Friday, August 5, 2011

Amalan ketika menyusukan anak


Salam hari Jumaat pertama di bulan Ramadhan. Sedikit perkongsian yang ingin dikongsikan hari ni adalah amalan ibu Imam Syafie ketika menyusukan beliau. Terima kasih kepada sahabat yang mengongsikan ilmu ini di FB. Saya panjang-panjangkannya aje..

Amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau:

1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu'
2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan
3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri
4) Membaca Surah Luqman ayat 18-20 atau zikir ketika bayi sendawa

Berkat amalan ini, Imam Shafie berjaya menghafaz Al-Quran pada umurnya 6 tahun.

No comments:

Post a Comment