Fuhh!!! Sebulan baru nak renew entry. Ke manakah manifesto
nak post 12 entry sebulan tu?? Huhuhu.. maafkan saya pengundi-pengundi
sekalian. Tolong beri saya peluang untuk baiki keadaan ini. Saya janji akan
berkhidmat dengan seikhlas hati di sini. Undilah saya..hehe..
Sebagai tanda saya menghargai anda yang sudi menjenguk saya
di sini, saya sajikan sebuah cerita eksklusif yang saya tak pernah cerita kat
blog ni..mahupun mana-mana majalah atau surat khabar yang ada kat Malaysia
mahupun di seluruh dunia. Eksklusif untuk uolls je tau.. (bajet ade orang
kesah..haha)
Sempena Hari Pekerja hari ni, cerita eksklusif ini tentunya
berkaitan dengan kisah saya sebagai seorang pekerja tuan-tuan dan puan-puan
sekalian (sila baca dengan intonasi seorang pemidato ala-ala achey bintang
mencari bintang)
Saya mula memegang status pekerja ini sejak alam
persekolahan lagi. Seingat saya, sejak saya sekolah rendah lagi. Sejak kecil
lagi, dengan kudrat yang tidak seberapa, saya membanting tulang empat kerat
membuat kerja-kerja sekolah yang cikgu bagi. Bekerja tanpa gaji. Saya tidak
faham ketika itu kenapa cikgu sanggup memberi saya pekerjaan itu sedangkan saya
bukanlah besar sangat dan tidak berpengalaman untuk membuat kerja-kerja
tersebut.
Pekerjaan ini berterusan sehingga saya bersekolah di sekolah
menengah. Makin lama saya makin faham, bekerja tanpa gaji ini sebenarnya baik
untuk saya. Terima kasih cikgu sebab suruh saya buat semua kerja-kerja tersebut
walaupun saya musykil ketika itu kenapa cikgu suka tanya sedangkan cikgu
sendiri tahu jawapannya. Walau bagaimanapun, saya bangga jadi pekerja cikgu! Hehe..
Setelah 11 tahun bekerja tanpa gaji, saya memulakan kerjaya
dengan bergaji penuh sebagai seorang pekerja industri atau istilah lainnya pekerja
kilang. Seingat saya, saya mulakan kerjaya ini pada Februari 1999, ketika
menunggu result SPM. Gaji saya sehari ialah RM11 campur RM2 elaun makan. Sebulan
dapatlah lebih kurang RM300++ dan kadang-kadang mencecah RM400++ kalau ada banyak
overtime. Di kilang pakaian ini, saya menjawat jawatan Trimmer & Quality
Controller. Kerjanya memotong benang yang terlebih di pakaian sambil memastikan
semua jahitan adalah sempurna. Siapa kata kerja kilang senang? Saya sangat
stress bekerja di sini. Saya perlu mencapai target yang telah ditetapkan oleh
supervisor setiap hari dan pastikan tiada pakaian reject yang terlepas. Huhh!! Adalah
sangat susah membuat pekerjaan dengan cepat dalam masa yang sama perlu teliti.
Saya berada tidak lama dalam industry perkilangan ini. Lebih kurang 4 bulan aje
sebab saya perlu melanjutkan pelajaran selepas itu. Alhamdulillah! Dapat sambung
belajar.. tak perlu saya nak mengadap supervisor yang suka menjerit itu lagi..huhu..
Selepas tamat belajar di university dan memperoleh sekeping
diploma (diploma ini tidak digulung), saya ditawarkan pekerjaan sebagai
pembantu kedai makan pakcik saya di kampong. Gaji sehari ialah RM8 dengan makan
adalah percuma. Kerja dari pukul 7.30 pagi sampai 1 petang. Dengan gaji ini,
RM1 akan saya gunakan untuk membeli surat khabar The Star konon nak improve
penguasaan bahasa inggeris saya..hehe.. Pakcik saya sangat bangga sebab tukang
cuci pinggan dia ada diploma. Konon kedai makannya sangat standard sehinggakan
nak jadi tukang cuci pinggan kena ada diploma. Siapa kata kerja tukang cuci
pinggan tak stress? Stress jugak woo bila pelanggan ramai dan saya perlu
mencuci pinggan mangkuk dengan laju sambil mengangkat pinggan dan mengelap meja
makan. Ada la lebih kurang 2 bulan saya menjawat jawatan tukang cuci pinggan
ni. Sempat la tangan saya ni terasa lembut dan halus bergelumang dengan sabun
pencuci pinggan selama 2 bulan..hehe..
Bukan saya saje je lepaskan jawatan tukang cuci pinggan tu.
Tapi saya ditawarkan pekerjaan yang lebih baik iaitu pelatih Skim Sangkutan dan
Latihan untuk graduan menganggur di Majlis Daerah Tangkak. Elaun sebulan RM400.
Bolehlah daripada gaji seorang pecuci pinggan, selain dapat pengalaman bekerja
di sektor awam. Memandangkan saya ada Diploma Pengurusan Hartanah, saya
ditempatkan di Unit Penilaian di Majlis Daerah ini. Kerja tak la susah mana, paling
banyak kerja ialah semasa nak keluarkan notis taksiran untuk cukai pintu /
kadaran. Sepatutnya saya perlu menjalani latihan ini selama 6 bulan. Tapi saya
sempat 4 bulan aje sebab saya telah buat keputusan untuk melanjutkan pelajaran
ke peringkat ijazah.
Tidak sempat menamatkan pengajian ijazah saya, saya
melangkah kaki keluar university untuk bergelar seorang pekerja. Yup! Keputusan
yang sangat sukar dibuat. Belajar atau berkerja? Akhirnya saya memilih berkerja
memandangkan sangat sukar mendapat pekerjaan berbanding memperoleh peluang belajar.
Maka bermula 14.08.2003 saya bergelar penjawat awam sehingga sekarang. Stress??
Of course, kerja cuci pinggan pun stress inikan pulak kerja menilai harta
orang. Lagi pulak semua orang nak cepat. Tiada siapa yang nak lambat. Sehingga
kan saya harap agar masa lambat bergerak agar sempat menyelesaikan semua kerja
yang ada. Hampir 10 tahun berkhidmat dengan jabatan, ofis sekarang ialah ofis
ke 8 saya. Stress jugak sebab sentiasa jadi orang baru di tempat baru. Walau
bagaimanapun, saya perlu berfikiran positif dan sekarang saya dah nampak hikmah
setiap pertukaran saya. Cukup 10 kali bertukar.. saya layak bergelar Ben 10! Ye..
super hero pujaan..hehe..
Kesimpulannya, setiap pekerjaan ada cabarannya sendiri.
Setiap pekerjaan, ada tekanan. Bukan kita sorang aje yang tertekan dengan kerja
kita. Jangan tambah tekanan orang lain dengan tekanan kita. Kita tidak mampu
menghindari tekanan, tetapi kita mampu mengubah sudut pandangan kita terhadap
tekanan tersebut. Jika kita pandang tekanan itu negative maka kita akan
bertambah tertekan. Namun jika kita pandang tekanan itu sebagai positif, insya
allah kita akan hadapi tekanan itu dengan hati terbuka dan mampu menyerap apa
jua bentuk tekanan yang mendatang. (ayat memujuk hati sendiri. Saya sedang
gigih mencari sudut positif ni..mana..mana..aduih..stress)
Selamat Hari Pekerja! Syukur kita tidak tergolong dalam statistic
3.3% orang yang menganggur. Sayangi kerja kita sebab tempat kerja yang kita
isi, ada orang yang kecewa tidak dapat mengisinya. Jom kita tingkatkan
produktiviti, kerja seikhlas hati. Pekerja pemangkin transformasi Negara!
sy jugak pernah jadik minah kilang.hehe
ReplyDeletebetul tu... patutnya org yg ada kerja tu tingkatkan produktiviti... sekali sekala cuba bayang kalau kita tak de kerja... huhuhu
ReplyDeleteaci kalau saya tidak mahu anda menjadi ben10!
ReplyDeleteentry plg bst..sakan gelak ni