Wednesday, September 1, 2010

Cuti @ kampung halaman

Salam 22 Ramadhan. Cepatnya rasanya masa berlalu..tinggal 8 ari je bulan Ramadhan. Pejam celik pejam celik dah ari ke-22 kita berpuasa..(generally la..tahu ada gak yang tak cukup.. :-)). Alhamdulillah Allah masih beri kekuatan untuk berpuasa dan menyusukan anak. Berkat amalan sahur. Bekalan susu sikit pun tak kurang..secara tak langsung men'delete'kan kebimbangan menghadapi Ramadhan sebelum ni. Sememangnya berpuasa tidak menghalang seseorang ibu itu untuk menyusukan anak..dan sebaliknya..menyusukan anak tidak menghalang seseorang ibu itu untuk berpuasa. Apa yang penting..kena ikut ajaran Islam..bersahur! dan sahur itu dilewatkan. Dan yang terpenting adalah berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk melaksanakan 2 ibadah ini. Sesungguhnya..tiada daya dan upaya tanpa izin dari-Nya.

Hari ni hari pertama kerja setelah 5 hari bercuti. 5 hari cuti tu dihabiskan di kampung halaman en. husband di Kuantan memandangkan tahun ni buat pertama kalinya akan beraya di kampung halaman wifenya ini terlebih dahulu. Lama tak update blog ni..maklumla banyak sangat aktiviti yang dibuat di kampung tu. Usung je laptop balik kampung..tapi tak sempat nak memblog pun. So, ari ni nak cite skit antara aktiviti yang mamiraysha sempat buat kat kampung 5 ari tu..

Aktiviti 1 :

Mencuba resipi yang tak pernah cuba pun sebelum ni.

Resipi 1 - Daging roll ( i belasah je letak nama resipi ni..lupa nak tanya tuan punya resipi)

Bahan2:
1 bungkus roti sandwich (panjang)
4 keping daging burger
4 biji telur rebus (dicincang)
1 labu bawang besar (dicincang)
Minyak masak
Mayonese (Thousand island)
Lada sulah (ikut suka)

Cara2:
1. Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang cincang dan masukkan daging burger. Hancurkan daging burger tu dalam kuali. Bleh letak lada sulah skit kalau suka. Goreng sampai puas hati. Dah siap, angkat dan toskan.
2. Then, masukkan dalam mangkuk. Gaulkan bersama telur rebus cincang dan juga mayonese. Dah siap..inti roll kita!
3. Lenyekkan sekeping roti sandwich sampai nipis (pakai botol je). Then, letakkan inti yang dah siap tadi kat atas roti lenyek ni. Pastu gulungkannya. Nak lekatkan gulungan tu, gamkan pakai sedikit bancuhan tepung gandum (mak mertua i ajar..lupa plak nak tanya tuan punya resipi).
4. Teruskan aktiviti melenyek dan menggulung roti sampai la abis..
5. Dah siap, gorengkan daging roll tadi ke dalam minyak yang banyak. Dah agak kekuningan..angkat dan toskan minyak!
6. Awas! resipi ni tinggi skit kolesterolnya. Nak makan sekali sekala tak ape. Jangan berkala-kala.. Saya tak bertanggungjawab di atas pertambahan kandungan kolesterol dalam badan anda! hehe..

p/s : 2 kali gak la saya wat hidangan ni..tapi dua2 kali tu saya tak makan. Mereka kata sedap! cubala..

Resipi 2 - Kek coklat lembab (moist)


Bahan-bahan:

2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

- Pukul telur hingga kembang
- Masukkan gula dan pukul lagi
- Kemudian masukkan minyak masak
- Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
- Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
- Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok…taruk je atas kek yg dah sejuk

Sumber resipi: fendy75@myresipi.com (tapi saya ambil dari sini - ada testimoni lagi)

p/s : Untuk resipi ni..saya wat kurang menjadi skit..terlebih bakar..terhangus skit..hehe..tak terer la katakan.. Hingga saat saya balik malam tadi..kek ni ada lagi kat dalam peti sejuk mak mertua i..huhu..tak laku..

Aktiviti 2 :

Aktiviti ni memang ditunggu-tunggu..shopping baju raya anak tanpa penglibatan anak-anak! Berdua-duaan dengan en. husband aje. Pegi ari isnin..ari sepatutnya orang bekerja..tak la sesak sangat.

Masuk je East Coast Mall..terus terdengar pengumuman kepada ibu-bapa yang kehilangan anak..ada kanak-kanak berusia 5 tahun dijumpai. Uiik? ibu bapa shopping sampai tak perasan anak hilang ke? Tu yang malas nak bawa anak-anak tu.. biarla duduk rumah dengan oni dan makcik2nya. Untuk Rania..memang mummy dah merancang untuk tidak membawanya pegi jalan2..so awal2 lagi stok EBM dah siap2 buat untuknya..takde masalah nak tinggal..hehe..Rayyan takpe..ada susu formula. Dapat la mummy dan daddynya ini shopping dengan tenang.

Tujuan shopping kali ni nak cari baju raya untuk Rayyan je. Rania punya dah beli. Mana taknya..sebelum ni nak cari baju mereka berdua..asyik2 terbeli baju Rania..hehe..maklumla..baju budak pompuan kan cantik2..senang nak jumpa..asyik terbekenan je.. baju Rayyan tak jumpa2 yang berkenan. Agaknya mata mummynya ini dah dikaburi oleh baju budak2 pompuan agaknya..hehe.. Tahun ni first time shopping baju raya untuk anak pompuan la katakan. Raya tahun lepas Rania dalam perut lagi. Hari raya yang ke-21 baru dia kuar..hehe..

Masa ni memang dah set nak beli baju Rayyan je. Walaupun ada gak baju untuk Rania yang berkenan di hati..tahan je la (tapi sampai saat ni masih terbayang2 gak kelembutan dan kecantikan gaun tersebut..hehe..nasib baik jauh nak pi balik). Akhirnya dapat gak la beli 3 pasang baju untuk Rayyan!

Sampai je rumah..excited mummy suruh Rayyan cuba. Cuba punya cuba..Rayyan tak nak bukak baju terakhir yang dia cuba..huhu..Rayyan dah rasmikan baju raya sebelum raya! Ehm..takpe la nak.. 2 pasang lagi mummy simpan..tak nak bagi Rayyan nampak..hehe..

Aktiviti 3 :

AKtiviti yang jarang dilakukan. Jalan-jalan keliling kampung naik moto.. Daddy, mummy dan Rania aje. Rayyan pi jalan dengan makciknya..so tak joint la kami. Seronok gak la dapat hirup udara segar kat kampung walaupun sesekali udara segar itu dicemari dengan asap moto yang daddy bawak ni..hehe..

Rania siap tertido lagi atas moto..ehm..anak dara ni memang tak layak jadi minah rempit! Best agaknya kena angin..tu yang tertido tu.. dia terjaga bila daddy berhenti kat bawah pokok berhampiran pantai. Tak pegi pantai pun..maklumla cuaca panas terik kat pantai tu..tengok dari jauh je..

Banyak gak bangunan under contruction kat area pantai ni. Ada nak buat resort..nak wat perumahan pun ada. Sempat gak kami tinjau banglo yang baru siap bina. huiiyo..cantiknya! Orang kampung memang tak mampu nak beli ni. Mesti developer wat untuk pasaran luar..untuk orang kaya-kaya beli dan dijadikan rumah persinggahan. maklumla tak jauh dari pantai.. Mula la kami berangan..kalau la menang peraduan RM1 juta..akan kami beli banglo ini..hehe.. pastu banglo ni akan dijadikan rest house..wah..indahnya impian..yang belum tentu jadi kenyataan.. Disaat daddy meneruskan perjalanan pulang..mummy kat belakang masih lagi berangan..kalau la dapat RM1 juta....(hahaha..)

Aktiviti 4 :

Aktiviti 4 ni adalah aktiviti sampingan je..tapi cukup mengambil masa yang lama..yang bleh memenuhkan jadual harian mamiraysha! Aktiviti tengok TV dan tido..zzz..(mengalahkan orang yang sdg berpuasa..letihnya :p)

Aktiviti Rania


Aktiviti utama budak kecik ni..makan..makan dan makan..apa aje yang disuap memang berselera dia makan. Bab ni memang tak bleh nak control.. Rania ni plak memang jenis tak bleh nak tengok orang makan..dia dah wat isyarat mulut nak makan.. Yang berkhasiat ke..tak berkhasiat ke..asal aje dibagi..memang dimakannya.. Ini blum tumbuh gigi lagi ni..tak tau la kalau dah tumbuh gigi plak camne..

Akibat makan je aktivitinya..ada gak la aktiviti sampingan yang dibuat dan secara tak langsung menambah aktiviti mummy..iaitu aktiviti 'yak'.Aduila Rania..jenuh mummy kena menyental cloth diaper..

Sampaikan nak bertolak balik malam tadi..dah babai babai sefamili..tetiba plak mummy terbau masam2 skit kat Rania..kompem! Rania beraktiviti lagi! Hai..padahal petang tadi baru je membuang..dia buang lagi! Cuci kat luar rumah je la.. terpaksa la tinggalkan sekeping cloth diaper kat kampung..tak sempat nak cuci!

Aktiviti Rayyan


Aktiviti Rayyan paling utama..jalan-jalan! kawan baik dia ialah Cik Su dia yang berumur 14 tahun..hehe..inilah adik paling kecik kat rumah ni. Berkepit 24 jam. Hilang dari pandangan mata..mulala dia bertanya.." cikcu ane? " Tido sama-sama..pegi kedai sama-sama..mandi sama-sama.. Seronok la dia dapat perhatian sepenuhnya..

Kali ni kat kampung Rayyan telah diajar oleh ciksu dia mengepau atok dan pakciknya..Adoi la.. " atok nak wit.." Dapat duit..apalagi..ke kedai la bersama cik sunya beli jajan dan mainan..semalam je dia berjaya mengepau RM15 tanpa pengetahuan mummy. Alahai Rayyan..

Akhir kata..apa jua aktiviti..pulang ke kampung memang best! tak kisah la kampung halaman siapa pun..husband atau kita sendiri.. rasa berat plak nak balik bila dah lama cuti! Pukul 1 pagi tadi baru sampai rumah.. Dari start bertolak malam tadi pukul 9 mlm Rayyan tido..sampai hantar ke rumah baby sitter pukul 6.30 pagi tadi..Rayyan tak bangun tido lagi..letih sangat la tu!

No comments:

Post a Comment