Tuesday, September 7, 2010

Raya hari Khamis ni?

Salam 28 Ramadhan! Alamak! dah nak raya! Kalau ikut kalender tinggal 2 ari je puasa. Raya 10 September, Jumaat ni. Tapi tetiba plak dengar cite pepagi lagi kat HotFM, ada sms yang tersebar menyatakan raya ari Khamis ni. Raya ari khamis? Alamak tinggal 1 ari je la bulan Ramadhan..cepatnya! Tak sempatla nak merasa bersahur di Tangkak.

Apa-apa pun..raya hari Khamis ke Jumaat ke..belum pasti lagi. Malam esok baru Penyimpan Mohor Besar Raja2 umumkan 1 Syawal jatuh bila..khamis atau Jumaat. So..khabar angin je la!

Ada orang kata, sms ni sengaja disebarkan oleh mereka yang ada kepentingan. Mungkin ada pihak yang nak manipulate statement ni nak cari keuntungan. Siapa? Betul ke? Wallahualam bissawab. Ini soalan ana tak bleh jawablah!

Mamiraysha takdela panik dengar statement raya ari Khamis ni..maklumla memang dah apply cuti start ari Khamis ni. Balik kampung esok. So, Khamis raya ke tak raya ke..insyaallah dah ada kat kampung. Cuma..singkatla skit masa cuti di Tangkak..maklumla dah janji dengan en. husband yang balik kampungnya di Kuantan raya ke-3 nanti..sampai la abis cuti seminggu..(Suamikulah antara insan yang gembira menerima khabar angin ini..hehe..). Okla..takpe..bagi bonus kat anak mak yang tak dapat sambut raya ngan bonda tercinta tahun ni..(first time ni! maklumla sejak kami kawin..tak penah raya kat Tangkak dulu..3 kali raya sebelum ni raya kat Kuantan dulu..dengan kerelaan mamiraysha la. Tak kisahpun raya kuantan dulu..janji beraya lama kat Tangkak. Tapi tahun ni..terpaksa ubah kebiasaan atas permintaan adik beradik mamiraysha yang tak puas hati asyik beraya kat kuantan je dulu! hah! ambik! kan dapat cuti sekejap je kat Tangkak! Mungkin mereka rasa tak best kot Kak Long mereka takde masa malam raya! hehe..maklumla..(malasla nak puji diri sendiri..hahaha)

Tapikan.. tak semua orang cool macam mamiraysha terima khabar angin ni. Ada yang panik semacam dengar berita ni. Pendek kata..cite ni telah menggugat ketenangan mereka yang tenang sebelum ni..(pendek yang kata! panjang tak tahu la kata apa..hehe..) Mana taknya..ada yang dah beli tiket flight ari khamis malam nak balik Sarawak..kalau betul raya ari Khamis..maknanya..dia balik kampung dah raya dah..mahu tak menangis kesyahduan sambut raya diperantauan!

Lagi satu..golongan yang panik ialah golongan yang ambik tempahan jahit baju raya..ataupun kuih raya. Bila raya jatuh hari Khamis..alamatnya tak tido malam la member..nak pulun siapkan tempahan dalam masa sehari setengah yang tinggal! Ehm..dugaan2..

Apa-apapun..ada gak baiknya sms khabar angin ni. At least menyedarkan skit masyarakat kita yang percaya sangat kat kalender..hehe..(termasukla mamiraysha). Belum Penyimpan Mohor Besar raja-raja umumkan bila raya..kita dah tahu dah raya bila..(ikut kelender). Memangla cara penentuan tarikh 1 syawal ada 2..perkiraan dan nampak anak bulan. Mana la tahu..cuaca baik..tetiba plak anak bulan clear kelihatan di semua kawasan cerapan ye tak? Hah! lain kali..standby balik cuti at least pada hari tengok anak bulan...dengan andaian mana la tahu..esok raya! Mungkin penulis sms asal mempunyai niat baik..supaya masyarakat beringat! lain kali buat persediaan awal2..jangan last minit! (sangka baik). Mungkin juga penulis ada alasan sendiri nak sangat beraya pada hari Khamis..so dia edarkanla sms tu. Dengan harapan, bila ramai sangat yang memperkatakannya..maka ucapan itu umpama doa..dan bila ramai yang mendoakan..mana tahu..Allah kabulkan..ye tak? Agaknya penulis dah kurang cuti rehat..so bila raya jatuh hari khamis..cuti umum jatuh pada hari khamis dan jumaat! tak yah la nak apply cuti rehat ari khamis tu! hahaha..memandai je mamiraysha ni!

Apa-apapun..tunggula pengumuman malam esok ye! jangan percaya dulu! (Tapi kalau nak selamat..standby je la apa yang patut..) Kalau semua orang percaya, gerenti sesak jalan esok ni. Susah la mamiraysha camni..terperangkap dalam kesesakan lalulintas! Bleh 2 jam sampai tangkak..mahu 5,6 jam baru sampai ni..alahai!

Kepada mereka yang kelam kabut nak packing barang tu..jangan lupa duit raya yang dah siap2 tukar tu..sampul duit raya..baju raya yang dah beli sedondon sefamili..kuih raya..dan sebagainya. Excited nak balik kampung, bleh lupa plak barang2 penting ni..hehe..ada plak yang tak kuar rumah raya nanti ni! maklumla baju raya ngan duit raya tertinggal..hahaha.. (sekadar mengingatkan diri sendiri juga..maklumla tak packing lagi!)

Akhir kata, raya ari Khamis ke Jumaat ke..raya pasti akan menjelma! dan..Ramadhan juga pasti akan berlalu.. berlalu juga bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan yang pahala digandakan.. Dalam kita tertanya2 bila nak raya..jangan lupa..pulunla sisa-sisa waktu yang tinggal. Anggapla ari Khamis raya..jadi ari rabu ari terakhir berpuasa dan malam ni malam terakhir kita bertarawikh. Kalau tak jadi raya hari Khamis..maknanya..Allah bagi kita sedikit kesempatan lagi untuk merasa kemanisan ibadah di bulan Ramadhan!

Sekian!

1 comment:

  1. cayalah raya khamis... hu hu hu pada yg tak sempat..

    ReplyDelete