Sunday, May 15, 2011

@ Terminal Bersepadu Selatan

Bersiaran secara langsung dari Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan. Laju sungguh wifi kat sini.. best3.. First time jejakkan kaki kat sini ni. Kalau tak kerana menghantar adik yang nak menggunakan perkhidmatan bas untuk balik kampung, rasanya ntah bila la nak sampai sini.

Memula tadi sebelum ke sini, pi Hentian Pudu Raya dulu. Ingatkan masih macam dolu2.. rupa2nya..Hentian Pudu Raya hanya untuk ke utara sahaja iaitu ke Perak, Pulau Pinang, Kedah dan juga Perlis. Hah! tu la tak wat research dulu sebelum bertolak. Main belasah je. Patutla cari kaunter bas ke selatan tak jumpa..hhihihi.. rupa-rupanya Hentian Pudu Raya ni dah menceraikan bas2 ke selatan dengan talak tiga.. Saje je la membayar parking RM3 kat sini tadi..(percuma kalau kurang daripada 15 minit).

Parking kat Terminal Bersepadu Selatan ni setakat ni masih lagi percuma. Tapi tak lama lagi mungkin bayaran akan dikenakan..sebab dah siap dah palang2 keluar masuk parking. So sementara parking masih lagi percuma, meh la datang..hahhaha..

Berbanding Hentian Pudu Raya dolu2..memang jauh beza dengan Hentian Pudu Raya dan Terminal Bersepadu Selatan sekarang ni. Sungguh selesa dan menyenangkan. Tak serabut kepala bila melangkah masuk ke sini..

Kemas je kan susun atur kaunter tiket bas ni.

Mesin nak beli tiket pun turut disediakan. e-ticketing namanya. Tak tahu la macamana dia beroperasi, tak pegi dekat pun. Ntah dah berfungsi ke blum tak pasti..tapi tak nampak ada orang pun yang menggunakannya :-) Hah! farmasi pun ada kat sini. Bleh la dapatkan bekalan ubat ubatan kat sini jika memerlukan.

Papan kenyataan ketibaan dan pelepasan bas turut disediakan. Nombor pendaftaran bas juga dipaparkan. Macam kat air port je suasananya. Bagus3.. siap ada pondok polis lagi kat dalam ni. Memang ramai la nampak abang2 polis beruniform blue black kat sini.

Tiket bas berwajah baru. Dolu2..masa zaman belajar..turun naik bas nak balik kampung..tiket hanya sekeping kertas panjang je. Sekarang ni canggih skit..nama pun tertera..siap ada bar code lagi..

Buat mereka yang memerlukan..mesin autoteller turut disediakan.. Bleh la shopping2 dulu kat sini sebelum ke destinasi tujuan.. banyak tempat2 nak perabih duit kat sini..hihihi..

Sekian saja laporan saya dari Terminal Bersepadu Selatan. Banyak lagi gambar..tak sempat nak upload..maklumla..realiti seorang mummy..nak main kejar2 ngan anak pulak. Gembira sungguh la Rayyan dan Rania kat sini. Lari sana lari sini. Tak nak dok setempat, nak jalan2 aje.. Nak tak nak..terpaksalah ibu mengandung ni exercise.. berganti2 dengan en asben..

No comments:

Post a Comment