Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera.
Sebuah coretan buat perkongsian. Moga bermanfaat.
Pernah tak rasa was-was makan kat hotel di Malaysia ni? Biasanya kebanyakan daripada kita akan makan makanan yang disediakan tanpa was-was terutama sarapan pagi yang disediakan secara complimentary apabila kita menempah penginapan di hotel kan?
Tahu tak, kita boleh semak status halal hotel melalui Portal Halal Malaysia? Macam mana nak semak? First thing first kena masuk laman web www.halal.gov.my dulu. Kemudian masukkan nama hotel pada ruangan "Verify Halal Status". Contoh seperti di bawah:
Laman web Portal Rasmi Halal Malaysia. Masukkan nama hotel untuk semakan. Contoh hotel yang dimasukkan masih valid status halalnya. |
Jika hotel tersebut telah mendapatkan sijil halal JAKIM, tarikh luput sijil halal akan dinyatakan di laman ini. Sekiranya sijil halal telah ditarik balik, kenyataan "STATUS HALAL: Sijil Telah Ditarik Balik" akan tertera.
Senang bukan? Moga sedikit usaha, dapat menghindarkan diri dan keluarga kita daripada memakan makanan yang syubhah.
Saya pun sebenarnya baru sedar untuk membuat semakan ini setelah dijentik melalui satu pengalaman yang Allah bagi.
Kisahnya, saya telah diamanahkan menjadi urus setia sebuah mesyuarat bagi organisasi tempat saya bertugas. Mesyuarat ini telah diluluskan untuk diadakan di sebuah hotel di sebelah utara tanah air. Seperti biasa, sebelum menentukan tempat mesyuarat, prosedur kewangan perlu saya patuhi, yang mana saya perlu dapatkan sebut harga daripada 3 hotel di kawasan tersebut berserta beberapa salinan dokumen lain termasuk sijil halal.
Daripada 5, 3 sebut harga saya senaraipendekkan yang mana ketiga-tiganya masih dalam lingkungan bajet, mempunyai sijil halal yang sah dan berdaftar dengan MOF. Setelah membuat perkiraan bajet dan pertimbangan sewajarnya, saya mengesyorkan Hotel A (bukan nama sebenar) dan memanjangkan permohonan ke unit kewangan untuk prosedur seterusnya. Setelah confirm hotel terpilih, surat jemputan kepada semua peserta mesyuarat diedarkan. Settled semua sebelum cuti hari raya.
Walau bagaimanapun, tak sampai 2 minggu sebelum mesyuarat, saya hubungi pihak hotel terpilih untuk membincangkan tentatif program lebih lanjut. Namun, perkhabaran lain yang saya terima. Sijil halal telah ditarik balik oleh JAKIM khabarnya. Allah... terbayang dah usaha sebelum ini yang sia-sia dan bakal memulakan usaha semula. Walau sedikit kecewa, tapi saya bersyukur Allah bukakan pintu hati person incharge hotel tersebut untuk memaklumkan perkara sebenar. Jika dia tidak jujur menceritakan, saya pun tak tahu status hotel tersebut.
Bukan setakat Hotel A sahaja yang telah ditarik balik sijil halal, bahkan satu lagi hotel yang disenaraipendekkan juga turut ditarik balik sijil halal menjadikan hanya satu sahaja hotel yang tinggal. Adoii!
Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan saya menukar hotel lain yang masih sah sijil halalnya. Dan yang paling menggembirakan apabila semua peserta mesyuarat puas hati dengan hotel ini. Betullah kata orang, pelangi hanya muncul lepas hujan. Rupanya ada hikmah disebalik ujian yang datang.
Walaupun pengalaman yang mencemaskan, namun banyak hikmah yang saya peroleh daripada realiti ini. Alhamdulillah!
Salam, Pn.Afifah. saya ada hantar email kepada Puan. Yahoo.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEmail saya hantar pada tarikh 28/8/19.
ReplyDeleteTerima kasih.