Sebenarnya dari awal pagi lagi dalam pukul 1 pagi, saya dah rasa sakit perut dah. Rasa macam tak selesa perut. Saya ingat mungkin saya banyak sangat makan pedas pada siang harinya. Pagi, sarapan nasi lemak, tengah hari makan nasi lemak lagi, petang dan malam makan nasi putih + sup ayam + sambal bilis cili padi. Bangun pukul 6 pagi dah terasa sakitnya makin bertambah. Tak boleh nak terus bangun, sakit.
Nasib baiklah anak-anak sangat baik pagi tu walaupun mereka bangun awal. Cakap kat Rayyan, mummy sakit perut. Rayyan cakap, sapu minyak Yu Yee boleh? Mummy jawab, Boleh, tapi minyak Yu Yee kat atas tu (sambil tunjuk minyak Yu Yee kat atas almari). Rayyan cakap, Ayen tak sampai nak ambik. (Terharunya rasa bila dia ada hasrat nak tolong ambikkan. Tapi dia sangat kecil untuk mencapai ketinggian minyak Yu Yee tu. Terpaksalah mummy ambik sendiri). Pastu Rayyan ambik minyak Yu Yee dari tangan mummy. Biar ayen bukakkan, katanya. Hahaha..tapi tak boleh sebab penutupnya sangat kuat. Ayen tak kuat la mummy, akhirnya dia menyerahkan juga minyak Yu Yee tu pada mummy yang lebih kuat. Takpe la Rayyan, walaupun tak boleh membantu, hasrat nak membantu tu pun sebenarnya mengembangkan hati mummy lantas mengendurkan sikit rasa sakit ini..hihihi..
Selepas sapu minyak Yu Yee, sakit perut masih tak hilang lagi. Rasa nak demam pulak. Rasa badan dah panas. Tapi kaki dan tangan rasa sejuk. Cari2 termometer nak tahu suhu badan saya tapi tak jumpa. Mana la saya letakkan masa check suhu Rania semalam. En asben pun turut membantu dengan mengurut ala-ala mak bidan. Sangat sakit bila dia urut di bahagian kanan bawah perut. Lepas urut, rasa lega sikit tapi sakit masih lagi terasa.
Pukul 12 tengah hari, memandangkan tak tahan sangat sakit, saya minta kat en asben panadol padahal saya bukanlah seorang yang suka makan ubat. Lepas telan 2 biji panadol dan berbungkus dengan selimut, Alhamdulillah kurang sikit rasa sakitnya sehingga saya mampu untuk bangun dan berjalan. Tapi akan sakit bila terlanggar bahagian tersebut.
Sepatutnya saya ada appoitment dengan pensyarah pagi semalam. Tapi nak bangun pun tak larat, nak drive apa tah lagi. Minta tolong en asben hantarkan, dia kata, dah sakit-sakit pun nak pegi lagi? Adeh, terpaksala saya mungkir janji dengan pensyarah. Seharian semalam, kami anak-beranak hanya lepak di rumah. Bukan hanya semalam, hari Sabtu pun kami hanya lepak di rumah. Kesian Rayyan dan Rania tak dapat pergi jalan-jalan.
Hari ni, saya mampu menghadirkan diri bertugas di pejabat. Tak sakit sangat lagi, tapi kalau tekan di bahagian kanan bawah perut akan terasa sakitnya. Dari petang semalam terlintas dalam fikiran, mungkinkah saya mengalami radang apendiks? Ngerinya jika betullah apa yang saya agak ni. Kalau apendiks, operate la jawabnya. Kalau operate, kesiannya kat anak-anak nak kena tinggal bila mummy dia warded. Paling kesian kat baby Razin. Juga kat daddy dia yang kena panaskan EBM awal2 pagi untuk Razin. Kesimpulannya, saya sangat takut sekarang ni. Saya memang terkenal sebagai Hantu Sambal di kalangan keluarga saya. Saya ada sorang kawan sebaya yang juga hantu macam saya telah dioperate akibat radang apendiks pada tahun 2005. Mungkinkah saya juga akan mengalami nasib yang sama? Aduih! Insafnya.. dah sakit barulah rasa nikmatnya sihat itu..
Hari ni, bila dah rasa diri macam menghidap radang apendiks, saya pun menggoogle pasal penyakit ini. Mari kita ambik tahu pasal penyakit ini dengan membaca apa yang saya jumpa ni:
RADANG APPENDIK (Appendicitis)
Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.
Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.
Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .
FAKTOR PENYEBAB
Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :
• sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
• jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain.
Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.
SIMPTOM - SIMPTOM
Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedudukan appendik seseorang seperti :
• Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
• Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
• Loya dan muntah-muntah
• hilang selera makan
• sembelit
• sukar membuang angin
• cirit-birit
• bengkak pada abdomen
• demam
Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.
BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR
Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .
Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.
KOMPLIKASI
1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.
2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).
RAWATAN
PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.
Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.
Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.
sumber : www.mayoclinic.com
penterjemah : nadzira ghazali
http://klinikmansurah.blogspot.com/
Lagi artikel pasal Radang Apendiks :
RADANG APPENDIKS
Apa itu Apendiks?
Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.
Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)
Apa itu Radang Appendiks?
Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak
Apakah Penyebab Radang Apendiks?
Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.
Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?
Gejala:
• Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.
Gejala Lain yang berkaitan
• Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak
Tanda-Tanda:
• Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
• Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan
Ujian:
• Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
• Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing
Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.
Apakah Bahayanya Radang Appendiks?
Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:
• Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.
• Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak
Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?
Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/
dear, tak pegi jumpa doktor ke dptkan consultation. jgn takut2, yg penting kenalpasti dulu apa masalah sebenar ye.
ReplyDeleteget well soon
Lydzar,
ReplyDeleteBelum pi jumpa lagi.. takut!! takut nak terima kenyataan..hihihi..
dear aunty,
ReplyDeletecan i call u aunty? bcoz im juz 17.. u know what? i've "lost" my appendix to.. and meckel's..this year..
when i read your story... i thought that u r luckier than me.. seriously..
btw.. i have something to ask... do you having sideeffect from your operation?
adakah appendix ni akan berulang lagi setelah kita pernah mmbuangnya
ReplyDeleteermm , appendix nie bleh bawa maut kea ?
ReplyDeleteYup...sy bru lpas wat pmbedahan 11.12.2013..apendik pecah..(5hari kene tahan wad and tempoh pembedahan mengambil masa 4jam 30minit..lame kan?).tp alhmdulillah.syukur sy sihat..n jgkitan kuman...doktor bgtau sy..sekiranya sy lewat wat pbdahan...xmustahil boleh membawa maut..reason sy ckp cmtu sebab jgkitan kuman cepat merebak kos kuman yg keluar dri usus yg pecah itu akan bkumpul d sluruh organ dlman kita..yg pling pntingskali..apabila sampai ke paru2..peluang untuk hdup tipis...sooooooooo...JANGAN AMBIK MUDAH....cegah sblmparah...
Deletemasalahnya skrg..i sakit selalu pada bahagian pusat tapi doctor kt hosp serdang tak ambil serius dan bagi ubat gastric!haiz!
ReplyDeletesalam, akak saya ingin meminta pendapat..
ReplyDelete1 january 2013 sy di beritahu oleh dokter di klinik swasta bahawa kemungkinan sy mgidap appendiks, beliau nasihatkn supaya sy cek drh di hospital kerajaan..
dan hari ini sy cari info lg pasal appendiks kerana sy mgalami kesakitan yg sama seperti minggu lalu..
jadi sy keliru sama ada sy ni mengidap appendiks atau tidak?
-sy sakit yg mencucuk/menekan di perut sblh knn tp hanya skitar 3 jam krna sy di bekalkn dgn ubt thn sakit
-hilang selera mkn & brt bdn mnurun
-mual-mual
-sakit/susah ketika mmbuang air besar
apakah pendapat akak?
td saya bu g hptl setelah skit dalm 5 hri...mkn ubt angin still sakit tu ade...klu sayer bergerak rase skit tu tetap ader...skit seperti kena cubit....doc beri sayer ubt antibiotik...n klu hbis maseh still skit bru wt x ray....now musykil samerder ader apendiks or batu karang...adoiiii...mnx2 x derla....penyakit2 tu...berdebar gak ni...
ReplyDeletesaya baharu saja operate 3 hari yang lepas kerana apendik. Selama ini saya selalu sakit perut mcm sengugut tapai sya buat don know jer. Seminggu sebelumnya, saya selalu kejang kaki kanan ketika tido. Pada 17.1.13, saya sakit perut sebelah kanan terasa seperti sakit sengugut. Atas desakan kekawan saya dihantar ke hospital. Doktor pun tak dapat pastikan saya apendik memndangkan saya tidak demam seperti kebiasaan siptom apendik. Keluar hospital sakit perut lagi. so check di klinik pakar. sah apendik dan direfer ke hospital balik. doktor yg masih blur3 refer saya ke hospital yang lagi canggih. bayangkan 3 hospital dan 1 klinik pakar sy kena lalui pemeriksaan. Akhirnya saya disahkan apendik oleh dr dan dioperate pada isnin 21/1/13. (moral valuenya: tak semua org mengalami siptom yg sama. yang penting g klinik/hospital dengan segera. jangan tangguh3)
ReplyDeleteSalam , kak operate pengsan abes ke separoh badan
Deletehye, sye baru je komen kat sini.. dulu sye ade blog, sekarang pn sye ad tai x slalu gune.. sye nk ckp yg sye pon tngah apendiks skunk... saye berumu 12 thn.. doktor hanye membuat pembedahan kecil sahaja.. dan doktor juga cakap yang saya akan sembuh dengan cepat.. insyaallah kalau begitu
ReplyDeletetakotnye ble dgr psl appendiks ni bcoz my dad hampir mngalami ksmua tnda2 appendiks! tpi msalahnya my dad xnak g hospital :(
ReplyDeleteemm..tkotnyee..sy bru jmpa doktor,then doktor kte suspect appendiks,bru peringkat awal..mcm mne sy nk elak dr operate..??sy xnk,sy tkot.. :(
ReplyDeleteSy rs skt d bwh prt bhgn knan,kaki rs kejang,bjlnnpun ssh,tp tkt nk gbhptl :(
ReplyDeletesye da nk dkt 4 hari skit bhgian perut kanan... tp kdg2 tu skit die berkurang secare tbe2.... lau lpas membuang masih skit jgak.. tp yg sye hairan... skitny x brape skit sgt. aakah ini simptom appendiks jugak???
ReplyDeletesetiap org lain rasa sakitnya... sy baru operate 1/7/13... sy operate scope tebuk 3 lubang di perut... dia bius seluruh badan.. dan cepat baik. jgn risau.. g je hosp... kalau pecah lagi susah
ReplyDeleteapendiks ni boleh berlaki di dekat sebelah kiri perut ke?
ReplyDeleteDah msuk 3taun sy sering rasa sakit2 di perut bhgian bwah..hya 3 4 jam sakit..dlm sblan 1 2kli..xpnah check sbb tkut resultnye..adakah itu simptom appendiks ..tkot sbb abah pon penah operation appendiks..
ReplyDeleteTak de ke petua-petua tradisional yang boleh hilangkan apendix ni?sekarang saya tengah demam jugak ni + terasa sakit perut sebelah kanan.. tp bila sakit saya akan lawas (tp tak sembelit) adakah ini tanda2 juga?
ReplyDeleteSalam akak nak tny.
ReplyDeleteKlau kite sakit perot non stop seminggu.. x kire okl brape pon.. ade trase mcm nak membuang tp bile mbuang sikit je.. yg peliknye.. makan 2 kali tp membuang lbh dr 4 kali.. sakit bhgn perot dr kiri ke kanan.. bdan shaking sikit n bepeloh tak kire sejuk atau panas n kerap sgt kencing x lawas.. tu dikire simpton utk appendix jgk ke??
Lepas baca entry akak n komen-komen pasal apendix ni..saya rasa takut sangat..sebab saya dah 5 hari sakit perut..siang hari tahan sikit n kekadang tak sakit pun.. tp bila malam..perut mula rasa tak selesa huhuu..:( nak pegi check up kat hospital pun saya takut larr..aduiii macam mana ni??? mintak jauh laa dpt penyakit ni.. and penyakit2 lain pun saya tak nak uhuks..:'(
ReplyDeleteCik ayu...sy bru pas wat pbedahan kt hptl kajang pd 11.12.2013..APENDIK PECAH..untuk pgtahuan ayu(pgalaman sy)..2minggu sblm op..sy mgalami dmam2,muntah2(AWAS..KITA INGAT GASTRIK!)lpas tu kencing sikit,senang crita..isi perut rase kene pulas,rase kene jirus air panas...hilang slera makan...puas dah sy togok ubat angin..gastrik(hampeh tol....klinik swasta punye pasal la ni...7klinik sy pg,sume ckp gastrik..Ini sume poyo!sume kerana duit!)...last2 skali..sy pg lapor diri kt hptl kajang pd 10.12.2013 dan keesokan hri nya sy buat pmbedahan...jenuh jugak la para2 doktor kt wad ER tu nk crik sakit sy...last2 skali...Dr Arun(thanks doc)wat pmeriksaan kt area sblh knan perut sy..bru la sy d sahkn apendik.ayu nk thu x cara2 kita nk tahu kita kene apendik?snang je..tekan 2 ibu jari kt perut sblh knan kuat2(jgnla smpai terkentut sudah le...)lepas tu rentap jari 2 laju2..kalau mase tekan and rentap tu rase sakit teramat sangat(lebih sakit dri cirit birit)..apendik la tu.....wah.mcm doc pulak sy..hehe Dr Arun yg ckp...apepun..terima ksih to all staf hptl kjg(wad 2)kerana mbwrikn lyanan yg first class untk sy.
ReplyDeleteade simptom x nk tahu apndix tu dah pecah???
ReplyDelete12:26 anoymous..simptom apendix pecah tu sy dah gtau sperti d atas..muntah2 teruk..dmam...sakit teramat sgt kt bhgian kanan perut...xboleh bdiri tegak
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesy br je kluar wad tengahari td.... 2 hari lps sy sakit perut yg amat sgt. berjalan pun sakit.. & pegi klinik kesihatan. Doktor hantar ke kecemasan utk rawatan lanjut. sy dh buat ultra sound & scan. dok cuma ckp ada cecair di sebelah kanan perut sy.tp bila sentuh je... perut sy sgt sakit... sy x demam... cuma badan lemah je.. port yg plg sakit area pusat ke arah pundi kencing... now dok pun konfius sy sakit apa sbnrnya sbb perut sy soft je... x de tanda2 ada ketulan...
ReplyDelete2 bln sy menanggung sakit perut d sblh knn.kerap ulang alik klinik swasta n kerajaan d tg malim...n doc bgtau just gastrik.bl g klinik swasta cheras doc terus refer Hosp pantai....dan skrg dah selamat menjalani pembedahan buang appendix....
ReplyDeletesis...semalam sy pergi check kt spital..dan dorg rase sy mengalami appendix...boleh sy tau..dorang akan check melalui ape ye??kemera?scan?atau lain2??
ReplyDeleteSy suka alami kembung perut,mcm penuh je perut tu...smpai blkg pun terasa sakit sebelah kanan...puas dh p klinik mcm2 skit di gtau tpi xbaik gak..bingung saya...mber cadang p buat scan perut mnyeluruh...harap xdak pa yg mrisaukan....
ReplyDeleteyati,
ReplyDeletesalam.sy bru search sal appndik sb sjk2 ni sakit perut blh kanan...pastu 2 hri lpas mkn je mntah.pastu loya2..rse lmh bdn tp xdmm...takut nk cek klnk..nk kawen mngu dpn ni...tu kire tanda2 apndiks jgk ke
better pegi check kat klinik
DeleteHi...skrang ni sye tgah kesakitan di bwah perut sblah knan,but tkut nk gi check..,tkut nk hdapi Kenyataan n x tau nk hdapi mcm mne nkx2 lg merantau kt negeri orang...
ReplyDeletemasalah lah kalau dah sakit takmau pi cek kt hospital...pelik dgn manusia yg deberi akal fikiran yg waras..
ReplyDeleteTerasa sakit jumpa lah doktor mereka lebih arif.... dlm masa sama ty ambil supplement yg boleh bantu tingkatkan kesihatan.... n minum air secukupnya...
ReplyDeleteSupplement seperti b complexs...alfalfa... zinc...omega dan vitalea sangat membantu...
ReplyDeleteAppendix dn batu karang tk sama ke.??
ReplyDeleteAppendix dn batu karang tk sama ke.??
ReplyDeleteErmm saya selalu terasa sakit di bahagian perut bawah kanan sy sejak sy terkena virus kencing tikus .. Kdg2 ada masa ia terasa mencucuk di bahagian perut sy .tp sy tak ambik kisah sbb mungkin biasa sahaja . Dan baru-baru ni dtg nya semakin menyakitkan dan telah melarat di bahagian perut atas kanan dan kiri . sehingga di bahagian tengah atas dan bawah sakit.. Bila buang air besar . Saya akan rasa demam dan kesejukan . dan rasa makin sakit bahagian perut sy...sy juga dh mulai semput (susah bernafas jika penat ) .Sy jlan pun sering dtg sakit perut tu.. smpai sy susah nak tdo .. nak tido kdg2 bgun balik sbb sakit perut bahagian bawh Knn . tiba2 rasa pedih . dn perut sy semakin buncit tak tahu sbb apa ... ��
ReplyDeleteayah kawan saya baru meninggal disebabkan appendix pecah dan melarat ke bahagian lain,yg peliknya arwah tidak mengalami sebarang simptom. beliau sihat sehinggalah saat akhir beliau rasa tidak selesa diperut. setelah buat ujian di hospital swasta baru dapat tahu appendix pecah. beliau meninggal selepas pembedahan.
ReplyDelete