Thursday, July 15, 2010
Doraemon oh Doraemon!
Ari ni pukul 4 pagi Rayyan dah bangun. Daddy suruh tido balik Rayyan tak mao.. "nak cite..nak cite.." kata Rayyan sambil tunjuk TV. Pepagi lagi dah nak tengok TV. Tengok la TV sorang2..malas nak layan. Pukul 4.49 pagi mummy baru bangun lepas alarm handset daddy bunyi dengan lagu Maradona..hehe..
Nampak je mummy bangun..apa lagi..Rayyan ikut je mana mummy pegi. Nampak pen..Rayyan nak.."mami..nak ukish!" ehm..tak abis-abis nak melukis. Mummy bagi la pen dengan kertas A4 untuk Rayyan yang konon2nya nak melukis. Mummy pegi dapur..Rayyan ikut lagi.. dengan pen dan kertas! "Mami..ukish!" Sambil hulurkan pen dan kertas..Rayyan suruh Mummy lukis.. " Sekejap ye..mami perah nenen adik dulu..nanti mami lukis.." Hai la Rayyan..nape la bangun awal2 pagi ni..banyak keje mummy nak buat lagi ni..
Mummy tunaikan juga la hasrat Rayyan. Mummy baru buat buat 2 bulatan kecil (mata doraemon)..Rayyan dah tau mummy nak lukis apa.."mememon.." Betul! 10 markah untuk Rayyan..mummy nak lukis Doraemon! kartun kesukaan Rayyan..hahaha..tak abis2 dengan doraemon dia. Rayyan suka sangat mummy lukis Doraemon. Tak cukup seekor doraemon..Rayyan suruh mummy lukis lagi..aduihs! Ok mummy nak lukis Rayyan pulak..bila mummy tunjuk muka Rayyan yang mummy lukis..Rayyan cakap "salah!" hahaha..suka ati je cakap salah. Betul la mummy lukis tu. Ehm..salah lukis rupanya..sebab Rayyan nak suruh mummy lukis Doraemon lagi..
Doraemon oh Doraemon! nape la ko ni jadi kesukaan Rayyan! hehehe..bukan Rayyan sorang je kot.. ramai lagi budak kecik yang suka dengan kartun ni. Doraemon yang comel! Nampak logo NTV7 je..Rayyan dah minta nak tengok Doraemon.. "mami..nak mememon..bibita!" ehm..tunggu la hari sabtu pukul 7.30 malam Rayyan..
Mamirasya, saya ada baca kat susuibu. boleh ziarah blog saya tentang shaklee. Ibu2 dinasihatkan tidak mengambil sbarang produk yg ada ginseng, kacip patimah kerana buat susu ibu bertoksin. Shaklee adalah suplemen di mana menjaga kesihatan ibu + membantu perbanyakkan susu dan memekatkan susu.
ReplyDeleteThanks Along! saya dah buka your blog tadi..
ReplyDelete