Tadi ada seorang Penolong Pegawai Tadbir atau lebih dikenali sebagai EO (Executive Officer) menegur saya semasa mesyuarat pembukaan audit dalaman di opis saya ni.
EO : Awak ada hantar surat kat pentadbiran ye?
Saya : Hantar surat? surat apa? Rasa macam tak ada.
EO : Surat letak jawatan.
Saya : Eh, mana ada EO. Tak kan la saya nak letak jawatan. Baru 9 tahun saya keje dengan kerajaan. Kalau letak jawatan, macamana la nak tanggung anak saya yang berderet2 tiga orang tu..hihihi..
EO : Tu la, saya tertanya-tanya.. kenapa awak nak letak jawatan pulak? Mesti dapat offer keje yang lagi baik agaknya.
Saya : Hehehe.. takde la EO. Salah orang ni. Afifah lain ni. Saya rasa budak PSH (Pekerja Sambilan Harian) Unit Domestik ni. Nama kami je sama.
EO : Ye la tu. Dia bagi surat sekeping je. Cakap nak berhenti sebab dapat kerja lain. Cover letter langsung takde. saya ingatkan awak.
Sebelum tu, ada kes gak pasal silap orang ni. Sekitar pertengahan bulan februari. Seorang kerani kewangan telah menelefon saya mengatakan bahawa dia akan buatkan gaji saya untuk bulan januari pada hari berkenaan. Aik? saya pun pelik la. Saya cakap kat dia yang saya dah ambik pun gaji bulan januari. Tak pernah pulak tak masuk gaji. Dia pun pelik dengar jawapan saya. Macam mana boleh dapat gaji sedangkan dia baru nak buat gaji saya katanya. Ehm.. saya tanya kat dia, nak cakap dengan afifah mana ni? saya sebutkan nama penuh saya. Ehm.. silap afifah rupanya. Dan barulah saya tahu bahawa ada orang lain yang nama sama dengan saya kat tempat kerja saya ni. Staf baru. No wonder la telefonis silap sambung atau mungkin kerani berkenaan terlupa nak mention unit tempat afifah tersebut bertugas.
Sebelum ni, tak pernah saya jumpa orang yang nama sama macam saya. Sejak zaman sekolah lagi, sama ada rendah atau menengah, dan kat ipta juga belum ada yang sama nama dengan saya. Mungkin masa zaman saya tu, nama ni jarang digunakan. Kat sekolah dulu, cikgu selalu silap tulis nama saya atau panggil saya dengan nama norafizah. Masa zaman saya, nama norhafizah sangat popular. Sehinggakan result MUET saya tertera nama Norafizah yang berbintikan nama abah saya. No kad pengenalan nasib baik sama macam saya punya. Masa ni dah kat UiTM. Saya minta betulkan, kerani kat pusat bahasa tersebut kata tak apa, asalkan no kad pengenalan betul. Result inilah juga yang saya submit kat UTM. Kalau saya tak boleh grad sebab result MUET ni, memang saya cari balik kerani berkenaan! hehehe..
Tapi zaman anak kita sekarang ni, ramai dah nama sama macam mereka..hehe. Kat taska diorang ni, ada 4 orang bernama aisya or aisyah or aishah. ada siti nor aishah, siti aisyah amirah, aisyah safiyyah dan termasuk anak dara saya Aisya Rania. Nasib baik masing-masing ada 2 nama. Boleh la panggil nama kedua mereka.
Rayyan pulak lagi ramai yang sama nama dengan dia. Tapi kat taska ni hanya ada dua orang je termasuk anak bujang saya. Umar Rayyan dan Rayyan Rizqi. Razin pulak takde yang sama nama dengan dia kat taska ni. Tak tahu pulak kat taska lain.
Biarpun nama sama, identiti tetap berbeza kan? Oleh yang demikian.. biarlah orang kenal kita dengan identiti yang positif..
Wednesday, February 29, 2012
Sunday, February 26, 2012
Belanja RM200 dapat voucher RM40
Hah! berbaloi kan? Jom pi Carrefour. Tawaran sampai hari ni je. Dia offer sejak 23 hb yang lalu. Tapi voucher ni sah pada 27hb hingga 4 Mac 2012 je.
Untuk dapatkan voucher ini, kena belanja RM200 dan ke atas dalam satu resit. Resit yang kita bayar di kaunter pembayaran khas pembelian susu yang berwarna merah juga dia terima sebagai satu resit untuk diambil kira bersama resit putih yang kita bayar di kaunter biasa.
Susu Dutch Lady 123 kat sini berharga RM21.90, murah RM2.39 daripada harga biasa yang carrefour tawarkan. Walaupun mahal RM1 daripada harga yang biasa saya beli kat tempat lain, beli gak la kat sini demi nak dapatkan voucher tersebut..hehe..
Satu lagi barang yang berbaloi untuk dibeli ialah Drypers wee wee dry yang berharga RM32.90. Limited 2 pek untuk 1 family. Biasa saya beli harga RM34.90 kat tempat lain. Unlimited..hehe..
Lain-lain barang pegi tengok sendiri ye. Malas nak senaraikan sebab carrefour tak bayar saya untuk pengumuman ini..hehehe.. Hanya tanggungjawab sosial saya untuk war2kan apa yang berbaloi untuk geng blogger terutama mummies di luar sana..
Sekian~
Friday, February 24, 2012
60 sen yang istimewa
Korang punya 60 sen mesti sepah-sepahkan? Tak pandang kot..hehe.. eleh 60 sen..boleh beli apa kan? Jom kita cek apa yang boleh dibeli dengan 60 sen ni.
1) Kuih sekeping dan gula-gula 4 biji.
2) Gula-gula 12 biji (10 sen dapat 2 biji)
3) tisu poket 2 paket (30 sen sepeket)
4) Roti? tak dapat dah..dulu boleh dapat tapi sekarang paling murah pun 70 sen.
Ada apa dengan 60 sen ni? Ye.. 60 sen walaupun nilainya kecil..tapi cukup bermakna. Kalau takde 60 sen tak cukup RM1000 tau.. sebab ada takat RM999.40 sen je..hehe.. Maka di situ 60 sen sangat bermakna. Macam tu la hidup kita ni.. jangan pandang kecik orang atau benda yang peranan dia kecil.. sebab takde yang kecil yang memainkan peranan dia.. tak kan jadi sempurna sesuatu tu. Oleh itu, hargailah segala yang ada disekeliling kita sebaiknya. Kutipla 60 sen yang sepah2 tu masuk tabung. Sikit2..lama2 kete pun abang boleh beli! hehehe.. teringat plak petikan iklan kat tv masa kecik2 dulu.. iklan ASB kalau tak silap.
Apa yang saya kemaruk sangat dengan 60 sen ni? Kenapa tak 40 sen ke? 30 sen ke? atau 70 sen? Sebenarnya saya nak cerita yang kat dalam wallet saya sekarang ni hanya tinggal 60 sen je. hehehe.. 2 rangkap di atas hanya bunga2nya saja. Ni baru nak cite pokok pulak..hahaha.. Istimewanya 60 sen saya ni, dia mampu bertahan sejak 2 hari lalu. Lama kan?
Gambar ni diambil masa 22.2.2012 hari tu. 2 hari lepas. Tak sempat nak cite. Hari ni baru nak cite. Saya check wallet. Ini aje yang ada dalam wallet saya..hehe.. RM50 baucer buku yang tinggal, RM10 baucer tesco, RM5 baucer MPH dan 60 sen yang istimewa..hehehe. Kenapa dia istimewa? walaupun nilai dia kecik berbanding angka2 baucer tersebut.. hanya dia je yang boleh saya belanjakan di kantin!
Masa dapat tahu hanya ini yang tinggal dalam wallet saya..risau sikit la. Bolehkah saya bertahan sehingga gaji keesokan harinya. Masa en asben nak bagi duit sebelum dia pegi outstation pada pagi tu..saya tolak. Eksen ek? Takpe kata saya. cukup RM10 yang ada ni. Bagi saya, dia lagi memerlukan sebab nak bermusafir kan. Tak sangka plak saya bersarapan sampai RM5 dan makan tengah hari RM4 pada hari tu. Menjadikan wang kertas berbaki RM1.
Walaupun tahu wang yang ada tak seberapa, teringat pulak kat anak2 tatkala terpandang makanan ringan yang terhidang di kaunter pembayaran kantin tersebut. Makanya, RM1 itu habis saya belanjakan untuk membeli ini.
Opps.. maaf, saya seorang mummy yang tak menghalang anak makan makanan ringan ye. Terukkan? Namun begitu, ini bukanlah makanan ruji mereka. Saya beli untuk buat mereka gembira dan behave masa dalam kete untuk pulang ke rumah. Dah banyak kali dah si abang minta singgah kedai yang dia nampak tepi jalan on the way balik rumah. Saya tahu niat dia nak singgah kedai tu. Tapi memandangkan kedai tu betul2 tepi jalan besar makanya, mak beranak 3 ni tak mampu nak mengusung anak2 masuk ke dalam kedai tersebut sorang2. Lagipun, budak2 ni kalau dah termula sekali..pasti nak lagi dan lagi..
Sebenarnya makanan ringan tersebut berharga RM1.30 semuanya. Korek2 wallet ada lagi baki 60 sen. Ikutkan hati, nak beli lagi. Tapi teringat pulak orang tua2 pesan, tak elok wallet dibiarkan kosong tak berduit langsung. Walaupun, ada RM65 dalam wallet tersebut, saya biarkanlah 60 sen tersebut jadi residen wallet saya sambil menemani baucer2 yang ada tu.
Sehingga sekarang ni, 60 sen ini masih ada. Panjang betul riwayat dia. Dah 2 hari dia bertahan. Agaknya berkat menggembirakan hati anak-anak dan mengutamakan husband la kot..hehehe. Alhamdulillah! dah pun masuk gaji semalam. Cuma malas je nak pegi ambik. Tapi kena gak pi ambik kejap lagi. Tak cukup 60 sen tu nak bayar yuran taska RM650, diapers anak, susu anak dan makan minum dan sebagainya..hehehe..
Moral of the story, walaupun ada anak 3 dengan pendapatan tak semewah mana..baki 60 sen aje di hujung bulan, Alhamdulillah cukup rezeki yang Allah bagi. Sebab Allah dah janjikan, setiap anak ada rezeki masing2..

Wednesday, February 1, 2012
Razin's Milestone
Hari ni genap hero kecik mummy ni berusia 8 bulan. Alhamdulillah mummy diizinkan Allah membesarkan dan melihat perkembangan Razin di depan mata sendiri sehingga ke hari ini. Semoga Allah terus memberi peluang kepada mummy untuk membesar dan mendidik Razin lebih lama lagi.
Mummy tak sempat nak update perkembangan dan pencapaian Razin tiap-tiap bulan. Biarlah mummy rumuskan je untuk entry kali ni.
Alhamdulillah! Razin masih lagi team mate mummy dan kakak Rania dalam misi penyusuan susu ibu. Walaupun berkongsi dengan kakak Rania, Razin masih tidak kekurangan susu. Sebab rezeki tu Allah yang tentukan. Anak-anak mummy kena ingat, berkongsi itu tidak mengurangkan hak kita.. sebaliknya ia menambahkan lagi apa yang kita ada. Tak mao kedekut2 ye..
Berbanding Abang Rayyan dan Kakak Rania, pencapaian Razin agak cepat. Razin boleh meniarap sendiri pada umur genap 3 bulan. Pada usia 5 bulan, Razin dah boleh menyusur, mengemop lantai rumah. Pada usia 6 bulan lebih Razin dah boleh duduk dengan sendiri. Pada usia 7 bulan, Razin dah boleh merangkak dan memapah untuk berdiri. Mungkin sebab mummy lebih banyak biarkan Razin sendiri. Maklumla, mummy ni ada anak ramai, tak sempat nak kendong Razin 24 jam.
Mummy tahu.. tubuh Razin sebenarnya belum kuat untuk melakukan itu semua. Tapi semangat Razin sangat kuat mengatasi kudrat yang Razin ada. Walaupun asyik tergolek ketika duduk masa mula2 pandai duduk dulu, Razin tetap berusaha bangun kembali dan duduk lagi dan tergolek kembali. Razin tak sabar agaknya nak joint Abang Rayyan dan Kakak Rania bermain dan berlari2.
Razin start makan pada usia 6 bulan. Razin sangat suka makan. Kalau boleh semua Razin nak makan. Mummy kena pastikan Razin tak bermain dengan mainan yang kecik2 yang boleh menyebabkan Razin tercekik. Walaupun Razin bersemangat nak makan, badan Razin solid molid je. Check-up pada 26/1/2012 ari tu, berat Razin hanya 7.2 kg.
Razin sekarang ni dah pandai berkawan dengan Abang Rayyan dan Kakak Rania. Seronok pulak mummy tengok anak mummy yang ramai ni. Rasa macam nak tambah lagi je..hehe. Tapi harap2 selepas umur Razin 2 tahun la ye. Abang Rayyan dengan Kakak Rania suka buat Razin ketawa. Kalau mereka bercakap, Razin pun sibuk bercakap sama seolah2 berbual bersama pulak walaupun satu perkataan pun tidak terdengar.
Semoga Razin membesar dengan sihat dan kuat ye nak. Cepat2 besar, boleh joint Abang Rayyan dan Kakak Rania berlari!