Saturday, September 18, 2010

Beraya di pagi hari

Salam. Kembali semula ke dunia blog stelah lama gak menyepikan diri sebab bizi berhari raya di kampung halaman. Mood nak menulis pun tak mari-mari..hehe.. Mintak mahap bebanyak kepada mereka yang jenguk blog ni tapi takde cite baru yang ditulis (ada ke?).

Pejam celik pejam celik..dah 9 syawal ari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Isnin ni dah nak pi keje balik. Cepat je cuti dah abis. Kesian kat anak-anak nak kena tinggal lagi.. Lama dok ngan mummy dan daddy..camne la nak kena tinggal ngan pengasuh nanti. Nak ke tak nak?

Malam tadi pukul 9.30 malam bertolak dari Kuantan dan sampai Gombak pukul 12.30 pagi. Jalan clear..tak jem pun. Mungkin sebab ari Jumaat..orang bandar tak balik bandar lagi..masih kat kampung. Ni pun balik awal sebab ada kelas ari ni ngan esok. Kalau tidak..gerenti tak balik lagi. Kalau tak kerana test dan presentation ari ni..sudahku ponteng ari ni..hehe.. cikgu pun pandai..tak nak bagi orang ponteng..wat la test ari ni.

Pepagi lagi tadi..encik asben ajak pi sarapan kat luar. Dengan isteri dan anak-anaknya belum sempat mandi..keluar rumah. Singgah jap kat rumah pengasuh anak..nak bagi ikan fresh dari kuantan..sekali kena masuk rumah plak beraya! Huh! beraya seawal pukul 8.30 pagi. Nasib baik anak-anak memang sempat salinkan baju raya pagi tadi. Encik asben siap tegur, " Ai, nak kuar makan pun pakai baju baru?" hehe..balas balik, " Ala..budak2 ni kan cepat beso..sayang kalau baju baru tak pakai selalu.." Mendengar jawapan itu, encik asben diam tanda setuju! hehe..

Bagus gak bawa anak-anak pi rumah pengasuh time2 camni. Bleh la bagi can pada mereka untuk ingat balik kat pengasuhnya.. Lama dah tinggal! Memula..memang diorang macam tak nak je.. lama-lama skit..baru ok. Harap-harap ari isnin ni pun ok gak ye anak-anak.. tenteram skit mummy nak pi keje..

Lepas beraya rumah pengasuh anak..jiran sebelah rumah dia plak ajak gak beraya ke rumah. Ehm..alang-alang..beraya la sekali! Dengan pengasuh dan suaminya sekali ikut beraya. Dengan tak mandi..dua rumah gak la beraya ari ni..hahaha..teruk betul la ini budak bucuk! Dan..tujuan asal nak pi sarapan..berkubur begitu aje. Tak tercapai hasrat nak pekena nasi lemak pagi tadi.. makan kuih raya la pulak! Dah tertulis itulah rezeki pagi tadi..

Opss lupa plak nak citer..masa Rayyan salam dengan tuan rumah tu..ajar dia cakap selamat ari raya..dia ikut cakap..tapi pas tu bleh plak sambung sendiri.." nak wit! (nak duit) " Aduih la Rayyan..buat malu mummy je.. Ni la akibatnya bila dah biasa salam orang bagi duit sepanjang ari raya..hehe.. tapi memang mummy dia tak penah ajar ye mintak2 duit ni..

No comments:

Post a Comment