Wednesday, December 22, 2010

Penangan Ben 10?

Ben 10? apa tu? Entah la..saya pun kurang pasti untuk cerita lebih lanjut..setahu saya Ben 10 ni satu watak kartun. Tak pernah pun tengok kartun ni bebetul cuma tertengok time nak cari cite best kat tv. Tak minat nak tengok sebab cite ni banyak lawan2..ganas! walau pun si hero cuma nak melawan orang jahat. Encik asben cakap, ia dipanggil Ben 10 sebab dia boleh bertukar menjadi 10 karekter untuk lawan musuh. Entah betul entah tidak..dah encik asben cakap..percaya je la..kang kecik ati pulak..hehe..


Ini la rupa Ben 10 tu. Dia memang sangat popular di kalangan kanak-kanak. Sampai Rayyan pun sangat suka akan dia. Pelik sungguh! Rasanya tv kat rumah tak pernah la bukak citer ni. Tak mau dia tengok citer lawan2 ni..kang abis mummy dan Rania dibelasahnya. Tengok miki mosh shok oush (sebutan Rayyan untuk mickey mouse club house) takpe. Dah lama dah perasan..sikit-sikit Ben 10..sikit Ben 10 disebutnya. Kalau pi pasar malam ke pasar raya ke, nampak je barangan Ben 10 terus je sebut Ben 10. Sampaikan dia nampak blouse atok mak kat dalam beg kaler hijau campur hitam campur putih ala-ala kaler Ben 10 pun dipanggilnya Ben 10..huhuhu..

Petang semalam pi la pasar malam kat presint 2 putrajaya. Singgah jap kat gerai yang jual buku kanak-kanak. Macam-macam jenis colouring book ada dengan muka depan pelbagai karekter kartun (ada je la idea nak kaut untung ek). Rayyan bleh kenal pulak dengan semua watak yang dijual di situ. Mula-mula yang dia sebut, Ben 10! terus pegang. Lepas tu dia sebut Dowa (Dora the explorer), Bani (Bunny and friends), Pembob (spongebob), Mememon (Doraemon), Komos (Utraman Cosmos), Miki mosh shok oush (mickey mouse club house), pe pen (upin ipin). 1 je yang dia tak kenal..kartun Barbie. Huh! anakandaku! kuat la ingatan dia terhadap katun-katun ni. Tapi nama betul mummy asyik lupa je! Bila tanya siapa nama daddy.. dia bleh jawab caworamadan (sharoramadan)..tapi bila tanya siapa nama mummy dia jawab gak caworamadan..huhu..ponek la mummy dia ngajo tak ingat2.. yang tak diajar ingat pulak..

Buku-buku tersebut dijual dengan harga RM10 untuk 3 buku. Mummy pilih la 3 buku untuk Rayyan..ikut watak kartun yang Rayyan paling banyak sebut. Ben 10, Dowa dengan miki moush. Tak lama lepas tu, sebelum bayar tanya la semula kat Rayyan.."Rayyan nak ni tak?" sambil tunjuk buku-buku tu. "Tak nak" jawab Rayyan sambil geleng kepala..huh! tak nak pulak. Gaya macam nak je.. selamat duit mummy! Tapi mummy yang baik hati ni beli la gak 1 buku Ben 10 untuk Rayyan. Tapi mummy lupa yang mummy ada sorang anak lagi.. apa lagi berebut la ngan si kecik Rania yang pantang nampak abang dia pegang apa-apa..dia pun nak jugak. Patah balik pi gerai tu semula dan mummy beli la buku spongebob untuk Rania memandangkan dia macam excited kat binatang kuning ni berbanding katun-katun yang lain.

Bila dah kat rumah, ternampak la sticker Ben 10(disertakan dalam colouring book)tertampal kat tangan Rayyan (buat macam jam tangan). Hah yang ni tak tahu la sama ada dia tampal sendiri atau pakcik makcik dia yang tolong tampal. Dengan konon2nya jam Ben 10 di pergelangan tangan, Rayyan pun bersilat la buat gaya macam nak berlawan sambil mulut kecik dia menyebut Ben 10! Ben 10! dengan jelas, terang dan nyata tanpa pelat.

Itulah Rayyan yang tak sudah2 dengan Ben 10nya. Dengar gak daddy tegur anak bujangnya tu. "Dah la Rayyan. Tak payah jadi Ben 10. Jadik la diri sendiri. Kalau jadi Ben 10 tak bleh minum susu, tak bleh main enjit enjit semut, tak bleh main kat taman.." (panjang lagi tapi mummy tak ingat apa lagi yang daddy cakap..)

Kuat sungguh la pengaruh watak-watak katun ni kepada anak-anak kita ye. Alangkah baiknya kalau kita dapat gunakan masa ingatan dia yang masih kuat ni dengan mengajar dia sesuatu yang berfaedah kan.. Tapi tu la kan.. mummy dia ni mengajar tak konsisten.. ari ni mengajar..esok lupa plak nak mengajar..huhu.. Baca doa tido pun Rayyan tak lepas lagi ni. Bleh baca bismillahirrahmanirrahim..pastu mummy kena mulakan dulu baru dia sambung ahya waamut.. Baca ABC.. dia bleh ingat O sampai Z tapi A sampai N tak hingat. Rasanya..kali terakhir mummy baca ABC dengan Rayyan minggu lepas kot..huhuhu.. teruknya mummy.. Camne la nak jadi mummy yang konsisten ek? Tetiba plak rasa nak jeles dengan kaum ibu yang tak bekerja dan bagi tumpuan sepenuhnya untuk didik anak-anak...hehe..

No comments:

Post a Comment