Friday, September 23, 2011
Razin @ 3 month
Hero mummy ni genap 3 bulan pada 1.9.2011 yang lepas. Lambat dapat update perkembangan Razin pada usia 3 bulan ni sebab tak sempat. Lak tu bersusun-susun cerita dalam kepala nak post kat blog ni tapi tak berkesempatan je..
Razin mendapat suntikan imunisasi 3 bulan pada 6.9.2011 yang lepas. Saje mummy request appointment lepas raya. Kan cuti panjang balik kampung beraya. Alhamdulillah, Razin tak demam kena suntikan ini. Cuma dedar-dedar je sikit (Kamus Dewan : Dedar - berasa panas-panas badan (seperti hendak demam) ; orang johor panggil dedor). Berat badan Razin pada tarikh ni ialah 6.2 kg dengan panjang 64 cm.
Masa Razin dapat suntikan imunisasi 2 bulan dulu mummy minum air sirap selasih supaya susu mummy mengandungi khasiat biji selasih - menyejukkan badan. So tak jadi la Razin demam. Kali ni pulak mummy minum air cincau supaya susu mummy mengandungi khasiat cincau - menyejukkan badan. Sebenarnya mummy tak tahu la adakah faktor mummy minum minuman yang menyejukkan badan ni mempengaruhi tubuh badan Razin supaya tak demam..hehehe.. mummy hentam aje. Yang mummy tahu susu mummy memang berkhasiat untuk Razin..kan? (Mummy memang suka pun minuman berkenaan). Kalau sape yang try petua mamiraysha yang tak berapa tua ni tapi tak berjaya..jangan marah saya ye.. saya try and error je ni.
Eh eh macam terdengar orang tanya bila Razin botak ni? Hehehe.. Razin dibotakkan pada 1 Syawal yang lalu (30.8.2011) oleh daddy. Memandangkan daddy buat tak kemas, maka kerja2 pengemasan telah dilakukan oleh oni (MIL). Mummy rasa Razin lebih hensem bila botak..hehe..
Sedikit perkembangan Razin pada usia 3 bulan:
1) Dah pandai meniarap genap usia 3 bulan pada 1.9.2011 yang lalu. Razin bagi hadiah kebolehan dia ni pada daddy yang menyambut birthday pada tarikh berkenaan. (Mummy je tak bagi hadiah..huhuhu.. Nak bagi hadiah meniarap jugak macam Razin tak patut pulak..hahaha)
2) Menunjukkan minat untuk bercakap-cakap dengan orang yang bercakap dengannya walaupun hanya dengan gerakan mulut dan bunyi suara..
3) Menghisap ibu jari. Kalau sebelum ni satu penumbuk tangan dia masuk dalam mulut. Saje dia nak bagitahu mummy yang dia dah lapar la tuh..
4) Sangat suka tersenyum dan membalas senyuman. Kalau abang Rayyan nampak Razin senyum, mesti dia cakap " Mummy, adik suka.. "
5) Suka tengok tv cerita kartun. Ni bakal mengikuti jejak langkah abang Rayyan dia la ni, 24 jam Disney Junior channel 613.
6) Alhamdulillah, masih sepenuhnya minum susu mummy.
7) Sangat pandai membawa diri..walaupun tak pandai berjalan lagi..hehehe. Maklumla dah anak ke-3 ye tak. Mana la sempat mummy nak berkepit 24 jam dengan dia. So, memang mummy dah ajar sejak di awal kelahirannya yang dia asyik kena tinggal-tinggalkan aje untuk bagi perhatian kat abang dan kakaknya pulak. Jadinya, Razin jadi good boy bila kena tinggal.
8) Sangat jarang menangis. Tapi kalau dah start menangis, mesti ada yang tak kena la tu. Kadang-kadang tu saje mummy biar dia nangis lama-lama sikit sebab comel suara dia menangis..hehe..
Itu je la kot pekembangan Razin yang mummy terlintas nak tulis. Nanti mummy tulis lagi perkembangan Razin 4 bulan pulak ek..
Note:
Kawan-kawan, sebenarnya baby ni cepat sangat tumbesarannya. Kadang2 tu kita tak perasan pun dia dah besar. Masa begitu pantas berlalu. Sekarang baby yang baru je rasanya saya lahirkan dah pandai meniarap. Kemudian dia akan belajar menyusur, merangkak, duduk, berjalan dan berlari.. Tup-tup dah besar panjang.. bersekolah rendah, bersekolah menengah, belajar di universiti, bekerja, berkahwin.. dan keluarlah dia dari rumah kita dan membina keluarganya sendiri.. Saat itu..mungkin kita akan rindukan zaman baby mereka..
Oleh itu kawan-kawan.. marilah kita sama-sama lalui zaman membesarkan anak-anak ini dengan hati yang lapang. Mari kita ikuti perkembangan anak-anak kita seiring usia mereka. Luangkanlah banyak masa untuk mereka..kerana..masa yang berlalu tidak akan berputar kembali..
No comments:
Post a Comment