Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-29 dah kandungan mamiraysha. Sekejapnya masa berlalu..tak perasan pulak dah melangkah ke trimester ke-3. Mengikut jangkaan, insya-Allah tinggal 11 minggu je lagi baby bakal melihat dunia.. menjadi buah hati ke-3 mummy dan daddy. Dijangka lahir kurang 2 hari daripada anniversary ke-4 mummy dan daddy. Hah! hadiah anniversary la ni.. 3rd bundle of joy!
Hari ni buat pertama kali dalam hidup..mamiraysha kena buat ujian MGTT. Ujian MGTT? ujian apa tu? Bukan ujian bertulis, bukan ujian lisan juga bukan ujian memandu. Markah yang tinggi sangat digeruni dalam ujian ni. Memang semua yang ambik ujian ni mengharapkan dapat markah atau keputusan yang rendah..hehe..
MGTT ni stand for Modified Glucose Tolerance Test. Ujian saringan toleransi glukosa. Senang cite..orang kita panggil minum air gula. Ujian ini dibuat untuk memastikan darah tidak mengandungi gula yang berlebihan. Maknanya, ujian ni dibuat untuk mengenal pasti sama ada ibu mengandung menghidap kencing manis atau tidak.
Ada sesiapa tak tahu apa itu kencing manis atau diabetes? Kencing manis atau diabetes merupakan satu keadaan di mana paras gula (glukosa) dalam darah melebihi paras normal.
Walaupun glukosa ni merupakan satu punca tenaga tapi sekiranya berlebihan ia akan menyebabkan permasalahan kesihatan, terutamanya semasa mengandung. Kencing manis semasa mengandung ni dipanggil gestational diabetes atau diabetes gestasi.
Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula dalam darah. Sebab itulah paras gula dalam darah perlu dikawal. Ibu mengandung yang menghidap kencing manis mungkin akan menghadapi risiko berikut:
1) Meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan.
2) Janin menjadi lebih besar yang dikenali sebagai makrosomia.
3) Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing meningkat yang dipanggil pre-eklampsia.
4) Cecair likuor dalam kantung janin meningkat
5) Jangkitan sistem pundi kencing
6) Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi.
7) Kematian bayi dalam kandungan mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran.
Penting ke kena kesan ibu mengandung ni ada kencing manis?
Ngeri gak dengar risiko-risiko ni. Takpela kena minum air gula pun. Lagi cepat kita dapat kesan..lagi senang nak ambil langkah pengawalannya ye tak?
Biasanya ujian MGTT ni dibuat ke atas ibu mengandung pada usia kandungan 28 minggu ke atas. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang ada sejarah keluarga yang menghidap kencing manis atau pernah dapat diabetes gestasi masa kehamilan sebelum ini, biasanya ujian ni akan dibuat lebih awal.
Bukan semua ibu mengandung kena buat ujian MGTT. Untuk ibu-ibu yang berisiko sahaja seperti ibu yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis, ibu yang pernah melahirkan baby besar tak sepadan dengan saiz ibunya dan juga ibu yang berat badannya naik mendadak semasa pregnen.
Macam 2 pregnancy saya sebelum ni..tak penah pulak kena minum air gula. Tetiba pulak mengandung kali ke-3 ni kena pulak gara-gara masa check up bulan lepas nurse dapat tangkap yang berat badan saya naik 3 kilogram dalam tempoh sebulan. Dia kata berat badan naik mendadak ni..sepatutnya 1 kilo je. So kena la minum air gula..takut-takut berat badan naik banyak ni sebab kencing manis. Puas la merayu bagai..nak elak daripada kena minum air gula..hehe..tapi tak diendahkan..kena gak..huhu..
2 pregnancy sebelum ni check up kat Klinik Kesihatan Selayang. Tengok balik rekod antenatal masa pregnenkan Rayyan dan Rania..sebulan berat badan naik sampai 3,4 kilo..tak pun kena minum air gula..sebab family memang takde sejarah kencing manis pun. Label buku rekod antenatal pun warna putih. Ehm..strict rupanya Klinik Kesihatan Putrajaya ni ye.. takpela..untuk kebaikan..ye tak? Telan je la kemanisan melampau yang disediakan..
Bagaimana ujian MGTT ni dijalankan?
Sebelum datang untuk appointment MGTT ni, malam sebelumnya ibu-ibu perlu berpuasa bermula pukul 10 malam. Malam tadi pukul 8.30 malam saya dah start puasa dah. Lepas makan malam..tak makan apa-apa dah..termasukla minum.. memang betul2 puasa ni.
Sampai klinik tadi pukul 7.30 pagi. Lepas urusan pendaftaran, saya diarah untuk buat urine test..macam check up biasa. Lepas tu..kena pegi makmal untuk ambik darah sebanyak 3ml. Huh! tusukan jarum pertama untuk hari ni (psst..nama saya dipanggil untuk ambik darah ni pukul 8.40 pagi). Bacaan darah ni nanti dipanggil FBS (Fasting Blood Sugar) - kandungan gula dalam darah time puasa.
Lepas darah diambil, kat situ jugak saya diarah minum air gula (glukosa) yang telah disediakan. Ada air kaler oren dan purple. Perisa Orange dan anggur. Ehm..nak pilih yang mana ye? Saya tanya nurse mana satu yang sedap? Dia jawab ntah.. Memandangkan air gula perisa anggur tinggal 1 dan perisa oren banyak lagi..saya pun pilihla menghabiskan stok air anggur tersebut.
Saya tanya nurse lagi.. cara minum macamana yang ok? Nak minum sikit-sikit ke atau minum sekaligus. Dia kata elok minum sekaligus..tak la rasa loya sangat. Okeh..saya pun terus minum sekaligus dalam 1 nafas kot. Fuhh! punya la manis giler. Mana taknya..75mg glukos dilarutkan dalam 200ml air kosong. Tapi ok la jugak ada perisa anggur. Alhamdulillah..tak la saya termuntah minum air tu. Itulah juadah berbuka puasa saya pagi tadi. Lepas minum air gula..saya dibenarkan untuk minum air masak untuk bilas balik kemanisan tu..tapi air masak tak disediakan. Jenuh gak la nak pi beli air mineral. Nasib baik ada jual kat dalam kawasan klinik.
Lepas tu..saya kena sambung puasa balik selama 2 jam. Pukul 10.30 pagi nanti dia akan panggil lagi untuk ambik darah sekali lagi. Lepas minum air gula ni..pening rasa kepala. Rasa nak muntah pun ada. Saya cari la bilik solat ingat boleh la nak berbaring kejap..tak jumpa pulak..bilik solat lelaki adala. Nampaknya..lepak je la kat kerusi menunggu sambil melentokkan kepala kat dinding. Lantakla orang tengok..tak larat. Tertido gak saya walau sekejap. Keadaan cam tu pun boleh tertido ek..punyala tak larat. Standby buku untuk dibaca semasa menunggu pun saya tak larat nak bukak. Layan pening kepala dan rasa loya ditambah rasa lapar..
Pukul 10.30 pagi..nama saya dipanggil untuk ambik darah lagi. Huh! lenguh punggung duduk hampir 2 jam kat kerusi. Sebanyak 3ml darah diambil. Tusukan jarum untuk kali kedua hari ni. Kalau tadi lengan sebelah kanan, kali ni lengan sebelah kiri plak diambil darah. Lepas tu..saya dibenar untuk pegi makan.
Memandangkan kat dalam klinik ni takde kafeteria..terpaksalah mak buyung ni menyeberang jalan untuk ke tempat makan. Nasib baik dekat je. Mungkin sebab tu pihak klinik tak sediakan kafeteria kot. Makan sarapan merangkap tengah hari terus.
Balik je klinik..tengok nombor pendaftaran saya tertera kat pintu bilik rawatan. Baru je dipanggil. Huh! langkah kanan ni. Terus saya masuk. Kali ni check up macam biasa..ambik berat badan (memang sungguh mengambil berat la nurse kat sini..hehe), check tekanan darah, check degupan jantung baby dan sedikit khidmat nasihat. Bulan lepas berat 58.3 kg..hari ni berat 59.5 kg. Naik sekilo je..ke sebab puasa? Ke makanan yang baru je makan tadi belum sempat hadam..hehe..
Lepas tu..saya diarah pulak untuk dapatkan suntikan dos tambahan tetanus. Suntikan kancing gigi rasanya. Fuh! semuanya hari ni. So..untuk kali ke-3 tusukan jarum saya terima hari ni. Hari jarum sedunia ke hari ni? sabo je la. Kali ni..tusukan jarum di bahu sebelah kiri. Sampai sekarang rasa sengal tak hilang lagi.. Mahu 2,3 hari baru hilang kesengalan ni..
Opps! lupa nak bagitahu..suntikan tetanus ni bukan salah satu prosedur MGTT ye.. Ia prosedur antenatal biasa yang perlu dilalui oleh semua ibu mengandung. Prosedur MGTT setakat ambik darah kali ke-2 je tadi. Kemudian keputusan kedua-dua bacaan tadi akan dibandingkan dengan jadual bacaan yang telah ditetapkan, iaitu bacaan normal dan bacaan penghidap diabetes.
Akhirnya..check up @ 29 weeks berakhir pada pukul 11.30 pagi. Result MGTT masih belum keluar lagi. Nurse kata dia akan maklumkan pada saya melalui telefon. Kita tunggu.. nanti saya maklumkan keputusannya dalam entry yang akan datang..
salam..fah..start thn lps...ibu berumur 25 thn ke atas yg mengandung mmg kene minum air gula..akk pon kena minum..prosedur baru
ReplyDeleteSalam, just sharing, adaa dulu kene GD masa pregnant, tp sekali jelah kene minum air gule..sbb lepas check, adaa contol diet..tp kdg2 terbabas..seksa x dpt mkn coklat, ABC huhu tapi adaa dpt penyelesaian..bg ibu2 yg ada GD adaa nk share solution nye dgn anda semua fiber bantu kurang diabetes/diabetes turun dalam 3 hari/GD terkawal dengan pengambilan fiber/ibu sihat anak pun sihat
ReplyDeletesaye kene minum air gule jugak, tp takde pun perise yg sedap2...rase nye adalah gule yg asli huhu (T_T)
ReplyDeletetd br lepas minum air gula...adoi..nk muntah rasa...takde perasa oren auat anggur...betul2 rs gula..adoi
ReplyDeletekak sy br je penen 6 bulan tp da kena minum air gula...xpe ker?
ReplyDeleteSy pun preggy 6 bln....td g klinik kena minum air gula....manis sgt2....tp alhamdulillahblh hbs kn dgn skali teguk....itu nsht dr hubby minum sekali teguk....result blm dpt lg...next check up br dpt th....hopefully evetything is ok....
ReplyDeleteAkak boleh cuba maqbull herbs. Diperbuat 100% daripada herba dan rempah ratus. Dah byk feedback yg kami dapat di website kami. Kalau berminat dan hendak tahu lebih lanjut mengenai maqbull herbs bole pm saya mimi_slurpy@yahoo.com
ReplyDeleteSlam dear.
ReplyDeleteBest sharing ni.
Tapi memang MGTT tu dah la x sedap langsung. Masa pregnant anak pertama memang saya x kene MGTT, tapi bila anak kedua kena la pulak.
saya baru tau pasal baby booleh lemas kalau ibu ade kencing manis masa mengandung ni.
Tapi hospital kerajaan mmg sgt bagus dan strict kan compare to swasta. Semua teliti. Terima kasih sharing ni. Saya kene stadi lebih pasal kencing manis sbb ade sejarah keluarga.
Fuh fuh
IbuCergas
Check kencing manis tu pakai cucuk kt jari tk blh ke...minum air gula sah2 paras gula naik lps tu...
ReplyDeleteUjian darah kedua diambil dlm tempoh 2 jam slps minum air gula utk bg masa badan memproses gula tersebut, jd paras gula akn naik utk ibu yg ada gdm shj, yg lain akn dpt bacaan normal
Delete