Monday, November 18, 2013

Update : Tarikh pembedahan herniotomy Rania

Mummy baru je dapat panggilan telefon dari doktor.
Tarikh baru untuk Rania dibedah ialah pada
8 Januari 2014.
Ye.. tahun depan!

Doktor kata..
tarikh tu je yang kosong.
Dan doktor kata lagi..
Sila pastikan Rania tak batuk lagi pada tarikh tu..

Hah! mummy jawab sambil gelak..
Yang tu saya tak berani jamin la doktor.. hehe..

Mummy serah je pada yang Maha Mengetahui
apa yang terbaik untuk Rania.

Moga anak mummy tahu..
Hidup ini memang banyak ranjau dan duri yang kita perlu tempuhi
Belum tentu apa yang kita nak itu akan kita dapat 
dan belum tentu apa yang kita dapat itu tidak baik untuk kita
Yang penting.. sabar dan redha ye..

3 comments:

  1. Ambik nak sangat. Sekali update sampai tiga entri. Hehe. Harap - harap kali ni jadi la ye. Harap berlangsung dengan selamat pembedahannya.

    ReplyDelete
  2. oo.. anak saya dapat tarikh 5 febuari 2014..maknanya lagi panjang Q kt HUKM kan..

    ReplyDelete