Monday, March 14, 2011

Status Penyusuan Susu Ibu Rania

Salam. Lama dah rasanya tak update pasal Rania dan penyusuan susu ibu kan? Siapa yang follow blog ni dari awal..mesti tertanya-tanya..mana cerita pasal pengalaman brestfeed Rania? Macamana misi penyusuan susu ibu 2 tahun untuk Rania? Dah lama saya nak share cerita ni..tapi tertangguh2 je.. now dah tiba masanya..

Dengan ini diumumkan bahawa misi fully breastfeed Rania selama 2 tahun kecundang di pertengahan jalan. Rania hanya berjaya disusukan dengan susu ibu sepenuhnya selama lebih kurang 1 tahun 2 minggu je. Walaupun misi gagal..tapi mummy percaya..setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Hanya setakat itu yang tertulis rezeki untuk Rania..sebab Allah bagi mummy rezeki lain..seorang lagi penyambung zuriat.

Alhamdulillah..walaupun tak sampai 2 tahun mummy fully breastfeed Rania tapi at least Rania melepasi tahap kritikal 6 bulan pertama. Rania juga melepasi rekod penyusuan Rayyan yang hanya mampu disusukan dengan susu ibu sepenuhnya selama 7 bulan 2 minggu. Faktor kegagalan kedua-dua misi penyusuan Rayyan dan Rania sama..i'm getting pregnan! Secara saintifiknya..hormon kehamilan telah merudumkan penghasilan susu mummy. Mummy tak mampu buat stok susu lagi. Susu tersangat sedikit dan pemerahan susu sedikit menyakitkan. Mummy terpaksa top up dengan susu formula sebab mummy percaya..kanak-kanak sedang membesar masih memerlukan khasiat susu..walaupun bukan daripada susu mummy sendiri. Walaupun sedikit terkilan misi tak berjaya..tapi mummy yakin..ada sesuatu yang terbaik Allah sedang aturkan buat hambanya ini.

Sekarang ni..walaupun tak fully breastfeed, Rania masih lagi menyusu susu ibu secara part time dengan mummy. Mummy belum lagi wean off Rania walaupun pregnan. Mummy tak sampai hati menolak permintaan Rania nak nenen. Walaupun Rania belum pandai cakap..tapi Rania pandai bagi isyarat nak nenen. Dia akan datang kat mummy dan tepuk2 nenen mummy. Walaupun mummy tak pasti susu ada ke tak..mummy bagi je bila Rania mintak. Tahan je la kepedihan nipple bila Rania sucking. Tambah lagi sakit kalau dia tergigit! adeh!

Satu tabiat Rania..dia akan peluk botol susu yang mengandungi susu formula sambil nenen. Dia akan selang seli minum susu formula dengan nenen. Kalau tak pun..botol susu tu dia hanya peluk aje tanpa minum.. walaupun sebelum tu dia yang beria-ia tarik tangan mummy bawa pegi dapur dan tunjuk bekas susu tanda minta dibuatkan susu formula. Kalau pisahkan botol susu tu daripada dia..dia akan nangis sambil tunjuk botol susu tu. Dah bagi..dia sambung peluk balik..bukannya minum! Nenen gak yang dia nak..

Hopefully, susu mummy kembali lumayan bila baby lahir nanti.. Bolehlah mummy sambung balik misi susukan Rania sampai 2 tahun. Waktu tu ada baki lebih kurang 5 bulan lagi untuk Rania, insya-Allah.

Untuk baby..mummy akan teruskan juga misi 2 tahun fully breastfeed yang terkandas 2 kali sebelum ini. Semoga kali ini Allah izinkan mummy untuk laksanakannya. Rindunya nak kembali melakukan rutin membuat stok susu!

No comments:

Post a Comment