Salam. Kali ni saya nak kongsi cara meningkatkan pengeluaran susu secara semulajadi tanpa melibatkan sebarang kos! Wah..mcm best aje bunyinye kan? hehe..
Cara 1 : Jangan Stress!
Stress bleh menyebabkan susu tak mau kuar! Sebagaimana yang kita tahu..susu ibu terhasil daripada kelenjar susu di aerola dirangsang kemudian dihantar ke otak dan otak mengarahkan hormon prolaktin kuar untuk produce susu. So, bila otak stress..dia penat dan tak mampu untuk mengarahkan hormon ni wat susu. Tak caye?
Bulan lepas..saya mengalami stress yang amat..penangan daripada tesis yang perlu disiapkan! tak cukup tido..otak penat memikirkan tesis yang tak siap2..stress sangat2..akibatnya pengeluaran susu merudum..walaupun ketika itu saya makan supplement utk meningkatkan pengeluaran susu seperti pil ASI (pil air susu ibu, sejenis jamu keluaran indonesia) dan juga habbatussauda. Stok susu yang penuh dlm freezer akhirnya..tinggal 1 botol je..bayangkan. Rania menyusu 4-5 botol sehari (1 botol 4oz) tapi dapat bawa blk dari opis hanya 2 botol je..bertambah lg stressnya..
Nasib baik stok susu tinggal 1 dan esoknya cuti dan balik kampung. Kat kampung sempat la membuat stok..dpt la bawa blik 3 botol..(1 hari 1 botol). So dgn stok 4 botol ni lega la skit..walaupun tak lega banyak..
Sekarang ni tesis dah pun siap..cuma blum jilid je sbb isi kandungan blum siap..hehe..so memang tak stress la sekarang ni. Alhamdulillah pengeluaran susu dah meningkat berbanding bulan lepas..walaupun tiada apa2 supplement diambil sebab semuanya dah abis..tak sempat nak pi beli. Stok pun dah ada 10 botol. Bawa balik dari opis 4 botol setiap hari (3 kali sesi). Kat rumah kalau sempat..wat lg 1 sesi pemerahan.
So, moral of the story..ibu-ibu kena tenangkan fikiran ketika memerah susu atau menyusukan baby..supaya susu kuar dengan lancar..
Cara 2 : Menyusu Dengan Kerap
Ini berkait rapat dengan konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan (lg byk baby nenen) lagi banyak penawaran (lg banyak susu dihasilkan). Saya penah mengalaminya! Ari tu balik kampung..badan Rania agak panas drp biasa..macam nak demam je.. Dia nak berkepet aje dengan mummy dia ni..nak nenen je. So, memang weekand tu saya breastfed Rania dengan kerap. Esoknya, ari Isnin kat opis..hasilnya..susu banyak kuar. Biasanya sesi pemerahan pertama dapatla 4oz tp ari tu dpt 8oz. Yeah! gembiranya waktu tu..hehe..maklumla..stok susu dah berkurangan..sekarang ni baru nak wat stok balik.
Pada situasi yang lain..weekand saya tak sempat nak breasfeed Rania sebab ada kelas (part time study). Kelas pun abis lambat. Dijangka abis awal tapi last minit lecturer nak abiskan silibus..lewat la abis klas. Takde la sesi pemerahan sepanjang lebih kurang 7 jam sbb botol susu dan cooler bag tak bawa ke kelas. So, berlakulah engorgement! hehe.. So pada ari Isnin kat opis..susu kurang dihasilkan..nak dptkan 4oz..dekat sejam baru dpt! ishk! ishk!
Cara 3 : Minum air suam dengan banyak
Ibu memerlukan air yang banyak untuk menggantikan dan memproses semula susu yang tlh keluar. So bila banyak air..badan bleh la proses susu dengan banyak! Masa dalam pantang..biasanya orang tua kita larang kita minum air dgn banyak kan? bleh kembang katanya! Tapi bila nak discharge dari wad hospital, nurse siap pesan lg..jgn lupa minum air banyak..utk pengeluaran susu..kalau kurang air..bleh dehidrasi.. hah, camne tu? nak dengar ckp sape? hehe..sy ikut ckp nurse..minum air byk2. Pengalaman bersalin anak sulung..saya mengalami sembelit dlm pantang akibat kurang minum air..hehe..so bersalin anak kedua..saya minum air ikut suka..haha..tanpa pengetahuan mak la. Kalau mak tahu, kena marah! so nak jaga hati mak..minum bila dia tak nampak..memang berjaya!
Assalamualaikum...tq..good info,tahniah n kagum dgn penghasilan susu yg melimpah ruah...spt dlm gambar... dr segi pemakanan plk camane? Salam : Wan Nur
ReplyDeleteWa'alaikumussalam Wan Nur,
ReplyDeleteAlhamdulillah.. rezeki daripada Allah. Untuk sesi penyusuan anak ketiga saya sekarang ni, saya tidak mengambil apa2 supplement lagi. Maklumla baby baru 5 bulan, so hormon prolaktin dan oksitosin masih tinggi lagi..hihi. Penghasilan susu Alhamdulillah masih tidak mengecewakan. Saya makan macam biasa je. Makan nasi berlauk yang kadang2 ada sayur kadang2 takde hihihi. Ikut suka..hihihi. Takde pantang-pantang, semua saya belasah! Tapi seeloknya makanlah makanan yang berkhasiat sebagaimana disyorkan oleh Kementerian Kesihatan :-) Mungkin cara kedua banyak membantu peningkatan susu saya memandangkan saya sedang mengamalkan tandem nursing - menyusukan dua orang anak saya sekali.