Nak pilih tajuk pun pening..huhuhu. Taip taip padam. Taip
taip padam. Last-last tajuk ni terpilih. Biasanya persolan ini timbul untuk
bakal-bakal ibu, bakal-bakal bapa. Kadang-kadang yang bakal-bakal kahwin pun
dah terlintas persoalan ni. Jarang-jarang yang bakal-bakal nak ambil SPM terfikir
soalan ni. Tapi kalau terfikir gak, anda limited edition! Hahaha..
Al-kisahnya semalam, saya masuk ke sebuah baby center dalam
sebuah shopping complex. Bukan nak cari buah, tapi sabun pencuci botol susu
anak. Biasa la orang pompuan, tujuan hanya satu nak beli pencuci tu tapi
melencong gak belek-belek seluar baju. Boleh beli untuk anak-anak kalau
berkenan rupa dan harga. Sedang saya terbelek sana, terbelek sini.. sambil tu
telinga ni menangkap perbualan pekerja-pekerja baby center yang rancak
berborak. Ada la tiga empat orang. Boleh jadi ahli forum dah..hehe. Topik
mereka berkisar nama panggilan yang anak-anak panggil untuk mak bapak dia. Ibu-ayah.
Mama-papa. Mummy-daddy. Ummi-Abi.
Punca topik tu muncul bila salah seorang daripada mereka
menceritakan salah satu scenario yang beliau hadapi di baby center tu. Seorang
mak menyuruh anak memanggil ayahnya. Mula-mula si mak cakap kat anak, “ Panggil
ayah. Mana ayah?”. Sekejapan kemudian..tukar pulak. “ Panggil daddy. Daddy
mana?” lebih kurang la ayatnya. Isi pentingnya.. sekejap guna nama panggilan
lain sekejap lain. Orang yang mendengar pun jadi pelik. Yang mana satu betul?
Jangan Tanya saya..saya pun tak tahu!
Isu dan masalah dah tahu. Then, saya dengar lagi huraian
mereka. Pertukaran pendapatpun bermula. Antara statement yang saya dengar:
“ Panggil mummy – daddy, tapi bawak cangkul pegi kebun.
Kalau bawak kayu golf, baru sesuai panggil daddy.”
“ Aku tak berkenan betul anak panggil Abi. Tapi pakai seluar
pendek. Panggil ummi – abi tapi tak sembahyang.”
“ Ada jugak yang belum kawin dah panggil papa – mama. Geli
pulak aku dengar. “
Tersenyum-senyum gak la saya dengar. Kelakar pun ada.
Terkena kat batang hidung sendiri pun ada..haha. Ye la, saya dan encik asben
takde pun kayu golf. Tapi anak-anak panggil kami mummy – daddy. Kami ni takde
cangkul. Tanah pun takde. Inikan pulak kebun. Rasanya orang yang bawak cangkul
pi kebun tu lagi kaya dari kami kan? At least dia ada gak tanah kebun. Sungguh tak
layaknya kami untuk anak-anak panggil mummy – daddy.
Masa saya nak bayar kat kaunter bayaran, saya cakap kat
cashier, “Hangat betul topic. Terasa saya. Saya takde kayu golf tapi anak-anak
panggil mummy – daddy. Menarik topic ni. Boleh tulis dalam blog.” (Saya cakap
dengan nada mesra. Macam biasa lak berborak dengan cashier tu..hehe) Cashier
yang mendengar hanya tersenyum. Dia tak joint pun forum tu. Dia macam saya
gak.. silent listener..haha.
Uolls macam mana? Ada yang guna panggilan mummy – daddy tak?
Berapa batang kayu golf uolls ada? Hahaha.. Walau takde kayu golf, tapi saya
ada alasan sendiri kenapa memilih untuk dipanggil mummy – daddy. 6.5 tahun dulu
tak terfikir pun boleh jadi isu nama panggilan ni. Tak tahu pun kena ada syarat-syarat tertentu untuk melayakkan guna nama panggilan ni.
Yang saya fikirkan adalah supaya tak sama dengan ahli keluarga saya yang lain. Pakcik makcik saya ramai yang guna panggilan ibu - ayah (8 pasangan). Hinggakan anak-anak menangis panggil ibu..ibu.. tak tahu anak siapa yang nangis..hahaha. Mak - abah saya guna untuk panggilan ibu bapa saya. Ummi - abah / ummi - ayah pulak ada 4 pasangan yang guna. Mama-papa pulak kebanyakan sepupu saya gunakan panggilan ni. Encik asben pun panggil mak dia mama. So, nak membezakan dengan yang lain-lain ni maka kuatlah keputusan nak guna nama panggilan ni. Sehingga sekarang, kami je yang guna panggilan ni dalam kalangan keluarga.
Pencetus pertama idea ni adalah semasa saya mendengar perbualan encik asben dengan best friend saya. Masa ni kami sama-sama mengandung sulung. Cuma kawan baik saya tu mengandung awal 2 bulan dari saya walau kami kawin awal dia 2 hari je. Dia tanya encik asben, nanti nak suruh anak panggil apa? Encik asben jawab nak suruh anak panggil mam dengan pap. Supaya mulut anak tertutup bila panggil mak bapak dia..haha. Tapi kami tak pernah pun berbincang nak suruh anak panggil apa bila dah beranak nanti.
Macam pelik lak panggil mam dengan pap. Tapi kalau mom dengan dad ok sikit. Still tertutup mulut anak ketika panggil nama kami. Makanya bila dah melahirkan Rayyan, saya nak dipanggil mummy. Encik asben pulak automatik suruh dipanggil daddy. No objection..hehe.
Itulah sejarahnya macam mana terlintas nak suruh anak panggil kami mummy - daddy. Ada gak masa awal-awal dulu ada kawan yang tak percaya saya gunakan nama panggilan mummy ni. Diorang ingat saya akan gunakan nama panggilan ummi. Lebih sesuai katanya.
Rupanya kena ikut kesesuaian jugak ye nak suruh anak panggil kita apa?
Ehmmm....
Ehmmm....
Salam kenal, saya n husband, anak2, panggil mama papa.. belah saya .. ade same la panggil mama papa.. tapi husband yg nak anak2 panggil dia papa, layan je laa.. adik bradik belah husband blom ade lagi panggil mama papa.. so ade la lainnye kan..heee~
ReplyDeletesaya pun folo blog mamiraysha...tq singgah blog saya...
ReplyDeletemami, echah ada kayu golf, tapi mainan punya...aci tak? hehehe... panggil mommy-daddy rasa biasa jer..tak de rasa kaya ke ape ke. pernah tak terbaca ada pendapat kata, tak boleh panggil ummi-abi? ni pada pasangan laa.. cth, suami panggil isteri ummi. sebab dlm bahasa arab ummi tu maksudnya 'ibu', so mcm menyamakan isteri dengan ibu. allahua'lam...
ReplyDeleteanak2 panggil saya mama, panggil suami pulak dengan panggilan daddy...dan kami pun takde kayu golf...hahaha...
ReplyDeletepada saya, takde hal lah nak panggil apa pun, maksud dia tetap sama...ibu dan ayah.
tak perlu kelayakan untuk sesuatu gelaran ibu dan ayah tu.
hehe panggil pape pun xpe. personalize je ikut suke kita aslkan sesuai. jgn panggil nama sudah da mcm omputeh lak. hehe saya follow mummy
ReplyDeletewah..menarik sungguh topiknya..akak ni dah lama jadi ibu..dolu2 mmg teingat la masa baru nak ada anak ada gak bincang2 ngn somi nnt anak nak panggil apa..last2 pilih ibu and abah..mummy daddy cam owg putih sgt, ummi abi kami pun krg alimnya, mak ayah cam org kg sgt, ki ki..betulla rasanya apa yg mummyraisha tulis tu.
ReplyDeletetq follow akak..akak balas follow arini.
Mcm kami pggl mommy n aya....tp ade je suara2 sumbang ckp xelok pggl mommy sbbnye sama mcm hantu kubur...tp pd sy xkisah ape.pn pggilan mksdnye ttp sama..stakat nie kami sorg je yg pggl pggilan tu dlm.fmly...so ade.kelainan la.skt kn kn...sy suka pggilan mommy sbb mcm sweet je ble pggl mommy..mommy mommy..raaniya nk susu..hihii
ReplyDeleteSalam.. Saya tak tau nak suruh anak panggil saya apa.. Sehingga anak tau ckp.. Dia panggil saya mummy sebab byk tgk kartun omputih.. Suami pula siang2 dah bahasakan diri dia Baba...so jadilah Mummy & Baba.
ReplyDeletepnh dgr org sat suh pgl mak sat mama.bila ada org ckp mama. nk nunjuk.hakikt ank pgl mak.cm ne tu?sian pon ada..huhu
ReplyDeleteSaya ummi Dan abi, Tiba2 hari ni Kawan saya yg pandai bahasa Arab cakap x SesuAi panggilan tersebut, sbb bermaksud IBU saya bapa saya...
ReplyDeleteSy bc blog ni bila tibe2 sy terpikir nk suruh anak panggil apa nanti? Huhu..
ReplyDeletesy anak bru setaun sbln..x pndi pggil lg..tp sy mommy & daddy...saja je pon suka nk ank pggil mcm ni nt..janji jgn pggil nama sndr sudah...ad je org ckp x sesuai la apa la..pelik kan..x kesah kot..
ReplyDeleteSye bru nk bertunang. Terfikir kalau ade ank nnt nk panggil ape. Terbaik laa topic ni. Terfikir sampai skrg. Hahaha
ReplyDeleteSy ank dh 8 bln .smpi skrg xthu nk pilih ibu ayh atau mama papa.hmmm dua2 sy suka.whyyyyy so susah 😣😣😣😣
ReplyDelete