Friday, February 18, 2011

Asid folik dan kehamilan

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis dan ekstrak daging lembu.


Kenapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.


Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.


Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 kubis brussels;
kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.

Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.

Sumber : http://www.babycenter.com.my

Wednesday, February 16, 2011

Tips pemanduan selamat bagi ibu hamil

Sedikit perkongsian untuk rakan-rakan seangkatan. Ari ni mamiraysha nak share tips pemanduan yang selamat bagi ibu hamil. Mungkin ada yang tak ambil berat pun pasal perkara ni.. selamba je macam orang tak pregnen kan? Macam i..hehe.. Mungkin juga ada yang terlampau ambil berat sampaikan nak memandu pun tak berani..

Selamat ke memandu ketika mengandung ni? Sebenarnya takde salahnya meneruskan hidup secara normal walaupun mengandung. Ye la memandu ni dah kira satu keperluan dah untuk kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan senang dan selesa. Ibu mengandung boleh memandu tapi apa yang penting adalah mengambil langkah berjaga-jaga. Tak kan la sebab mengandung..tersekat pulak aktiviti harian. Memandu sendiri ni banyak kelebihannya. Selain memberi kemudahan nak ke mana-mana ikut suka, ia juga memberi keselesaan untuk kita berhenti rehat sesuka hati, nak pegi toilet ataupun nak regang-regangkan otot yang tegang.

Pada trimester pertama dan kedua mungkin takde masalah nak memandu sendiri ni. Tapi bila dah masuk trimester ketiga..perut pun dah membesar sampai nak jejak stereng..adalah lebih baik suruh orang lain drivekan untuk kita. Takut juga tetiba plak rasa sakit nak bersalin. Hah, jangan plak drive macam ada iklan kat tv tu.

Berikut adalah antara langkah berjaga-jaga yang perlu diambil perhatian oleh ibu mengandung dan mereka yang sayangkan ibu mengandung ni:

1) Pakai tali pinggang keledar dan pastikan tali pinggang keledar dipasang dengan betul. Pastikan tali pinggang torso yang menyerong diletakkan di antara payudara dan tarik tali pinggang riba ke atas paha, dalam keadaan mendatar di bawah perut. Jangan sesekali mengenakan tali pinggang pada perut mahupun atas perut, ia perlu dipakai di bawah perut dan separas dengan tulang paha. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, perut yang ada baby kat dalam tak ditekan oleh tali pinggang tersebut.

2) Pilih tali pinggang keledar jenis yang mudah dilaras, yang membolehkan ia mengikut gerak tubuh (elastik) semasa terjadinya sebarang hentakan dan kejutan yang tidak terduga. Ini kerana ia mampu menyentak tubuh anda ke belakang semula tanpa rasa sakit.

3) Laraskan tempat duduk sewaktu memandu dan pastikan ia berada jauh dari stereng tetapi masih lagi memberi keselesaan untuk menekan pedal minyak dan brek. Ini penting supaya jika berlaku hentakan, stereng yang keras tidak menghentak perut. Jika perlukan extra perlindungan, boleh juga letakkan bantal kecil antara perut dan stereng supaya jika berlaku perkara yang tidak diingini, hentakan stereng tidak memberi impak yang kuat kepada perut.

4) Boleh juga letakkan car sticker yang memberitahu wanita mengandung sedang memandu supaya pemandu-pemandu lain boleh berwaspada dan berhati-hati ketika memandu berhampiran anda.

5) Pastikan penyaman udara kereta dalam keadaan baik supaya anda sentiasa berasa selesa dan nyaman sepanjang perjalanan.

6) Jangan memandu seorang diri kalau perlu memandu pada jarak yang jauh. Jika terpaksa juga memandu seorang diri, pastikan seseorang tahu ke mana anda pergi dan jalan yang anda gunakan. Selalu berhubung dan memberitahu keselamatan anda dan sebagainya kepadanya. Pastikan telefon bimbit berdekatan anda dan hands free disediakan setiap masa. Lagi baik kalau sediakan speed dial untuk nombor2 panggilan kecemasan.

7) Jangan memandu dalam jarak yang jauh tanpa berhenti rehat. Berhenti seketika untuk meregangkan kaki dan otot-otot yang terlibat. Berjalan seketika untuk elakkan kekejangan kaki dan membenarkan peredaran darah yang lancar.

8) Sentiasa sediakan sebotol air atau jus berhampiran anda untuk memudahkan anda meneguknya dengan kerap bagi mengelakkan dehidrasi.

9) Sentiasa sediakan sepasang selipar atau sandal yang selesa di dalam kereta untuk anda gunakan ketika memandu berbanding kasut biasa yang digunakan yang mungkin boleh mendatangkan ketidakselesaan bila guna dalam tempoh yang lama.

10) Patuhi undang-undang jalan raya. Pandu dengan selamat. Samada anda mengandung ataupun tidak, undang-undang jalan raya tetap sama.

11) Sebelum memulakan perjalanan, dapatkan maklumat mengenai hospital yang terdapat di sepanjang perjalanan yang ditempuhi terutama bagi perjalanan jauh. Sedikit sebanyak maklumat ini dapat membantu sekiranya tiba-tiba anda mengalami kontraksi dan bersalin tanpa dijangka. Jangan lupa sentiasa membawa bersama rekod antenatal anda ke mana jua anda pergi.

12) Sebagai seorang Islam, sebelum memulakan perjalanan, sebaik-baiknya bacalah doa naik kenderaan dan juga Ayat Kursi agar perjalanan mendapat perlindungan daripada Yang Maha Pelindung. Jom check kelebihan baca Ayat Kursi ni kat sini.

Semoga tips ni sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada mummies diluar sana untuk memandu dengan selamat.

Saturday, February 12, 2011

Tiba masanya Rayyan kenal Alif Ba Ta


Hajat di hati dah lama dah nak mula ajar Rayyan mengaji muqaddam.. kenal huruf Al-Quran. Sejak dia pandai bercakap..dari sehari ke sehari..tak juga ajar dia. Memula tu..masa terlintas nak mula mengajar dia..cari muqaddam kat kedai-kedai buku..tak jumpa. Buku iqra' ada la. Mummy tak beli..nak juga cari muqaddam..macam yang mummy guna dulu. Last2 jumpa gak kat kampung daddy. Muqaddam plastik. Dengan keizinan ibu mertua, mummy bawa balik muqaddam tu..dengan niat nak mula ajar Rayyan mengaji. Bukan nak suruh Rayyan terus pandai mengaji..tapi nak bagi dia berjinak-jinak dengan huruf-huruf Al-Quran ni dulu..

Dari sehari ke sehari..dah ada muqaddam kat rumah pun..mummy asyik terlupa je nak ajar Rayyan. Sampai la sekarang ni Rayyan dah bleh baca ABC. Dah kenal huruf ABC. Dah pandai baca doa makan. Baru la mummy tersedar.. mummy tak kenalkan lagi huruf Al-Quran kat anak mummy. Mummy ingatkan budak-budak umur 2 tahun 7 bulan..masih terlalu kecil untuk belajar ABC dan Alif Ba Ta. Rupa-rupanya tidak..budak2 sekarang tak macam mummy kecik-kecik dulu.. Rasanya mummy kenal ABC kat sekolah rendah masa darjah 1 dulu. Maklumla tak pegi sekolah tadika. Mummy mula mengaji muqaddam pun masa darjah 1 gak. Zaman dah berubah rupanya..

Akhirnya..tanggal 9 Februari 2011..lepas mummy cium Al-Quran lepas mengaji..Rayyan minta nak cium gak macam mummy buat. Masa ni la mummy dapat hidayah nak mula ajar Rayyan mengaji. Terus mummy capai muqaddam dan ajak Rayyan mengaji.

Rayyan seronok ikut mummy sebut satu persatu huruf-huruf Al-Quran bermula dari Alif sampai la ke Ya. Pastu sebut Wassalamu. Abis je baca..Rayyan mintak nak baca lagi. "lagi..lagi.." kata Rayyan. Seronok mummy. Mummy pun ajar la lagi.. Tiap kali abis..Rayyan akan suruh ulang lagi.. Hari pertama mengaji ni..nak dekat 10 kali mummy kena ulang baca alif ba ta sampai la ke ya. Tanpa jemu dia ikut apa yang mummy sebut. Siap ada gak terlebih-lebih sebutannya. Tiba je kat huruf Lam.. mesti dia akan sambung terus..Lampu! sambil tunjuk lampu kat syiling. " Bukan lampu! Lam!" kata mummy membetulkan penyelewengan Rayyan. Dia cakap lagi Lampu! mummy tegaskan lagi, bukan! lam! Akhirnya dia ikut jugak sebut Lam.

Sesi pertama mengaji..Rayyan macam tak nak berhenti. Maklumla benda baru. Sampai mummy cakap " Dah la Rayyan..kita sambung esok plak." Huhu..teruk sungguh mummy Rayyan ni kan.. anak excited nak belajar pun nak sekat-sekat. Mummy bukan apa..takut nanti Rayyan jemu plak..hehe..

Bermula hari tu.. setiap hari lepas Maghrib..mummy akan ajar Rayyan mengaji Alif Ba Ta.. Bukan mummy harap Rayyan terus lancar baca alif sampai ya. Mummy cuma nak Rayyan suka belajar.. berjinak-jinak..dan bermesra-mesra dengan huruf-huruf Al-Quran ni sejak kecik lagi. Walaupun mummy rasa..agak lambat gak mummy mula ajar Rayyan mengaji..takpe la ye nak.. "It's better late than never" kan? Kita belajar slow-slow ye.. Moga umur 7 tahun nanti Rayyan dah bleh baca Al-Quran dengan baik. 5 tahun ni..kita training baca muqaddam ye..

Wednesday, February 2, 2011

Info Tentang Air Ketuban


Ketika berada dalam rahim, janin akan dilindungi oleh cairan yang dikenali sebagai air ketuban. Selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Kantung ini diisi dengan air ketuban ataupun air amnion. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.

Air ketuban sebenarnya sudah pun ada sejak ari-ari (plasenta) membenamkan diri dalam lapisan dinding rahim. Dikatakan air ketuban ini dibentuk oleh sel-sel amnion yang sudah pun ada sejak awal kehamilan lagi.

Cairan ketuban ini bukan sekadar air biasa tapi mempunyai fungsi yang sangat penting buat janin. Sekiranya anda bakal menjadi ibu, info tentang fungsi air ketuban ini mungkin penting untuk pengetahuan anda.

Fungsi Air Ketuban


1. Sebagai pelindung yang akan menahan janin daripada trauma akibat terjatuh dan sebagainya.

2. Melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yang boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya menghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu kepada janin.

3. Berperanan sebagai cairan dan sumber nutrien bagi janin untuk sementara waktu.

4. Membolehkan janin bergerak lebih bebas, membantu sistem pencernaan janin, sistem otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan janin supaya berkembang baik.

5. Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.

6. Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk janin dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman mahupun virus.

7. Sewaktu proses bersalin, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim sehingga leher rahim membuka laluannya. Ketika ketuban pecah pula, air yang keluar sekali gus akan membersihkan laluan lahir.

Jumlah Air Ketuban

Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, jumlah cairan air ketuban akan terus meningkat. Biasanya pada usia kehamilan 10 hingga 20 minggu, jumlah air ketuban adalah sekitar 50 hingga 250 ml. Ketika memasuki minggu ke 30 hingga 4o jumlahnya mencapai 500 hingga 1500 ml.

Mengesan Kelainan Janin

Air ketuban mengandungi 98 peratus air dan protein sebagai 2.6 peratus per liter. Sisanya terdiri daripada garam anorganik dan lanugo (rambut halus yang berasal dari janin), sel-sel epitel dan lemak yang meliputi kulit bayi (verniks kaseosa). Kewujudan lemak ini menjadi penanda bahawa janin sudah matang atau lewat daripada waktunya.

Selama proses kehamilan, air ketuban juga boleh dijadikan satu cara untuk mengesan kelainan yang dialami oleh janin khususnya yang berkaitan dengan kelainan kromosom.

Melalui pemeriksaan amniosintesis, maka kelainan genetik yang mungkin dialami oleh janin dapat diketahui seperti down Sindrom, hemofilia dan sebagainya.

Masalah Air Ketuban

1. Ketuban pecah awal

Ini merupakan kes di mana selaput ketuban pecah sebelum waktunya iaitu semasa berlakunya proses bersalin atau pecah semasa pembukaan mulut rahim masih kurang dari 4 cm.

2. Jumlah air ketuban berlebihan

Masalah yang disebut sebagai polihidramnion ini berlaku jika cairan ketuban lebih daripada 2 liter dari jumlah yang normal. Ia boleh diperiksa melalui pemeriksaan USG di mana indeks cairan amnion lebih dari 25 cm.

3. Jumlah air ketuban kurang

Masalah yang disebut oligohidramnion terjadi jika pada pemeriksaan USG didapati indeks cairan amnion kurang daripada 10 cm. Ia boleh berlaku kerana kurangnya penghasilan cairan air ketuban akibat gangguan pada mesin penghasilannya iaitu sel-sel amnion dari selaput ketuban


Sumber : Mingguan Wanita 13-19 Oktober 2006

Lihat juga ini : Air Ketuban Kurang - Apa Puncanya?