Wednesday, February 29, 2012

Angkara nama sama dipunyai oleh dua orang berbeza

Tadi ada seorang Penolong Pegawai Tadbir atau lebih dikenali sebagai EO (Executive Officer) menegur saya semasa mesyuarat pembukaan audit dalaman di opis saya ni.

EO : Awak ada hantar surat kat pentadbiran ye?
Saya : Hantar surat? surat apa? Rasa macam tak ada.
EO : Surat letak jawatan.
Saya : Eh, mana ada EO. Tak kan la saya nak letak jawatan. Baru 9 tahun saya keje dengan kerajaan. Kalau letak jawatan, macamana la nak tanggung anak saya yang berderet2 tiga orang tu..hihihi..
EO : Tu la, saya tertanya-tanya.. kenapa awak nak letak jawatan pulak? Mesti dapat offer keje yang lagi baik agaknya.
Saya : Hehehe.. takde la EO. Salah orang ni. Afifah lain ni. Saya rasa budak PSH (Pekerja Sambilan Harian) Unit Domestik ni. Nama kami je sama.
EO : Ye la tu. Dia bagi surat sekeping je. Cakap nak berhenti sebab dapat kerja lain. Cover letter langsung takde. saya ingatkan awak.

Sebelum tu, ada kes gak pasal silap orang ni. Sekitar pertengahan bulan februari. Seorang kerani kewangan telah menelefon saya mengatakan bahawa dia akan buatkan gaji saya untuk bulan januari pada hari berkenaan. Aik? saya pun pelik la. Saya cakap kat dia yang saya dah ambik pun gaji bulan januari. Tak pernah pulak tak masuk gaji. Dia pun pelik dengar jawapan saya. Macam mana boleh dapat gaji sedangkan dia baru nak buat gaji saya katanya. Ehm.. saya tanya kat dia, nak cakap dengan afifah mana ni? saya sebutkan nama penuh saya. Ehm.. silap afifah rupanya. Dan barulah saya tahu bahawa ada orang lain yang nama sama dengan saya kat tempat kerja saya ni. Staf baru. No wonder la telefonis silap sambung atau mungkin kerani berkenaan terlupa nak mention unit tempat afifah tersebut bertugas.

Sebelum ni, tak pernah saya jumpa orang yang nama sama macam saya. Sejak zaman sekolah lagi, sama ada rendah atau menengah, dan kat ipta juga belum ada yang sama nama dengan saya. Mungkin masa zaman saya tu, nama ni jarang digunakan. Kat sekolah dulu, cikgu selalu silap tulis nama saya atau panggil saya dengan nama norafizah. Masa zaman saya, nama norhafizah sangat popular. Sehinggakan result MUET saya tertera nama Norafizah yang berbintikan nama abah saya. No kad pengenalan nasib baik sama macam saya punya. Masa ni dah kat UiTM. Saya minta betulkan, kerani kat pusat bahasa tersebut kata tak apa, asalkan no kad pengenalan betul. Result inilah juga yang saya submit kat UTM. Kalau saya tak boleh grad sebab result MUET ni, memang saya cari balik kerani berkenaan! hehehe..

Tapi zaman anak kita sekarang ni, ramai dah nama sama macam mereka..hehe. Kat taska diorang ni, ada 4 orang bernama aisya or aisyah or aishah. ada siti nor aishah, siti aisyah amirah, aisyah safiyyah dan termasuk anak dara saya Aisya Rania. Nasib baik masing-masing ada 2 nama. Boleh la panggil nama kedua mereka.

Rayyan pulak lagi ramai yang sama nama dengan dia. Tapi kat taska ni hanya ada dua orang je termasuk anak bujang saya. Umar Rayyan dan Rayyan Rizqi. Razin pulak takde yang sama nama dengan dia kat taska ni. Tak tahu pulak kat taska lain.

Biarpun nama sama, identiti tetap berbeza kan? Oleh yang demikian.. biarlah orang kenal kita dengan identiti yang positif..

No comments:

Post a Comment