Thursday, June 28, 2012

Birthday Celebration

Anda sedang menatap siaran tertunda untuk cerita birthday celebration ini..hihi. Baru hari ni berkesempatan nak update blog ni, sedangkan peristiwa berlaku pada 24 Jun lepas.

Birthday boy : 19 June 2008

Birthday boy : 1 June 2011
Just small celebration aje. Sebenarnya memang nak makan tengah hari pun pada hari berkenaan. Alang-alang.. mummy namakan aje acara makan tengah hari tu sebagai sambutan ulang tahun kelahiran buat hero-hero mummy ni. Senang! 2 in 1. Mummy cakap kat daddy, lepas ni kita buat anak lahir bulan 10 pulak, sama dengan Rania..hihihi. Jimat! boleh celebrate sekali. 

Daddy pilih makan kat Kenny Rogers dalam Alamanda, Putrajaya ni. First time kami semua makan kat sini. Selalunya.. tumpang lalu je.. untuk ke KFC..hehe.. Memandangkan hari tu adalah hari terakhir sebelum gaji keesokan harinya, maka bolehlah menghabiskan sisa-sisa gaji terakhir pada hari tu..hahaha.

Submarine apa ntah nama dia, lupa pulak.

Kek birthday la konon-kononnya. Walaupun kecil, jenuh gak nak menghabiskannya.

Juadah utama. Nama tak ingat, maaf!

Tuesday, June 19, 2012

It's Umar Rayyan Birthday!

Kek Birthday Rayyan 3 tahun lepas hadiah dari atok

Alhamdulillah! Anak sulung mummy, Umar Rayyan genap berusia 4 tahun hari ni. Genap 4 tahun juga mummy bergelar mummy!

Pada usia ini, Rayyan sudah bergelar abang kepada seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki. Berkongsi kasih sayang dan perhatian mummy dan daddy. Dan insya-Allah mummy dan daddy nak bagi Rayyan adik lagi..hihihi..  Bila dikenang-kenang macam kasihan je kat Rayyan tak sempat nak bermanja-manja lama-lama dengan mummy dan daddy. Tapi mummy percaya setiap yang Allah takdirkan, terkandung seribu hikmah yang tersembunyi. Mungkin Allah nak jadikan Rayyan seorang pemimpin yang hebat, sehebat Umar. Pemimpin hebat tak boleh manja lebih-lebih kan? Kalau tak dapat hebat memimpin umat sekalipun, sekurang-kurangnya Rayyan hebat memimpin diri sendiri dan keluarga. 

Pencapaian Rayyan pada usia ini? Rayyan mengalami kecelaruan identiti.hihihi.. Sekejap jadi Ben 10, kekadang jadi Boboiboy. Ultraman ada gak sekali sekala. Tapi sangat kerap jadi Ben 10 la. Sampai tak kira kat mana Rayyan nak bertukar. Dalam kereta pun jadi. Pasaraya apatah lagi. Sangat obses dengan warna hijau. Warna tema Ben 10. Sehinggakan ari tu, mummy nak beli selipar, minta dia pilihkan antara warna pink dan hijau mana satu yang cantik, of course dia pilih hijau. Ben 10 katanya. Sentiasa nak pakai jam macam Ben 10 tak kisahlah walaupun bukan ada gambar Ben 10 pada jam itu asalkan kaler hijau. Pernah mummy terpaksa beli jam berharga RM35 kaler hijau memandangkan jam yang lebih murah daripada itu tiada warna berkenaan. Tapi malangnya, hayat jam tersebut tidak lama.

Rayyan sudah kenal dengan alphabet and numbers. Belajar dari internet. Dia juga telah boleh menulis sikit-sikit. Tapi dia masih belum pandai membaca. Mummy tak sempat nak ajar. Saat menulis entry ini baru teringat yang mummy dah lama tak ajar Rayyan membaca. Tahap sekarang, Rayyan sudah tidak berminat dengan alphabet dan numbers di internet. Dia lebih cenderung kepada games, sehingga berlaku perebutan siaran antara dia dengan Rania kerana Rania sangat suka akan alphabet dan numbers. Selalu gaduh. Adeh! pening kepala mak, nak!  

Sekarang ni Rayyan sangat gilakan game angry bird di galaxy tab daddy. Inilah ubatnya kalau nak suruh Rayyan duduk diam-diam dan tak bertukar jadi Ben 10. Sangat membantu terutamanya sewaktu dalam perjalanan jauh bagi mengubat kebosanan beliau dalam kenderaan yang dinaiki.

Walaupun kadang-kadang Rayyan sangat susah untuk duduk diam-diam dan dengar arahan mummy dan daddy tapi Rayyan seorang yang makan pujukan. Senang bertolak ansur berbanding Rania si rambut kerinting..hihihi. Mummy perlu menggunakan pendekatan cara lembut dengan Rayyan. Kalau kasar, Rayyan akan lebih kasar. Semakin hari semakin mummy kena belajar macam mana nak jadi mummy kerana usia kita sebaya. Semoga mummy mampu menjadi mummy yang hebat untuk Rayyan dan adik-adik.

Maaf Rayyan, tiada hadiah hebat yang mampu mummy sediakan.
Hanya doa dan harapan
Semoga anak mummy menjadi anak yang soleh dan teguh iman
Sabar dan tabah menghadapi rintangan dan dugaan
Dipermudahkan segala urusan
Dilimpahi rahmat dan keredhaan  
Di dunia dan akhirat mendapat kebahagiaan

Happy birthday Rayyan!
Mummy, daddy, Rania and Razin always love you!



Monday, June 18, 2012

Breastfeeding Journey : Razin kena tinggal

Satu lagi catatan penting dalam perjalanan penyusuan susu ibu edisi Razin. Selama setahun umur Razin, mummy senang-lenang je menyusukan Razin tanpa banyak dugaan. Kalau siang mummy pergi kerja, mummy bekalkan Razin dengan stok EBM di taska. Mummy di opis memungut hasil tenusu mengikut kesempatan. Balik kerja sampai pergi kerja semula keesokan harinya, Razin direct BF dengan mummy. Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am adalah hari nenen sedunia! hihihi..

Tapi minggu lepas, rutin ini sedikit terganggu. Allah menguji mummy dengan keadaan terpaksa meninggalkan Razin untuk berkursus selama 4 hari 3 malam di El-Azzhar Camp, Morib bermula daripada 11 hingga 14 Jun 2012. Kursus ini diwajibkan kepada semua staf baru di opis mummy untuk tujuan pengasimilasian. Bukan tiada staf yang memohon pengecualian daripada menghadiri kursus ini dengan sebab menyusukan anak. Tapi mummy tak nak menjadikan 'menyusukan anak' itu sebagai alasan. Mummy tak nak orang memandang menyusukan anak itu sebagai penghalang, beban atau menyusahkan. Jika tidak hadir sekarang, mummy perlu juga menghadiri kursus asimilasi ini pada penganjuran yang akan datang yang mummy tak pasti kekangannya macam mana.

Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Perasaan ragu yang merajai hati sebelum berkursus akhirnya terlerai jua setelah melangkah masuk ke kem. Persoalan tentang kewujudan peti ais dalam kawasan kem akhirnya terjawab. Syukur, Allah tunjukkan jalan. Malu bertanya sesat jalan. Malu bertanya, ada pulak EBM yang terkorban :)

Sepanjang berkursus, mummy menumpangkan EBM dalam peti ais di kantin kem yang beroperasi bermula seawal 6.30 pagi hingga 11.30 malam. Walaupun peti ais tersebut sarat-barat dengan muatan, tapi ada juga sedikit ruang untuk mummy selitkan EBM untuk Razin. Mummy berjaya menjadi peserta kursus dan pemerah tegar dalam satu masa. Walaupun terpaksa main kejar-kejar dengan masa yang pastinya masa adalah pemenangnya, mummy cuba gunakan masa rehat yang ada sebaiknya dengan aktiviti rutin seorang BF mummy. Dalam khemah, dalam telekung semasa mendengar kuliah subuh dan juga dalam bilik penginapan, semuanya pernah menjadi pot mummy untuk melaksanakan misi mengosongkan kolam susu. Mujur mummy pengguna tegar teknik mermet. Tak perlu nak mengusung pam ke mana-mana. Terima kasih Allah atas kurniaan ini!

Menjelang pulang dari kursus, mummy berjaya membawa pulang 20 pek x 6 oz = 120 oz EBM. Sendat-mendatlah cooler bag mom's little one mummy yang telah berusia lebih 2 tahun itu dimuatkan dengan EBM tersebut dan juga 3 ice packs yang telah dimintabekukan semenjak sampai. Mujur EBM cair dalam plastik adalah flaksibel bentuknya. Senang nak adjust! Mummy ada masa sebelum pukul 7 malam pada hari khamis itu sebelum usia EBM sulung mencecah 72 jam. Alhamdulillah, mummy sampai rumah pukul 4.15 petang. Sampai je rumah, lepas peluk anak melepaskan rindu, mummy masukkan terus EBM ke dalam freezer sebelum terlupa. Cukuplah 10 oz je yang terbuang masa di kem sebab kantin dah tutup dan EBM telah lebih 4 jam pada suhu bilik. Dah bukan rezeki..

Mummy senang dan gembira membuat aktiviti mermet ini tanpa rasa terbeban atau disusahkan. Mummy yang pilih jalan ini dan mummy rasa puas dapat memberikan yang terbaik untuk anak mummy. Pedulilah orang nak cakap apa. Asalkan mummy tak menyusahkan sesiapa kecuali mak cik kantin tu..hihi. Tu pun mummy dah minta maaf sebab menyusahkan tumpang peti ais dia dan ucap ribuan terima kasih atas timbang rasanya. Semoga perniagaannya maju jaya dan mampu beli peti ais yang lebih besar lagi!

Asyik cerita pasal mummy lupa pulak cerita pasal si Razin. Razin ok aje ditinggalkan di bawah jagaan en asben and the team iaitu MIL and SIL. Cuma cabaran agak hebat pada waktu malam bila Razin macam biasa akan terjaga 4-5 kali mencari nenen. Pada malam pertama, the team masih tak dapat rentak Razin, maka malam pertama adalah malam menangis Razin. Malam kedua dan seterusnya en asben dah standby awal EBM yang telah dipanaskan untuk Razin. Maka, all is well..hihi..

Mummy risaukan Razin lebih-lebih sampai lupa pulak kat Rania. Masa mummy balik ari tu, badan Rania panas. Check suhu 38.3 darjah celcius. Baru demam kata MIL. Demam rindu kat nenen kot. Dapat nenen, Rania nenen macam haus sangat. Memang betul2 dia rindukan nenen. Keesokan harinya, demam Rania dah baik.

Moral of the story, dalam menuju destinasi yang diimpi, onak dan ranjau pasti ditemui. Nak tak nak kita perlu tempuhi. Sesungguhnya Allah tak akan uji kalau kita tak mampu nak hadapi.

happy breastfeeding!

You can do it mummy!

Thursday, June 7, 2012

Temuduga : Kembali menggugat ketenangan diri


Semalam saya terima surat ini!
Terus rasa seram sejuk je satu badan..
Bakal berdepan lagi pengalaman ditemuduga!

Macam-macam bermain difikiran..
Apa ye diorang akan tanya?
Apa yang perlu saya baca?
Sempat ke saya nak practice speaking London ni..hihihi..
Nak pakai baju kaler apa ek nanti
Nak pakai high heel ke tak yah
Nak kena corporate looking ke?
Nak kena make up ke tak yah?
Hahaha.. tersibuk pulak fikir pasal penampilan macam nak jumpa mak mentua
Ada 25 hari lagi tempoh persediaan
sebelum menjelangnya 3.7.2012, hari kejadian!

Kali terakhir saya ditemuduga bekerja ialah pada 2.7.2003 iaitu temuduga bagi jawatan yang saya jawat sekarang. Tentunya temuduga kali ini lebih mencabar sebab banyak soalan yang boleh penemuduga tanya memandangkan dah hampir 9 tahun berkerja. Tentunya temuduga kali ini memberi lebih tekanan!!

Apa-apapun saya kena anggap ini sebagai satu cabaran
Demi kemajuan kerjaya dan masa depan..ecececeh..
Semoga Allah permudahkan segala urusan
Sesungguhnya rezeki itu Allah yang tentukan!

~ Kawan-kawan tolong doakan ~

Wednesday, June 6, 2012

Penyusuan susu ibu : Stok EBM @ 1 tahun

Alhamdulillah! setahun sudah berlalu perjalanan menyusukan Razin dengan susu ibu sepenuhnya. Semoga Allah permudahkan lagi separuh perjalanan penyusuan ini.


Makin lama makin banyak botol kosong yang dah terkumpul. Apakah maknanya ini? Maknanya.. stok susu ibu perahan a.k.a EBM (Expressed Breast Milk) milik Razin dah makin berkurangan. 

Mengapa kamu.. mengapa jadi begitu?
Inilah nasib ku..
(hihihi.. tetiba pulak nak nyanyi lagu kumpulan nico ni) 

Kenapa jadi begini? Mungkin faktor kesibukan mummy di opis menyebabkan mummy tak sempat nak memerah susu. Memang sebulan dua ni sangat sibuk sehinggakan mummy terpaksa skip masa memerah. Kat rumah memang mummy tak buat stok langsung memandangkan mummy memang direct BF Razin dan juga Rania. Rania masih BF? Ya.. Rania masih BF juga walaupun dah expired umurnya..hihihi.. dah 2 tahun 8 bulan dah. Tapi Rania hanya mahu yang segar dari ladang (direct).. EBM dia tak mahu.

Faktor kedua, banyak stok EBM yang terbazir begitu sahaja. Sama ada di taska mahupun mummy prepare bawa tapi tak digunakan contohnya masa pergi konvo kat Johor Bahru bulan lepas. Mummy bawa 5 stok EBM cair lagi fresh untuk Razin hasil perahan hari Jumaat untuk digunakan sepanjang mummy tinggalkan Razin untuk menghadiri rehersal, majlis anugerah dan juga konvo. Siap tumpang peti ais hotel lagi. Mummy bawa juga warmer bagi memudahkan urusan pemanasan EBM. Tapi malangnya langsung tak digunakan memandangkan mummy sempat BF Razin directly dan buat perahan segar tanpa perlu masuk peti ais. Akibatnya, EBM tu terbazir begitu sahaja. Memang rasa nak nangis tengok EBM terbuang tapi nak buat macam mana.. terpaksa redha dan menganggap tiada rezeki Razin. Sesungguhnya susu yang segar dari ladang tu lagi baik dari EBM..huhu..

Macam kat taska pulak, sebelum ni mummy bekalkan Razin 5 botol EBM dengan muatan 4-5 oz. Selalu sangat berbaki 1 EBM stok lama yang mana tak boleh lagi nak guna keesokan harinya. EBM cair yang mummy bekalkan telah digunakan lebih awal. Makanya, terpaksalah dikorbankan EBM tersebut. Sekarang ni mummy hanya bekalkan dengan 4 botol EBM 4-5 oz. 1 cair dan 3 beku. Ok la, sangat jarang berbaki. Cuma hari Isnin lepas dikembalikan 2 stok EBM beku yang telah mencair memandangkan mummy ambil Razin pukul 2 untuk dibawa ke klinik. Razin hanya minum 10 oz. Salah mummy sebab lupa yang nak ambil Razin awal. Ehm.. terpaksalah terkorban lagi EBM tu. 


Sekarang ni, ini sahaja stok EBM Razin yang tinggal. Sebahagian dalam Freezer biasa dan sebahagian lagi dalam Deep Freezer. Sudah banyak kelegaan dalam DF tu yang sebelum ini penuh dengan muatan EBM. Sekarang ni Razin masih lagi consume stok EBM hujung bulan Februari. Nampaknya mummy kekurangan stok bulan April dan Mei ni.


Walaupun stok EBM dah berkurangan, Alhamdulillah masih belum sampai ke tahap mencemaskan. Masih cukup untuk mummy tinggalkan Razin 4 hari minggu depan untuk menghadiri kursus di Morib.

Macam mana agaknya Razin tak dapat nenen malam-malam ek nanti? Dah setahun Razin tak pernah missed nenen malam-malam..
Mummy serahkan semuanya pada Allah kerana mummy tak mampu dan malas nak fikir
Semoga Allah permudahkan segalanya.. 

Tuesday, June 5, 2012

Razin : Hobi baru saya

Razin anak mummy ni dah setahun dah. Semakin hari semakin banyak kerja yang Razin boleh buat. Bila Razin banyak kerja.. makanya.. bertambah juga la kerja mummy.

Macam ni..


Razin pantang tengok novel-novel mummy ni tersusun kemas atas rak buku. Razin akan berdiri dekat rak tu dan tarik keluar satu-satu novel tu dan jatuhkan ke lantai. Walaupun berat, betapa bersungguhnya Razin mengangkat buku-buku tersebut satu-satu dan campak ke bawah. Nasib baik Razin budak kecik. Mummy tak jadi marah.. mummy gelak dan ambil gambar walaupun mummy tahu mummy yang kena kemas balik lepas tu. Tapi ingat! jangan buat macam ni bila Razin dah besar.. Mungkin Razin akan terima cubitan berbisa dari mummy! hahaha..


Sangat gembira dengan kejayaan meruntuhkan kekemasan susunan buku-buku mummy

Beli! Beli Beli! Murah! Murah! Murah!


Sunday, June 3, 2012

5th Anniversary : Mari mengimbau kenangan silam


Alhamdulillah! menjangkau usia 5 tahun usia perkahwinan saya dan encik asben hari ni. Pantas sungguh rasanya waktu beredar. Rasa macam baru je encik asben propose! hihihi.. Sedar tak sedar dah ada 3 koleksi buah cinta kami. 

Dulu..tak pernah saya bayangkan akan berumah tangga. Tak terfikir pun ada orang nak kahwin dengan saya.  Ye la.. orang tak cantik. Tapi tu la.. soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut tu bukan urusan kita. Tak payah ribut-ribut cari pacar..hihi..  Allah dah tentukan siapa jodoh kita. Tak semestinya tak cantik tak boleh kahwin..kan?

Sebelum berkahwin, saya dan encik asben takde la bercinta. Kami berkawan aje. Mula kenal semasa kami mewakili jabatan dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan pada tahun 2005. Wah.. atlit ke? Kihkihkih..takde la atlit sangat. Satelit kot. Dah takde orang nak main, saya main la walaupun tak la seterer mana. Saya main badminton dan si dia main bola tampar.

Ayat pertama encik asben memulakan salam perkenalan sewaktu meng'intercom' asrama saya, " Saya ada 8 orang awek. Saje je telefon ni nak borak-borak. Tengok macam awak ni boleh diajak berborak. Boyfriend tak marah ke?" 

Huh! mengayat.. hehe.. sejak detik itu lah, 9 Ogos 2005 kami berkawan. Kawan yang boleh bercerita apa sahaja. Berkongsi cerita.. berkongsi masalah.. tanpa menyentuh soal hati dan perasaan. Lagipun tak sangguplah nak berkongsi kasih dengan 8 orang..kihkihkih.. 


Sangat selesa berkawan dengan en asben ni sebab dia jujur, tak pernah nak mengurat saya, tak pernah cakap bukan-bukan dengan saya. Selalu sakitkan hati ada la. Walaupun selalu gaduh sebab masing-masing nak menang bila cakap, tapi nak juga call dia bila saya ada problem. Sebabnya, dia tak pernah sokong saya dan kata-katanya akan kontra dengan pendapat saya yang akhirnya akan membuatkan saya dapat membuat pertimbangan sewajarnya walaupun hati manyak sakit maa.. hihihi.. Dulu selalu jugak bila saya tak tahan dengan kata-kata dia, saya nekad konon tak nak la telefon dia lagi. Konon-konon merajuk la tapi tanpa pengetahuan dia. Nak menyepi tanpa berita. Tup-tup dia call pulak walaupun sebenarnya dia jarang call sebab sentiasa takde credit..hihi.. maklumla 8 orang aweks. Bila dia call, hilang ke mana la pulak si nekad tu.. Tak jadi la pulak nak merajuk! Aih! dia ni tahu aje.. orang nak menyepi tanpa berita. 


Sepanjang berkawan, memang kami jarang berjumpa. Maklumla seorang di Gombak dan seorang di Batu Pahat. Jumpa sekali sekala tu pun kalau saya ada berkursus di institut latihan jabatan kami. Rasanya sebelum mengikat tali pertunangan, tak lebih dari 5 kali kot kami berjumpa. Tu pun dengan ada kawan lain yang joint. Kami rapat hanya di telefon. Bertuahnya Maxis!

Mungkin sebab jarang jumpa la kot en asben berkenan kat saya..hihihi. Kalau selalu jumpa..alamatnya dah lama kot kena reject! hihi.. Apa-apapun dah takdirnya begitu.

En asben propose saya pada 14 Disember 2006. Wah..kuatnya ingatan! Hihi.. biasalah orang pompuan! Tapi cuba tanya.. kerja tu dah siap ke belum? Nanti dia jawab, Alamak.. lupa la.. hihi.. ingat-ingat lupa rupanya orang pompuan ni. Saya sangat ingat tarikh ni sebab keesokannya 15 Disember 2006 saya mendaki Gunung Ledang. Aktiviti kelab sukan jabatan. So, pendakian saya penuh bunga-bunga cinta la! kahkahkah!

Pada 14 Disember tu saya terima sms daripada si dia, "Nanti call lepas isyak. Nak borak panjang." Masa dapat sms ni, hati saya dah dup dap dup dap.. macam dah dapat agak apa yang dia nak cakapkan.. hihihi.. sebab beberapa hari sebelum tu saya ada cerita masalah saya kat dia yang ada orang nak meminang saya! Takut melepas la tu..kehkehkeh

Memang sangat susah si dia nak meluahkan perasaannya. Puas la saya menunggu perkataan keramat daripada dia pada hari itu. Hihihi.. walaupun saya tidaklah mengharap sangat kata-kata tu daripadanya.. maklumla ramai saingan.. 8 orang aweks tu..huhuhu.. tapi bila dia dah cakap dia suka kat saya dan nak jadikan saya isterinya.. Yess!! bestnya rasa bila tahu ada orang suka kat kita kan..hihihi.. padahal orang tu selalu je cari gaduh dengan kita. Tapi saya cool je.. kelu lidah tak terkata..hihi.. ya pun tidak, tidak pun tidak. Cuma saya tanya bila nak masuk meminang? (setuju la tu!)

Kami bertunang 2 minggu selepas itu iaitu pada 1 Januari 2007. Memang tidak seorang pun dalam kalangan keluarga saya yang pernah berjumpa dengan si dia ni. Inilah first time dia menjejakkan kaki di rumah keluarga saya dan diperkenalkan dengan ahli keluarga saya. Kiranya merisik dan bertunang satu package la ni..hihi. Promosi awal tahun! hahaha..

Nasib baik mak dan abah saya sporting! Memang serahkan bulat-bulat urusan pilih pasangan kepada tuan punya badan. Mereka hanya merestui siapa jua pilihan hati anaknya. Jadi, takde la drama swasta berlaku..hihi.. Alhamdulillah! segala urusan berjalan lancar dan Allah permudahkan segalanya. Tu la kan.. niat yang baik insya-Allah Allah mudahkan. 


5 bulan 2 hari kami bertunang dan akhirnya pada 3 Jun 2007 kami diijabkabulkan. Saya tidak sempurna dan kehadirannya menyempurnakan hidup saya. Semoga kasih sayang kami mendapat redha ilahi dan berkekalan hingga ke syurga abadi! 


Nota:

Tahun lepas tiada entry sempena anniversary rupanya. Maklumla sibuk baru dapat baby masa tu..hihi. So, bertuahlah siapa dapat baca entry 2 tahun sekali ni..hihihi. Siapa nak baca entry 2 tahun lepas, sila klik sini. 




Friday, June 1, 2012

Razin dah setahun!

Pantas sungguh masa berlalu.. sedar tak sedar genap setahun usia anak kecik mummy hari ni. Genap juga setahun mummy dan Razin menjadi rakan sepasukan dalam melestarikan penyusuan susu ibu. Juga genap setahun kenangan melahirkanmu wahai anakanda mummy, Uzair Razin!

Sekejap rasanya tempoh kamu di tapak tangan mummy, terbaring dengan senyap di atas katil, mengiring-ngiring nak meniarap, meniarap, menyusur, memasang kekuda nak merangkak, merangkak, duduk secara senget, duduk kemungkinan terlentang, duduk dengan sempurna, berdiri memapah-mapah, berdiri dengan sendiri, mencangkung dan kini berjalan menggigil-gigil macam orang tua. Inilah peraturan hidup nak! tiada jalan singkat untuk berjaya dalam kehidupan. 

Razin 4 hari

Alhamdulillah! Razin membesar dengan sihat. Semoga Allah terus mengurniakan Razin dengan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, diluaskan ilmu dan kefahaman, diterangkan hati, dipelihara iman dan dikurniakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Razin 11 bulan 28 hari

Maaf Razin.. tiada hadiah hebat yang dapat mummy sediakan untuk Razin pada ulang tahun kelahiran Razin yang pertama ini selain doa tulus seorang ibu dan kasih sayang tak bertepi seorang mummy!


Mummy, Daddy, Abang Rayyan dan Kakak Rania... love you baby!