Salam hari rabu.
Untuk pengetahuan semua, permohonan mamiraysha untuk menduduki kuarters kerajaan kat Putrajaya telah diluluskan. Akhirnya! setelah hampir 9 bulan menunggu.. macam nak tunggu baby lahir plak kan..hehehe.. kalau masa apply dulu 6/2/2010 mamiraysha baru start pregnen..agaknya tengah tunggu hari nak bersalin baru dapat rumah..hehe.. Tu pun belum tentu dapat duduk lagi kat umah tu..nak kena cuci..angkat barang bagai..kemas itu kemas ini.. entah2 tengah2 dok kemas..dah terberanak..haha..imaginasi semata-mata..
Orang kata kalau nak cepat kena buat rayuan. Tapi mamiraysha tak buat sebarang rayuan pun.. memang serahkan kepada takdir semata-mata ni. Tawakal je. Kalau dapat cepat pun takpe..dapat lambat pun takpe..ada hikmahnya kan. So dengan sabarnya sejak 18/1/2010 mamiraysha berulang-alik dari Gombak ke Bangi. Lebih kurang 45 km jauhnya. Tapi dah kena menempuh KL..walaupun 45 km makan berjam-jam jugakla kalau jalan jem. Start 1/3/2010 baru la encik asben mengambil alih tugas jadi driver..dan kami berulang alik bersama-sama selepas dia dapat tukar ke Putrajaya.
Berulang jauh memang penat. Meletihkan. Masa dengan anak-anak sangat terhad. Kuar rumah pukul 6.15 pagi. Time ni anak tengah nyenyak2 tido..terpaksa diangkat untuk hantar ke rumah pengasuh. Balik plak pukul 6 petang baru sampai rumah pengasuh..tu pun kalau takde extra jem. Malam plak pukul 9 malam dah tak larat dah..ngantuk sesangat. Pukul 9 dah paksa anak-anak tido. Bayangkan..berapa jam je dapat main ngan anak2 kan..sian diorang.. Kalau rumah dekat dengan dengan opis..masa ngan anak-anak lebih panjang..
Tapi dilema lain plak bila dah kena pindah rumah ni. Nak kena cari pengasuh baru untuk anak-anak. Serius! inila punca kenapa kami tak wat rayuan supaya cepat dapat kuarters. Boleh ke pangasuh baru jaga Rayyan dan Rania dengan baik macam pengasuh sekarang buat? Sejak Rayyan berumur 2 bulan dia jaga sampai la sekarang umur 2 thn 4 bulan. Boleh ke Rayyan berpisah dgn neneknya ini? Rania pulak? Siannya anak-anak kecik ni..
Pening gak la memikir. Nak hantar taska ke rumah pengasuh? taska ke pengasuh?
Kelebihan Taska
- Ramai kawan-kawan. Rayyan bleh belajar berkawan dengan ramai kawan..
- Ada space untuk bermain dan peralatan untuk bermain
- Makan disediakan
- Ramai pengasuh..so kalau sorang cuti..ada yang lain bleh tolong cover
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (tapi ada gak taska yang tak berdaftar kan?)
Kekurangan Taska
- Bila dah ramai..penyakit senang la berjangkit..
Ini je la yang mamiraysha mampu terfikir untuk kelebihan dan kekurangan taska ni. Memang tak penah hantar anak2 ke taska ni. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan2 je. So kalau kawan2 yang baca entry ni ada pengalaman pasal kebaikan dan keburukan taska ni..please share with me.. i need to know sebelum buat any decision!
Kelebihan rumah pengasuh
- Jumlah yang dijaga sikit je. Macam pengasuh sekarang ni..jaga anak-anak saya je. So penyebaran penyakit tu..adalah terkawal. Biasanya pengasuh yang akan berjangkit daripada anak-anak saya kalau diorang ni kena selsema..
- Bila jumlah yang dijaga kurang..pengasuh ni lebih fokus pada anak-anak kita je.. kasih sayang pun tak berbelah bahagi..ye tak?
Kekurangan rumah pengasuh
- Cuti memang kena spare lebih la sebab kita kena hadapi saat pengasuh minta cuti sebab tak sihat, hal peribadi dan sebagainya..
- Anak-anak tak berpeluang untuk berkawan ramai..itu je la kawannya yang merangkap adiknya juga..
- Tak berdaftar kat mana-mana pun. Ni kira berserah je..tawakal!
Ehm.. dah listkan cenggitu pun..mamiraysha still susah nak wat keputusan. Taska ke rumah pengasuh? huhuhu..tolongla bagi pendapat! Mamiraysha ada masa sehingga 29.11.2010 untuk menerima tawaran ni. Insyaallah kami akan terima tawaran ni..tapi akan duduk sepenuhnya start bulan 12 kot..
Sekian..
anak akak yg bongsu dah dua tahun lebih ke..kalau baby dah besar elok hntar taska je kot..taska yg buat aktiviti, boleh belajar baca doa ke..sbb kalau baby dah besar ni chances nk demam bagai tu kurang sikit..dh kuat sistem imunnnya..kalau baby kecik lagi mcm anak sy hantar taska, haruslah demam sebulan sekali..hu hu..
ReplyDeleteentahlah..sekadar pendapat
tumpang setuju dgn pendapat sarah tu :)
ReplyDeletekalau umur anak dah 1year plus, elok jugak la hantar ke taska, byk aktiviti dia kat sana..
kalau below 1tahun, mmg elok usahakan carik pengasuh dkt2 rumah tu
Terima kasih la kat sarah dan lydzar sudi bagi pendapat. Anak sulung dah 2 thn 4 bln..yang 2nd plak nak masuk 1 thn sebulan.. Ehm..betul jugak ye.. kena survey la taska cam ni..
ReplyDeleteemmm...agak mencabar minda soalan ni...mmg sukar yg menentukan mana yg terbaik utk anak2 kita...taska kat inspen tu ok ke tak??...cuba tanya kengkawan yg pernah hantar kat situ...lebih dekat dgn tmpat keje..cuma, bila dah ramai2 kat sana dah tentu tumpuan utk anak kita kurang...walaubagaimanapun, kalau taska tu dekat dgn tmpt keje, ok la...pe2 hal boleh ambik terus...
ReplyDeletekalau nk cari pengasuh baru tu boleh...tp, ada beberapa persoalan yg perlu difikirkan..:-
1) Klu pengasuh tu muda, dan dijangka akan ada kemungkinan dia ada anak kecik lagi, kita kena pula fikirkan nk hantar anak kat mana kalau dia bersalin nanti..?
2) Ada ke pengasuh yg berumur di sekitar putrajaya (mcm pengasuh dulu) sbb rata2 org putrajaya ni muda2 belaka...
Sila jawab balik soalan ni ek...pastu, blh wat keputusan..
Juli..thanks bg komen ye. Siasatan akan dilakukan terhadap taska inspen tu nanti. Opss..ada plak soalan yg kena jawab. Hehe..anyway..very good persoalan tu..tak terfikir plak. Hanya orang yang melaluinya aje yg tahu..ye tak?
ReplyDeleteSalam...sedang mencari2 info tntg pengasuh atau taska,terkeluar blog saudari..walaupn entri ni thn lepas punye..juz nk tnye, awk anta pngasuh or taska??sy msh tak dpt nk buat keputusan..pengasuh ank sy skg ada mslh kesihatan..kami perlu cr pengganti atau taska..
ReplyDeleteibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh biasanya akan mengalami masalah cuti tahunan kerana pengasuh dirumah akan selalu dengan suka hati untuk minta cuti dari kita pelbagai alasan antaranya; sakit, kenduri, bercuti dan sebagainya...akhirnya kita yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerap kali dari majikan kita seterusnya menjejaskan prestasi kerja dan karier kita
ReplyDeletesatu lagi keburukan rumah pengasuh ialah mereka juga adalah surirumah yang perlu memasak, menguruskan anak sendiri, menguruskan anak2 lain dibwh jagaan (selain ank kita) sidai baju, mengemas rumah, mesyuarat tingkap, mesyuarat penduduk, jadi dptkah mereka menyelia dan menjaga ank kita dengan sebaiknya??
jadi saya syorkan kpd ibu bapa untuk mengambil pembantu rumah atau yg sebaiknya menghantar ke TASKA..tetapi sy lebih memilih TASKA kerana di TASKA mempunyai aktiviti dan menggalakkan anak bersosial..
sokong dgn eyma..sbb sy pun da ada pengalaman bertukar2 pengasuh. pegasuh pertama jg anak sy dar 3bln sehingga 8 bulan pastu dia pregnt then kena cari pengasuh baru..tp pengasuh ke2 lak xlarat nk jg (pengasuh 2 da berumur dan ank sy lak laki, lasak la..) then tukar pengasuh kali ke 3 tp bertahan 2 bulan je(2 pun bulan ke2 saya xbyk anta). pengasuh ke3 nie lak byk ragam..cuti sy byk dihabiskn sbb dia..nk balilk kg la, nk klua jln la..last2 sekrg ank da 1thn sy anta taska..baru je la..lum smpai 1 buln lg..tp myb sbb sy xbiasa anta sy rs mcm xsenang je nk bt keja kt ofis..tp sy hrp2 ank sy ok la...coz coming soon nnt nk anta adik dia lak..
Deleteye....pengasuh rumah selalu bercuti sesuka hati..cuti panjang balik kampung di tanah borneo la..diskaun cuti panjang x nak bagi.kita pulak pening nak transit anak dan topup duit kita byr transit.klau nak cuti untuk dia sorila..kita slalu cuti nnt org kt opis pun nyampah tgk kite.pengasuh rumah dah daftar ngan jkm pun same..cuti sesuka hati jgk.tu blm masuk slalu srh jmput anak awal sbb dia nak halfday.pengalaman sy mmg sakit hati.dia siap amik kelas memandu time kita tgh keje.anak2 asuhan dia ditinggalkan dgn anak pempuannya yg umur 9tahun.gigi anak aku pun x bergosok pagi2..balik umah tgk gigi kuning..teruk..gile duit.aku x halal la upah yg dia cuti panjang sampai 2minggu tu..srh bayar penuh...kejam dan muka tembok.
ReplyDeletebetul tu..nak lg kat putrajaya nih.pengasuh rumah nak cuti senang je pkai sms anta kat kita ckp brape hari nak..mengalahkan org yg keje gomen ni plak senangnya..jkm x pantau ke pengasuh rumah yg slalu cuti ni..x kan nak biarkan pihak ibubapa ni terbeban dgn masalah mcm ni.pengasuh ank sy tu berdaftar tu....dulu dia buat peraturan klau taska tutup dia pulangkan duit rm15 sehari.tiba2 nak raye dia nak cuti panjang dia anta surat srh saya sain.surat tu utk mansuhkan perkara pulangan wang jika taska ditutup tu.wahhh....senang lenang la dia dpt duit penuh sebulan tp mengasuh 2 minggu je.bekira btl..aku slalu je bg lebih upah dia dan bayar awal x tunggu ujung bln.tiba2 dia nak berkira ngan aku bile aku nak diskaun dia cuti lame.ni la dia org klau dah gelap mata ngan duit..bkn nak kene byr sewa premis mcm taska luar tu lain la..ini mengasuh kt rumah kuarters kediamannya..x patut betul..ikut sgtla peraturan persatuan pengasuh berdaftar dia tu..tang duit..cuti lebih 3hari berturut2 pttnya tau malu kann..sape nak bela nasib parents cam kita ni...keje dah la gaji ciput...anak ramai..timbang rasa la sikit sesama manusia..diskaun rm20 pun ape la slhnye..sejuk jgk ati..ini dia pertahankan jgk peraturan dia tu..mmg mcm taska luar la dia buat.
ReplyDeleteSaya nak share pengalaman saya, pernah hantar anak kat taska tapi saya berhenti sebab anak kena diaper rash teruk sebab diorang tak tukar diaper sampai petang. Breastmilk saya diorang rebus sampai botol susu kemik padahal susu badan kan tak boleh direbus nanti hilang khasiatnya. Saya banyak kali beritau panaskan susu dengan air panas je.
ReplyDeleteThen hantar pengasuh.. Lain citer pulak.. Seminggu hantar anak dah pinjam ratus2, dua tiga hari lepas tu pinjam lagi. Nak dekat setahun jugak tahankan, asalkan anak dijaga ok, saya tak suka nak cerewet2.. pengasuh ni dah kematian suami, tinggal denngan anak lelaki bujang. And mak cik ni jaga budak2 ditolong oleh anak perempuan dia umur awal 20-an (dah kawin & dah ada baby lelaki) yang tinggal sekali kat rumah tu.
Bab2 pinjam duit tu saya boleh tahan lagi walaupun budak2 lain yang dia jaga dah silih berganti. Tapi bila tahap keselamatan anak kita dah tak terjamin, saya decide keluarkan anak dari situ dari dgn segera.
Last week balik rumah nampak peha anak saya lebam besar, plus 2 lebam kecik. Esoknya saya nak tanya makcik tu kenapa lebam teruk anak saya, sampai2 rumah dah ada ibu lain yang anaknya jugak ada lebam2.. This parent sampai bawak anak pegi klinik sebab teruk lebamnya. Bila kami tanya jawapan makcik tu tak tahu, dia cuma dengar anak kami menangis.. Ok saya pun tak tengok budak sorang lagi tu macam mana lebamnya and saya pun anggap positif..maybe anak saya terjatuh. Then beberapa hari lepas tu ada lagi lebam kat badan anak saya. Kali ni kat tangan belah kanan ada 4 lebam.. Esoknya saya tanya still jawapan yang sama, dia tak tahu. Saya tak puas hati sebab dia tukarkan pampers anak & mandikan.. Takkan x nampak lebam2 tu.
Then saya tejumpa dgn ibu budak yang ada lebam jugak tu masa nak balik dari ambil anak dari rumah pengasuh. Saya dah google dan dapati lebam kat paha anak adalah kesan cubit. Bayangkan betapa kuat anak saya kena cubit, sampai kaler purple and merah (darah bawah kulit). Saya minta tengok gambar budak sorang lagi tu.. Ya allah.. Sedih sangat hati saya. Dah lah mata dia lebam macam kena tumbuk, pipi pun biru then belakang badan dia berbirat2.. Macam bekas kena sebat..
Saya pun dah jumpa doktor pakar kanak2 di hospital pakar bangi dan tunjuk gambar paha anak saya & tunjuk lebam kat tangan yang still ada lagi. Dr advise keluarkan anak dari situ sebab lebam pada mata, upper arm, paha dan especially belakang badan most probably adalah inflicted bukan accidental. And dr pun setuju kesan lebam kat paha anak saya adalah kesan cubitan. (Google pinch mark)
Esoknya apa lagi saya terus ambil beg anak saya semua dan katakan saya ada hal. Saya tak nak gaduh2 dengan makcik tu kat rumah dia. Yang penting anak saya keluar dari situ sebelum benda lagi buruk berlaku. Orang sakit mental je yang boleh cederakan budak2 kecik yang baru berumur setahun lebih. Kalau anak saya ada buat salah pun, janganlah buat sampai lebam2 macam tu.. Saya rasa bukan makcik ni yang buat tapi saya suspek anak makcik tu yang buat budak2 ni. Tapi kira mak cik ni bersekongkol lah jugak
Saya rasa nak buat report je, bukan nak tutup periuk nasi orang tapi ni dah kes child abuse. Janganlah budak2 lain yang kena, takut lagi teruk pulak.. Tadi saya lalu kawasan rumah pengasuh tu, anak saya terus merengek2 macam nak menangis, siap peluk saya kuat2.. Sedihnya saya anak sampai takut macam tu. Entah apalah diorang buat kat anak saya sampai lalu kawasan rumah pun dia dah phobia..
Sekarang anak hantar taska,alhamdulillah balik rumah happy & ceria je. Mungkin layanan cikgu2 kat situ baik berbeza dengan sebelum ni.
Kalau ada kawan2 nak hantar anak kat pengasuh di presint 5r4 mohon diorang selidik dulu. Jangan hantar kat ex-pengasuh saya ni. Mohon share dengan kawan2 lain supaya anak2 kita tak jadi mangsa..
PERLUKAN PENGASUH??
ReplyDeleteHUBUNGI SEGERA
No.Hp:
018-2768709-Hawa
(call/sms/whatsapp)
Alamat:Kuarters IPD Putrajaya,Presint 7
FB: Siti Hawa Nor Samsudin
Syarat2:
Permenant
-berusia 2tahun keatas SAHAJA.
-RM300/month.
-normal or syif(SIANG SAHAJA).
Transit
-berusia 3bln keatas
-RM15/day(Isnin-Jumaat) RM20/day(Sabtu&Ahad)
KEMUDAHAN
-Tempat selesa,kemas dan selamat spt dirumah sndiri.
-makanan/snek disediakan utk 1tahun keatas sahaja.
-alat mainan dan rancangan tv katun jgk ada.
Anonymous.. Takutnye cite awk . camtu sy pun Nk anta taska lah..better Dr anta Org tk knal
ReplyDeletesalam sy ade buka taska di presint 11
ReplyDeletecal@wasap sy 01112256731
Assalam
ReplyDeleteMemerlukan khidmat transit
Isnin - jumaat pukul 8 mlm
Sabtu ahad tidak mengira waktu
Area presint 11j
01139971225