Si kecik Razin ni akan berumur 2 tahun 01.06.2012 nanti.
Tapi belum pun umur dia 2 tahun gigi sudah rosak..
Adeh!
Ni dia yang malas gosok gigi ke mummy dia yang malas nak gosokkan gigi?
Jawabnya.. mummy dia malas nak bergaduh dengannya
sebab dia taknak gosok gigi!
Tambahan lagi Razin sangat suka makan gula-gula dan mummy tak menghalang kehendaknya itu asalkan dia tak menangis!
Menyesal pulak mummy tak gunakan paksaan untuk menggosok gigi beliau dulu.
Maafkan mummy nak!
Dah tak ensem dah Razin untuk tempoh 5 tahun ni..huhu..
Mahu 5 tahun lagi baru tumbuh gigi kekal tu.
Sekarang ni, mummy sangat sakit ketika Razin sedang nenen.
Gigi beliau sangat tajam.
Geselan tunggul yang tajam itu sungguh menyakitkan!
Ye.. balasan untuk mummy yang tak tolong jagakan gigi Razin.
Cepatlah Razin umur 2 tahun
Boleh mummy stop nenen tu..huhu..
Antara Rayyan, Rania dan Razin,
Hanya gigi Rania yang masih elok lagi.
Mungkin sebab Rania tumbuh gigi lambat.
Umur setahun baru tumbuh gigi!
So, umur 3 tahun 6 bulan pun gigi elok lagi walaupun tak berapa nak rajin menggosok gigi.
Azam mummy untuk anak selepas ni..
Mummy akan lebih prihatin ke atas gigi mereka.
Paksaan akan digunakan sehingga menjadi kerelaan.
anak klu suka makan gula2 sebelum pandai gosok gigi sendiri mmg ssh nak kekalkan gii susu mereka supaya rosak..
ReplyDeleteanak sy aiman dh 6tahun gigi semua masih cantik n elok tersusun.tp gigi lawa sgt jadi masalah juga klu gigi kekal nk tumbuh nti..:)
Tu la.. mummy dia ni lagi rela bagi anak gula-gula dari dengar dia menangis..huhu.. len kali mummy kena beringat la.. sian Razin dah tak ensem..hehe..
Deletesaya mmg selalu akan pastikan anak2 gosok gigi... kalau saya tak puas hati mmg saya sendiri yang akan gosokkan... sbb kadang2 budak2 pun ada masalah bau mulut... kalau mulut tak dijaga dengan sempurna...
ReplyDeleteni cara saya ajar anak2 berus gigi:
http://dialoguda.blogspot.com/2012/04/brush-your-teeth-sayang.html
Baik cikgu.. saya akan ikut nasihat cikgu..
DeleteSekarang ni saya gosokkan gigi dia dalam tangisan..hehe..
Salam, jangan paksa, lagi2 kalo budak bawah 2 tahun. Anak saya setahun 7 bulan pon taknak digosokkan gigi..lagi dipaksa lagi dia ketip mulut tutup. Caranya kita sama2 gosok dgn dia..bila dia tgk kita gosok lama2 dia nak, try la..sblm ni dia taknak gosok gigi, saya cuci je dgn towel kecik, basahkan dulu sikit pastu gosok2 manja, janji bersih.
ReplyDeleteAsma.. anak saya ni paksa baru ok. Cara tu saya buat gak.. tapi tak berkesan. Dia makannya ubat gigi tu adala.. Nanti baby yang akan datang saya akan jaga gigi dia baik2.. (kena order baby baru ni..)
DeleteSalam kenal.Ooo cepat gigi susu tu tercabut..sayangnya!hmmm lama juga nak tumbuh gigi kekal tu..mmg kena guna paksaan utk gosok gigi kids sampai depa jd bdidiplinkan. .pasni say no no tu sweets hihi
ReplyDeleteMemang sayang mummy! Menyesal pulak saya tak jagakan gigi dia sebelum ni. Ikut je perangai dia tak nak gosok gigi tu. Lambat lagi la Razin nak ensem nampaknya..hihi..
Deletesalam kenal n follow sini..
ReplyDeletehehe...anak2 kalu bab maksa gosok gg ni mmg menduga.. tp sy tetap paksa gosok..wajib..lama2 dia mau jugak.. >_<
Assalam.. Senasib anak buah saya... 2 thn tp gg dah rosak.. Yg hairannya dia langsung xmakan gula2 atau choc. Kakaknya hantu choc mls gosok gg tapi gg elok semua umur 5 thn.. Kami fikir myb jenis susu yg jd punca.. Kakaknya mnum anmum n dia friso... Sbb dlm susu pun ada gula... Anmumkan promot tanpa gula tambahan.. Wallahuaklam..
ReplyDeleteAnak sy pn mcm 2...umo br 2 thn 5 bln tp sume gg rosak sbb susu...die mmang kuat mnyusu...mlm2 pn kalo tak de susu dlm mulut die nangis...cian ble tgk kadang2 gg die skit...
DeleteRISAU KAN ANAK2 ROSAK GIGI AKIBAT GULA DARI MINUMAN COKLAT?
ReplyDeleteKami ada jalan penyelesaiannya!
Memperkenalkan RINDU QOQO STEVIA
Minuman Coklat Tanpa Gula
Lebih Sedap Dengan Rasa Coklat Sebenar
Lebih Jimat dan Lebih Mudah Diminum
Didatangkan dalam 2 jenis bungkusan
Iaitu dalam bentuk pouch 600 gram
Hanya perlu buka bungkusan dan isikan ke dalam bekas kegemaran anda (boleh juga gunakan bekas rindu qoqo yang lama seperti dalam gambar)
20 sachet dengan 25 gram setiap satu
Lebih memudahkan anda sekeluarga menikmati minuman ini di mana sahaja
Harga Lebih Murah
RM24 sahaja untuk 1 pek
Jom Borong!
Hubungi Saya Sekarang 016-6256130
#RinduQoqoStevia
Ig: zai_qasehgold
Anak sy plak gigi susu msih kekal dh umur 6 thun.jd mslh bila tumbuh gigi kekal.gigi jd berlapis.penyelesaianny kena g klinik cabut gigi susu tu bru gigi kekal tumbuh dgn betul.
ReplyDelete