Lama mami menyepi diri daripada menulis di blog ni kan? Last post tahun 2021..haha. Tiba-tiba bersemangat nak menulis hari ni sebab terbaca perkongsian di fb tadi, seorang ibu berkongsi video anaknya yang kelihatan gembira, membeli barang keperluan sukan kerana telah berjaya dalam pemilihan untuk mewakili sekolah dalam satu sukan. Tapi apa yang menyentap perasaan bila baca di caption yang nama anak itu telah digugurkan daripada senarai untuk mewakili sekolah. Ya, kita yang baca kisah tu pun dah rasa kecewa, apatah lagi anak itu dan ibunya kan? Bukan kecewa sebab tak terpilih. Tapi kecewa bila dah diberi harapan, dah buat persediaan, tiba-tiba nama digugurkan. Itu pedih.
Banyak komen yang dilontarkan oleh netizen. Tidak kurang juga yang berkongsi kisah kejadian serupa terjadi kepada anak masing-masing. Ada seorang ibu lain berkongsi kisah. Anak dikatakan telah terpilih, perlu pakai tudung yang seragam satu pasukan, dah beli tudung yang berharga RM30 sehelai, tiba-tiba nama anak digugurkan daripada pasukan. Ibu yang kecewa telah menemui pengetua menyampaikan rasa ketidakpuasan hatinya dengan mengoyakkan tudung tersebut di hadapan pengetua. Mami tak nak judge tindakan si ibu ni tapi mami nampak betapa kecewanya seorang ibu sehingga memilih untuk bertindak sedemikian. Ada pengajaran yang kita boleh ambil daripada kisah ini dari perspektif seorang cikgu dan juga perspektif seorang ibu/bapa - mengelak daripada situasi ini terjadi dan bagaimana nak react bila situasi ini terjadi.
Selain daripada kisah ni, mami tertarik dengan satu kenyataan lain dalam komen yang ditinggalkan. Katanya terdapat amalan kronisme atau pilih kasih dalam kalangan cikgu di sekolah. Betul ke? Ramai juga yang menyokong kenyataan ini dengan kisah masing-masing. Mungkin berlaku, tapi mami percaya bukan semua begitu.
Sekolah anak-anak mami baru juga buat pemilihan wakil sekolah. Tiga orang sekolah menengah dalam sekolah yang sama. Ketiga-tiganya join pemilihan untuk chess. Seorang kategori bawah 17 tahun, dua orang lagi bawah 15 tahun. Nampak proper proses pemilihan. Ada iklan menjemput pelajar menyertai pertandingan chess di peringkat sekolah. 10 orang terbaik bagi setiap kategori akan terpilih mewakili sekolah. Alhamdulillah 2 orang terpilih, seorang lagi tiada rezeki. Mungkin chess ni lebih kepada sukan individu dan tidak subjektif, jadi tidak sukar cikgu nak buat pemilihan kan? Mami percaya tiada unsur kronisme dalam pemilihan ini.
Seorang lagi anak mami yang di tadika join pemilihan juga untuk wakil tadika dalam bola jaring. Cikgu buat latihan dulu beberapa kali untuk tengok siapa yang berbakat. Bersemangat anak mami pergi sekolah bila hari ada training tu. Nampak dia excited. Tapi akhirnya dia tak terpilih. Yang ni cikgu pm tepi mami, maklumkan yang anak mami reserve. Kalau dalam 2 kali latihan lagi tak boleh perform, anak mami akan digugurkan daripada team. Mami faham dan terima kenyataan. Anak mami memang banyak main gajet berbanding sukan fizikal. Tiap-tiap minggu ikut mami dedi pergi court bola tampar, tapi dia duduk tepi main game kat phone...haha. Salah mami dedi juga tak bersukan bersama-sama dia. Jadi kalau tak terpilih tu memang mami mengerti. Again, mami percaya tiada unsur kronisme dalam pemilihan ini.
Mami minta izin dengan cikgu untuk anak mami terus join training bersama kawan-kawan dia yang lain, walaupun dia tak terpilih. Mami tak nak dia rasa kecewa bila dia disisihkan. Alhamdulillah, cikgu izinkan. Cikgu tanya takpe ke kalau dia tak join masa game nanti? Mami maklumkan takpe, nanti mami cutikan masa hari game nanti..haha. Esok sebenarnya game tu. Tadi anak tanya dah, boleh pergi ke game esok? Dia cerita kawan baik dia datang sekolah ambik baju untuk pakai esok. Alaaa..dia tahu pulak. Terpaksalah mami cakap dia tak pergi esok. Duduk kat taska je, sebab tadika cuti.
Nampak kan? Hati seorang mak. Tak sampai hati nampak anak dia kecewa..haha. Apa-apa pun, kita kena bagi anak hadap juga. Inilah dia realiti kehidupan sebenar nak. More to come. Bak kata orang zaman sekarang, hidup ini keras! haha. Tak semua yang kita nak kita akan dapat.
Cerita pasal pemilihan ni, mami pun ada pengalaman juga masa zaman sekolah dulu. Dah tingkatan 5 baru merasa join pemilihan..haha. Sukan badminton. Mami terpilih bagi kategori bergu wanita bawah 17 tahun dalam pemilihan ni. Dua orang lagi murid tingkatan 3 cikgu masukkan dalam kategori bawah 15 tahun. Sekali pada hari kejadian, murid tingkatan tiga tu rupanya umur diorang dah 16 tahun, tak layak kategori bawah 15 tahun. Cikgu terlepas pandang yang murid tu ada 1 tahun kelas peralihan (Chinese daripada sekolah SRJK). Jadinya umur mereka lebih 1 tahun. Memandangkan ada 2 beregu dalam kategori yang sama, cikgu pilih mereka untuk turun mewakili sekolah, sementara kami jadi reserve je.
Mula-mula kecewa juga sebab dah datang (sekolah lain) tapi tak dapat main. Tapi akhirnya bertukar jadi syukur Alhamdulillah. Diorang dapat point under 5 tau...haha. Kena belasah. Selamat la maruah kami pada hari tersebut...hahaha.
Moral of the story, apa jua yang Allah takdirkan...itulah yang terbaik untuk kita. Allah knows best! Dia Maha Mengetahui. Boleh ada rasa kecewa tu. Kita manusia biasa, normal perasaan tu. Cuma jangan kita terlarut dalam perasan kecewa tu lama-lama. Cepat-cepat ingat yang apa juga berlaku, pasti ada hikmah di sebaliknya. Cari jiwa yang tenang, sebab tenang itu indah!