan 19.6.2008, Rania plak 11.10.2009. Memang tiada apa-apa kaedah perancangan keluarga diambil..hanya fully breastfed Rayyan. Tapi kaedah fully breastfeeding ni hanya bertahan 6 bulan je..selepas tu sepatutnya kena ambil kaedah lain. Sengaja tak nak ambik..hanya berserah pada takdir yang menentukan..hehe..kalau Allah bagi awal..maknanya..itulah yang terbaik untuk Rayyan..kalau Allah bagi lambat..itulah juga yang terbaik baginya.. Akhirnya..Allah tentukan untuk Rayyan ada adik agak cepat.. Lagi pun husband saya nak supaya Rayyan ada kawan..tak nak macam dia..takde kawan..sebab beza dia dengan adiknya 6 thn..hehe..

Alhamdulillah..sepanjang mengandungkan Rania saya tak pernah mengalami apa-apa alahan termasuk morning sickness. Tak macam Rayyan dulu..bulan ke 5 baru ok. Orang kata..kalau mengandung rapat ni morning sickness jarang berlaku..betul ke? mungkin sebab hormonnye masih blum stabil kot..hehe.. So kehadiran Rania tak memberi apa-apa tekanan pun..sampai kadang-kadang terlupa plak tgh pregnen..hehe..maklumla..baby yang baik.. Mungkin Allah nak mudahkan saya menguruskan Rayyan yang masih kecil. Thank you Allah..

Yang tak bestnye pulak..masa tengah sakit nak bersalin dalam labour room, nurse siap pesan suruh ambik family planning lepas ni. Eee..geram sungguh masa ni..bleh plak kita tengah sakit nak bersalin..dia wat pesanan tu..mengguris perasaan sungguh! hehe.. Tak cukup dengan itu..masa dalam ward..setiap doktor yang datang check up juga turut berpesan perkara yang sama. Ada doktor tu tanya " Dah pilih dah nak guna kaedah perancangan keluarga yang mana lepas ni?" saya jawab " Belum lagi. Nanti saya bincang dengan husband." Nak tau dia jawab apa? "Hah..jangan tengah dok berbincang..termengandung sudah.." Nak gelak ke tak nak..doktor ni buat lawak ke apa..saya diam je la..tempat dia kan..hehe.. Alah doktor..apa salahnya..ada suami kan..lagi pun kalau tak bersalin..doktor takde keje nanti..hehe..ayat2 ni cakap dalam hati je..takut plak kena halau dari ward kalau dia dengar..hahaha.. Sebenarnya betul cakap doktor..at least 2 thn bg rahim rehat dan menyempurnakan penyusuan. Bila dah mengandungkan Rania..penghasilan susu drop tiba2 dah Rayyan tak cukup susu..memandangkan tiada stok..terpaksa la campur susu formula pada umurnya 7.5 bulan. So bila perkara ini terjadi.. saya realise, pentingnya stok susu ibu untuk menghadapi saat2 kecemasan mcm ni..

Mempunyai adik pada umur 1 thn 4 bulan menjadikan Rayyan seorang anak yang pandai bawa diri..(kata member saya la) Dia tak la jadi manja sangat..cuma kadang2 ada gak timenya yang dia nak bermanja macam minum susu di pangkuan..(mungkin jeles dengan adiknya yang nenen di pangkuan mummy..hehe). Yang bestnye..semua barang mainan Rayyan..Rania bleh main sekali..pastu barang2 Rayyan macam stroller, bouncer, carrier, car seat, walker..Rania bleh guna gak..baju Rayyan yang dah kecik pun Rania bleh guna..hehe..jimat belanja! Kesian Rania..banyak pakai barang second hand!

Membesarkan dua anak yang masih kecik..memang banyak menuntut kesabaran yang tinggi. Kadang-kadang bleh hilang sabar gak bila tetiba dua2 wat perangai..tapi nak wat camne..dah memang budak kecik perangainye macam tu kan. Mereka ni amanah yang berupakan ujian daripada Allah kan..kenala redha.. Macam tu juga agaknya apa yang mak abah kita rasa masa membesarkan kita adik beradik dulu kan.. macam mana nakalnya anak kita..mungkin macam tu jugala nakalnya kita dulu..hhehe..kalau tak insaf juga tak tahulah.. Masa kecik je susah..bila dah besar senang! Best juga membesarkan anak dua-dua ni..penatnya sekali harung je..kalau gap lama sangat..bila dah lama selesa..takut bila dapat yang baru..rasa tertekan dan kekok plak..hehe..

So kepada mereka yang masih belum dapat zuriat..janganla sedih atau tertekan..mungkin masa ni Allah tengah train untuk jadi orang yang sabar..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..

Kepada mereka yang asyik dapat je..janganlah pula tertekan juga. Terimalah rezeki yang Allah kurniakan dengan berlapang dada. Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..ehm..teringat plak nak share 1 cerita pasal ni. Masa check-up Rania kat klinik Selayang baru-baru ni berbual la dengan seorang kakak masa tunggu giliran nama dipanggil. Kakak ni bawa baby boy berusia 5 bulan. Anak ke-5 dia. Menurut katanya..anak ni anak tak dirancang..tetiba dapat plak. Mula-mula tu tertekan gak dia memandangkan kos hidup di bandar yang tinggi..suami kerja seorang plak tu. Dia pernah ambil kaedah perancang jenis pil, akibatnya periodnya tak teratur. So lama-lama dia tinggalkan kaedah tu dan guna kaedah manual je katanya. Pada suatu hari dia dapati periodnya lewat..dan ke klinik swasta minta ubat untuk pecah darah (ubat nak bagi period keluar). Doktor minta dia wat pregnency test dulu. Positif! tapi baru 3 minggu macam tu la..doktor kata baru segumpal darah. Dia minta doktor tu buang. Doktor tu kata boleh tapi dia bagitau risikonya.. Penah pesakitnya dulu minta perkara yang sama..tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Segumpal darah itu tak keluar dan membesar menjadi embrio. Akhirnya..baby itu lahir dalam keadaan cacat..tanpa tangan.. Nauzubillah! takut akak tu dengar..dia akhirnya redha dengan rezeki yang Allah bagi ni..

Kesimpulannya, kita merancang, Allah juga merancang..tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan..

No comments:

Post a Comment