Sunday, June 3, 2012

5th Anniversary : Mari mengimbau kenangan silam


Alhamdulillah! menjangkau usia 5 tahun usia perkahwinan saya dan encik asben hari ni. Pantas sungguh rasanya waktu beredar. Rasa macam baru je encik asben propose! hihihi.. Sedar tak sedar dah ada 3 koleksi buah cinta kami. 

Dulu..tak pernah saya bayangkan akan berumah tangga. Tak terfikir pun ada orang nak kahwin dengan saya.  Ye la.. orang tak cantik. Tapi tu la.. soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut tu bukan urusan kita. Tak payah ribut-ribut cari pacar..hihi..  Allah dah tentukan siapa jodoh kita. Tak semestinya tak cantik tak boleh kahwin..kan?

Sebelum berkahwin, saya dan encik asben takde la bercinta. Kami berkawan aje. Mula kenal semasa kami mewakili jabatan dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan pada tahun 2005. Wah.. atlit ke? Kihkihkih..takde la atlit sangat. Satelit kot. Dah takde orang nak main, saya main la walaupun tak la seterer mana. Saya main badminton dan si dia main bola tampar.

Ayat pertama encik asben memulakan salam perkenalan sewaktu meng'intercom' asrama saya, " Saya ada 8 orang awek. Saje je telefon ni nak borak-borak. Tengok macam awak ni boleh diajak berborak. Boyfriend tak marah ke?" 

Huh! mengayat.. hehe.. sejak detik itu lah, 9 Ogos 2005 kami berkawan. Kawan yang boleh bercerita apa sahaja. Berkongsi cerita.. berkongsi masalah.. tanpa menyentuh soal hati dan perasaan. Lagipun tak sangguplah nak berkongsi kasih dengan 8 orang..kihkihkih.. 


Sangat selesa berkawan dengan en asben ni sebab dia jujur, tak pernah nak mengurat saya, tak pernah cakap bukan-bukan dengan saya. Selalu sakitkan hati ada la. Walaupun selalu gaduh sebab masing-masing nak menang bila cakap, tapi nak juga call dia bila saya ada problem. Sebabnya, dia tak pernah sokong saya dan kata-katanya akan kontra dengan pendapat saya yang akhirnya akan membuatkan saya dapat membuat pertimbangan sewajarnya walaupun hati manyak sakit maa.. hihihi.. Dulu selalu jugak bila saya tak tahan dengan kata-kata dia, saya nekad konon tak nak la telefon dia lagi. Konon-konon merajuk la tapi tanpa pengetahuan dia. Nak menyepi tanpa berita. Tup-tup dia call pulak walaupun sebenarnya dia jarang call sebab sentiasa takde credit..hihi.. maklumla 8 orang aweks. Bila dia call, hilang ke mana la pulak si nekad tu.. Tak jadi la pulak nak merajuk! Aih! dia ni tahu aje.. orang nak menyepi tanpa berita. 


Sepanjang berkawan, memang kami jarang berjumpa. Maklumla seorang di Gombak dan seorang di Batu Pahat. Jumpa sekali sekala tu pun kalau saya ada berkursus di institut latihan jabatan kami. Rasanya sebelum mengikat tali pertunangan, tak lebih dari 5 kali kot kami berjumpa. Tu pun dengan ada kawan lain yang joint. Kami rapat hanya di telefon. Bertuahnya Maxis!

Mungkin sebab jarang jumpa la kot en asben berkenan kat saya..hihihi. Kalau selalu jumpa..alamatnya dah lama kot kena reject! hihi.. Apa-apapun dah takdirnya begitu.

En asben propose saya pada 14 Disember 2006. Wah..kuatnya ingatan! Hihi.. biasalah orang pompuan! Tapi cuba tanya.. kerja tu dah siap ke belum? Nanti dia jawab, Alamak.. lupa la.. hihi.. ingat-ingat lupa rupanya orang pompuan ni. Saya sangat ingat tarikh ni sebab keesokannya 15 Disember 2006 saya mendaki Gunung Ledang. Aktiviti kelab sukan jabatan. So, pendakian saya penuh bunga-bunga cinta la! kahkahkah!

Pada 14 Disember tu saya terima sms daripada si dia, "Nanti call lepas isyak. Nak borak panjang." Masa dapat sms ni, hati saya dah dup dap dup dap.. macam dah dapat agak apa yang dia nak cakapkan.. hihihi.. sebab beberapa hari sebelum tu saya ada cerita masalah saya kat dia yang ada orang nak meminang saya! Takut melepas la tu..kehkehkeh

Memang sangat susah si dia nak meluahkan perasaannya. Puas la saya menunggu perkataan keramat daripada dia pada hari itu. Hihihi.. walaupun saya tidaklah mengharap sangat kata-kata tu daripadanya.. maklumla ramai saingan.. 8 orang aweks tu..huhuhu.. tapi bila dia dah cakap dia suka kat saya dan nak jadikan saya isterinya.. Yess!! bestnya rasa bila tahu ada orang suka kat kita kan..hihihi.. padahal orang tu selalu je cari gaduh dengan kita. Tapi saya cool je.. kelu lidah tak terkata..hihi.. ya pun tidak, tidak pun tidak. Cuma saya tanya bila nak masuk meminang? (setuju la tu!)

Kami bertunang 2 minggu selepas itu iaitu pada 1 Januari 2007. Memang tidak seorang pun dalam kalangan keluarga saya yang pernah berjumpa dengan si dia ni. Inilah first time dia menjejakkan kaki di rumah keluarga saya dan diperkenalkan dengan ahli keluarga saya. Kiranya merisik dan bertunang satu package la ni..hihi. Promosi awal tahun! hahaha..

Nasib baik mak dan abah saya sporting! Memang serahkan bulat-bulat urusan pilih pasangan kepada tuan punya badan. Mereka hanya merestui siapa jua pilihan hati anaknya. Jadi, takde la drama swasta berlaku..hihi.. Alhamdulillah! segala urusan berjalan lancar dan Allah permudahkan segalanya. Tu la kan.. niat yang baik insya-Allah Allah mudahkan. 


5 bulan 2 hari kami bertunang dan akhirnya pada 3 Jun 2007 kami diijabkabulkan. Saya tidak sempurna dan kehadirannya menyempurnakan hidup saya. Semoga kasih sayang kami mendapat redha ilahi dan berkekalan hingga ke syurga abadi! 


Nota:

Tahun lepas tiada entry sempena anniversary rupanya. Maklumla sibuk baru dapat baby masa tu..hihi. So, bertuahlah siapa dapat baca entry 2 tahun sekali ni..hihihi. Siapa nak baca entry 2 tahun lepas, sila klik sini. 




No comments:

Post a Comment