Meniti minggu-minggu terakhir sebelum bergelar mummy kepada 3 orang anak. So, entry kali ni saya nak kongsi tentang senarai semak bagi menyambut baby baru edisi mamiraysha. Pagi tadi buat kali ke-2 pegi shopping bagi melengkapkan keperluan baby baru nanti. Kalau sebelum ni, shopping first time ari tu..berdua je dengan en asben, tapi kali ni Rayyan dan Rania joint sekali..
Jom semak sama-sama apa yang dah disediakan untuk baby baru saya nanti :-)
Clothings:
1. Baju lengan panjang
2. Seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi
8. Sarung kaki
9. Sarung tangan
10. Tummy binder (barut perut moden - lecehla pakai tali)
11. Receiving blanket (selimut yang ada penutup kepala)
12. Swaddling blanket (selimut baby yang ada porch - berfungsi sebagai bedung baby)
13. Kain bedung
Changing & Diapering:
1. Lampin pakai buang
2. Lampin kain moden (Cloth Diaper) - turun temurun daripada kakaknya :-)
3. Nappy liners (pelapik untuk digunakan bersama CD)
4. Tisu basah - beli 2 pek tapi dah tinggal 1 pek..dah rasmikan dulu :-)
5. Pelapik untuk menukar lampin (changing mat)
Mandian & penjagaan diri:
1. Tab mandian bayi & pengalas tab - turun temurun daripada abangnya
2. Tuala muka - beli 5 helai dah tinggal 2 je sebab 3 lagi kakak buat main :-)
3. Tuala mandi
4. Mandian bayi - beli yang top to toe, senang.
5. Bedak bayi
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku
10. Thermometer - untuk pantau suhu badan baby
11. Cotton buds
* Tiada sikat baby disediakan..sebab mak saya kata..baby belum tumbuh gigi tak boleh disikatkan rambut..nanti gigi jarang..hahaha..
Tidur:
1. Katil bayi - turun temurun daripada kakaknya, tapi tak guna sangat pun. Tak ada pun takpe. Biasa baby tidur dengan mummy, senang nak breastfeed. Mummy tak muat pulak nak tido dalam katil baby tu :-)
2. Tilam
3. Bantal
4. Selimut - 2 in 1, bleh jadi cadar bleh juga jadi selimut :-)
5. Bantal panjang / bantal peluk
6. Bouncer - turun temurun, takde pun takpe.
Penyusuan:
1. Pam elektrik
2. Bekas simpan susu ibu - plastik & botol
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser - turun temurun
6. Warmer - turun temurun
7. Botol susu bebas BPA & puting
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush
Travelling Necessities:
1. Stroller - turun temurun
2. Car seat - turun temurun
3. Baby Carrier - turun temurun
Belum beli:
1. Bag baby
2. Krim / bedak ruam lampin
P/s : Walaupun berselang setahun lebih je untuk setiap anak.. untuk anak ke-3 ni memang majoriti kami beli barang baru. Macam sambut anak sulung :-) Seluar dan baju semua beli baru sebab yang abang dan kakaknya punya dulu dah buruk2 belaka. Maklumla, mummy dan daddy beli saiz besar (jimat, bleh pakai lama), so mereka pakai sejak dalam pantang sampai la besar..mana tak buruknya. Sampai sekarang pun dah berumur 1 tahun 7 bulan..si kakak masih lagi pakai baju masa babynya..hahaha... Set tilam pun beli baru sebab anak terdahulu punya tak tahu letak kat mana..mungkin masih lagi di rumah lama..
Sekian dulu senarai semak untuk kelengkapan baby saya. Mungkin bleh dijadikan panduan kepada mereka yang fisrt time nak sambut baby. Kepada mereka yang berpengalaman, kalau ada yang tertinggal daripada senarai ni..bleh la kongsi kat sini :-)
nice checklist,tq. nnti sy pun nak buat jg.sy tgh tunggu 2nd baby. kelakar je part 'Mummy tak muat pulak nak tido dalam katil baby tu :-)
ReplyDelete'..hehe..
bgs la ade checklist ni....
ReplyDeletethanks....blh sdiakan utk sambut 1st baby...