Tuesday, May 18, 2010

Senaman Kegel

Salam. Kali ni saya nak kongsi sedikit info yg saya dapat daripada Majalah Keluarga Harmoni Bil. 125 berkenaan Senaman Kegel. Senaman apa ni? Pelik je bunyinye kan? Kegel ni sbenarnya nama orang..diambil sempena nama pencipta senaman ni..Dr. Arnold Kegel. Senaman ni mungkin bernama Senaman Leha kalau makcik Leha yang mencipta senaman ni..hehe..

Sebagaimana yang kita tahu..senaman adalah salah satu kaedah yang boleh dipraktikkan untuk kecergasan dan mendapatkan kecantikan dalaman tubuh badan. Bila melakukan senaman, otot dalam badan akan bergerak cergas dan membina protein dalam otot berkenaan. Gerakan pada otot ini berupaya melancarkan darah dan meningkatkan beta endorfin untuk memberi kesegaran pada tubuh. Senaman juga berupaya memantapkan anggota sulit wanita..hah, senaman yang berupaya mencantikkan dan memulihkan kawasan intim wanita ni..namanya senaman Kegel!

Apa tu Senaman Kegel?

- Ia dikenali juga sebagai senaman kemutan.
- Membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam bahagian otot pelvis (seperti menahan kencing atau membuang air besar - dilakukan secara serentak)

Macamana Nak Buat Senaman Kegel ni?

- Tak perlu sebarang kos! Tak perlu susah payah melakukan gerakan berat! Mudah je..
- Mula2..kemutkan otot pelvis (seperti sedang tahan kencing)
- Cuba tahan selama 2 hingga 3 saat
- Then..lepas secara perlahan-lahan dan rehat seketika.
- Ulang langkah di atas sebanyak 25 kali dan amalkan sebanyak 3 kali sehari (tak kira waktu pagi, petang atau mlm..dan dimana-mana sahaja..tgh masak pun boleh..)
- Perlu ingat, jangan sesekali cuba mengecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan senaman ini bg mengelakkan masalah keliru tentang otot mana yang sebenarnya yang ingin dikecutkan.

Faedah Senaman Kegel

1) Berupaya mengetatkan vagina
2) Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan
3) Mengurangkan masalah bawasir
4) Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang
5) Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran
6) Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin
7) Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis
8) Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina
9) Menguatkan otot vagina - seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium
10) Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah)

Sejauhmana Senaman Ini Berkesan

- Biasanya kesan senaman ini dapat dirasai dalam tempoh 2 hingga 3 bulan (itu pun jika dilakukan setiap hari)

- Secara umumnya, senaman Kegel berupaya mengembalikan 50% kekuatan otot vagina. Terdapat juga kes yang berjaya pulih sepenuhnya. bagaimanapun, kejayaannya berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing2.

- Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman ini kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam tubuh. Pun begitu, senaman ini tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mereka yang mengalami banyak koyakan pada vagina.

Senaman ni Untuk Wanita saje ke?

Hah, kajian mendapati senaman ini bukan hanya baik untuk wanita tetapi juga amat berguna untuk kesihatan alat sulit lelaki khususnya untuk kesihatan kelenjar prostat mereka.

So..dah tahu khasiat senaman Kegel ni kan? apalagi...jom amalkan! mudahkan.. orang tak tau pun kita sedang bersenam! hehehe..

2 comments:

  1. salam perkenalan, kita pinjam senaman kegel ni ye... hihiii.

    ReplyDelete
  2. as salam

    great info la sis...

    jemput dtg blog kita yer

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    ReplyDelete