Pukul 4 pagi semalam, 05.03.2014, mummy terjaga dari tidur.
Gara-gara terdengar Rayyan muntah-muntah.
Mummy rasa dahi dan bawah dagu Rayyan.. Panas!
Tak puas hati.. mummy ambil termometer dan letak bawah ketiak Rayyan.
Suhu tercatat 40.3 darjah celcius.
Uishh! panasnya.
Mummy ambil asam jawa dan bancuh dengan air lalu lumurkan ke kepala, ketiak dan badan Rayyan. Petua untuk turunkan suhu badan ajaran tok nenek.
Risau juga mummy.
Lagi pulak ini bukan hari pertama Rayyan demam.
Rayyan demam sejak Sabtu malam Ahad lagi.
Maknanya dah hari keempat dah ni.
Tambahan lagi, malam semalam mummy nampak ada bintik-bintik merah halus di badan Rayyan.
Denggikah?
Kemuncak kepada kerisauan mummy, Mummy ajak Daddy pergi hospital.
Apa-apapun biar mereka yang pakar sahkan daripada mummy dok risau tak tentu hala.
Selepas Rayyan, Mummy check juga suhu Rania.
39.3 darjah celcius.
Adeh! tinggi jugak.
Rania juga dah beberapa hari demam.
Cuma Rania start demam lewat sehari daripada Rayyan.
Maknanya, hari ni hari ke-3 Rania demam.
Rania juga ada bintik-bintik merah halus di badan macam Rayyan.
Razin pulak demam dah ok.
Mummy check suhu dia 36 darjah celcius.
Cuma selsema dia tak baik-baik lagi.
Seminggu dah.
Nafas pun hanya guna mulut je.
Kami bertolak ke hospital lebih kurang pukul 4.30 pagi.
Tiba lebih kurang 4.45 pagi.
Anak-beranak masuk hospital pagi tu.
Jenuh nak mengusung 3 anak untuk dapatkan rawatan.
Tiga-tiga daftar terus.
Nasib baik tak ramai orang masa tu.
Pelik gak tengok tak ramai.
Mungkin waktu tu dah ramai orang balik kot.
Lebih kurang pukul 5 pagi, doktor dah panggil dah.
Lepas sesi soal jawab, doktor sarankan agar sampel darah Rayyan dan Rania diambil.
Doktor kata, nak ambil darah di mana?
Klinik kesihatan atau hospital ini?
Kalau klinik kesihatan, masa diambil hanya setengah jam dah boleh dapat result,
Tapi kalau kat hospital ni, masa diambil lebih kurang 3 hingga 4 jam, kataya.
Saya tanya, " Boleh pergi klinik kesihatan terus ke? "
" Tunggu klinik buka pukul 8 pagi. " Jawabnya.
Ehm.. macam lebih kurang aje.
Nak kena ambil nombor dulu..
Nak kena tunggu giliran..
Nak kena tunggu klinik buka..
Nak kena tunggu doktor sampai..
" Kami nak ambil darah kat sini aje la."
Itu keputusan mummy.
Alang-alang dah sampai sini.
" Tapi tak boleh pergi mana-mana tau sehingga siap. Kena tunggu nama dipanggil kat sini. " Doktor mengingatkan.
Okeh!
Bintik-bintik merah memenuhi badan Rania. Rayyan pun sama. |
Sebenarnya Rayyan, Rania dan Razin telah demam secara berjemaah sejak Sabtu lepas yang dimulai oleh Razin.
So, sepanjang di kampung Sabtu hingga Isnin yang lalu, terperap je la kat rumah MIL.
Takde main-main pasir kat pantai macam selalu.
Cuma Rania je yang sempat pergi sekejap dengan daddy pada hari sabtu.
Tu pun balik terus demam.
Mangsa demam ke-3 |
Mangsa demam ke-2 |
Mangsa demam pertama. |
Daddy cakap, ni baru 3 anak yang sakit serentak dah kelam kabut macam ni.
Belum lagi ramai.
Huhuhu.. nampaknya mummy kena tunggu Trio 3R ni besar sikit lagi sebelum dapat green light untuk tambah koleksi R lagi..
# mangsa demam keempat sekarang ini ialah daddy.
Balik dari hospital semalam.. terus tumbang.. demam!
Semalam daddy cuti anak-anak demam.
Hari ni pagi daddy gagahkan diri pergi opis tapi tengah hari ke klinik lalu balik dah tak larat nak keje.
Semoga Allah terus pinjamkan mummy kesihatan..
Untuk jaga insan-insan kesayangan..
kesiannya la anak2 mummy ni..cepat sembuh yer..minum banyak air. anak echah pun bergilir2 demam juga..musim jerebu ni bahaya udara tak sihat. bila macam ni, kita la kene kuatkan diri. harap mummy nye sihat selalu.
ReplyDeleteBetul tu.. anak nak main taman kat luar pun tak berani nak bagi. Thanks echah. Harap echah pun sama diberi kesihatan yang baik untuk jaga suami dan anak-anak..
ReplyDeleteKesiannya... Moga cepat smbuh ea...
ReplyDelete