Friday, September 24, 2010

PTPTN : Pemotongan gaji mulai 2013

Sebut je pasal PTPTN..mesti ramai yang teringat pasal hutang yang menimbun kan? Sama la dengan mamiraysha ni. Bayar tu tetap bayar..tapi kalau ada bulan2 yang komitmen kewangan tinggi..termiss la jugak. Bila la agaknya nak menang mana-mana peraduan dengan hadiah lumayan. Perkara pertama yang akan buat ialah settlekan pinjaman PTPTN ni. Pening kepala memikirkan hutang ribu riban ni. Agak2 PTPTN takde ke perancangan nak wat peraduan apa2 ke? bleh la mamiraysha joint! mana tahu bleh settle hutang..hehehe..

Masa belajar dulu tak pikir pun pasal hutang piutang ni. Janji ada pembiayaan untuk study kan? ye la akaun FAMA tak berapa nak cukup nak taja. Perkara yang dah berlalu biarlah berlalu.. yang penting..kalau boleh mamiraysha tak nak la anak-anak melalui pengalaman yang sama macam mami dan dedi diorang ni. Biarla nanti mereka dapat sambung belajar dengan tenang..tanpa pikir hutang piutang. Bila dah keje nanti tak yah la pening kepala nak bayar hutang. Bleh la bagi lebih kat mami diorang ni..untuk keberkatan..ye tak? hehe..

Bagi merealisasikan impian ini, apa-apa pun..langkah awal perlu diambil dengan buat simpanan untuk mereka. Setakat ni..dedi dah pun menyimpan dalam takaful ikhlas untuk Umar Rayyan masa dia umur 6 bulan lagi..dan Aisya Rania belum lagi..(akan diusahakan juga nanti.. Sori sayang..ekonomi tak mengizinkan lagi). Segala pendapatan anak-anak juga disimpan dalam akaun peribadi mereka masing-masing di Tabung Haji..senang dah siap zakat..tak payah pikir nak zakat2kan ye tak? Harap-harap cukup simpanan mereka untuk biaya pendidikan tinggi nanti..tak yah nak pinjam dengan PTPTN. Cukupla mami dan dedi je yang berhutang ngan PTPTN. Cukupla hanya gaji kami je yang kena potong untuk bayar PTPTN ni mulai 2013..

Mulai 2013? Aik bukan ke ari tu dengar mulai JUN 2011? Extend lagi 2 thn plak? Hah ni la mamiraysha nak citer ni. Malam tadi dengar berita kat TV3 bagitahu berita ni. Kalau sebelum ni kita dengar start Jun 2011..gaji semua peminjam PTPTN akan dipotong melalui LHDN untuk bayar hutang PTPTN. Tapi berita yang didengar kat TV malam tadi memberitahu bahawa pemotongan gaji akan hanya dilaksanakan mulai tahun 2013. So pepagi lagi sampai opis mamiraysha carik la sumber berita penuh tu. Nah! berikut dipetik berita penuh pasal berita tersebut:

PTPTN: Potongan gaji hanya mulai 2013, kata menteri

SINTOK, 23 Sept — Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

“Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

“Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam.

“Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.

“Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan,” katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham, Malaysia Campus. — Bernama

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/

Ok juga potong gaji ni..tak la perasan sangat banyak duit lebih kalau tengok baki kat slip gaji sedangkan banyak lagi bayaran yang perlu dibuat tak masuk kat situ..hehe.. At least takde la terguna duit diperuntukkan untuk bayar hutang PTPTN dengan bayar benda lain ye tak? Jimat masa, kos dan juga tenaga berbanding nak bayar sendiri kat bank..selain dapat jimat RM1 caj yang bank kenakan.

No comments:

Post a Comment